Saturday, February 27, 2010

Konsep ketuanan melayu melemahkan orang melayu?

Apa pendapat kita yang berbangsa melayu,

1.Adakah fahaman "ketuanan melayu" melemahkan orang melayu dan mengurangkan daya saing dengan kaum kaum lain dan diibaratkan saperti dadah?

"Walaupun badan-badan NGO Melayu yang berhaluan kanan inginkan supaya orang ramai percaya bahawa orang Melayu semuanya bersatu menyokong konsep Ketuanan Melayu, tetapi sebenarnya ramai daripada orang kita yang memandang ideologi itu sebagai sesuatu yang tidak berwibawa dan tidak berlandaskan ajaran Islam, dan oleh itu tidak boleh diterima pakai. Ramai dari kita juga berpandangan bahawa falsafah ini cuma akan melemahkan masyarakat Melayu itu sendiri, kerana ia menghindar penerapan nilai keteguhan dan akauntabiliti diri, ia menyekat pembangunan pemikiran kritikal yang berasaskan maklumat, dan ia mendorong pendekatan mengambil jalan yang senang dan bergantung kepada system naungan. Selain dari itu, pendekatan sedemikian tidak memberi dorongan positif supaya bermain bersifat adil, ia menyekat pefahaman betapa mustahaknya perbezaan pemikiran dan bertindak secara inklusif, dan ia mewujudkan sebab kenapa tidak perlu menjadi kompetitif dan berkerja keras."

"Hari ini, ramai orang Melayu berkongsi pandangan dengan orang Malaysia yang lain, bahawa walaupun program kerajaan memperimbangkan ekonomi berasaskan keperluan yang dihadkan dari segi masa mempunyai nilai, pemberian yang tidak ada hujung pangkal berasaskan hak-hak istimewa adalah seperti dadah. Ini adalah kerana ianya menimbulkan satu ketagihan dengan pemberian berasaskan naungan dari ‘mereka yang berkuasa’, yang akan membantutkan dan meracuni hidup mereka yang menerima. Dengan itu, maka wujudlah sistem elitisma dan kronisma, didorong dan disokong oleh mereka yang memerlui, dan yang memberi, perlindungan dan naungan tersebut. Dengan sumber-sumber mulai ketandusan, terdapat satu perasaan takut bahawa akan adanya satu detik waktu tegang, mengancam dan berkemunkinan ganas di mana kebiasaan kemewahan ini tidak dapat dikecapi lagi." Pandangan Penuh

2.Adakah fahaman ini dicipta oleh Barisan Nasional untuk mengukuhkan kuasa Barisan Nasional?

"Ketuanan Melayu adalah satu konsep yang telah menyebabkan BN yang dipimpin oleh United Malays National Organisation (Umno) tidak pernah kalah dalam pilihanraya umum semenjak pakatan tersebut ditubuhkan oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein bagi menggantikan Perikatan."

3. Adakah fahaman ketuanan melayu memberi pengertian yang sama dengan fahaman zionisme yahudi?

"Dalam konsep ketuanan Melayu, orang-orang Melayu adalah tuan kepada bangsa-bangsa lain di Malaysia. Bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India dianggap sebagai pendatang di Malaysia."

"Fahaman Zionisme memberikan keistimewaan kepada bangsa Yahudi di negara Israel. Penduduk berbangsa Arab di negara Israel tidak mendapat keistimewaan yang sama dengan rakyat berbangsa Yahudi di Israel."
Pandangan Penuh

Apa kata saya pula,
Ketuanan melayu mula dipandang negatif apabila rakyat dah mula jelak dengan sikap "flip flop" pemerintah yang dikira cakap tak serupa bikin. Penyakit ini bukan sahaja menyerang pemimpin pemimpin Barisan Nasional tetapi adalah kenyataan ia juga sudah meresapi dalam sanubari para pemimpin Pakatan Rakyat.

Berkemungkinan ada "sesuatu" sebagai pemimpin yang mereka harus hadapi, yang apabila sudah berkuasa mengambilnya sambil lewa. Apakah "sesuatu" itu yang dianggap remeh? "Sesuatu" itu ialah Lupa Daratan! Lupa daratan disebabkan berbagai, contohnya, terlupa diri kerana dikelilinggi oleh para pengampu, lupa diri kerana berkuasa, lupa diri kerana terlalu diagung agungkan dan kadang kadang terbawa bawa bahawa dia sahaja yang betul dan terlupa bahawa pemimpin itu juga seorang manusia biasa yang tak sunyi dari kesilapan.

Hakikatnya hanya yang tak waras dan betul betul gila yang tak tahu menilai kuasa dan kekayaan. Siapa tidak mahu semua itu? Tetapi biarlah berpada pada dan bermatlamat.

Apa yang sedang diperhatikan, orang orang berkecimpung dalam politk kebanyakannya tergulung dalam kelumpok kelumpok berikut:
a. Berfikiran dan berkeyakinan mempunyai sifat pemimpin sebab sokongan bukan kebolehan.
b. Mencebur diri mencari keuntungan dan kesenangan peribadi.
c. Sifat penentangan dengan dasar dasar pemerintah yang dilihat tidak adil.
d. Demi kemakmuran dan kesejahteraan negara serta berkebolehan, dan
e. Mereka yang kecewa ( kumpulan inilah yang paling bahaya).

Konsep ketuanan melayu tidak ada silapnya, saperti juga diSabah dan Sarawak dua negeri diMalaysia Timur itu masing mempunyai kuasa kuasa autonomi terutama dibawah Akta Immigresen. Bukankah kuasa kuasa ini juga satu keistimewaan yang juga boleh dilihat sebagai Tuan Tanah? Jadi dimana silapnya dengan ketuanan melayu.

Yang benar benar silap adalah orang orang yang berkepentingan serta yang tidak dapat menerima hakikat. Kalau tidak masakan Perlembagaan Negara digubalkan dengan keistimewaan diperuntukan kepada Raja Raja Melayu, orang orang melayu dan bumiputra. Inilah pengiktirafan yang diterjemahkan kepada orang orang melayu dan bumiputra sebagai orang orang yang terdahulu menduduki diPersekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Friday, February 26, 2010

Masaalah Kit Siang untuk mempertahankan anaknya Guan Eng dari tersungkur.


Bangga sekali Lim Kit Siang, walau pun tidak tertunai niatnya untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, anaknya dapat menunaikannya pun sudah lebih dari cukup. Mungkin itulah perasaan veteran DAP ini. Dalam dibuai kepuasan bahawa DAP dapat menawan pemerintahan negeri Pulau Pinang dari Barisan Nasional dengan bantuan bantuan kuda kayu PKR dan PAS, tiba tiba Kit Siang menjadi gelabah biawak. Macamana tidaknya, kucing kucing peliharaan anaknya dah mula menjadi liar dan berpenyakit dan ada yang dah mula melarikan diri dari tuannya.

Kit Siang, untuk menutupi kurang arif DAP dan sekutu sekutunya, terpaksa menimbulkan isu isu yang boleh membantu mengalihkan fokus kearah kecacatan mereka yang makin terserlah walau pun baru dua tahun memerintah beberapa negeri.

Kesilapan Pakatan Rakyat juga dicacatkan dengan sikap suka mencari salah orang lain, dari meneliti kelemahan sendiri. Oleh kerana Pakatan terlalu taksub yang merekalah, betul, merekalah bersih, merekalah adil, merekalah menjuarai rakyat dan bermacam macam lagi sehingga terlupa tanggung jawap sebenar kenapa mereka diberi peluang.

Atau sebenarnya mereka tidak layak diamanahkan untuk memerintah kerana terlalu dalamnya dendam mereka. Matlamat sebenarnya Pakatan Rakyat antara ketiga tiga komponennya memang sangat nyata. DAP dengan niat Malaysian Malaysia dan lebih mirip kearah republik, PKR hanya mahu mencapai cita cita Anwar Ibrahim dan PAS sememangnya ditakdirkan sebagai penumpang yang tidak menentu matlamat perjuagan mereka.

Malangnya ketiga tiga parti ini terpaksa bergabung jika ingin memerintah dan disebab kerakusan inilah mereka menyembunyikan kuku kuku mereka yang makin lama makin panjang dan dah mula terserlah. Untuk melindungi kuku kuku mereka yang penuh dengan daki dan kotoran inilah yang Kit Siang berusaha menutupnya. Tetapi masaalahnya sampai bila? Memang Kit Siang bermasaalah kerana takut kuku kuku berbisa itu bukan saja dilihat tetapi bercakaran sesama sendiri.

Thursday, February 25, 2010

Hanya Politik dapat menghalalkannya.

Sekali kali bila duduk berfikir kebelakangan ini macam macam yang berlaku dan macam macam telah diperkatakan.Semuanya ghairah diperkatakan bermula apabila pintu pagar dibuka besar oleh Perdana Menteri yang kelima Pak Lah.

Kerana terlalu luasnya keterbukaan pintu itu, telah menyebabkan kesukaran untuk mengecilkan keterbukaan itu. Akhirnya keterbukaan itu juga yang meranapkan hayat jawatan Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Adakah pendekatan yang diambil oleh Perdana Menteri sekarang DS Najib akan akhirnya merebahkan juga karier politiknya? Kita sama samalah lihat.

Muthakhir ini telah dilihat bermacam macam diperkata dan diperdebatkan.Dari isu kalimah maha pencipta Allah sehinggalah sekecil kecil. Dulu manusia tidaklah pernah berani menimbulakan isu isu keagamaan dek kerana sensitivitinya tetapi sekarang sudah tidak dibatasi lagi. Ini telah memberi satu percapaian permulaan kepada mereka yang percaya kepada fahaman "The Golden Rule."

Kemudian timbullah perlakuan seks bebas oleh pemimpin dan gambar lucah . Ini pun mendapat simpati dari puak puak liberalis. Tak ketinggalan juga kebebasan seks kaum sejenis yang mendapat pembelaan. Kemudian diikuti oleh laungan bahawa Seksyen 498 Kanun Keseksaan sudah lapuk. Pembelaan ketas penjenayah penjenayah yang didakwa dizalimi oleh pihak berkuasa.

Timbul pula duit zakat ditabir urus oleh kerajaan negeri, mempertikaikan institusi raja raja melayu dan hak hak istemewa orang melayu, derma ihsan yang juga melibatkan orang Islam diadakan ditokong tokong. Pemimpin pemimpin Islam berebut menyemarakan upacara upacara syirik yang menyekutukan Allah.

Isu sekarang pula tentang hukuman sebatan disebabkan perbuatan zina dan minum arak yang dikenakan keatas wanita juga telah menjadi satu perdebatan dan paling akhir sekali mengalakan anak luar nikah apabila telah dihalalkan dari sudut undang undang negara dengan campur tangan Perdana Menteri.

Disini telah diperlihatkan hanya politik sahaja yang dapat menhalalkan apa yang haram dan mengharamkan apa yang halal. Itulah gambaran yang sedang ditayangkan arah tuju kehidupan manusia sekarang. Keadilan institusi kehakiman dipertikaikan dan kewibawaan ulama ulama disangsikan.

Wallahualam.

Wednesday, February 24, 2010

BN Pulau Pinang - kenyataan Kean Aik adalah kenyataan!

Bagaimana kita menerima kenyataan penasihat Parti Gerakan Lim Kean Aik, bahawa Gerakan telah hilang Pulau Pinang klik disini? Adakah itu kenyataan buat masa ini atau kenyataan itu sekadar ransangan buat ahli ahli parti supaya bangun dari tidur? Apa sudut sekali pun,kenapa kenyataan itu tergamak dikeluarkan oleh bekas presiden parti itu? Mungkinkah pemerhatian beliau berpandu kepada tindak tanduk ahli ahli parti tersebut ketika ini?

Adalah kenyataan, selain dari kritikan kritikan terbuka pemimpin pemimpin peringkat negeri dari ketiga tiga komponen tidak ada apa apa usaha yang dilihat menambat semula hati para pengundi Pulau Pinang. Apa yang banyak dilihat pihak pihak NGO tertentu yang lebih agresif membela rakyat Pulau Pinang yang dirasakan tertindas.

Janganlah pula parti parti dari Barisan Nasional Pulau Pinang menjadi lembu punya susu, sapi dapat nama. Saperti apa yang berlaku semasa demonstrasi diBangunan Pesurujaya Australia (kes liwat Anwar Ibrahim). Sebaik dan sepatutnya setiap pembelaan rakyat atau menegakan kedaulatan negara oleh parti parti Barisan Nasional datangnya dari initiatif sendiri.

Diperhatikan juga dibawah pimpinan Koh Tsu Koon, Parti Gerakan lebih bersaing dengan parti parti dalam Barisan Nasional terutamanya UMNO Pulau Pinang. Pesaingan dengan MCA pula kedua dua parti ini ingin memperlihatkan siapa menjuarai kaum cina dan parti Gerakan ini tidak langsung mencerminkan sebuah parti yang mendukong parti berbilang bangsa dengan Presidennya terkenal "king of tripod" kepada pucuk pimpinan pusat.

Baik Gerakan atau MCA tidak banyak kedua dua parti memainkan peranan untuk menawan semula Pulau Pinang. Baca sahaja kenyataan Presiden MCA klik disini, kenapa Presiden MCA itu terasa demikian? Sambutan tahun baru cina oleh MCA Pulau Pinang pun masih dilihat MCA bercakaran, dimana Pengerusi MCA Pulau Pinang merangkap Naib Presiden MCA tidak hadir bersama.

Kelesuan inilah saya kira penasihat Parti Gerakan berpendapat Gerakan boleh lupakan untuk kembali berkuasa diPulau Pinang. Mungkin juga komen dari bekas Presiden Gerakan ini dikira sebagai "signal" untuk membiarkan DAP terus berkuasa. Sebabnya DAP,MCA atau pun Gerakan adalah parti parti yang ditunjangi oleh kaum cina dan memang membela kaum tersebut. Oleh itu janganlah buat ribut sangat dan seteru yang sebenar adalah UMNO dan PAS.

Monday, February 22, 2010

Guan Eng menggunakan tangan ghaib tindas melayu Pulau Pinang.


Bukan sahaja Guan Eng memperbodohkan Anwar dengan membuat perakuan bahawa DAP tidak akan menuntut kedudukan ketua pembangkang walau pun PKR akan kurang bilangan ahli diParlimen Berita penuh.

Guan Eng kali ini menggunakan kuda tunggang melayu kontraknya sebagai jurucakap untuk menyelar teguran berhubong arahan tidak membenarkan sesiapa sahaja memasuki pejabat am Pejabat Ketua Menteri itu dengan kata kata publisiti murahan. Begitulah liciknya tai-chi grand master ini. Kuda tunggangan ini dengan bodoh tetapi bangga terperangkap dengan kelicikan Guan Eng.'Klik disini

Mungkin untuk pelawat pelawat perlu ditapis kebebasan keluar masuk kepejabat Ketua Menteri, tetapi yang menghairankan kenapa kakitangan kerajaan negeri juga dihalang walau pun pas kerja sudah diluluskan. Sumber memberitahu bahawa untuk menghantar dokumen pun hanya dibenarkan sehingga pintu masuk kepejabat am sahaja, ruang pejabat am juga tidak dibenarkan. Disana seorang pengawal keselamatan ditempatkan dipintu tersebut dengan bilangan CCTV ditambah. Inikah yang mencerminkan C.A.T.?

Tidak mencukupi dengan meroboh gerai gerai orang melayu, mempolitikan PUZ klik disini serta mencabar kesabaran orang Islam dengan acahan membatal perarakan Maulidul Rasul Klik disini sekarang pula sudah ada pula desas desus tentang penarikan kelulusan keatas tanah tanah tol kepada penyokong penyokong Barisan Nasional sementara penyokong Pakatan dari kaum cina telah dianugerah tanah tol sekitar Weld Quay (tanah tebus semula).

Ada pula berita yang menambah dengan kekuasaan kerajaan negeri keatas tanah tanah diPulau Pinang, kerajaan DAP ini dah mula memikirkan menarik semula tanah tanah yang diluluskan untuk pembinaan sekolah sekolah dibeberapa kawasan kepadatan orang melayu berada saperti Balik Pulau, Tanah Liat dan sebagainya.

Saperti saya gambarkan dalam blog terdahulu, wajah Pulau Pinang sekali dilihat adalah sebagai negeri orang orang cina. Menurut dari apa yang diberitakan, macamana tidak kelihatan begitu, kerana sekarang sudah ada arahan setiap taman perumahan, pemaju diwajipkan membina sebuah to'kong. Jika benar, bagaimana arahan ini ditafsirkan? Inilah salah satu cara membuktikan DAP memerintah dengan sikap berdendam dan juga cara menghalau orang orang melayu.

Guan Eng tidak bodoh, dia tahu kelemahan orang melayu, pantang dibuai dengan wang ringgit dan kedudukan suadara sendiri pun mereka akan jual Klik disini. Malah sekarang pun ada orang melayu sudah menjual agama Islam dan maruah sudah tidak ada nilai lagi. Dunia dulu akhirat kemudian, Allah maha pengampun. Mungkin itu yang difikir oleh kuda kuda tunggangan Guan Eng ini. Maklumlah Guan Eng telah mengisytiharkan pemerintahannya ala Khalifah Islam.

Itulah lakonan Guan Eng yang sentiasa memperdayakan orang melayu yang kebanyakannya masih ditakuk lama yang ingin senang, mewah dan dihormati dengan jalan yang mudah walaupun tak bermaruah.

Sunday, February 21, 2010

Gerakan perlu diubah dari menerajui BN Pulau Pinang

Memang dah lama kepimpinan bekas Ketua Menteri Koh Tsu Koon dilihat berat sebelah yang terlalu menitik beratkan pada kaum majoriti dan tak hairanlah apabila DAP dengan gabungan kuda tungangannya PKR dan PAS, Tsu Koon tidak merasakan apa apa kerugian.

Kenapa nak rasa kerugian DAP yang kononnya parti berbilang bangsa hanya dianggotai oleh 90% kaum cina, begitu juga komposisi dengan Gerakan yang juga dikatakan parti untuk semua bangsa. Kenapa kedua dua parti ini tidak diminati oleh bangsa bangsa lain. Faham dan halusilah. Lawatilah Pulau Pinang, lihatlah penduduknya dan pasarananya, apakah tanggapan pertama setiap pengunjong?

Lihat saja semasa isu isu tentang penindasan gulongan minoriti melayu diPulau Pinang, Gerakan tidak langsung memainkan peranan sebagai sebuah parti yang multi racial serta peneraju Barisan Nasional, kalau MCA tu bolehlah diterima sebab MCA lebih mewakili orang cina. Adakah Gerakan juga mewakili orang cina dan tidak pelbagai kaum?

Perdana Menteri minta UMNO muhasabah diri Berita penuh , bagaimana pula dengan parti parti komponen Barisan Nasional tidakkah ahli ahli dari parti komponen juga perlu memuhasabahkan diri mereka. Bukankah Piliharaya ditandingi oleh Barisan Nasional dan bukan semata mata UMNO. Adakah Perdana Menteri memperakui bahawa UMNO adalah liabiliti semasa PRU 12 dan bukan kolektif?

Persepsi yang dilihat, Perdana Menteri hanya memberi tumpuan kepada UMNO, teringat akan saya kata kata Perdana Menteri bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk semua dan beliau adalah Pengerusi Barisan Nasional, seruan seumpama ini sepatutnya menyeluruh dan bukan tertumpu pada UMNO sahaja.

Kebelakangan ini telah banyak dilihat Perdana Menteri, terlalu bertolak ansur kepada kehendak kehendak kaum lain melebihi dari orang melayu dan bumiputra, dan tak kurang juga kenyataan kenyataan menyokong oleh pemimpin pemimpin UMNO bahawa orang melayu tidak dipinggirkan dan apa yang berlaku tidak tersasar dari Perlembagaan negara.

Adakah orang melayu keseluruhanya dan bersedia dengan networkinya untuk bersaing dengan kaum kaum lain? Atau hanya "orang orang melayu yang tertentu" sahaja yang bersedia? Adakah slogan "rakyat didahulukan" memberi gambaran bahawa kaum lain selain dari kaum melayu dan bumiputra yang terpinggir selama ini? Disebabkan itu peluang untuk kaum kaum ini perlu diperluaskan?

Bagaimana pula orang melayu diPulau Pinang tidakkah mereka kaum minoriti yang perlu pembelaan. Adakah orang melayu Pulau Pinang dianggap pengkhianat kerana BN kalah dinegeri tersebut? Adakah kekalahan itu disebabkan orang Melayu atau BN yang diterajui oleh Gerakan? Baca disini

Jika dikaji siapa yang majoriti pangkah UMNO dan berapa kerusi yang UMNO kalah jika dibanding dengan MCA ,MIC dan Gerakan? Jika hasrat untuk betul betul berubah, ubahlah peneraju BN diPulau Pinang dan jika 1 Malaysia hendak direalisasikan apa salahnya BN Pulau Pinang diterajui oleh UMNO pula? Lekeh dan zalim sangatkah UMNO yang ditunjanggi oleh orang melayu untuk memerintah Pulau Pinang? Dengan ini juga kita boleh lihat penerimaan kaum kaum lain tentang gagasan 1 Malaysia atau sekadar syok sendiri oleh pengilhamnya.

Friday, February 19, 2010

Anwar terkemut kemut mencari helah!

Tak pasal pasal Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan Anwar atas dakwaan meliwat pembantunya Saiful Bukhari Azlan dituduh berbohong dan berat sebelah. Ketegasan serta adilnya beliau telah mengenepikan permohonan peguam Anwar dari diri beliau digugurkan dari mendengar perbicaraan itu dan pada masa yag sama telah membenarkan pihak Anwar untuk membuat rayuan keatas keputusan itu serta menangguhkan perbicaraan yang telah pun masuh keperingkat soalan balas (cross examination).

Memang Anwar tersangat takut jika kes ini dibicarakan terutama dengan perkembangan yang sedang dialami oleh PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya. Banyak telah diperkatakan oleh yang ada tempat dan pengaruh dalam PKR, bahawa PKR dan kroni Anwar hanya memperjuangkan satu matlamat. Meletakan Anwar sebagai Perdana Menteri. Apabila sudah berkuasa segala titik titik hitam yang terlekat pada dirinya dapatlah ditanggalkan. Sama ada mengikut rule of law atau cara authoritatif. Itulah hastrat dan cita cita Anwar dan kononnya ketuannan rakyat, kesamarataan itu semua adalah sekadar retorik sebelum dapat.

Cita cita inilah yang menyebabkan Anwar dengan sedaya upaya menggunakan segala peluang dan muslihat untuk mengugurkan dakwaan liwat keatasnya. Anwar tidak kisah jika dia menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat tetapi dia lebih risau kebenaran yang menjijikan akan terkeluar semasa perbicaraan yang akan memberi impak saikologi bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga keluarganya. Kepada PKR atau Pakatan Rakyat dia tidak kisah sebab ahli ahli yang menyokong kurang mengguna akal tetapi lebih perasaan lagi pun wang adalah segala galanya pada penyokong Anwar.

Bagi DAP hal hal moral, sex haram dan lain lain yang tidak mempamerkan akhlak mulia bukanlah menjadi batu penghalang asalkan mereka boleh berkuasa dan dapat mencucuk hidung hidung orang melayu sudah cukup bagi mereka. DiPulau Pinang saya teringat satu pandangan dari seorang berbangsa cina, sidia ini pernah berkata bahawa dia tidak kisah orang melayu membeli harta ditempat tempat strategik sebab satu hari hartanah itu kaum cina pasti mendapat semula, tetapi amat susah kalau hartanah itu dimiliki orang orang cina untuk didapati semula.

Begitulah keyakinan orang orang cina akan kelemahan orang orang melayu. Kelemahan inilah juga dimiliki PAS yang sentiasa dilihat tidak berani berdikari dan asyik menumpang tuah orang lain dan buat masa ini menumpang tuah Anwar Ibrahim. Oleh kerana kelemahan inilah Anwar dinampak masih mendapat sokongan PAS dab DAP pula disebabkan agama rasmi masih Agama Islam dan senanglah sikit jika Perdana Menteri berurusan dengan Yang DiPertuan Agung. Tetapi yang berkuasa dan mastermind tetap DAP. Senario ketara adallah di Pulau Pinang, Perak semasa Pakatan memerintah, Selangor, Kedah. Kelantan pula walaupun PAS menguasai sepenuh tetapi dah Menteri Besarnya pula terlalu condong. Entah entah MB Kelantan dan berangan angan nak jadi Pengerusi Pakatan Rakyat kut, saperti dijolok oleh Zaid Ibrahim.

Lihat, fikir dan hakusi kenapa Anwar Ibrahim terlalu hendak kes liwatnya digugurkan dan tergamak merendah rendahkan kedaulatan undang undang Malaysia dan menjemput serta menggalakan negara negara saperti Australia dan Amerika Syarikat mempersoalkan kewibawaan badan kehakiman Malaysia. Adakah kita rakyat Malaysia perlu orang saperti Anwar dan sekutu sekutunya memimpin Malaysia? Kalau tidak bersalah Anwar patut berani dan merelakan seluruh rakyat Malaysia mengetahui melalui perbicaraan terbuka dan bukan tutup dari diketahui rakyat. Kalau Anwar beriman pada Allah SWT dia patut taqwa dan pasrah menghadapi ujian ini dan membersih melalui keadilan bukan melalui mendengar sebelah pihak tanpa pengadilan.

Monday, February 15, 2010

Guan Eng Melaka yang licik - Orang Pulau Pinang Mesti Pandai.


Ego Lim Guan Eng CM DAP Pulau Pinang, mula dilihat apabila berpindah dari rumah rasmi Ketua Menteri ke sebuah rumah banglow yang telah diubah suai dengan mewahnya. Teringat saya pada mula memegang jawatan Ketua Menteri dia begitu prihatin tentang pembaziran dan memilih mendiami rumah rasmi itu dan juga berpropaganda menaiki penerbangan kelas ekonomi. Itulah babak pertama lakonan Lim Guan Eng menipu dan mengelabui mata rakyat.

Oleh kerana dah mula syok jadi Ketua Menteri dengan dibuai oleh sanjungan dan layanan VIP Guan Eng telah mula lupa kawan sepejuangannya dan terpaksalah membuat sesuatu untuk mengekalkan kedudukannya. Bagaimana dia harus lakukannya? Ambil hati orang orang cina yang menjadi penduduk majoriti dan jelma sebagai hero pada orang melayu dan india. Inilah apa yang sedang dilakukan oleh Guan Eng.

Tak percaya kaji semula insiden Kampung Buah Pala. Izinkan pemilik dan pemaju runtuh perkampungan itu yang kononnya mematuhi kepada keputusan mahkamah dan menyalahkan kerajaan terdahulu kerana kurang prihatin kepada penduduk kampung tersebut. Pada hal hasil jualan tanah dipunggut oleh kerajaan pimpinan DAP. Selepas semua dah roboh selesai, DAP ambil kesempatan ini agar dilihat menjuarai nasib penduduk Kampung Buah Pala dengan kononya hasil pampasan yang diperolehi itu adalah hasil usaha mereka dimana pihak pemaju telah bersetuju memberi rumah teres dua tingkat sebagai pampasan.

Sentimen serupa juga dimainkan oleh Lim Guan Eng dalam isu sambutan Maulidur Rasul. Guan Eng sekali lagi mencari helah bagaimana untuk menonjolkan dirinya sebagai hero orang melayu pula. Tujuan sabenarnya adalah untuk menutup kezalimannya meroboh gerai gerai orang melayu serta mematahkan semangat orang melayu yang dilihatnya sudah sedar dan mula bersatu termasuklah kritikan cara pimpinannya diPulau Pinang oleh rakan rakan Pakatan Rakyat.

Guan Eng dengan kelicikan, telah mempergunakan Exco kuda kayunya serta Yang diPertua Agama Islam Pulau Pinang (yang suka pegang teloq) untuk "test the water." Maka arahan pertama membatalkan perarakan. Apabila perangkapnya mengena, semasa inilah Guan Eng tonjolkan dirinya sebagai "hero" sekali lagi dengan mengisyhtiharkan bahawa perarakan tetap diadakan dan dengan berani menjemput TPM hadir bersama.

Sebenarnya adalah niat Guan Eng tidak mahu perarakan ini direalisasikan. Guan Eng takut dengan kebangkitan orang orang melayu Pulau Pinang, sambutan ini akan lebih menyemarakan lagi perpaduan orang orang melayu. Tetapi disebabkan protes yang kuat, Guan Eng masih guna kesempatan ini untuk dilihat hero dengan memperlihatkan bahawa dia telah "overuled" keputusan exco kuda kayu yang bertanggung jawapan hal ehwal agama Islam. Dengan tindakan "overuled" ini telah menaikan balik "heroism"nya. Begitulah liciknya Guan Eng mempolitikan isu Maulidir Rasul dan memperbodohkan orang orang melayu yang gila kuasa dan kedudukan.

Tetapi malangnya sibuta lagi tolol yang masih menyokong tetap buta. Baca disini

Saturday, February 13, 2010

DAP mesti dikaramkan - Bolehkah pendedahan Zahrain, Zul dan Tan membantu?

Memang benar sekadar berpendirian tidak menjamin kejayaan mendaki tangga tangga kecemerlangan politik. Lihat saja apa yang berlaku pada pemilihan UMNO dimana Mukhriz mendapat pencalonan terbanyak tetapi apabila undian sebenar ia tidak mencerminkan angka semasa pencalonan. Nasib itu juga menimpa Tan Sri Rafidah Aziz dan yang amat tidak dapat dilupakan, pertandingan antara Tun Mahathir dengan Tengku Razaleigh.

Oleh yang demikian, dengan tahap pemikiran dan kesedaran material ahli ahli dan penyokong penyokong sekarang adalah amat sangsi, sama ada sokongan keatas personaliti personaliti ini akan berterusan. Jika diambil kira senario semasa akhirnya hero hero ini akan keseorangan dan lama kelamaan terpinggir dan dilupakan. Itulah senario politik Malaysia dan itulah apa yang terjadi kepada Allahyarham Datuk Harun Idris dan senario seumpama ini masih berulang dimana hero hero veteran yang masih mahu berada dilime light atau main stream politik semasa terpaksa berhempas pulas menonjolkan diri demi suvival politik mereka dan mahu dilihat sebagai masih relevan.

Berbalik kepada tindakan tindakan pemimpin pemimpin politik pertengahan yang mendakwa menegakan kebenaran, telah pula diistilahkan oleh penyokong setia sebagai membuka pekong didada, adakah mereka ini dianggap penderhaka atau" tikam belakang?" Mungkin yang taksub dan beroleh habuan akan melabelkan pemimpin pemimpin saperti ini sebagai belot, ada juga yang setuju tetapi takut berterangan dan ada yang akan menyokong secara terbuka. Itulah hakikatnya.

Sama ada tindakan tindakan sebegini dianggap "advantage" atau "opportunity" bagi parti lawan atau tidak, tetapi yang nyata individu individu ini berprinsip dan berani." They will not toe the line" atau "they are not the yes men." Siapa yang melahirkan ahli ahli yang berpersonaliti begini? Tidak lain dan tidak bukan pemimpin tertinggi dan kunco kunconya yang bertanggung jawab, yang sentiasa berfikiran mereka ketua mereka lebih tahu. Akhirnya timbullah ketidak puasan hati dan lahirlah ahli ahli yang sebegini.

Bukan sahaja pemberontakan kecil ini berlaku dalam PKR, UMNO sudah pun berlaku dimana Presiden yang dahulu terpaksa mengundur diri dan kemelut itu juga sedang dialami dalam MCA yang entah bila dapat diselesaikan dan tidak ketinggalan PAS.

Selain MCA yang ketara sangat adalah parti parti yang ditunjangi oleh orang melayu iaitu UMNO, PAS dan PKR. Persoalannya kenapa? Jawapannya sama ada disedari atau tidak adalah disebabkan penjajah British. Satelah pihak British membawa masuk kaum kaum India dan Cina dengan pelbagai janji terpaksalah melakukan sesuatu agar orang orang melayu sebagai orang yang terdahulu bertolak ansur dengan kawan kawan baru ini.

Oleh kerana berabab abab "dimanjakan" kesan kesan yang masih kuat tertanam dalam jiwa orang orang melayu adalah memperolehi kesenangan dengan titik peluh orang lain. Kesempatan inilah yang dimanipulasikan oleh DAP yang sudah berupaya membaca kelemahan orang melayu. Lebih ketara lagi kuasa ekonomi dimonopoli oleh kaum cina, bertambah mudahlah mereka memperkudakan orang orang melayu yang gila kuasa dan tamak haloba. Semuanya boleh dibeli oleh mereka.

Sejarah piliharaya juga dengan nyata memberi gambaran penempatan majoriti kaum cina amat kurang menyokong parti UMNO atau PAS kecualilah bilangan mereka itu kecil jadi terpaksalah bersikap masuk kandang kambing mengebek dan masuk kandang kerbau menguak. Sudah banyak maruah melayu tercalar dan semakin parah apabila agama Islam turut dicalari dan terkini adalah kalimah Allah dan wang zakat di Pulau Pinang. Bilakah orang melayu Islam akan sedar dan bolehkah DAP yang mula memaharajalela ini dikaramkan? Adakah kebangkitan orang melayu diPulau Pinang itu sekadar hangat hangat tahi ayam?

Wednesday, February 10, 2010

Pakatan Rakyat dan penyokong mereka, cukup cukuplah!


Mahkamah Persekutuan telah pun mencapai kepada keputusan bahawa Dr Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah. Dengan itu adalah diharap semua rakyat Malaysia dan khasnya rakyat atau pegundi Negeri Perak harus akur dengan keputusan itu. Tidak ada apa apa yang boleh dibuat lagi selain dari menyemak semula keputusan itu.

Adalah diharapkan terutama bekas Menteri Besar yang terkilan itu tak usahlah mengada adakan terma saperti "absolute monarchy." Tak usahlah bercakap saperti pemimpin yang kurang cerdik disebabkan kecewa. Kalau tak cerdik pun berlagaklah cerdik dah nak diri digelar pemimpin.

Selagi Perlembagaan Negara tak dipinda, Malaysia masih mengamal "Constitutional Monarchy" atau Raja Berpelembagaan. Jadi tak usahlah buat ribut dan penting nafsu sendiri. Biarlah rakyat Perak hidup aman dan harmoni tanpa jolokan dan hasutan mana mana ahli politik. Percayalah pada qada' dan qadar. Tentu ada hikmahnya Allah SWT tarik balik kuasa yang diberi pada Pakatan Rakyat.

Kalau betul bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat itu beriman kepada Allah SWT, dia sepatutnya berpasrah selepas segala usaha tidak dimakbulkan Allah. Sama ada Barisan Nasional rampas kuasa atau tidak itu sudah ditakdirkan dan berkemungkinan Barisan lebih berusaha oleh yang demikian mereka berjaya.

Pokoknya sekarang sehingga PRU 13 biarlah rakyat Perak yang inginkan kehidupan tenang dan aman diberi peluang menikmatinya. Sekali lagi disarankan janganlah pentingkan diri sendiri. Rakyat pun tahu berdoa juga dan yang terinaya adalah rakyat dan doa orang orang yang terinaya mudah dimakbulkan Allah. Muhasabah dan insaflah, jangan terlalu asyik dengan sanjungan palsu. Inilah senario dimana sokong membawa rebah.

Saturday, February 6, 2010

UMNO/BN berprinsip atau pak turut?

RENUNGAN
Watch your thoughts; they become words. Watch your words; they become actions. Watch your actions; they become habits. Watch your habits; they become your character. Watch your character; it becomes your destiny.~ Frank Outlaw

Kelancangan pemimpin pertengahan Pakatan Rakyat menyuarakan ketidak puasan hati atas tidak tanduk pemimpin atasan adalah berpunca dari sikap pemimpin atasan juga. Ketua ketua mereka ini terlalu bercita cita tinggi dan bernafsu besar selepas menghitung kejayaan mereka selepas PRU 12 dan beberapa siri kemenangan pilihanraya kecil kecuali diBatang Ai dan Batang Pinang.

Apakah yang menyebabkan ahli ahli Pakatan Rakyat tersebut begitu lantang dan berani sehingga dilihat membelakangkan dasar parti dan tidak menunjukan hormat kepada pemimpin atasan mereka? Apakah mereka tidak terfikir tindakan mereka itu sedikit sebanyak akan menjejaskan kredibiliti gagasan yang mereka tubuhkan termasuk perpaduan antara parti parti komponen Pakatan Rakyat?

Mereka sedar bukan tak sedar, tetapi bila dah melampau, meletup juga akhirnya. Inilah padah apabila memilih ketua yang mempunyai agenda agenda tersendiri, Anwar oleh kerana terkilan dan dendam pada kerajaan Barisan Nasional menubuhkan PKR semata mata ingin mengajar Barisan Nasional dengan cita citanya hendak jadi Perdana Menteri. Disebabkan dendam kesumatnya beliau telah tersasar dari tujuan mencapai matlamat PKR sendiri. Bagi mengejar cita citanya jugalah beliau terpaksa mengiyakan cita cita DAP yang penuh dengan dendam terhadap persepsi sempit mereka keatas hak hak orang orang melayu dan bagai hilang arah kerana terlalu ghairah nak tebus apa yang mereka fikir dirampas oleh orang melayu dibawah pemerintahan Barisan Nasional. PAS pula yang selama ini berlandaskan Islam, telah dilihat terkeluar dari landasan asal perjuagan PAS, pun kerana ingin dan ghairah meraih sokongan bukan melayu. Tambahan pula, PAS adalah sebuah parti yang dilihat masih menumpang tuah orang lain.

Harus diingat pemimpin pemimpin serdahana yang lantang itu juga adalah bekas bekas ahli parti lain dan mereka menyertai Pakatan Rakyat disebabkan tidak sehaluan dengan dasar dasar atau pimpinan parti yang terdahulu. Memang menjadi harapan mereka Pakatan Rakyat membawa sesuatu perubahan kepada lanskap politik Malaysia. Tetapi malang buat mereka dimana pengaruh mereka tidak sehebat pengaruh pemimpin atasan Pakatan Rakyat yang selama ini hanya ingin berkuasa atas sifat dendam. Sekali lagi diatas prinsip yang dipercayai, mereka terpaksa melawan arus dan badai yang mendatang.

Walau pun kebanyakan pemimpin pemimpin yang berprinsip seperti mereka akan hilang, dan dilupakan lebih cepat, tetapi saya yakin mereka akan rasa puas kerana mencuba daripada menjadi "pak turut." Inilah akibat yang harus mereka bayar jika enggan bertuan kepada pemimpin yang terlalu taksub dengan diri sendiri bila diberi kuasa sehingga terlupa bagaimana seseorang pemimpin itu berada diatas sana.

Kepada pemimpin pemimpin yang taksub ini, selama mana dan sebanyak mana seorang pemimpin itu boleh menggula gulakan dengan kedudukan dan wang ringgit? Hari tak sentiasa panas, adakala hujan ditengahari. Adalah diharapkan bahawa ahli UMNO/BN dapat menjengah kembali prinsip mereka. Turutlah apa yang wajar dituruti asalkan jangan jadi "pak turut" Nilailah sendiri!

Friday, February 5, 2010

Kalau tidak mereka siapa lagi- UMNO????


Sedaq gagal serah memorandum kepada Guan Eng

05/02/2010 6:26pm

PULAU PINANG 5 Feb. – Suasana kecoh berlaku semasa sekumpulan wakil dari 30 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu “Gabungan Sedaq” yang diketuai Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mahu menyerahkan memorandum bantahan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng di sini hari ini.

Guan Eng hanya mewakilkan Pegawai Khasnya untuk menerima memorandum tersebut.

Gabungan itu yang mahu berjumpa sendiri dengan Guan Eng, bagaimanapun enggan menyerahkannya kepada pegawai berkenaan.

Gabungan itu kemudiannya bertindak membakar kertas memorandum itu dan patung yang menyerupai Guan Eng di hadapan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), bangunan di mana terletaknya pejabat Ketua Menteri.

Ibrahim yang juga Presiden Perkasa kemudiannya memberitahu pemberita, perhimpunan yang disertai kira-kira 3,000 orang itu diadakan bagi membela nasib peniaga Melayu Pulau Pinang yang dikatakan telah ditindas oleh kerajaan negeri.

Gabungan Sedaq menggariskan 10 tuntutan dalam memorandum itu antaranya meminta kerajaan negeri menghentikan tindakan meroboh gerai peniaga Melayu.

Perhimpunan itu mengakibatkan kesesakan teruk di pusat bandar Georgetown, sebelum disuraikan oleh kira-kira 100 anggota polis termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU). – Bernama

Himpunan di Komtar bantah gerai peniaga Melayu diroboh

Alhamdulillah, setidak tidaknya orang melayu Pulau Pinang dah mula berfikir akan nasib mereka selain dari hanya menyerah kepada takdir bulat bulat dan digula gulakan oleh pihak cauvinis DAP, PAS dan segelintir pemimpin PKR yang masih di-buai syok sendiri kerana baru merasa mendapat kuasa dan kedudukan.

Tapi yang memusykilkan selama ini apa UMNO telah buat? Adakah mereka ini bermain dibelakang tabir atau tidak menghiraukan keatas nasib orang melayu Pulau Pinang oleh kerana tidak menyokong Barisan Nasional pada PRU 12. Adakah UMNO sedang memberi pengajaran pada orang orang melayu Pulau Pinang.Bacalah disini

UMNO serta parti parti komponen Barisan Nasional tidak sepatutnya menyimpan perasaan pulang paku buah keras terhadap pengundi pengundi Pulau Pinang. Jika diimbas kembali puak pua UMNO dan Barisan Nasional juga telah gagal mentadbir Pulau Pinang dengan memuaskan, kalau tidak masakan rakyat negeri itu menolak Barisan Nasional pada PRU 12. Tambahan pula ketika itu Perdana Menteri Malaysia pun dari Pulau Pinang. Sudah tentu ada sebabnya. Mungkin juga UMNO terlalu bertolak ansur sehingga terlupa akan kebajikan orang orang melayu Pulau Mutiara itu sehingga kegermelapan orang orang melayu terus menjadi malap.

Lihat semula teguran mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir tentang parti parti melayu yang terlalu ghairah meraih sokongan kaum kaum lain selain dari kaum melayu Klik disini dan kenapa jadi begini. Apa betulkah segelintir orang melayu bersifat begini? Klik disini

Walau pun demonstrasi dari kumpulan SEDAQ ini tidak akan kemana jika dipandang dari sudut perundangan tetapi impaknya sudah ada. Pertama memberi isyarat kepada kerajaan DAP dan sekutunya bahawa kesabaran orang melayu pun ada hadnya, kedua sudah dapat dilihat perpaduan orang orang melayu dan akhir sekali memberitahu kepada kedua dua gagasan iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bahawa sokongan orang melayu juga penting dan jangan diabaikan.

Jika UMNO tidak mahu pisang berbuah dua kali, UMNO harus berubah dan berpeganglah kepada "buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali.

Pakatan Rakyat DAP janganlah terlalu rakus untuk membalas dendam dek kerana persepsi yang sempit keatas hak hak orang melayu yang telah digariskan oleh Perlembagaan Malaysia. Janganlah terlalu gelojoh.

Tuesday, February 2, 2010

UMNO/BN - ghairah melihat kelemahan orang, jangan pula terperangkap!


Memang kelihatan kesungguhan pihak kerajaan pusat begitu giat sekali berusaha untuk mentransformasikan negara agar dapat memulihkan keyakinan rakyat terhadap pemerintahan Barisan Nasional. Tetapi haruslah diingat sama ada segala usaha yang telah dan sedang dijalankan itu betul betul menepati cita rasa rakyat majoriti atau hanya bertitik tolak mengikut pemikiran pemimpin pemimpin sahaja.

Inilah apa yang terjadi kepada gagasan Pakatan Rakyat yang sentiasa mencari kesalahan lawan hingga terlupa mentadbir negeri negeri yang dimenangi. Kalau ada pun, pentadbiran itu dijalankan atas sifat geram atau dendam. Contoh yang paling ketara dimana seketika Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak, adakah logik tanah tol diberi milik sementara sehingga 999 tahun. Begitu juga dengan negeri Selangor, pegang sahaja tampuk pemerintahan dan hebuh tentang kandang babi moden dan juga isu azan. DiPulau Pinang lagi menyedihkan, orang melayu yang memerlukan terpaksa menerima sedekah ditokong dan gerai gerai orang melayu diroboh dengan alasan perundangan.

Pokok perbincangan bukanlah tentang Pakatan Rakyat. Apa yang dikhuatiri dengan berpandukan kepada perkembangan politik negara semasa, UMNO dan parti parti komponen Barisan Nasional tidak seharusnya berasa selesa dan tidak perlu terus berubah. Sebilangan besar rakyat masih memerhati dan belum membuat sebarang keputusan atau kesimpulan gagasan mana yang lebih baik. Oleh itu adalah diharapkan UMNO/BN janganlah rasa syok sendiri, saperti kita selalu diberitahu, "you best is not necessary my best."

Sehubongan itu para pemimpin harus ingat pesanan Perdana Menteri bahawa "the government does not know all" dan atas kefahaman inilah masih banyak lagi terdapat penyelewangan, kronisme, rasuah dan implementasi dasar dasar yang tidak sampai kesasaran. Kegalan inilah yang akan memberi ruang kepada rakyat membuat andaian.

Oleh yang demikian apa sekali pun perkembangan pada Pakatan Rakyat, pihak UMNO dan komponen Barisan Nasional haruslah beriingat, kalau perkara seumpama itu boleh berlaku pada Pakatan Rakyat maka tidak mustahil akan berlaku pada Barisan Nasioanl, contohnya kamelut MCA sehingga kini pun belum selesai. Bagaimana jika pihak yang kecewa kelak bertindak menjadi duri dalam daging pada MCA dan Barisan Nasional. Inilah yang harus diawasi dan selesaikan dengan secepat mungkin sabelum ia menjadi api dalam serkam yang membakar secara perlahan lahan tetapi akhirnya habis terbakar serkam itu.

Begitu juga dengan tindakan ahli Gua Musang yang dilihat seiring dengan pihak PakatanRakyat dalam isu royalti minyak. Tindakan ini sedang diperhatikan oleh rakyat dalam dua perspektif, satu apkah tindakan UMNO terhadap ahlinya yang dikira membelakangi keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional dan kedua betapa terbukanya UMNO menerima pandangan ahlinya yang bertentangan. Ingat ingatlah perangkap yang telah disediakan oleh Pakatan Rakyat.