Thursday, December 31, 2009

Adakah ini jerak tidak lupakan pelanduk?

quote; "Bekas menteri kewangan itu, dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, juga tidak kisah dengan peringatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya jangan menerima jemputan pembangkang untuk mengetuai satu kaukus parlimen berkenaan royalti minyak.

"Saya tidak peduli siapa yang beri amaran. Saya lakukan ini demi negara. Saya tidak terhutang budi dengan sesiapa.

"Saya tidak peduli. Saya mahu lihat hak daulat rakyat ini terjaga," katanya lagi." unquote. selanjutnya

Apa yang saya rasa peliknya kedua dua adalah bekas menteri kewangan yang satu ketika mempunyai kuasa, walaupun taklah sebanyak Perdana Menteri tapi ada kuasa dan ada pengaruh tetapi baru sekarang baru nak buka mulut bahawa macam tak kena dengan kerajaan. Mungkin jika mereka ini berkuasa baru semuanya kena dan betul.Jika di-imbas kembali keduanya personaliti ini memang ada pengaruh bukan sahaja dalam UMNO tetapi juga diluar.

Tengku Razaleigh pada pemilihan Presiden hampir hampir mengalahkan Tun Mahathir dengankalah tipis kalau tak silap dengan 43 undi sahaja. Berapa ramai pengikutnya keluar UMNO dan tubuh Parti Semangat 46 dan tak kurang juga yang bersimpati dengannya tetapi masih menjadi ahli UMNO baru dan menjadi duri dalam daging kepada Tun Mahathir.

Begitu juga dengan Anwar Ibrahim, cukup berjaya dalam UMNO dan peningkatannya dicemburui oleh veteran veteran lain. Tambahan pula menjadi anak emas Tun Mahathir. Jika ditinjau pengaruhnya boleh menandinggi pengaruh Tengku Razaleigh malah mungkin lagi baik sehingga isu pemecatannya itu telah mempengaruhi pilihanraya 1999 dan juga tumbangnya kerajaan Barisan diTerengganu. Ketika inilah PAS menumpang nasib Anwar dan memberi peluang kepada Haji Hadi merasa untuk menjadi Menteri Besar.

Persoalannya sekarang kenapa kedua dua personaliti ini tidak mempastikan keadilan berlaku semasa berkuasa.Kenapa baru sekarang baru nak bersuara, kenapa baru sekarang nak menjuarai rakyat. mungkin Anwar kita faham beliau sudah pun terkeluar dari UMNO dan kerajaan Barisan Nasional tetapi kenapa Tengku Razaleigh yang masih ahli UMNO yang sepatutnya membantu memperkuatkan kerajaan Barisan Nasional dilihat menjadi duri dalam daging.

Apakah beliau sudah hilang karismanya, apa beliau sudah hilang pengaruhnya atau sebenarnya masa kegemilangannya dah berlalu sehingga pemimpin UMNO dan kerajaan sudah tidak mahu dengar pandangannya. Adakah itu sebabnya beliau terpaksa bersekongkol dengan pihak Pakatan Rakyat kerana masih terasa hati yang beliau sudah makin tidak diterima oleh ahli ahli majoriti UMNO.

Saya cadangkan adalah lebih afdal Tengku Razaleigh usahakan hospital baru yang disuarakannya baru baru ini dari memikirkan hal yang lebih besar yang sudah ada pemerintah negeri itu untuk bertindak dan menangganinya. Penduduk penduduk Gua Musang yang sekian lama memberi sokongan dan kesetiaan patut didahulukan. Disebabkan penduduk Gua Musanglah Tengku Razaleigh boleh dikenali dan merasa jadi menteri.

Teringat kata kata Tun Mahathir, iaitu pesanan ibunya, apabila makan, berhenti ketika tengah sedap dan janganlah pula dikatakan menangguk diair yang keruh.

Betulkah nama Allah dibenarkan oleh Mahkamah

Larangan Kementerian Dalam Negeri diketepi oleh Mahkamah. Apa pula kata para ulamak, pengkaji ugama Islam? Ada rayuan oleh KDN?

Wednesday, December 30, 2009

Belum terhakis lagikah sikap 3 "L" dalam Barisan Nasional ?

Sindrom ‘3L’ jejaskan UMNO, BN
SHAH ALAM - UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu melupakan hasrat mengambil alih Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sekiranya.. » selanjutnya

Pendapat saya, apa pun kebenarannya ambillah sebagai teguran dan nasihat ikhlas dari pemberinya. Buanglah stigma yang sentiasa dianggap ada kepada Barisan Nasional dan khasnya UMNO iaitu sindrom penafian. Terima teguran berikut secara positif dan berterima kasih pada yang masih sudi menegur.

Adalah hakikat manusia itu lemah, dari dibiar terhanyut adalah baik kita ditegur. Mudah mudahan dalam banyak banyak teguran itu akan membuat kita tengadah dari kita sentiasa berfikiran yang kita sentiasa betul. Harus kita sentiasa beringat bahawa, "jerat tidak pernah lupakan pelanduk, tetapi pelanduk sentiasa lupakan jerat" atau "yang manis itu tidak semestinya gula dan yang pahit itu tidak semestinya hempedu."

Memang ada kebenarannya semenjak peralihan kuasa pucuk pimpinan negara, pihak lawan terpaksa menukar strategi mereka, oleh yang demikian janganlah terlalu asyik dan terbawa bawa dengan sokongan sokongan atau perakuan perakuan atau "show of force" ini mungkin bertujuan melalaikan pihak Barisan Nasional. Janganlah pula bila datangnya PRU 13 Barisan Nasional hanya menang sorak tetapi kampung tergadai. Awaslah taktik taktik licik pihak lawan.

What your heart and soul says?


The topics are contemporary, still holds the attention of so many and are pertinent to be debated. But I am here not to debate on those topic. What drew more of my attention were on the personalities involved.

Dr.Rizuan Tee is a chinese by birth quote, "Bagaimanakah saya boleh ‘masuk Melayu’ sedangkan saya seorang Cina. Saya memeluk agama Islam, bukan ‘masuk Melayu’. Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya memeluk Islam kerana kemuliaan dan kesucian Islam. Saya tidak pernah mengharap sebarang bantuan setelah memeluk Islam, kerana agama Islam mengajar saya prinsip berdikari. Bangsa seseorang tidak boleh ditukar walaupun ia telah memeluk Islam kerana bangsa itu adalah kejadian Allah SWT. Manakala agama, kita boleh pilih untuk dijadikan pegangan hidup seperti yang saya lakukan." unquote.

While the other Art Harun is a malay, quote " I am a Malay and a Muslim. I am not anti-Malay or anti-Islam. Nor am I pro non-Malays or non-Muslims." unquote.

Topics debated derived from the views or contention of Dr.Ridzuan 1. Nasib Melayu di bumi Melayu 2. Bila kacang lupakan kulit , 3. Bahaya matlamat menghalalkan cara , 4. Dituduh bersalah pada nenek moyang , 4., 5. Ancaman akhbar perkauman kepada perpaduan ,6. Isu timbul kerana kejahilan beragama , 7. Untungnya bersatu dalam senyap and this was from Art Harun, his views. Art Harun's.

After trying to comprehend on both personalities' disceptations, I am able to distinguish on what perspectives both derived their arguments but I reserved my comments.

Over here I would just want to say, let us go back to the divine truth. A malay will still be a malay, a chinese wil still be chinese and so the rest of other races. Do anyone like to dispute on that. No matter how you wish to be recognised as "bangsa Malaysia" it can never materialised. One must be truthful, seek the truth from your soul and ask your heart of heart, who are you? Can you claimed your ethnicity as malaysia?

Before anyone jump the gun, just ask this to your soul and mind are we prepared to absorb into the prevailing culture ( immigrants or a culturally distinct group)? Can we concede to only speak one language and enroll our kids to one school? I am very certain with the present scenarios no one ethnic in Malaysia is sincerely willing to give in.

What actually caused the agitations of our mind and emotion? Discontentment, greed, insecure, self-centered and many many more that can be unfold. Who are those responsible for the transformation? They are those who have and never the have not. But who are the victims, most certainly the have not.

I am never a problem solver, but sit back and search your soul, how best we, the citizen of Malaysia can mutually and collectively unravel this entanglement. Is 1 Malaysia the answer and what actually we understand by this concept or we actually don't just like Islam Hadhari?

Tuesday, December 29, 2009

The way how they will strike back..





As reported by Malaysian Mirror 28 Dec 2009, claimed by Klang MP, quote; "Lim, referring to findings by Thai pathologist Dr Pornthip Rojanasunand that Teoh’s death was 80% homicide, had said the political aide was murdered." unqoute. Do read for detail and clarity

What can be said from above defense:-
  1. First of all Lim and his defenders should have refrain from making any presumption, since the findings of Dr.Porntip was not conclusive, otherwise why should the coroner ordered another post-mortem and the remains of TBH be exhumed.
  2. As lawmakers and friends of so many lawyers, the issue should have not been raised at all. The only person in authority to pronoun the findings is the learned Coroner himself. It will only be permissible after concluding the inquest. Why must Lim do it before the Coroner? Does CM powers superseeded the Coroner as far as the inquest is concerned? Is it tantamount to subjudice?
  3. For his defenders be bright, don't just jump to defend your boss just for the sake of defending. We are looking, observing and analysing your integrity,competency and your prudence.
quote; "Santiago also alleged that the ‘web of tales’ spun around Lim as well as police claims of intimidation were attempts by the Barisan Nasional government to divert the public’s attention from the issue of two missing F5-E jet engines, the controversial Biro Tata Negara (BTN) courses, the Port Klang Free Zone fiasco and the Umno-Gerakan in-fightings, among others".unquote
  1. The statement above if so uttered by the MP is another typical style of the opposition. The opposition will say "aye" if anything is to their gain anything otherwise will perceived as partial, undemocratic and not liberated.
  2. Issues highlighted above are still under investigation and some have been indicted ,why must it be undermined and manipulated. Again the statement, if so uttered, just gave us the opportunity to evaluate the kind of representative representing the citizen.
He further said; The people want real change, which ensures human rights, freedom of expression and an accountable and clean government,” – Malaysian Mirror
  1. Is no denial, we all need changes to excel but we also need to do away with the less good quality leaders and representatives.
  2. They preached of human rights they preached freedom of expression and capability, accountability and transparency ( Penang CAT or Selangor CAT ) do they really uphold it or they just pick and choose at their whims and fancies?
A good preacher will always practise what he had preached.

Monday, December 28, 2009

Say who, politicians are crime free?


What a joke! One lawmaker turned joker. He said leave the politicians aside and go for the criminals because of the rising crime rates. By the way who are the criminals, do crimes only committed by laymen? Every where in the world and Malaysia is not spared there are some politicians do arrested and convicted for crimes they were involved. What is this lawmaker or joker is talking about?

Probably he has forgotten that the law is blind and unable to distinguish the perpetrators or the wrongdoers. All have heard and some have even witnessed some horrible crimes were committed by some politicians. Please be a more responsible representative.

As a lawmaker or people's representative one must not look intelligent but must be intelligent and avoid confusing and tense the citizens. Let the authority carry out their duty freely without having the feeling that they being are masterminded.

Should the authority exceeded the power vested upon them, there are plenty of avenues for redress. Furthermore entity like Pakatan Rakyat should have no fear as they have alot of lawyers sympathised with their cause and ideologies. Why the fuss about being investigated.

As a citizen one must be reponsible to the country but as and elected lawmaker he or she have more responsibilities and obligations to fulfil. They should have inculcate good values rather that instilling negative perceptions toward the law enforcement agencies and the judiciary. It is normal in a political ideologies to be different on policies or methods of implementation but not to allow to the extend of the law being breached and disrespect to agencies upholding the law.

If one claimed or felt he or she was the victim of authority, they are avenues for redress and if one doubt the judiciary they should reconsider again their contention. Look at Anwar Ibrahim's case one after another the judiciary granted him a stay from his sodomy trial ain't that justice but who cares for the complainant who is still waiting for justice. This is the problem with the opposotion anything to their favour everything is good, fair and impartial but not those against them. The opposition if so progressive, liberal and transparent, do visit back all their actions prudently.

The commission of crime does not only confine to laymen or desperados but also to those who are not contented with what are being blessed. No one should be jumpy if one are under investigation, as being accepted, you are innocent until proven beyond reasonable doubts of the guilt. The hue and cry is just a cheap publicity of the opposition to influence the citizens and nothing else except their political short mileage.

Do not talk or claim they are the citizens saviour, yes, they are to those support and share their cause but how about those law enforcement officers being attacked by "tonto" by "mat rempit" why so much silence? Why the double standard?

I conclude, those who fear are those who commit. Read this and this

Sunday, December 27, 2009

A state ruled by people of good governance?????

Just look at it, what can we contemplate? That one scenario of future, and and the fate of the authority. Are we backward or forward. Is this the way one shows appreciation to a person in authority who was just a volunteer with only one intention to preserve law and order?

Is this the freedom preached by those liberalist? Is this how a civil liberties being translated? What say you Suhakam is this human? Need not the RELA personnel has his personal safety be protected? Does he has his rights too? Do these hooligans care one hoot for the uniform he is wearing?

But nothing much can be said, anything defending the authority or authorities deem to contravene the civil liberties and human rights especially in the state under the rule of leaders who preached of equality and freedom.

Do they, the so call preachers practiced what they preached? They seem to, but actually the photograph speaks for itself. Not to worry, with the classic "tai chi experts" holding the fort, the authority will still be blamed, at least the complain will be on competency or adequacy of manpower deployed. Be rest assured these "experts" are good in their investigations. Just like what the "grandmaster" concluded on the fate of TBH, even before the Judicial Inquiry concluded.

Do the Penangites appreciate this approach of good governance and the belief of civil liberties? Do Penangites want to be branded the supporters or sympathizers of a government that will resort to anything minus the moral values just for powers?

But if that's the choice of Penangite, the scenario above was just the beginning.

BN- 1431 hijrah tiada resolusi, 2010 masehi ada tak?



Tahun hijrah telah masuk tahun baru tidak kedengaran apa apa resolusi pun, bagaimana pula dengan tahun masehi pun tinggal empat hari lagi, harap harap adalah satu tekad yang konkrit bagi Barisan Nasional dalam matlamat perubahannya. Tak payah kita kisahkan apa resolusi Pakatan Rakyat, yang penting mengembalikan keyakinan rakyat agar BN terus dipercayai dan dihormati dan seterusnya mendapat sokongan.

Walau pun UMNO telah mempunyai rancangan untuk melancarkan kempen UMNO Juara Rakyat, saya kira itu adalah sesuatu yang baru. Apa yang saya maksudkan sebagai resolusi bagi tahun baru adalah titik titik hitam yang BN sama ada sengaja atau tak sengaja lakukan yang telah menguris perasaan penyokong khasnya dan rakyat amnya. Bagaimanakah dosa dosa lama ini tidak akan berulang lagi.

Pimpinan Barisan Nasional harus sedar dan peka bahwa rakyat tida mudah lupa apa yang berlaku dan kalau terlupa sekali pun ada saja tukang tukang cucuk akan memperingatkan. Tambahan pula sudah ada Pakar Robek sebagai entiti bagi menentang Barisan Nasional.

Saperti dimaklumi salah seorang ketua gagasan Pakar Robek akan mula dibicarakan atas dakwaan "merobek" dan sudah tentu geng geng perobek telah merancang isu isu yang sensasi bagi mengalih pandangan, oleh yang demikian pihak Barisan Nasional harus telus dan keluar sama sekali dari sindrom penafian atau pura pura pekak.

Saya amat mengkagumi sikap YAB Tun Dr. Mahathir walau pun menghadapi pelbagai tomahan dan kritikan beliau terimanya dan menjawabnya atau bertindak dengan cara yang dapat meyakinkan siapa saja yang rasional. Begitulah yang diharapkan dari pemimpin pemimpin Barisan Nasional sekarang.

Mendiamkan diri agak membuat rakyat was was. Penafian tanpa hujah umpama anak ditangkap menhisap rokok, walau pun bukti rokok tiada, mulut masih berbau. Kedua duanya tidak akan membantu meningkatkan imej Barisan Nasional yang sentiasa dipersoalkan.

Banyak isu isu yang dipersoalkan oleh rakyat dan juga puak puak Pakar Robek telah tidak ditangani dengan telus dan ikhlas. Apa yang selalu dikatakan oleh pemimpin pemimpin, usah pertikaikan ini atau itu, isu ini telah selesai, tapi tak berapa lama timbul lagi contoh saperti tomahan keatas Perdana Menteri dan isterinya, begitu juga dengan kes video tape Lingam.

Sepekara lagi adalah sikap sikap pemimpin yang dilihat negatif dan yang bertentangan dengan amanah rakyat haruslah dikikis termasuklah budi bahasa yang dipegang oleh orang orang melayu yang beradab. Janganlah mentang mentang kita berkuasa kita boleh cakap apa saja, itu pun rakyat memerhati juga. Sekarang rakyat memberi sokongan bukan keran parti sahaja tetapi faktor bakal calun juga diambil kira.

Pemimpin yag pandai bercakap berapi api tetapi tidak berhemah pun tidak disenangi rakyat, pemimpin yang menjadi pemimpin umpama tong kosong pun dianalisa oleh rakyat, jadi berubahlah dan lebih bertanggung jawab kepada rakyat dan negara.

Walau apa pun hasrat dan cita cita kerajaan janganlah demi mengejar sokongan dan populariti bangsa dan agama menjadi pertaruhan

Saturday, December 26, 2009

UMNO atau PAS Siapa Yang Juara dan Siapa Yang Pengkhianat?

JUARA RAKYAT
VS
PENGKHIANAT RAKYAT



Menjelang tibanya tahun 2010 dua parti terbesar bangsa Melayu UMNO dan PAS dah mula mengorak langkah untuk meyakinkan rakyat siapakah pembela rakyat rakyat. Mengikut apa yang dirancangkan UMNO akan melancarkan gerakan meyakinkan rakyat dengan tema "UMNO Juara Rakyat" yang akan dilancarkan pada 9hb Januari 2010. beritanya

Lain pula dengan PAS, menurut Ketua Penerangan Pusatnya Idris Ahmad, parti itu juga merancang untuk melancarkan agenda meyakinkan rakyat tetapi dengan pendekatan yang bersifat negatif dengan bertema "UMNO Pengkhianat Rakyat"

Siapa yang juara, siapa yang penkhianat? Dari perspektif mana yang kita mahu melihatnya. Adakah UMNO dan PAS mendapat restu dari gagasan masing masing untuk melancarkan kempen ini atau idea ini tercetus oleh UMNO dan PAS pula sememang suka jadi pengacau, bertindak sebagai "counter attacker" hasrat UMNO?

PANDANGAN PERTAMA

1. Ingin saya menarik perhatian dari tema yang diilhamkan oleh kedua dua parti tersebut. UMNO telah mencetuskan idea ini dengan hasrat meyakinkan rakyat bahawa UMNO adalah juara pada rakyat dan akan membela keseluruhan rakyat Malaysia dengan bertujuan meraih semula sokongan rakyat menjelang PRU 13.

2.Manakala PAS pula mendapat ilhamnya sesudah tema UMNO diumumkan iaitu "UMNO Juara Rakyat", PAS memilih tema berunsur negatif atau "counter attack" bertajuk "UMNO Pengkhianat Rakyat."

3. Jika kita memahaminya cetusan kempen ini sememangnya diilhamkan oleh UMNO, dan itulah niat UMNO untuk memberi penerangan kepada rakyat bahawa UMNO memang ingin menjuarai dan membela nasib rakyat jelata. Disebabkan terlalu berubahnya senario politik semasa UMNO terpaksa berjumpa rakyat dengan satu misi pembelaan.

4. PAS mungkin ada dan mungkin belum ada tetapi bertindak agak lambat untuk menghasilkan idea perjuangan mereka dan agar tidak nampak kelemahan itu telah memutuskan untuk menterbalikan tema UMNO dengan tema berupa tuduhan iaitu "UMNO Pengkhianat Rakyat." Apa salahnya jika PAS lebih positif dan tidak terlalu menonjolkan sikap negatif dan penentangan mereka yang kadangkala dilihat macam "Labu dan Labi." Bukan tak boleh "counter" boleh, sebab itu pun sepatutnya didukongi oleh mana mana pihak yang ingin meraih sokongan, tetapi tidak ada idea lainkah, atau PAS sudah kehabisan pemikir yang "prudent" atau PAS itu sememangnya sebuah parti yang bersifat menentang? Apa pun tentang dulu kemudian baru guna akal begitukah?

5. Kalau dah kurang idea, saya beri satu, "PAS Pembela Sebenar" atau satu lagi kesian pula, " Siapakah Yang Menjuarai Rakyat?' Barulah rakyat tidak beranggapan yang PAS ini adalah sebuah parti yang tidak berinovatif sebab itu parti ini dilihat lebih menjadi pak turut saja. Disini pun dah boleh agak siapa yang berkeupayaan untuk menjuarai rakyat.

PANDANGAN KEDUA

1. UMNO memang telah ternyata setakat ini, menjadi tunjang kepada gagasa Barisan Nasional dan sememang layaknya mencetuskan idea idea untuk memperkukuhkan gagasan Barisan Nasional.

2. Bagaimana pula dengan PAS? Walau pun konvesyen pertama Pakatan Rakyat telah berlalu, PAS tidak dilihat sebagai pemain berpengaruh dalam gagasan itu. Malah amat memalukan apabila komen presidennya telah menjadi isu apabila beliau berkata bahawa Pakatan Rakyat tidak perlu tergesa gesa merealisasikannya. Ekoran itu de facto Anwar Ibrahim terpaksa mencelah dengan mengatakan komen Hj Hadi disalah ertikan. Macam mana begitu? Kalau dah hitam hitamlah masakan boleh jadi kelabu!

3. Disini pun kita boleh lihat kemampuan PAS. Dulu dah kena sekali dengan rakan gagasan PR tentang cetusan kerajaan perpaduan, kali ini kena lagi. Parti sebeginikah berupaya menjuarai rakyat?????. PAS hanya boleh jadi kuda tunggangan sahaja ,untuk tujuan menggelabui orang orang melayu yang "over" taksub supaya menyokong Pakatan Rakyat.

4. Bolehkah PAS mereka menjuarai rakyat??????

Siapakah yang sebenarnya yang telah, sedang dan akan menjuarai rakyat?

Thursday, December 24, 2009

Yang baik jadilah teladan dan yang tidak jadilah sempadan.

Bila kritikan dilemparkan terhadap Kerajaan pimpinannya tidaklah bererti bahawa pemerintahan BN ditolak. BN dan para pemimpinnya sepatutnya bersyukor apabila dikritik baik dari penyokong mahu pun pembangkang dan perlu positif dan terbuka menerima teguran atau pun nasihat.

Kritikan yang selama ini dileparkan oleh pihak pihak yang condong kepada BN, bukanlah menambah cuka kepada luka tetapi kerana sayangkan BN. Kepada kumpulan ini mereka tetap berkeyakina kepada dasar pemerintahan BN, tetapi yang hak tetap hak dan yang bathil tetap bathil. Teguran dan kritikan ini untuk membuka mata kepada yang telah diamanahkan untuk berubah, bertaubat atau berundur jika tidk mampu. Adakalanya kritikan itu agak pedas, tetapi jika hendak jadi pemimpin itu adalah menu makanan jika memilih untuk menjadi pemimpin atau ketua.

Saya masih teringat kata kata Perdana Menteri semasa baru baru dilantik, "the government does not know all" dan juga kata kata "Mr Clean"," marilah bekerja bersama saya bukan untuk saya." Mungkin kata kata seruan Pak Lah dan berakhir, tetapi tidak dengan Dato' Sri Najib.

Oleh yang demikian kalau kerajaan tidak boleh ditegur bererti kerajaan tidak membuat kesilapan dan juga memberi pengertian yang kerajaanlah yan tahu semua, kerajaanlah yang lebih mengetahui dan semuanya kerajaan yang betul dan lurus. Saya rasa ini bukanlah dalam kontek ajakan PM meminta rakyat membantu. Bantuan yang dipohon oleh PM adalah disebabkan kerajaan semestinya tidak mengetahui semua.

Disebabkan pelawaan ini, rakyat telah berikhtiar memberi bantuan dengan memberi panduan,nasihat serta kritikan. Dengan itu janganlah kerajaan menjadi rasa "terganggu" bila ada rakyat mengemukan pandangan pandangan mereka dengan cara mereka yang tersendiri. Halusi pandangan mereka walau pun datangnya dari pihak yang menyokong parti lawan.

Kerajaan harus sedar kenapa mereka ditegur dan harus memandangnya secara membina bahawa kerajaan ditegur kerana Allah SWT masih sayang mereka dan itulah sebabnya hati hati orang orang yang menegur supaya para pemimpin negara ini tidak terus hanyut.

Sedarlah bahawa sedar atau pun tidak kerajaan BN masih disayangi dan diperlukan, yang baik jadilah teladan dan yang tidak jadikanlah sempadan. Usah melenting.

Wednesday, December 23, 2009

Minister of Defence - Is security the reason for the delay revelation?



Should I commended the present Minister of Defence for his courageous disclosure on the lost or what ? Where else in order of importance if not the country's defence equipments. It does not mattter if it is the Infantry base, TLDM base or TUDM base. But what is important why and how the security and surveillance had been lapsed? Were there full compliance to the last drop?

I am sure the probe will revealed that the army already has the SOP (standard operation procedures) and so on in placed, but the onus of it, how can such a big item like a jet engine can be conveniently taken out from the storage area and uplifted to one of the country in Europe as claimed? Do these engines placed under any inventory, do any vigilant audit conducted as scheduled? Do the personnel realised what misfortune can befall Malaysia? see this

There are two set back that be pointed out in connection to the incident. Firstly why the Ministry failed to disclose and two as contended by the Prime Minister the missing engines was realised in 2007 and a police report was lodged the question now fell on the Royal Malaysian Police what took them so very long to complete their investigation and identify the traitor or traitors? Is PDRM competency and credibility had been exhausted? read this and read this

With the revelation, it had painted a diminishing effect on both the security agencies that the country ihad relied on and looked forward to. This was the second incident after the Al- Ma'unah infiltration. clickhere

Was the former PM Pak Lah made aware of this incident as a Prime Minister and also the successor of the present Prime Minister as Defence Minister? Somethng must be amidst if he was not briefed or the missing engine is not in any way threatened the security of the country or the lost is not a personal loss, so be it. Which is which?

Anyway everybody has the right to their own perception(s), PRU 13 is just getting nearer and nearer do BN government actually has the time with the misfortune keep on coming one after another? Pakatan is laughing out their heart and Putrajaya is already in their imaginations. click this

BN leaders, love the rakyat and the party more than thy self, if you want BN to prevail and victorious. I you have to go, you have to go, even the Prime Minister himself.

UMNO Pulau Pinang - biarlah kalah bermaruah asalkan jangan kalah menyerah.




Untuk meredakan perdebatan antara parti parti komponen Barisan Nasional, Perdana Menteri telah menyarankan agar isu pandangan UMNO untuk mengambil alih pucuk pimpinan Barisan Nasional Pulau Pinang dihentikan. Perdana Menteri menambah apa apa keputusan akan dibuat atas dasar "consensus."


Mengambil kira dalam serba kekalutan dengan perubahan scenario politik negara, memang sepatutnya Perdana Menteri bertindak fikir dulu baru bercakap dan fikir sekali lagi baru bertindak. Sebagai Perdana Menteri juga beliau harus sedar bahawa dia adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia.

Itulah hakikatnya sebagai Perdana Menteri. Tetapi hakikat itu hanyalah hakikat yang kedua. Untuk mencapai hakikat yang kedua itu beliau harus sedar beliau mesti menerima hakikat yang pertama dahulu. Apakah hakikat pertama itu. Hakikat yang pertama beliau berada disitu atas dasar dilantik sebagai Presiden UMNO dan secara konvensyen Presiden UMNO dipilih sebagai Perdana Menteri oleh semua ketua ketua parti komponen.

Menyedari kedua dua hakikat inilah Perdana Menteri harus adill dan tegas. Jika parti Gerakan berasa parti itu telah menerajui BN Pulau Pinang selama 35 tahun adakah itu bermakna parti itu harus terus menerus mengetuai Barisan Nasional walau pun BN yang dikepalai oleh mereka telah kecundang?

Jika atas dasar itu kenapa MCA tidak terus mengetuai BN sedangkan sejak Perikatan lagi MCA menerajui Pulau Pinang? Adakah cukup dengan alasan MCA kalah pada PRU1969 dan Perikatan terkubur. Bukan kah Barisan Nasional itu adalah kesinambungan dari Perikatan? Sama juga UMNO 1946 yang diharamkan dan tubuhnya UMNO baru bukan-kah ini juga kesinambungan?

Kalau hendak berhujah atas dasarkan kesepakatan antara Kepimpinan Parti Gerakan dan kepimpinan Perikatan yang telah bersetuju bahawa Pulau Pinang diterajui oleh Parti Gerakan ekoran kemenangan besar pada PRU tersebut. Itu boleh diterima, tetapi bolehkah mereka terus memimpin dengan menggunakan tongkat orang lain, sedangkan tongkat persendirian sudah reput atau patah? Selama mana tongkat ini harus dipinjamkan?

MCA telah pun mendapat peluangnya, Gerakan juga telah berpeluang, Bila pula gilirang UMNO? Adakah UMNO Pulau Pinang akan terus menerus dibayangi. Adakah orang melayu juga harus dibayangi. Adakah Pulau Pinang mesti terasing disebabkan pendudoknya majoriti kaum cina. Adakah hanya kaum cina boleh memahami perasaan orang melayu tetapi orang melayu terlalu bahlol untuk memahami perasaan dan rintihan kaum cina klik sini. Bagaiman pula dengan sokongan dari parti lain? sila baca

Adakah orang melayu dan khasnya UMNO Pulau Pinang mahu sentiasa bertolak ansur. Orang melayu sudah sememangnya sudah ditolak kedalam laut, tetapi masih berupaya berenang ketanah besar. Adakah orang melayu rela ditolak habis ketanah besar? Adakah sejarah akan berulang lagi saperti Singapura? Kerana terlalu gusar kepada seorang pemimpin yang bernama Lee Kuan Yew, kepimpinan Perikatan ketika itu risau akan kalah lebih teruk serah Singapura pada Lee Kuan Yew. Adakah ini akan dibiarkan menjadi kenyataan? Orang melayu sudah banyak mengalah tetapi janganlah sampai rebah.hayatilah

Biarlah kita kalah bermaruah dan bukan kalah disebabkan menyerah.

Monday, December 21, 2009

Beranilah Perdana Menteri-ku!

Tuntutan UMNO Pulau Pinang bagi menerajui Barisan Pulau Pinang telah berkali kali dikemukan untuk pertimbangan pucuk pimpinan Barisan Nasional tetapi, "boleh dikemukanlah" hasilnya dah diketahui. Malah MCA pernah juga menyuarakan keinginan menerajui Barisan Nasional Pulau Pinang ketika kerusi MCA yang menang melebihi Gerakan tetapi juga tidak dipertimbangkan.

Apakah kelebihan yang ada pada parti Gerakan, walau pun hanya ada satu kerusi pun masih boleh mengetuai Barisan Nasional. Ada unsur unsur "blackmail" kah, atau budi yang diberi selepas kekacauan 13 Mei 1969 dan tertubuhnya Barisan Nasional belum terbalas balas lagi kah?


Apakah yang dilihat oleh Pengerusi Barisan Nasional ketika itu sampai tak kira kehendak suara majoriti dan masih berpaut pada parti Gerakan?

Pucuk pimpinan Barisan Nasional juga harus berubah dengan perubahan lanskap politik sekarang. Jika parti Gerakan dikekalkan atas alasan Pulau Pinang majoriti penduduknya adalah cina, kenapa MCA tidak boleh menerajuinya? Jika alasan penerajunya mesti datang dari komponen yang mendapat sokongan terbanyak maka UMNOlah yang patut menerajuinya.

Tetapi kalau nak gunakan, "pisang emas dibawa belayar, masak sebiji didalam peti, hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati." Maka matilah orang orang melayu diPulau Pinang dan hanya mampu membeli pangsapuri sahaja.

Pernah saya mendengar kata kata seorang rakan cina dalam berjenaka berkata, orang cina tinggal dipulau dan orang melayu tinggal ditanah besar tapi masih Penang bukan. Apa yang dapat kita fahami walaupun ungkapan itu dikatakan seolah olah tidak memberi apa apa makna ketika itu.

Lihat sajalah apa yang orang melayu ada selain dari kampong kampong usang peninggalan datuk nenek mereka. Itu pun secara berhemah akan diusir. Balik Pulau dulu dikatakan majoriti penduduknya orang melayu, pergilah lihat sekarang, rumah ters dua tingkat pun dan mencecah hampir hampir setengah juta, mampukah orang melayu yang biasa mendiami rumah rumah tersebut.

Pergi pula kepada Taman perumahan Seri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong, melayu tinggal dirumah panjang atau pangsapuri tetapi berapa kerat orang melayu yang mampu beli rumah rumah teres,berkembar atau banglo yang terbina dipersisiran pantai. Bukan kata nak beli, sewa pun belum tentu mampu. Paling malang dibuatnya laluan jalan kaki ditepi pantai tapi untuk pemilik rumah orang orang kaya sahaja. Alasan diberi, takut kalu dibiarkan tuan tuan punya takut ada penceroboh. Jadi kemana orang orang melayu miskin akan pergi? Terpaksa keluar duit pula jika anak cucu hendak berjalan jalan ditepi laut.Janganlah penduduk yang tinggal dalam satu kawasan tetapi berasa terasing. Janganlah terlalu kapitalis. Inilah kerajaan yang ditunjanggi oleh Gerakan sebelum PRU 12, bagaimana BN tidak tumbang diPulau Pinang.

PERBEZAAN DISATU KAWASAN SERI TANJUNG PINANG TANJUNG TOKONG



UNTUK YANG KAYA PERSISIRAN PANTAI








UNTUK ORANG MELAYU TAMAN PERMAINAN UMPAMA KOLAM SELEPAS HUJAN

Dengan slogan rakyat diutamakan adalah diharapkan Perdana Menter "walk the talk" dan beranikan diri untuk berubah. 1 Malaysia = ringgan sama dijingjing berat sama dipikul.

Ini tidak rasis jadi apa dia?

Liow Tiong Lai must be “congratulated” for coming to the rescue of Education Minister Muyhiddin Yassin recently with regards to the issue that only 10 subjects would be considered for Public Service Department (PSD) scholarship.

In championing the cause of his fellow Cabinet member or shall I put it his Umno boss, the MCA vice-president told a press conference that the government had never rejected Literature, Chinese or Tamil to be included as part of the SPM results as claimed by certain quarters. Liow, are you in MCA or Umno?

Dalam arus perubahan lanskap politik, boleh dikatakan ada saja isu isu berhubong kait dengan perasaan tidak puas hati pihak pihak yang berkepentingan yang ingin sangat dan bermimpi mimpi untuk menjatuhkan UMNO dan seterusnya Barisan Nasional.'We must take a stand'

Bila saja pembelaan dibentangkan mengenai orang melayu atau ugama Islam dan juga Bahasa Melayu cepat cepat dilabelkan sebagai rasis. Lain pula bila orang cina atau india memberi hujah hujahnya tentang nasib bangsa mereka, mereka dilihat sebagai pembela kepada keadilan dan tidak rasis.

Mereka ini diumpamakan sebagai pendeta pendeta sebelum datangnya Islam, dimana hanya sebahagian yang diterangkan dan yang mana kedudukan mereka akian tergugat perkara itu tak diterangkan.Begitulah Perlembagaan Malaysia disalah gunakan dan pada yang malas membaca atau malas memahami intepretasinya
akan telan bulat bulat oleh sebab sesuatu yang mereka tidak puas hati dengan kerajaan tanpa pertimbangan rasional.

Saperti perpatah inggeris,"blood is thicker than water" (darah itu lebih pekat dari air) atau "charity begins at home" (amal/sedekah bermula dari rumah). Ini adalah hakikat kecualilah nafsu sudah mengatasi fikiran, sebab pada zaman yang sudah hampiri kiamat mungkar boleh terbalik jadi maa'ruf, itulah keadaanya sekarang. Perasaan tolak ansur dan hormat menghormati sudah tiada penghayatan lagi. Sudah hilang pemahaman Baba dan Nyonya.

Oleh yang demikian pada orang melayu Islam pilihlah nak kekiri atau kekanan. Betul pintu taubat msih terbuka tetapi takut tak sempat bertaubat kerana Allah SWT telah berfirman bahawa ajal itu datang tidak akan lewat atau terawal sesaat pun. INGATLAH!

Saturday, December 19, 2009

Betulkah Pakatan Rakyat sayang Malaysia?

Friday, December 18, 2009

Syabas! Pendudok Kpg Rawa Pulau Pinang.

Berita TV Bernama jam 11.30 pm 18.12.09 telah memapar ketidak prihatinan kerajaan Pakatan Rakyat dibawah kepimpinan DAP berhubong bengkel haram yang dibina dalam kawasan kampong tersebut.

Kampong tersebut majoritinya adalah pendudok melayu. Berkemungkinan kerajaan sekarang memekakan telinga keatas runggutan pendudok kampong tersebut adalah dengan niat menyusahkan saki baki orang orang melayu yang tinggal dalam lingkungan Bandaraya Georgetown dan berharap satu demi satu akan lari. Inilah tekanan yang dikenakan.

Jika tinjauan di buat sembilan puluh peratus kawasan kediaman dalam lingkungan bandaraya tersebut didiami oleh kaum cina. Apa salahnya yang tinggal saki baki ini diperelokan sedikit dan diselesakan sikit untuk orang orang melayu terus tinggal disitu.

Adakah kerajaan sekarang dah rasa seronok apabila menerima bayaran dari hasil jualan Kampong Buah Pala dan juga hasil "land conversion" tempoh hari ingin menambah dana lagi? Mungkin juga kerajaan Pakatan Rakyat sudah kehabisan dana selepas menambah bonus kakitangan kerajaan negeri untuk digula gulakan selepas menuduh kakitangan kerajaan tidak sokong kerajaan pakatan rakyat.

Untuk kakitangan awam kerajaan negeri, depa bagi ambil tapi yang tak betui tu jangan ikut, Allah maha mengetahui jangan pula titik peluh halal jadi haram.

Bagi penduduk Kampong Rawa khasnya dan seluruh orang orang melayu Pulau Pinang, jangan senang digula gulakan dan janganlah orang melayu hilang dari pulau itu. Dua tiga kerat wakil rakyat PKR dan PAS bukan ada untuk membela tapi untuk cukup kuota sahaja. Biarlah sesal dahulu dan jangan sesal kemudian dan tinggilah maruah dan jangan mudah dibeli. Kembalilah kepangkal jalan, kembalilah Barisan Nasional, tapi bukan Barisan saperti dulu, Barisan Nasional dengan sefahaman yang baru. Telah banyak kita orang melayu cuai dan silap, insaflah dan sedarlah dimana kita sekarang oleh kelemahan kita sendiri?

Jangan menang sorak kampong tergadai.

Wasalam

Thursday, December 17, 2009

Orang Melayu dicelarukan.

Didalam keadaan semasa ini, memang amat perik jika seseorang ingin bersikap terbuka dan adil. Umpama ditelan mati mak dan diluah mati bapa. Disurung terkerat, ditarik pun akan terkerat. hanya satu penyelesaian ialah dengan bertolak ansur tetapi yang menjadi persoalannya sampai bila dan sejauh mana? Berapa lama kekuatan mulut dan rahang dapat mengulumnya agar tidak tertelan dan tidak terluah. Adakah ia akan bertukar menjadi api dalam serkam. Bagaimanakah cara atau formulanya agar semuanya akan menang menang?

Dari pautan sejarah orang melayu adalah orang orang yang terdahulu dibumi ini, oleh yang demikianlah bangsa ini telah diterima juga oleh pihak penjajah dan telah memberi hak hak keistemewaan pada kaum melayu yang telah tertera dalam Perlembagaan Negara semasa Persekutuan Tanah Melau diisytiharkan sebagai Negara yang Merdeka. Hak hak ini secara konvesyen dikenali sebagai "Ketuanan Melayu" atau "Kontrak Sosial" Ketuanan Melayu.

Malangnya sejarah ini mendapat penafian oleh pihak pihak yang tidak dapat menerimanya dan akan kedengaranlah laungan sebagai buta sejarah dan sebagainya. Lihat disini. Seterunya hujah demi hujah diutara oleh pihak pihak yang kononnya menegak keadilan sama rata dan sama rasa contohnya . Kehanggatan hujah hujah seumpama ini dapat ditemui sesudah PRU 12, dan lebih parah lagi apabila luka disiram dengan air garam. Garamnya. Kenapa ini harus berlaku?

Adakah orang orang melayu perlu mengalah dan bertolak ansur lagi? Mestikah orang melayu mengakui apa yang tercatit dalam Perlembagaan Negara itu silap dan polisi DEB itu zalim? Sampai bila orang orang melayu mesti akhir mengiakan kepada desakan desakan dan tuntutan tuntutan kaum lain. Mestikah kita menjadi buta kaum baru ada kesefahaman. Apa halnya pula dengan agama? Adakah satu hari kita juga akan terpaksa menjadi buta agama? Nau'zubillah min zalik!

Kadang kadang perasaan kecewa dan marah menyelubungi akal kurniaan Allah. Dimana silapnya dan dimana puncanya? Bila saja nak lebih lebih takut juga pada "ISA" dan "Seditious Act" tapi, adakah buta kaum satu hari akan jadi buta agama pula? Hanya disebabkan keinginan kepada perpaduan dan sama rata sama rasa. Kenapa sudah 30 tahun rakyat Malaysia berupaya memupuk keharmonian dan bertolak ansur tetapi tidak sekarang?
Adakah telahan Tan Sri Sanusi Junid akan jadi kenyataan? KOKKORO

Sambil mencari punca, sebab musababnya marilah kesemua umat Islam UMNO dan PAS termasuklah yang tak berparti dan atas pagar sama sama beristikarah kepada Allah SWT dengan tawaduk dan ikhlas agar diberi hidayah jika kita benar benar sayangkan negara, bangsa dan agama kita. Jadikanlah sebagai azam tahun baru 1431 hijrah, insyaallah.

Wasalam.

Selamat Tahun Baru

Kepada semua pengunjung yang berugama Islam, diucapkan Selamat Tahun Baru. Marilah kita bersatu dan mengembalikan kegemilangan maruah bangsa dan agama.

Wasalam.

Wednesday, December 16, 2009

Apabila lallang ditiup angin (Anwar admits racist speech)

KUALA LUMPUR: Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim has admitted that he had made racist remarks as revealed by leaked videos of his involvement in the National Civics Bureau (BTN).

However, he defended his actions, pointing out that he was with Umno at the time.

"I will defend my position (because) that was the position then as Umno vice-president or deputy president.lagi


Begitulah permulaan berita. Memang sikap manusia apablia tersepit jari telunjuk umpama rada mencari sasaran untuk disalahkan.

Teringat saya kata kata dari orang orang yang bersimpati dengannya bahawa dia sudah insaf selepas dipenjarakan. Dia tak serupa dulu lagi. Apa betulkah dia sudah lurus?

Seseorang yang insaf dan bertaubat tu sepatutnya:

1. tidak memporak perandakan umat sesama ugama.
2. sepatutnya tidak memutuskan siratulrahim dengan saudara seagama.
3. tidak membuat tuduhan tanpa bukti.
4. sepatutnya memartabatkan dan mensucikan nama Allah.

Anwar pernah mendakwa bahawa UMNO penuh dengan rasuah dan rasis, kenapa dia tidak "lawan tetap lawan" semasa dalam UMNO.Tambahan pula dia cukup berpengaruh. Mula mula Ketua Pemuda, naik satu takuk lagi Naib Presiden, kemudian naik lagi Timbalan Presiden. Bukankah jawatan jawatan yang disandangnya itu cukup untuk mengubah dasar UMNO. Tetapi seingat ingat saya tak pula kedengaran laungan saperti sekarang. Apa ketika itu dia nak jaga periuk nasi sendiri?

Sabenarnya apa yang Anwar lakukan sekarang adalah sekadar menegak benang yang basah dan sampai sekarang pun benang itu masih basah???. Oleh kerana dia memiliki kelebihan berpidato yang kurang....... akan telan bulat bulatlah. Tambahan pula dengan pengelaman sebagai bekas pemimpin dan hubongan dengan orang orang luar negara, dia dilihat berkarismalah sikit. Pada orang orang melayu yang taksub tu, celiklah mata akan apa yang sedang dilalui oleh orang orang melayu. Anwar tidak peduli, yang dia mahu adalah untuk menjadi Perdana Menteri. Bolehkah dia, apa siKarpal tu akan diam diri, orang PAS tak teringin ka?

Selain dari DAP, PKR mahu pun PAS sebilangan ahli ahli mereka terdiri dari puak puak yang dah tersisih dari UMNO atau yang tiada kedudukan dalam arus perdana. Adakah terkeluarnya mereka ini disebabkan mereka ingin menegak kebenaran atau tidak berkemampuan untuk memanjat ke-takuk takuk yang "berhasilan" atau mempunyai rekod rekod yang kurang baik? Cari carilah sendiri.

Adalah dilihat penyokong penyokong puak puak ini sebagai kumpulan kumpulan yang mudah berputus asa dan sentiasa tak bersyukur. Mereka juga dilihat sebagai tidak bermaruah sehingga bangsa seagama pun sanggup dicaci dan kafir ditegakan.

Kalau ia pun UMNO bersalah oleh perbuatan segelintir pemimpin pemimpin dan ahli ahlinya, dan kita pula tidak dapat apa apa keuntungan atau habuan dengan menyokongnya, tetapi yang paling mahal kita akan dapat, jika kita bersabar dan tidak berputus asa untuk membaik pulih UMNO. Kita akan dapat maruah bangsa dan agama Islam. Itulah habuan yang paling berharga. Apa lagi yang kita mahu kecualilah kita tak bermaruah teruskanlah.

PM puas hati dengan NKRA dan KPI, tetapi Bajet 2010 menang 3 undi!

KPI Najib teruji lagi, Anwar tercicir peluang - The Malaysian Insider 15.12.09
Tapah MP saves the day for BN - Malaysiakini 15.12.09
Budget gets through with three votes - Malaysian Mirror 15.12.09
Bajet sulung Najib lulus dengan majoriti 3 undi sahaja - Harakah Daily 15.12.09

parliament.png

Media media arus perdana tidak ada cerita pun tentang pengundian bajet 2010 diParlimen malam tadi. Tetapi portal diatas menyiarkan berita tersebut. Bagaimana media saperti Utusan, NST, The Star serta Bernama tidak menyiarkan berita ini. Masakan tiada wakil mereka mengikuti persidangan tersebut. Keputusan sepenting begini adakah patut diketepikan atau terlepas pandang?

Walau apa pun alasan alasan pihak media, atau pun ini adalah arahan dari atas, atau pun dengan menyiarkan berita ini akan memberi gambaran negatif terhadap kewibawaan Kerajaan Barisan Nasional, jika salah satu diatas menjadi alasannya, saya kira itulah satu langkah yang akan menambahkan lagi kurang keyakinan rakyat terhadap pemerintah sekarang.

Adakah kita terlupa dengan media alternatif? Mulut tempayan boleh ditutup, tetapi ini mulut manusia. Belumkah lagi kita mengambil iktibar dan sedar isu isu seperti ini boleh lagi melemahkan kerajaan dan meningkatkan pengaruh kerajaan. Keputusan pengudian bajet ini ada kenyataan dan bukan boleh direka reka dan rakyat boleh menyemaknya melalui hansard. Kenapalah perkara seperti ini ini hendak disenyapkan?

Kerajaan harus berani menghadapi kenyataan dan perbaiki apa apa kesilapan dengan telus dan ikhlas dan jangan sentiasa dicop sebagai kerajaan yang penuh dengan penafian dan mempunyai agenda tersembunyi. Agak malang semasa pengundian melulus bajet 2010 hanya lebih kurang separuh sahaja penyokong kerajaan yang hadir tetapi dua per tiga dari pembangkang yang hadir (66 sokong dan 63 menentang). Apakah ahli ahli Parlimen BN tidak peduli akan impak jika bajet ini ditolak atau terlalu yakin akan disokong.

Dalam isu ini dua perkara boleh ditimbulkan oleh rakyat; pertama wakil rakyat BN dilihat tidak menunjukan komitmen atas apa yang telah dipertanggung jawabkan oleh rakyat, agar bajet yang dibentangkan akan memberi kesejahteraan kepada rakyat dan kedua mungkin ada yang tak kena dengan bajet dan was was untuk hadir kerana jika hadir terpaksa menyokong kalau tidak, terbaliklah periuk nasi.

Kebanyakan wakil wakil rakyat yang terpilih adalah yang berpengelaman, oleh yang demikian mereka sepatutnya sedar betapa mustahaknya pengundian ini demi kesejahteraan rakyat. Adakah sikap sebegini melambangkan Rakyat didahulukan dan percapaian diutamakan. Bukankah kehadiran wakil rakyat pada setiap sidang Parlimen menjadi tugas hakiki wakil rakyat supaya apa apa rugutan rakyat dapat dipanjangkan dalam forum ini? Sibuk sangatkah kesemua wakil rakyat sehingga hanya lebih kurang 50% sahaja yang hadir?

Saya pun tidak faham bagaimana Perdana Menteri boleh terlepas pandang untuk memasukan kehadiran dalam persidangan Parlimen dalam KPI semua wakil rakyat. Masa sudah semakin singkat, PRU 13 makin hampir, kerisauan yang amat sangat pada yang masih mahu Barisan Nasional memerintah jika trend dan sikap ini tidak mahu diubah. Apakah pendirian yang harus diambil oleh penyokong penyokong Barisan Nasional? Masih belum insaf dengan keputusan PRU 12 2008?

Monday, December 14, 2009

Apa yang sudah berlaku pada orang melayu, diam kerana setuju atau ketandusan?

Penalis: Ketuanan Melayu 'projek politik' kekal kuasa - Malaysiakini 13.12.09
Nazri bidas pihak main isu ketuanan Melayu - Malaysiakini 13.12.09
The new Umno dilemma - Malaysian Mirror 14.12.09
Dr M: Don't pick on bumi issue - Malaysian Mirror 13.12.09
Ketuanan Melayu bukan rasis - Utusan Melayu 14.12.09
Dr. Mahathir sedih tuduhan rasis - Utusan Malaysia 14.12.09
Bimbang perpaduan Melayu - Utusan Malaysia 14.12.09


Bukan semua orang orang melayu akan terasa apabila orang orang melayu dan pemimpin pemimpin melayu diketuk, disiat dan diperlekehkan sebagai berfikiran sempit dan pemimpin melayu tamakan kuasa. Malah sebilangan orang orang melayu akan datang sebagai juara dengan ideologi saperti liberalis, kesamarataan dan ada juga yang berpendapat keistemewaan kepada orang orang melayu ini tidak demokratik dan sudah berlalu dan "tongkat" tidak harus diberikan lagi. Ada juga yang berpendapat pembelaan dan keistemewaan yang diberi pada orang melayu adalah sabenarnya memalukan orang orang melayu.

Inilah kesedihan yang perlu dilalui oleh orang orang melayu yang masih percaya kepada hakikat. Hakikat bahawa dimana saja orang orang melayu ini berada atau merantau mereka tetap bangga sebagai orang melayu. Begitulah juga dengan bangsa cina dan india, kalau tidak masakan mereka mahu mempertahankan bahasa ibunda masing masing dan adat resam masing masing. Bukankah bahasa itu melambangkan bangsa? Kecualilah yang lupa daratan yang mengelarkan diri mereka sebagai universalis. Sama ada memang mereka menganut kepada kefahaman itu atau sekadar lakonan sebelum mencapai matlamat mereka haruslah diperhatikan, agar tidak dipedaya. Kalau sudah teratuk baru nak tegadah, saya kira sudah terlambat. Kerana kuasa telah dimiliki mereka. Janganlah kita orang orang melayu tertipu lagi dengan lakonan ini dan mulut manis mereka.

Dimana perginya pembela dan cerdik pandai bangsa melayu, dah rasa tak melayu lagi atau malu untuk mengaku melayu? Dimanakah orang orang yang yang dikatakan ingin mendaulatkan Bahasa Melayu telah menghilangkan diri. Sekali lagi saya bertanya, bukankah bahasa itu melambangkan bangsa? Sampai ketahap manakah baru orang melayu hendak bangun dan bersatu. Apa kita hendak tunggu kemunculan "Imam Mahadi"atau turunnya Nabi Isa A'laihisalam?

Hayatilah pada perkembangan sekarang, kaum kaum lain bersungguh sungguh mempertikaikan hak hak keistemewaan orang orang melayu tanpa segan silu atau bertabik bersalam, walaupun telah termaktub dalam Perlembagaan, berbagai interpretasi diperkatakan oleh mereka bagi kesesuaian matlamat mereka., Dana masjid pun dipertikaikan, hak biasiswa, wang zakat, institusi raja raja melayu dan bermacam macam lagi.

Kepercayaan saya, jika kita rakyat Malaysia tanpa mengira kaum memilih untuk terus menjadi rakyat yang setia dan sayangkan negara, sepatutnya kita bersikap dimana bumi dipijak disitulah langgit dijunjong. Walau pun Perlembagaan itu bukan Al-Quran yang tidak boleh dipinda, tetapi itulah hakikatnya sehingga berlakunya pindaan. Adakah majoriti rakyat mahu Perlembagaan sekarang dipinda?

Tidak ada sesiapakah lagi dari kalangan orang orang melayu yang mempercayai kepada pembelaan keatas bangsanya dan lebih cenderung untuk mengujudkan satu bangsa yang dilaungkan oleh DAP? Bagaimana pula dengan kepercayai kepada agama. Bolehkah Malaysia juga ada hanya satu agama?

Lihat dan hayati apa yang berlaku dinegeri Arab, walau pun majoriti negara Arab ini adalah satu bangsa dan satu agama, pun mereka masih berperang dan bercakaran oleh kerana berlainan mazhab atau pegangan. Kita harus ingat majoriti orang Melayu diMalaysia adalah beragama Islam, adakah agama juga hendak dikompromikan?

Adakah kita rela azan tidak boleh berkumandang lagi, masjid mesti menjadi tempat terbuka dan sesiapa sahaja boleh masuk dan keluar asalkan mereka itu dilihat bersih secara lahiriah. Orang Islam terima wang ehsan atau derma di tokong tokong. Apakah ini yang orang melayu islam kehendaki atau inikah yang dinamakan Islam progresif? Kalau ini berlaku bersedialah kita untuk di adili oleh Allah azza wajalla. Wallahua'llam.

Saturday, December 12, 2009

Perlukah kod etika untuk kesedaran bloggers sahaja?

PM sarankan ‘Kod Etika Blogger’ -Utusan Malaysia 12.12.09

Kod etika adalah sekadar panduan tetapi yang peri mustahaknya adalah sikap individu atau kumpulan itu sendiri. Berbagai etika telah kita ketahui, terutama yang ada hubong kait dengan servis kaunter, tetapi masih juga tidak diikuti dengan sepenuhnya.

Apa perlunya ada apa apa etika jika masih ada cuit mencuit antara satu sama lain. Manusia hanya mempunyai satu tahap tolenransi sahaja dan jika kesabaran ini sentiasa diperah dan diasah akan terhakis juga ia. Umpama bukit yang sentiasa dicangkul lama kelamaan pamahlah ia.

Bagi saya jika kod etika dilihat perlu, hanyalah sekadar membimbing untuk kepatuhan, undang undang masih diperlukan itu adalah lumrah manusia. Semua pun sedia maklum, dengan penguat kuasaan undang undang pun manusia masih ingkar, apa kesan yang boleh diperolehi dengan kod ethika ini.

Kita harus ingat penulis penulis blog, adalah dari gulongan yang mempunyai satu tahap keupayaan untuk mencetuskan sesuatu pandangan atau kritikan. Dengan erti kata yang lain mereka mereka ini boleh berfikir dan menulis yang sedikit sebanyak mempunyai kebolehan membuat pembacanya berfikir. Oleh yang demikian mereka ini adalah kumpulan manusia yang cerdik akalnya serta mempunyai nilai diri dan pertimbangan. Kalau tidak masakan mereka berkebolehan memberi pandangan, menganalisa serta berhujah.Tetapi kenapa kadang kala mereka kurang pertimbangan walau pun dianugerah akal?

Apa yang sebenar diperlukan adalah keinsafan cintakan negara dan kebertanggung jawaban kepada negara. Siapa dahulu yang patut beretika? Bermula dengan pemimpin dan semua yang merasa mereka adalah pemimpin. Sudah terlupakah kita "Kepimpinan melalui teladan?" Perhatikanlah sendiri setiap hari tingkah laku dan tutor bahasa para pemimpin sekarang. Adakah mereka kesemuanya beretika? Adakah mereka umpama ketam atau saperti kata kata inggeris," Do what I preached but do not do what I did?"

Selalunya yang buruk dan sensasi itulah yang disukai. Sebagai contoh ceramah politik, antara ceramah kerajaan dan pembangkang, pada kebiasaan ceramah anjuran siapa menarik pendengar yang ramai? Begitu juga dengan hal hal sosial yang membawa kepada keseronokan pengunjongnya berlipat ganda berbanding dengan hal hal kebajikan.

Oleh yang demikian, jika kita bercakapa soal etika ini, ia sepatutnya bermula dari pemimpin itu sendiri, saperti ibu bapa yang sepatutnya memberi contoh yang baik. Bukan saperti memijak mijak gambar dan memaki hamun ikut sedap mulut. Rakyat biasa akan berkata, kalau pemimpin boleh buat, pasal apa saya tak boleh. Kalau pemimpin tak hormat undang undang dan agensi penguat kuasa, pasal apa saya hendak patuh. Adakah etika dan undang undang untuk orang orang yang bukan pemimpin. Janganlah pemimpin pemimpin sama ada kerajaan atau pembangkang bercakap ikut sedap mulut dan untuk sesuatu kepentingan sahaja, rakyat pun mempunyai perasaan dan maruah dan salah satu cara rakyat ingin meluahkan tekanan perasaan adalah melalui blog blog mereka. Takan nak asyik kena ketuk sahaja! Ingatlah ikan busuk dari kepala.

Saya memang berharap benar KPI yang Perdana Menteri ingin melaksanakan akan memasukan hal hal etika dan sikap dan tingkah laku para pemimpin. Hidupkan kembali "Kepimpinan melalui teladan."

Friday, December 11, 2009

Kesempatan yang dilihat DAP, orang Melayu Islam masih tidak sedar.

Kebelakangan ini selain pertentangan ideologi politik,berlaku juga pertentang kaum dan juga agama. Saya memetik pandangan YB Zulkifli Noordin dalam blognya klik disini

"Sebenarnya penghinaan terhadap agama Islam dan institusi Islam dalam negara ini banyak berlaku ditangan orang melayu sendiri. Kalau kafir yang buat kita sedia maklum memang itu kerja dia. Tapi kalau melayu yang buat, apa label yang kita nak bagi..pengkhianat?munafik?

Sebab itu saya menyeru kaum saya bangsa melayu supaya sedar dan insaflah kita, bahawa nasib masadepan bangsa kita terletak kepada Islam. Kembali lah kita kepada ajaran Islam yang sebenar menurut Al Quran dan Sunnah Rasul, bersama kita menggembeling tenaga menyeru manusia kepada yang ma'ruf, dan mencegah kemungkaran, dan beriman kita dengan sebenar iman kepada ALLAH, nescaya kita akan dipelihara oleh ALLAH dan dimuliakan manusia insyallah."

Memahami perenggan diatas memang adalah hakikat, kecundangnya kekauatan orang melayu sebilangannya adalah perbuatan orang melayu sendiri. Adalah hakikat juga bukan tidak ada pembelaan dan usaha menyedarkan dan memperbetulkan kelemahan ini tetapi kecenderungan duniawi dan universalis sudah agak menebal begitu lama.

Teringat saya apabila saya menimbulkan hal hal perpaduan dan kerukunan orang orang melayu yang sudah terasa lemah dan terunkai kepada seorang kawan, beliau hanya menyambut dengan kata kata yang dingin, "biarlah, nanti akhir zaman orang islam akan bersatu juga dengan datangnya Imam Mahadi, sekarang kita jaga diri kita sendiri dan cari rezeki seboleh bolehnya." Persepsi dan jiwa saperti inilah yang ditakuti yang mana saya melihat akan meruntuhkan kekautan orang melayu. Akhirnya bermula dari Tanah Melayu diubah menjadi Malaysia dan kemudian akan menjadi apa wallahhua'lam. Ketika itu orang melayu dimana?

Jika hendak membahas pelbagai tafsiran dan kefahaman akan diketengahkan. Malah ada cerdik pandai yang berani memberi pendapat bahawa tafsiran Al-Quran itu tergantung kepada setiap individu bagaimana seseorang itu ingin menafsirnya, jadi apa nak dikata semua dah pandai dan muktabar belaka. Contohnya klik disini dan klik disini.


Adalagi yang berani berkata "Allah pun mencarut" dan bertelanjang dalam rumah tidak salah dan orang Islam dalam UMNO itu kafir. Adakah pendapat pendapat seumpama ini Islamik? Disini saya memperkatakan taraf pembejaran orang orang melayu sudah tinggi tetapi malangnya kurang memahami hakikat.


Untuk renungan bersama:-
1. Ayat 7 Surah A-li "Imraan bermaksud; Dialah yang menurunkan kepadamu(wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat ayat "Muhkamaat"(yang tetap,tegas dan nyata ma'nanya serta jelas maksudnya); ayay ayat Muhkamaat itu ialah ibu(atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu timbullah faha yang berlainan menurut kandungan hati masing masing) - adapun orang orang yang ada dalam hatinya kecendurungan kearah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa apa yang samar samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari cari Ta'wilnya(memutarkan maksudnya menurut yang disukai). Padahal tidak ada yang mengetahui Ta'wilnya(tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah.Dan orang orang yang tetap teguh serta mendalam ilmu ilmu agama berkata :"Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami". Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dn peringatan melainkan orang orang yang berfikiran.

2. 1 Dipetik dar Shahih Muslim, dari Aisyah r.a. katanya, maka bersabda Rasulullah SAW, Apabila tuan tuan melihat orang orang yang mengikut ayat ayat mutasyaabihat, itulah orang orang yang dimaksud Allah dalam ayat itu. Maka jauhilah mereka."


2.2. dari Abdullah bin "Amr r.a. katanya," Pada suatu hari aku bangun pagi pagi pergi ketempat Rasulullah SAW. Maka terdengar suara dua lelaki berdebat mengenai sebuah ayat. Kerana itu Rasulullah SAW keluar mendatangi kami. Diwajah beliau terlihat tanda kemarahan. Lalu beliau bersabda: "Sesungguhnya umat yang sebelum kamu mendapat celaka kerana mereka berselisih mengenai Kitab Allah."


2.3. dari 'Amir bin Sa'ad dari bapaknya r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya dosa terbesar diantara kaum muslimin ialah dosa orang yang menanyakan sesuatu yang tidak diharamkan Allah, lalu Allah mengharamkannya kerana pertanyaan orang itu."


3. Hadis hadis diatas adalah berkaitan dengan dua ayat 101 hingga 105 dari surah Al- Maaidah.


Moral disini janganlah kita terlalu taksub kepada sesaorang itu hanya dengan kepetahan atau kelulusannya dan akhir kita tergulong dalam gulongan gulongan yang rugi. Wallahu'alam.