Thursday, September 30, 2010

UMNO sedarkah apabila membela Melayu/Islam UMNO masih keseorangan.

Patutlah Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang tidak mempunyai keyakinan untuk merampas semula pada pilihanraya 13. Janji rakyat majoriti Pulau Pinang senang. Tak kira macamana, bagaimana kesenangan itu diperolehi, janji senang. Memang ada desas desus bahawa rakyat majoriti  diPulau Pinang akan sepakat memberi peluang memerintah untuk dua penggal. Rasionalnya agar pemimpin pemimpin yang dipilih tak mabuk kuasa bila berkuasa dan hati rakyat sentiasa dijaga untuk manaruh harapan agar dilantik sekali lagi.Satu pandangan yang baik. Tetapi dua penggal memerintah sekurang kurangnya lapan kesepuluh tahun berapa banyakkah kerosakan telah dibuat.

Kita boleh lihat sekarang, projek dibawah teraju Koh Tsu Koon masih dianggap baik dan tidak dibatalkan. Hanya menyambung projek itu ditangguh sedikit agar tidak kelihatan ada permuafakatan.yang ketara. Sekarang isu wang warga emas dan miskin tegar hangat diperkatakan. Ini satunya gula gula yang orang bukan Islam tidak mengambil kira dan tidak menghormati agama majoriti orang Melayu telah mengelabui penerima orang orang Islam.

Yang anihnya parti parti seperti MCA, Gerakan, MIC tidak berbunyi pun senyap seribu bahasa. Mungkin betul macam pandangan seorang Menteri bahawa judi itu satu budaya, jadi tak salahlah. Apabila memikirkan trajedi ini teringat kawan kawan saya berkata, "makanlah ayam itu, ayam kan halal." Tetapi pokoknya adakah ayam itu disembelih mengikut kehendak Islam dan pinggan yang digunakan untuk hidangan itu suci saperti yang dikehendaki oleh Islam. Bolehkah kita sentiasa berkata tak tahu tak apa, tak berdosa, sedangkan kita tahu siapa yang menjamu kita? Janganlah kita samakan wang yang terlalu banyak bertukar tangan yang bukan dalam kawalan kita dari sudut pengedarannya.

Berbalik kepada pendedahan UMNO mengenai isu wang ehsan warga emas dan miskin tegar mana semangat 1Malaysia yang terlalu banyak dilaungkan. Adakah "Malaysia First" mencerminkan semua halal, semua OK janji semangat perpaduan ada? Contoh kedua selai dari blog UMNO Cheras dan NGO mana juara juara "Malaysian First" menghilang, tak dengar apa apa pun?

Jika pemerintah nak adil mereka harus berani, sama dipilih semula adalaj ketentuan Allah, hidup, mati, jodoh dan rezeki hanya Allah yang menentukan, kita hanya berusaha mencapai apa yang maaruf dan hindar yang mungkar dan bukan saperti "lembu dicucok hidung". Janganlah kita berajakan kedudukan dan kemewahan kerana dikhuatiri kita dijajah semula kerana terlupa asal usul kita. Telitilah kaum kaum lain walaupun sudah menjadi rakyat Malaysia, mereka tidak lupa asal usul dan siapa mereka dan lihat juga networking mereka boleh dikatakan rangkain mereka sudah ada diseluruh pelusuk dunia. Lihat sahaja tanah tanah diMalaysia dipelawa pada orang asing (terutama Pulau Pinang) untuk membelinya, bukan sahaja menaikan harga tanah, tetapi ini adalah penjajahan secara senyap dan lihat kebanyak dari mana negeri asal pembeli pembeli itu? contohnya Tetapi kita masih syok sendiri seperti saranan agar kita jadi buta warna. Takut lama kelamaan jadi buta agama pula, kerana asyik mengejar kemajuan dan kononnya perpaduan dan merempat dinegeri sendiri. 

Orang tua tua dah berkata,"buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali." Lebih baik buka mata dan sedar dimana kedudukan orang Melayu sekarang dan cara untuk bersaing sesama rakyat Malaysia yang lain. UMNO masih tidak diyakini oleh banyak orang Melayu kenapa, carilah sebab sebabnya tanpa memberi alasan kenapa saya buat ini dan itu. Cari salah diri sendiri dahulu, baru salahkan orang lain, itupun jika ikhlas baru boleh menemuinya. 

Tuesday, September 28, 2010

Guan Eng DAP guna sedekah dari sumbangan Kelab Lumba Kuda,Salah kah?

Dalam Islam kefakiran sesoarng itu tanpa keimanan dan kesabaran boleh menjurus kepada kekufuran.

Dalam hal ini secara umumnya adakah dana dari sumbangan Kelab Lumba Kuda menjadi satu kesalahan? Kalau ya! salah dan berdosa kenapa lesen perjudian itu dikeluarkan dan kenapa kerajaan masih punggut cukai keatas jenis perniagaan perjudian seumpama itu? Bagaimana pula dengan Magnum, TOTO dan Ekor 3+1 termaksuk lesen arak? 

Pokoknya kenapa lesen dikeluarkan? Memberi peluang kepada kaum kaum yang bukan Islam untuk melepas tension dan merealisasikan impian untuk kaya? Adakah ini penting dari sudut pelancongan?

Dari sudut logiknya apabila sesuatu kegiatan itu diberi lesen ia pada lazimnya dianggap sah dan mungkin juga halal. Apa apa yang silap pemerintahlah tanggung siapa suruh mereka keluarkan lesen? Pada yang menerima sedekah ini pula mungkn dek desakan hidup berpendapat, "aku tak mahu persoalkan dari mana datangnya duit itu mereka beri aku terim, lain dari itu pemberilah tanggung." Dalam keadaan sekarang ini macam macam fatwa boleh dikeluarkan untuk menghalalkan yang haram. Demi kuasa apa sahaja boleh berlaku, janji dapat sokongan.

Teringat saya sewaktu Bola sepak Piala Dunia, kerajaan pimpinan Datuk Deri Najib begitu serious ingin mempertimbangkan permohonan menghalalkan pertaruhan judi yang berkaitan dengan pesta bola sepak tersebut. Seperti biasalah pengampu pengampu memberi berbagai alasan untuk mengeluarkan lesen tersebut yang kononnya kita mesti menghormati budaya kaum cina dan sebagainya.

Sekarang adakah umat Islam dihormati? Bertambah sedih umat Islam yang diperdyakan terdiri dar warga emas, lagi dhaif, yang rumah kata pergi, kubur kata mari telah dipersendakan. Dulu ada juga dengar sumbangan diberi diTo'Kong Cina. Apa sudah jadi. Perlembagaan termaktub agama resmi adalah Agama Islam, sepatutnya lebih mencerminkan corak Islam tapi corak apakah ini 1Malaysia kut?

Kalau Guan Eng berkata wang bantuan itu diasingkan kita kena lihat akaun mana untuk orang Islam dan yang mana untuk orang bukan Islam? Bolehkah termampu membuat pengasingan atau sekadar menegak benang yang basah sahaja.

Saya boleh lihat kenapa Tun Dr.Mahathir sangat bertegas bahawa orang melayu sepatutnya bersatu. Kalau tidak merempat dinegeri sendiri. Malah apa yang dikatakan oleh Tun dah mula berlaku. Contohnya diKawasan Perumahan Sri Tanjung Pinang. Kawasan kawasan perumahan mewah dengan pengawalnya tidak membenarkan penduduk setempat berriadah dipersisiran pantai yang terletaknya rumah rumah mewah yang kebanyakan dibeli oleh warga asing. Bukankah persisiran pantai itu hak awam dan tuannya adalah kerajaan. Disinipun ada strata macam mana nak 1Malaysia.

Alasan penduduk yang menghuni dipangsapuri kos rendah dan serdahana rendah tidak dibenarkan beriadah dilaluan tepi pantai atas sebab banyak berlaku kecurian. Apa buktinya hanya orang miskin sahaja yang mencuri yang berpelajaran dan yang mewah tidak terlibatkah? Berapa kondominium mewah digunakan sebagai makmal dadah, cetak rompak, pelacuran. Orang miskin mungkin jadi runner sahaja. Kepalanya siapa? 

Oleh itu UMNO walau pun berjaya membongkar tindak tanduk Guan Eng dan kunco kunconya, jika diizinkan Allah kembali menunjanggi kerajaan diPulau Pinang berhematlah dan jangan ditendang bagi kali kedua.

Saturday, September 25, 2010

Permudahkanlah kefahaman 1Malaysia

Masih ada yang nak menunjuk nunjuk ketaatan kepada ketua dan bercakap dengan alasan berkepentingan. Dulu Islam Hadhari lama kelamaan dah pun lari, sekarang 1Malaysia agak agaknya semua usaha akan berkesudahan dengan sia sia saja. Maklumlah sekali air bah sekali pasir berubah! Sebabnya pemimpin lain pula akan mencetuskan konsep lain pula. Macam Tun Dol, cuba mengubah apa yang Tun Dr. Mahathir lancarkan yang tak sempat disempurnakan.

Mari kita lihat kata kata Menteri pintu belakang Tan Sri Koh Soo Khoon,"We are Malaysian first" berita penuh We are Malaysian first, says Koh yang menyokong Menteri Parlimen, Datuk Nazri Aziz. Kalau difahami menurut fahaman mereka "Malaysian first" ini lebih kurang "Malaysian Malaysia" dan bangsa keturunan tidak penting lagi. Adakah ini selari dengan gagasan 1Malaysia yang kononnya berpandu kepada Perlembagaan Negara yang sedia ada?

Untuk kali ini mari kita tumpukan kepada maksud "Bangsa"."Bangsa" secara kefahaman umum adalah- "jenis manusia dari asal keturunan dan adat resam yang sama". Bolehkah "Bangsa Malaysia" diguna pakai? Boleh dengan syarat, untuk mengguna pakai istilah "bangsa malaysia" perlu ada penghayatan yang mendalam dan bukan sahaja dilihat tetapi dirasai saperti satu rumpun. Sama seperti dalam pertandingan sukan disekolah, tak kira siapa kita, janji pasukan yang diwakili cuba menang. Adakah kita dengan kata sebenar benar memiliki semangat demikian atau hanya cakap cakap politik.

Untuk menghayati sebagai "bangsa malaysia" setiap individu yang memiliki kewarganegaraan Malaysia harus menjadi satu kumpulan manusia didalam satu ikatan ketatanegaraan. Apa itu ketatanegaraan? Ketatanegaraan adalah yang berhubong kait dengan susunan dan bentuk pemerintahan yakni undang undang mengenai susunan dan peraturan negara. Ibu kepada segala undang undang dan peraturan adalah Perlembagaan Malaysia. Adakah semua yang mengaku rakyat Malaysia betul betul patuh? Tepuk dada tanya selera.

Walau pun semua rakyat diberi kebebasan menggunakan bahasa ibunda dan beragama atas pilihan sendiri tetapi kenapa Bahasa Melayu menjadi bahasa resmi negara. Disini tak perlulah disentuh tentang agama resmi negara ini memandangkan isu agama terlalu sensitif. Kita hanya sentuh tentang bahasa dan kecintaan kita kepada negara.

Malaysia telah pun merdeka mencecah 54 tahun. Tetapi sampai kini masih ada yang belum boleh bertutur dalam bahasa melayu walau pun sekadar "bahasa pasar". Disekolah sekolah, Bahasa Melayu dipelajari adalah sebab menjadi syarat lulus dalam peperiksaan lepas itu apa jadi? Dahlah itu, kaum kaum lain masih mempertahankan bahasa ibunda mereka. Bagaimana dapat kita serapkan "Bahasa Jiwa Bangsa". Adakah menguasai satu bahasa yang telah ditetapkan dalam perlembagaan membuat kaum kaum lain sebagai "second class" atau pun menggunakan bahasa melayu "tidak ada class". Tapi mengaku cintakan Malaysia?

Bertambah malang apabila dalam upacara resmi pemimpin pemimpin melayu sendiri berucap dan membuat liputan akhbar dalam bahasa Inggeris dan ada yang tak pernah didengari bertutur dalam bahasa resmi negara. Memang tidak dinafikan mempelbagaikan bahasa adalah menguntungkan, tetapi demi perpaduan negara rakyat Malaysia harus menjiwai satu bahasa dan kebolehan menguasai bahasa bahasa lain patut digunakan pada forum yang tertentu sahaja.

Lihat sendiri diperhimpunan PBB yang sedang berlansung sekarang,Presiden Iran, Presiden Cina, Presiden Palestine dan banyak lagi ketua ketua negara lain mengunakan bahasa resmi mereka. Kenapa para pemimpin kita menghadapi kesukaran berbuat demikian? Tak kah sikap begini yang sebenarnya menyumbang ancaman kepada perpaduan? Inikah 1Malaysia seperti fahaman Koh Soo Khoon dan Nazri Aziz? Penyerapan penggunaan satu bahasa pun tak terdaya, kemudian menyoal pula adakah salah jika tak menggunakan bahasa resmi.Secara teknikal memang salah sebab telah digariskan dalam perlembagaan bahawa selepas 10 tahun merdeka sepatutnya bahasa bahasa penjajah tidak boleh lagi diguna pakai dalam hal hal resmi. Keangkuhan dan keengganan menggunakan bahasa resmi dalam hal hal resmi inilah yang menimbulkan satu sentimen oleh setengah setengah pihak. Renung renunglah.

Betul ke kaum kaum lain bersama sama juga cintakan negara? Tetapi dilihat dalam pasukan pasukan keselamatan yang menjadi benteng mempertahankan negara lebih sembilan puluh peratus dari kaum melayu. Kalau kaum kaum lain mempertahankan, bahawa mereka menyumbangkan melalui ekonomi, soal saya selagi lagi bolehkah ekonomi berkembang kalau negara huru hara?

Sebenarnya usaha mencapai perpaduan antara kaum dan memajukan Malaysia telah lama diusahakan terutama sekali selepas peristiwa 13 Mei 1969. Itu sebab lagu lagu "Barisan Kita", "Malaysia Berjaya", "Bahasa Jiwa Bangsa", "Muhibah" dan banyak lagi cuba disemaikan. Malangnya dek mengejar kemajuan dan pembangunan dan percaturan politik merebut kuasa serta rasuah pelbagai aspek maka terlupa akan perpaduan rakyat yang sebenarnya menjadi kunci utama kepada kemajuan,kesejahteraan negara. Inilah dikatakan "sudah terantuk baru nak tengadah".

Setakat ini dulu, pandangan saya dan berharap Perdana Menteri permudahkan lagi maksud sebenar apa itu 1Malaysia dan sasarannya agar difahami oleh semua lapisan masyarakat Malaysia agar 1Malaysia tak dimanipulasikan oleh orang orang yang mengambil kesempatan dengan pengertian mereka dan akhirnya menjadi nasib gagasan yang terdahulu.

Wednesday, September 22, 2010

Kenapa UMNO LESU sekarang, tak serupa dulu dan selamanya belum pasti?

Lihat jawapan S/U Agung UMNO,merangkap S/U Agung Barisan Nasional rasa malu pada diri sendiri sebagai orang melayu. Dulu betul UMNO pembela orang melayu, tetapi sekarang UMNO dilihat lebih membela yang tertentu sahaja dan allahua'lam pada masa depan.

Inilah akibat melantik seorang yang saya kira tidak merasai kesusahan orang melayu sebenar. Kata orang, "berat mata memandang berat lagi bahu memikul". Namun begitu, kalau kita tahu bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih pada tempat yang betul, insyaallah, darimana asal usul kita pun kita akan sentiasa insaf dan tawaduk, bukan sekadar kata kata tetapi menghayatinya secara jujur dan ikhlas.

Sepatutnya mana mana ahli UMNO menyokong gesaan S/U Agung parti keramat ini agar menjauhkan diri dengan PERKASA sepatutnya beristikharah memohon pertunjuk. Insaflah, kenapa UMNO tersangat lemah
pada pilihanraya 2008. Walau pun sumbangan kelemahan Barisan Nasional sangat ketara datangnya dari MIC,MCA dan Gerakan. Tetapi parti mana yang menjadi tunang Barisan Nasional? Bukankah UMNO.

Imbas kembali perasaan pengerusi parti Gerakan Pulau Pinang yang beliau tidak ada keyakinan menawan semula Pulau Pinang dari DAP pada PRU 13 ini. Apa UMNO boleh buat apabila orang melayu Pulau Pinang ditindas? Kuasa sudah tiada! Nampak gaya tersiksa ditambah lima tahun lagi untuk orang  melayu Pulau Pinang.

UMNO harus sedar,pada mulanya orang melayu berpecah pada dua, kemudian berpecah tiga dan sekarang kalau dibiarkan mengikut telunjuk pemimpin pemimpin melayu liberal kononnya, orang melayu akan berpecah empat. Kesudahannya orang melayu hanya tinggal "menang sorak, kampung tergadai". Janganlah pandai macam tupai, biarlah cerdik macam pelanduk.

Siapa yang tidak mahu kehidupan yang aman dan harmonis,tetapi janganlah ditolak sampai kedinding sehingga tak bernafas. Sudah pasti yang sesak nafas itu akan cuba melepaskan dirinya untuk cuba terus bernafas selagi diizinkan Allah SWT.

Ingatlah tiga puluh peratus pun masih jauh untuk dicapai oleh orang melayu dan bumiputra, tetapi bermacam macam liberalisasi dan terbuka. Senarai kekayaan orang melayu pun kita boleh lihat hubongan personaliti yang tersenarai. Itu yang tersurat, bagaimana pula yang tersirat?

Pesanan saya, semakin rapat seseorang itu semakin dipercayai, sehingga kita terlupa mempersoalkan tidak tanduknya dan ketika inilah kita diperdayakan kerana terlalu mempercayai. Nasi sudah menjadi bubur. Sentiasa beringat, "jerat tidak pernah melupakan pelanduk, pelanduk yang selalu melupakan jerat."

Monday, September 20, 2010

Dimana hilangnya semanggat "MUHIBAH" dan "BAHASA JIWA BANGSA"?

Secara jujur perpaduan kaum tidak ada apa apa berubah, semua kaum memahami batasan batasan mereka. Malah gagasan 1Malaysia tidaklah begitu diperlukan jika semanggat "MUHIBAH" dan "BAHASA JIWA BANGSA" diberi nafas baru dan ditambah baik mengikut eprluan semasa.

Tetapi biasalah setiap pemimpin akan memperkenalkan sesuatu slogan agar dikenang. "Harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama.Selepas pengenalan slogan baru ini, mulalah wang rakyat dicurahkan untuk mempromosikan slogan itu dan mengambil hati rakyat. Tetapi adakah berbaloi dan semua untuk rakyat benar benar sampai kepada rakyat atau sejumlah akan tertiris sebagai "upah" dan "komisen"

Berbalik kepada perpaduan rakyat, kenapa Sabah dan Sarawak lebih mendalam perpaduan dan sefahaman mereka walau pun kaum kaum etenik mereka melebihi kaum kaum diSemenanjung? Jawapannya perpaduan mereka berteraskan satu "Bahasa Jiwa Bangsa". Apabila satu satu bahasa itu tlah dijiwai semua kaum kaum dari pelbagai budaya dan kepercayaan boleh bersatu sebagai satu bangsa. Lihat sahaja kitab injil pun pengganut kristian menggubah kedalam Bahasa Melayu. Begitulah kuatnya jika satu satu bahasa itu dijiwai oleh rakyatnya.

Ancaman perpaduan kaum dilihat lebih terancam diSemenanjung, kenapa boleh jadi sampai begitu? Pertama orang orang Semenanjung ini dilihat agak taksub dengan percapaian mereka, Saperti kacang lupakan kulit katakan. Ada keluarga keluarga yang sudah berjaya dan berpelajaran mendidik anak anak mereka bertutur dalam bahasa penjajah dan gaya hidup juga boleh dilihat berbeza. Kalau tak buat macam itu, dikatakan katak bawah tempurong, tak moden serta tak seiring dengan perubahan semasa

Oleh sebab terlalu moden dan berfikiran terbuka, pergaulan jadi bebas dan sudah tak kenal tua dan muda,haram atau halal dan dosa dan pahala. Maka hilanglah ketenangan dan timbullah ketamakan dan nafsu menjadi "raja" dan "inspirasi"

Seperkara lagi yang menyumbangkan kepada kecurigaan antara kaum adalah orang orang politik sendiri yang hanya pentingkan kemenangan dan kuasa dan memanipulasikan isu perkauman melebihi batasannya. Perbuatan ini diambil kesempatan oleh kumpuan kumpulam oportunis yang menangguk di air yang keruh. Bertambah parahlah jadinya.

Tak kurang juga yang kumpulan kumpulan yang kukuh ekonominya serta berpengaruh. Apabila suah kukuh dan stabil memang menjadi lumrah untuk bertindak ketasa apa yang mereka rasa dan lihat sebagai ketidak adilan dan masa inilah yang cukup sesuai untuk menuntut dan menimbulkan keresahan rakyat kerana kerajaan sekarang sudah lemah dan tidak tegas serta dilihat lebih meminta sedekah untuk berkuasa dan bukan kerana kredibiliti dan integriti yang sebenar.

Rakyat juga melihat kerajaan hari ini masih ditakuk lama, masih dilihat berkroni dan ketelusan masih samar samar. Janganlah pisang berbuah dua kali dulu "kerja bersama saya dan jangan kerja untuk saya" sekarang pula "kerajaan tidak mengetahui semua" tapi dalam diam diam ada agenda tersembunyi.

Hidupkanlah semula perpaduan melalui "BAHASA JIWA BANGSA" dan "MUHIBAH" dan dukonglah bahasa resmi dalam perlembagaan iaitu "Bahasa Melayu" dan jika rakyat Malaysia ingin jadikan Malaysia sebagai negara mereka jiwailah bahasa yang telah ditentukan oleh perlembagaan negara. "Dimana bumi dipijak, disitulah langgit dijunjong."

Thursday, September 9, 2010

Persaraan IGP - siapa yang peduli.

Apabila sudah sampai masanya, walaupun 41 tahun berkhidmat serta menyumbang yang terdaya tidak ada apa apa pengertian pada mereka yang tidak mahu mengerti. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan mereka mereka ini tidak sensitif ketas emosi seseorang yang akan menjalani detik detik peralihan.

Peralihan dari seorang yang telah menghabiskan lebih dari dua pertiga usianya sebagai orang beruniform kepada seorang awam biasa. Apa salahnya dia diberi surat resmi memaklumkan bahawa kontraknya tidak akan dilanjutkan dengan sedikit kata kata penghargaan. Saya kira ini lebih professional dan tertib dari memberi bayangan bayangan lisan.

Tindakan yang telah berlaku sudah tentu telah menimbulkam perasaan kecil hati Tan Sri Musa, jika tidak masakan beliau membuat kenyataan yang belaiu hanya dimaklumkan sebelum sidang akhbar oleh Menteri KDN. 

Saya kira jika semua dilakukan secara resmi dan tertib maka rakyat tidak akan lihat drama sebegini dan tidak ada sesiapa yang akan terguris dan rakyat pula tidak akan membuat apa apa kesimpulan, baik kepada IGP atau pun kepimpinan KDN. 

Bagaimana rakyat nak ada keyakinan, sedangkan pusat atau nadi keselamatan negara pun bergigit antara satu dengan lain. Ikan busuk dari kepala, fikir fikirlah agar rakyat akan bertambah yakin.

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya

Menyambut Hari Raya diatas kemenangan mengawal nafsu dan berharap telah mendetik juga satu keinsafan. Marilah satukan dan majukan umah dan eratkan perpaduan kaum. Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Tuesday, September 7, 2010

Urusan Polis diganggu - patut undang undang tak dihormati!

Apa pun sebagai rakyat Malaysia saya terhutang budi kepada Pasukan Polis DiRaja Malaysia kerana, walau pun ada "hiccups" sana sini pada keseluruhannya Malaysia masih aman dan bebas untuk bergerak kesana kemari tanpa terlalu risau akan keselamatan

Walau pun bukan dek kerana Ketua Polis Negara seorang tetapi kepimpinan beliau yang membolehkan pasukan ini bergerak dengan berkesan.Benar sekali setandan pisang ada juga pisang yang busuk dan buruk, itu adalah hakikat sebagai dugaan kepada manusia.

Apa yang merisaukan adalah kenyataan KPN bahawa ada campur tangan pihak KDN dalam urusan tugas resmi polis dalam melaksanakan amanah yang dipertanggung jawabkan. Patutlah rata rata kita dapat melihat undang undang yang sedia ada tidak berkesan dan dilihat saperti negara ini "free for all"
Melalui pengelaman dan pengamatan jika terlalu banyak rahan diterima dari pelbagai pihak dengan bermacam macam alasan, pihak yang akan melaksanakan itu akan menghadapi satu tekanan kekeliruan dan akhirnya sipelaksana akan mengambil jalan mudah iaitu "lantaklah buat itu dia kata salah, buat ini orang sana  pula kata salah", akhirnya buat sekadar jangan dipersalahkan oleh mana mana pihak.

Implikasinya rakyat akan lihat "boleh buat apa saja". Undang undang macam getah, fleksibel. Anggota bawahan dan rakyat yang menjadi mangsa, bak kata perpatah gajah sama gajah bertebung pelanduk mati ditengah.

Walau pun hal hal campur tangan pihak ketiga dirasai sentiasa berlaku, tetapi saya mengucapkan syabas kepada Yang Berbahagia Tan Sri Musa kerana berani menyuarakan kebenaran, tetapi sedikit cacat kerana didedahkan pada saat saat penghujung dan diharapkan penganti atau KPN yang baru lebih tegas dalam mengemudikan PDRM kearah yang lebih dihormati tanpa mengikut telunjuk emosi pada pihak ketiga.

Undang undang Malaysia tidaklah begitu kejam saperti yang diperkatakan oleh setengah tengah pihak terutam terhadap Akta Polis, ISA atau pun Akta Hasutan. Dalam undang undang tersebut masih ada peruntukan peruntukan menggunakan budi bicara, tetapi biarlah bertempat dan tidak memilih bulu.

Bagi orang orang politik dan wakil rakyat. patut tahu bila dan dimana peranan mereka. Mereka dipilih dan bukan dilantik kerana menepati syarat kelayakan untuk sesuatu jawatan dan pada para penjawat awam, usahlah mengguna kuasa pada tempat yang salah, hormatilah jawatan yang disandang oleh orang lain. Jika kita tak suka diganggu orang lain pun begitu juga.

Saya rasa Malaysia ini sudah lebih celik huruf dari buta huruf dan sudah semesti dapat membezakan yang salah dan yang betul . Adalah lebih baik mengambil tindakan proaktif dari reaktif. "Prevention is better than cure."

Ingatlah kepentingan peribadi jatuh pada tahap kedua,kepentingan negara mesti diutamakan.

Friday, September 3, 2010

Adakah 1Malaysia seakan akan Malaysian Malaysia, Kit Siang mula sokong?

The Star, 2 September 2010, orang kuat DAP Lim Kit Siang  mendakwa Tun Dr. Mahathir penghalang kepada kejayaan gagasan 1Malaysia Kit Siang: Mahathir an obstacle to 1Malaysia , Slogan 1Malaysia perlu penjelasan terperinci - Dr. Mahathir (2 Ogos 2010)

Jika diamati berkemungkinan juga 1Malaysia mirip Malaysian Malaysia, nama sahaja lain. Lihat saja rata rata tuntutan demi tuntutan dibuat oleh kaum kaum yang merasa mereka dianak tirikan serta menuntut pelbagai liberalisasi. Begitu juga dengan Namawee juga berani mendakwa video klipnya juga menyokong 1Malaysia.Namewee dipanggil polis beri keterangan (1 September 2010 )

Kerajaan juga dilihat semakin pemurah menghulur bantuan kewangan kepada kepentingan pihak pihak ini. Dimana sahaja Perdana Menteri lawat ada sahaja bantuan kewangan yang diberi. Adakah kumpulan kumpulan ini benar benar tersisih oleh para pemimpin terdahulu atau ada "undang disebalik mee". Pesanan saya "jangan dengar guruh dilanggit air dalam tempayan dicurahkan" atau "yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran" sudahlah. 

Untuk tidak mengelirukan, saya menyokong saranan Tun Dr. Mahathir agar kerajaan memudahkan lagi kefahaman konsep 1Malaysia agar semua lapisan masyarakat dapat menghayatinya terutama sekali orang saperti saya yang kurang cerdik tetapi masih rakyat Malaysia dan masih mempunyai hak mengundi. Janganlah terlalu "over" nak raih sokongan, sehingga sasaran tidak menyeluruh. Yang cerdik pun boleh jadi kurang cerdik dan yang kurang cerdik pun boleh jadi cerdik.

Thursday, September 2, 2010

"We Have to start some where"

Unggapan diatas selalu di dengari apabila kita bertebung dengan situasi dimana," telan mati mak, luah mati bapa".

Kebelakangan ini pelbagai isu isu yang diketengahkan, tetapi nampaknya tidak ada titik noktah pada kejadian dan perlakuan saperti buang bayi, mat rempit, dadah, penyeludupan bunga api, hina menghina antara kaum, pelacuran oleh bangsa asing dan banyak lagi.

Dimana silapnya? Malaysia dikatakan bertambah maju, berinovatif dan kreatif dan terarah menjadi negara maju yang berpendapatan tinggi dengan rakyat kelas  pertama. Adakah senario yang berterusan berlaku mencerminkan kemajuan dan kelas pertama? Bertambah sedih dan gusar, perlakuan jahiliyah ini didukongi oleh genarasi muda yang bakal mewarisi tanah air.

Sesuatu harus dimula dan laksanakan dan bukan sekadar menjadi retorik sahaja. Perlaksanaan ini sebaik baiknya bermula dari rumah oleh setiap keluarga.

Pihak pemerintah pula mempastikan penguat kuasaan undang undang dilaksanakan tanpa terlalu lama membuat kenyataan demi kenyataan tetapi tindakan masa belum juga dimulakan. Janganlah api api kemarahan dan ketidak puasa hati dah tak terkawal baru nak bertindak.

Berkebajikan ada tempat dan masanya.Kadangkala populariti dan bertolak ansur membawa padah yang lebih buruk daripada ketegasan.