Friday, June 5, 2009

Pilih Jangan Tak Pilih! Ubah Jangan Tak Ubah!

Crisis deepens in Penang Pakatan Athi Veranggan | Jun 5, 09 1:58pm
DAP supremo refutes Hadi's claims Jun 5, 09 3:56pm
PKR chief whip to blame for boycott

PRU12 2008, lanskap politik Malaysia menerima perubahan apabila Barisan Nasional kehilangan 2/3 majority sokongan diDewan Rakyat, kehilangan 5 negeri (walau pun satu dapat balik, belum dimuktamadkan) dan satu wilayah. Diikuti pula 6 pilihanraya kecil dengan pelbagai alasan yag tak perlu diperbincangkan, sudah basi dan 5 dari 6 pilihanraya itu dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Ini secara kasar sangat memberansang kepada barisan alternatif harap harap PRU13 boleh ambil alih kerajaan pusat pula sebab buat masa ini katak katak lari bertempiaran terlalu liar.

Isunya sekarang bolehkan Pakatan Rakyat memerintah? Baru setahun jagung sudah macam macam kita lihat dan saksi. Puak ini pilih wakil rakyat pun main tangkap muat sahaja, bila dah rasa tersilap suruh letak jawatan buat piliharaya kecil yang baru. Bila dah menang sedikit dah tunjuk sombong, Undang undang tak dipatuhi, raja tak dihormati, hakim dipertikaikan, huru hara sana huru hara sini, kononya hak asasi. Setahu saya tidak ada tempat dalam dunia ini yang tidak ada peraturan dan undang undang. Sepatutnya dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Puak puak macam inikah yang rakyat Malaysia mahu anak cucu mereka bernaung dimasa hadapan? Cuba kita renung dan analisa perjuangan parti parti dalam Pakatan Rakyat ini.
Apakah objektif perjuangan PAS? Apakah matlamat PKR untuk menang? Kemana DAP akan mengheret rakyat Malaysia selepas ini?

Begitu juga dengan Barisan Nasional, sudahlah hilang sokongan rakyat, tak habis habis bertikam lidah sesama sendiri. Masing masing ingin menunjuk perubahan dan ada yang nak jadi jaguh kaum sendiri. Kalau betul nak berubah, berubahlah dengan ikhlas, tak payahlah memberi penekanan pada isu isu berat sebelah sebab perlu sokongan yang mula menipis. Adakah kaum Barisan Nasional ini sedar, bahawa sokongan yang tebal pun boleh menipis juga? Jadi laksanakan lah dengan berhemah agar tidak ada yang terguris dan terpinggir. Cakap siapa pun boleh cakap, tapi cakap dan bikin biarlah sama, jangan cakap tak serupa bikin.

Walau pun Pakatan Rakyat baru setahun jagung dan Barisan Nasional pula baru mendapat kepimpinan baru, saya masih yakin seketika ini, Barisan mampu kembali segar jika perubahan itu benar benar ikhlas dan bukan semata mata retorik.

Marlah kita tanyakan setiap nadi kita dan jawapannya kita terjemahkan pada setiap pilihanraya kecil jika ada, dan pilihanraya umun akan datang. Jangan sekali kali membuat silap lagi.


www.warongkopi56.blogspot.com

2 comments:

Anonymous said...

видео эротика порно безплатно
гей порно дима билан
супер порнуха фото
секс г коломна
порно портал эротика секс

Anonymous said...

Excellent topic