Friday, September 11, 2009

Adakah Kerajaan BN Tersasar

Mengambil kira dari keputusan kesemua piliharaya kecil yang diadakan dan juga menjadi sejarah dimana setiap satu atau dua bulan ada sahaja kerja lebih untuk Suruhanjaya Piliharaya. Sama ada ketentuaan Allah SWT atau sengaja ingin menguji kekuatan.

Selain dari panggilan Illahi dimana kekosongan terpaksa diisi, pihak pembangkang dilihat begitu yakin sekali mengosongkan kawasan DUN atau Parlimen untuk dipertandingkan semula. Tindakan ini dilihat sebagai disengajakan dengan justifikasi yang lemah. Keluarkanlah apa saja pekong sekali pun tentang pembangkang dan calonnya, curahkanlah peruntukan dan janji manis keputusan tetap menyebelahi pihak pembangkang. Kenapa rakyat masih memberi sokongan kepada pembangkang?

Bukan sedikit transformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri ke-6 dan kabinetnya, sampai ada wakil rakyat yang sanggup tidur dirumah peneroka. Apa inikah yang sebenarnya yang rakyat mahu dan berharap? Adakah apa yang telah ditransformasikan yang dicita citakan oleh rakyat yang terbanyak atau jika diberi ambil saja pangkah tetap Pakatan Rakyat macam Datuk Nik Aziz kata UMNO beri bas naik saja balik Kelantan pangkah bulan. Adakah sikap ini yang ada pada majoriti pengundi sekarang? Jika jawapannya ya! maka rakyat Malaysia sudah menjadi masyarakat oportunis dan tak usahlah lagi menggunakan sentimen "jasamu dikenang" tak laku lagi.

Jika pandangan oportunis disangkal, apa yang tak kena lagi dengan Barisan Nasional sehingga para pengundi masih menunjukan kurang keyakinan? Adakah personaliti yang dipilih oleh untuk memimpin Barisan Nasional dan seterusnya kerajaan yang dipertikaikan? Mungkin juga ada kebenarannya. Tetapi kenapa tidak sahaja mengambil langkah yang dapat memberi keyakinan semula kepada rakyat.

Jika Barisan Nasional masih berpaut kepada personaliti yang dipertikaikan dan cuba mengula gulakan dengan pelbagai perubahan yang kononya itulah dikehendaki majoriti rakyat (termasuk rentak pembangkang) saya rasa matlamat Barisan Nasional telah tersasar. Ambil contoh apa yang Barisan Nasional cuba lakukan untuk menawan semula Kelantan. Berbagai tumpuan dan kelonggaran diberi dan hebahab melalui pelbagai jenis media tetapi PAS masih memerintah selama 4 penggal. Tentu pendekatan pendekatan seumpama itu sudah tidak dipandang dan tak laku lagi. Jadi apa harus Barisan Nasional lakukan dan pendekatan bagaimana harus diambil.

Persoalannya beranikah barisan kepimpinan sekarang berundur jika itu yang terbaik untuk memulihkan keyakinan rakyat? Hanya kepimpinan Barisan Nasional sahaja yang dapat menjawab dan tidak guna lagi menyapu dibawah permaidani dan menegak benang yang basah.

Thursday, September 10, 2009

Mencari kedamaian melalui kesefahaman

Malaysia telah dimerdekakan sudah lebih kurang 52 tahun dan tahun tahun ini berlalu dengan pelbagai insiden ada yang baik dan tidak kurang juga yang menyayat hati. Tidak kurang juga perasaan umpama api dalam serkam yang juga boleh diibaratkan jerat tidak pernah melupakan pelanduk.

Selagi perasaan api dalam serkam dan jerat tidak pernah lupakan pelanduk tidak dapat dikikis dan dicampak dan di tanam sedalam dalamnya selagi itu itulah kita tidak akan ketemu kesefahaman dan kedamaian pun tidak akan menjelma. Apa yang dilihat adalah kepura puraan atau sering diperkatakan sebagai hipokrisi.

Malah jika kesefahaman betul betul ditemui undang undang saperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak tidak perlu dikuat kuasakan malah boleh terus dimansuhkan dan dilupakan. Tetapi satelah 52 tahun bukan makin kendur tetapi semakin tegang dan yang ditakuti had keteganggan ada batasnya.

Adakah sebilangan pemimpin pemimpin atau wakil wakil rakyat menyedari hakikat keteganggan ini atau lebih ghairah merebut kuasa serta mencapai impian masing masing? Adakah cara pendekatan ini sahaja yang ada untuk merebut kuasa? Apa 13 Mei belum memberi apa apa pengajaran? Adakah adil kepada yang tidak berdosa turut menerima nasib malang hanya kerana berada disalah tempat dan salah masa?

Walau apa pun alasan yang diberi, pendekatan yang akan menimbulkan ketegangan dan rusuhan adalah pendekatan yang kuno lagi tak bertamadun. Adakah orang orang yang terlibat itu patut dihormati dan disokong? Inikah rupa pemimpin pemimpin yang akan membawa rakyat Malaysia kehadapan lagi bertamadun?

Tidak dapat disangkal punca terbitnya perasaan "anti-establishment" adalah sebahagiannya datang dari sumbangan pihak yang memerintah. Kadang kala dilihat terlalu "over" dalam perlaksanaan dasar dasar yang telah dipersetujui. Adalah menjadi hakikat konsep "whom do you know lebih dipraktikan dari what do you know" dan timbullah laungan ketidak puasan hati dan desakan meritrokrasi diutamakan sebagai contoh.

Bibit bibit kegagalan dalam melaksanakan dasar dasar yang baik inilah akhirnya dasar dasar ini dilihat gagal dan tidak menguntungkan rakyat yang terbanyak, ditokok tambah pula oleh mereka mereka yang kecewa dan tersingkir yang cita cita tak kesampaian atau yang terperangkap oleh perbuatan sendiri maka bertambah robeklah pelan pelan kesefahaman yang sedang diusahakan. Mereka mereka inilah yang dikatakan "pagar yang memakan padi atau gunting dalam lipatan atau sokong yang membawa rebah."

Key Performance Indicator adalah salah satu mekanisme bagi mengatasi kegagalan dalam perlaksanaan dasar dasar yang telah digagaskan tetapi dua persoalan yang perlu ditangani, pertama keberanian untuk bertindak pada yang gagal dan kedua mengatasi dari disabotaj oleh yang tersingkir yang tidak menerima kegagalan mereka. Bagaimana untuk mengatasi dilema ini?

Selain berpengetahuan,amanah seorang pelaksana itu hendaklah menjalankan dengan sikap "do it right the first time and all the time dan kedua menghidari termakan budi kerana dikhuatiri tergadai "body".

Sepekara lagi dalam keghairahan usaha mencari kesefahaman, kita harus tidak melupakan orang orang yang telah bekerja keras untuk mengecapi kesenangkan satelah tersisih dari dasar dasar yang gagal dilaksanakan dengan penuh amanah dan adil. Memaafkan memanglah mudah, tetapi melupakan yang menjadi persoalannya. Inilah akibat akibat yang terpaksa ditangani oleh pemerintah sekarang jika adanya sifat sifat tamak, kroni, double standard dan rasuah yang diamalkan oleh pelaksana yang terdahulu dan telah menjadi tabiat dan meresap pada generasi sekarang.

Fahamilah maksud yang tersirat diatas. Untuk mencari kedamaian bukanlah sebegitu senang sehinggalah kesefahaman itu betul betul difahami oleh yang tertindas dan tersisih dek kegagalan dalam perlaksanaan. Selamat meneroka.


Wednesday, September 9, 2009

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit inikan pula............

Pada dasarnya jika sesebuah rumah tangga itu dibina, masa penyesuaian untuk mencari kesefahaman memerlukan lebih kurang 5 tahun. Jika rumah tangga itu dibina atas dasar keimanan kepada Allah SWT, kesefahaman boleh dicapai dalam masa yang lebih pendek. Itu kesefahaman tentang rumah tangga pada kebiasaannya.

Apa hal pula dengan kesefahaman antara kaum diMalaysia, negara yang tercinta ini? Melihat pada percapaian kemerdekaan sudah 52 tahun negara ini merdeka dan kemerdekaan itu dicapai atas sumbangan semua kaum yang menjadi warganegara. Siapa yang menyumbang lebih atau kurang bukanlah isu dalam perbincangan ini. Isu yang ingin diketengahkan adalah tentang persefahaman antara rakyat negara ini.

Sepatutnya satelah 52 tahun pelbagai kaum yang bergelar warganegara Malaysia ini sudah menjumpai pengertian perkataan "kesefahaman", tetapi malang sekali bagi Malaysia kesefahaman ini masih tidak kunjong tiba malah salepas PRU ke12 perpecahan kaum makin ketara sehingga bukan hal hal kaum sahaja tetapi hal hal ugama pun sudah berani disentuh.

Apa gunanya mempunyai bermacam macam slogan, sedangkan realitinya perpaduan dan persefahaman antara kaum semakin lama semakin parah.

Didalam arena parti politik memang tidak dinafikan taktik pecah dan perintah sering dimainkan untuk mencari sokongan dan pengaruh, itu didalam sebuah parti saya rasa boleh diterima. Tetapi konsep pecah dan perintah ini tidak sepatutnya digunakan didalam sesebuah negara kerana akibatnya sangatlah merbahaya.

Ketika ini apa yang diperhatikan pada mulanya konsep ketuanan melayu melawan konsep ketuanan rakyat. Kemudian diikuti pula politik jalanan yang berkonsep menentang dan memaksa, konsep ini dieksploitasikan adalah disebabkan politik negara sedang diisi oleh gulongan muda yang "berdarah panas". Dicipta satu lagi iaitu hak kesamarataan yang mana mempertikaikan sebilangan artikel yang sudah tertera didalam perlembagaan termasuklah dasar ekonomi baru.

Jika diperbincangkan atas tajuk tajuk diatas, saya rasa sampai kiamat pun tidak akan ada kata sepakat selagi keseimbangan antara kaum tidak dapat diujudkan baik dari segi ekonomi mahu pun pembelajaran. Hal hal remeh saperti rasuah dan lain lain salah laku adalah ekoran dari kegagalan mencapai keseimbangan ekonomi dan pembelajaran.

Siapa yang berupaya memberi rasuah, tentunya orang yang bersalah dan mempunyai wang dan siapa pula yang menerimanya, tentulah yang mempunyai kuasa tetapi kurang dari segi pemilikan harta dan wang. Tetapi adakah dengan cara sebegini boleh mencapai keseimbangan antara kaum?

Mutakhir ini yang paling sedih perpecahan sesama sendiri dalam satu kaum yang seagama. Gejala inlah yang paling ditakuti jika tidak dibendung dengan sebaik baiknya. Tidak usahlah kita melalut yang orang orang Amerika dikenalai sebagai American sedangkan kita semua tahu mereka masih dikenali sebagai African American,chicano,red indian dan sebagainya.

Inilah padah kalau sesuatu kaum atau bangsa itu terlalu leka tidak mahu berusaha dan apabila disedari kaum tersebut yang pada asalnya adalah kaum yang terawal sudah menjadi kaum yang tertinggal. Ekonomi dan pembelajaran sahajalah yang dapat membela nasib sesuatu kaum dan tidak ada jalan yang mudah untuk mencapainya.


Friday, September 4, 2009

Ketua Polis Negara Kontrak dilanjutkan.

Rezeki masih berada pada Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara untuk jangka masa setahun lagi. Tahniah diatas keyakinan kerajaan yang masih memerlukan tenaga beliau.

Setahun tidaklah lama dan segala perancangan jika baru ingin dirancang pasti hasilnya tidak akan dicapai dalam tempoh yang singkat itu. Oleh yang demikian adalah diharapkan sambungan kontrak ini adalah bagi menlengkapkan apa yang telah dirancang.

Sejak bermulanya penambahan bilangan kerusi pembangkang yang terhasil selepas PRU ke-12, PDRM tidak sunyi dari berbagai tomahan dan kritikan. Adakalanya kritikan kritikan ini sekali lalu ada juga kebenarannya dan inilah salah satu persepsi yang negatif yang cuba disemaikan oleh pihak pihak yang ingin melemahkan semangat warga PDRM.

Saya berharap masa berbaki satu tahun ini, Ketua Polis Negara berupaya melaksanakan apa jua perancangan dan pendekatan bagi menyakinkan semua lapisan rakyat kepada PDRM sebagai pelindung dan agensi penguat kuasa undang undang yang adil dan tegas. Bukan sekadar slogan dan kempen tetapi dilihat dan dirasai melaksanakan tugas dan tanggung jawab yang diamanahkan.

PDRM tidak dapat bergerak dengan sendirinya, oleh kerana tugas tugas PDRM tidak akan terlaksana melalui "crystal ball" dan masih memerlukan sokongan dan bantuan orang ramai sebagai mata dan telingga kepada keamanan. Oleh yang demikian PDRM juga sepatutnya mempunyai nilai nilai kerendahan diri agar senang didampingi tanpa sebarang kecurigaan. "Ular menyusul akar tidak akan hilang bisanya" dan "bukan melepaskan anjing yang tersepit."

Thursday, September 3, 2009

Wakil Rakyat - Adakah ini sifat yang matang?

Bukan tak pernah berlaku, tetapi impak selepas piliharaya umum ke-12 nampak teruk sekali sikap sikap tamak kuasa dan tak bertimbang rasa antara rakyat Malaysia dan yang paling malang sekali ada bilangan yang agak ketara juga wakil rakyat yang dianggap pemimpin dan pembela bangsa, telah tersasar matlamat kenapa diri mereka dipilih sebagai wakil rakyat.

Adakah ini menunjukan wakil wakil rakyat negara ini sudah matang dan selari dengan arah kemajuan yang Malaysia sedang menuju.

Lihat saja di Kedah, wakil rakyat gagal hadzir pada dua persidangan yang seketika mengancam satu pilihanraya kecil dimana pihak PAS bercadang membawa kes ini keMahkamah. Di Pulau Pinang, parti memerintah masih bertelagah antara satu dengan lain dengan masing masing menunjuk pengaruh dan kuasa.

Begitu juga di-Perak pokok kacau bilau adalah juga dengan "kuasa" umpama sebagai gila talak dan dilihat sebagai hidung tak mancung, pipi tersurong surong. Kalaulah semua cara yang berlandaskan undang undang sudah tidak ada lagi, bersabarlah sahaja, tunggu pilihanraya umum ke-13, itu pun kalau rezeki dengan yang gila kuasa, kalau tidak terimalah hakikat.

Selangor dengan isu siasatan rasuah, penjualan arak, isu kuil hindu yang tak pernah dilihat berkesan pendekatan yang diambil oleh pemerintah negeri Selangor. Mungkin kerajaan ini mendukong sikap pentadbiran ala lalang.

Bagaimana pula diTrengganu, pihak pemerintah dah tubuh dua kem. Mungkin kem yang bercita cita selepas PRU ke-12 untuk merealisasi impian mereka apabila pihak istana masuk campur. Kehampaan ini telah menimbulkan pelbagai yang dipandang serba tak kena. Keadaan bertambah buruk apabila pihak yang rakus untuk merampas kuasa telah tidak memlepaskan peluang menangguk di air yang keruh serta, ketidak prihatinan pihak kepimpinan perhubongan negeri untuk menyelesaikan kemelut ini dengan sesegera yang sepatutnya.

Sudahlah, berhentilah, tengok tengoklah pula kesejahteraan negara dan rakyatnya dan kalau tak sabar letak jawatan sahaja. Elaun yang diperolehi tu duit rakyat dan halalkanlah penerimaan itu. Kesianlah pada rakyat yang tak berkepentingan yang hanya mahu kesejahteraan dan keamanan.

Wednesday, September 2, 2009

Jasa mu bukan untuk dikenang, KENAPA ?

Tertarik bagi saya berkata sesuatu apabila membaca blog The Scribe klik sini dan rencana Utusan Malaysia 02.09.09. klik sini .

Dalam kedua dua tulisan berikut satu persamaan yang dapat dirumuskan bahawa sifat murni bertimbang rasa dan bertolak ansur sudah semakin terhapus. Jika kita mempersalahkan kepada budaya asing mempengaruhi pemikiran rakyat Malaysia, saya rasa ia kurang tepat,contohnya disebelah barat sikap "gentleman" masih dipraktikan, begitu juga di-Jepun masih tunduk memberi hormat.

Jadi dari mana sikap yang makin kurang menyenangkan dianuti oleh masyarakat di negara Malaysia ini? Malaysia satu ketika dulu terkenal dengan sikap penyayang dan murah hati dan sentiasa menghulur derma serta bantuan kepada yang memerlukan tapi akhir akhir ini sikap murni sudah agak tenggelam jika dibanding dengan sikap negatif yang makin bermaharaja lela dan diminati, kononnya bersikap sedemikian nampak "hero" dan berani dan tidak hipokrit

Semua ini berpunca dimana? Asuhan atau teladan dirumah, adakah disekolah atau dari sumber sumber dan teladan teladan yang begitu bebas yang dikatakan tanpa sempadan? Dalam hal ini semua lapisan masyarakat bertanggung jawab mengujudkan semula masyarakat yang penyayang dan bertanggung jawab dan semuanya mesti bermula dirumah.

Sumbangan diperingkat sekolah dan agensi agensi yang bertanggung jawab hanyalah sebangai badan penambah baik bagi menggukuhkan lagi budaya sihat ini. Lihat saja lebuhraya dari Slim River sehingga R&R Sungai Buluh setiap hala disediakan tiga lorong tetapi pemanduan sepanjang jalan ini umpama tiada undang undang peraturannya bukan sahaja oleh kenderaan motokar atau bas express malah treler empat puluh kaki juga memandu dalam kegilaan. Samalah diatas jambatan Pulau Pinang, kelebarannya diguna untuk pecutan melebihi had kelajuan apa inikah tujuannya?

Sabenarnya sikap ini wajip diasuh oleh ibu bapa dan ibu bapalah yang perlu menyediakan diri masing masing dengan pengetahuan ilmu agama mahu pun ilmu dunia berserta dengan segala pengelaman hidup pahit dan manis sebagai ikhtibar bagi menangkis segala gejala yang akan merosakan maruah keturunan masing masing khasnya dan negara amnya. Ubahlah sikap suka menyalahkan orang lain selain diri sendiri dan hayatilah bahawa Allah SWT tidak akan merubahkan nasib sesaorang itu, melainkan orang itu berusaha merubahkannya dan berserta dengan doa kehadrat Allah SWT.


Allahuallam

Tuesday, September 1, 2009

UMNO dan Barisan Nasional - Mutiara yang hilang

Empat hari berlalu baru dapat membaca blog kuda kepang. Alhamdulillah kuda kepang berupaya menjawab apa kah sebenarnya MUTIARA yang telah hilang dari genggaman UMNO dan Barisan Nasioanal.

Hayati dan beranilah bertindak jika MUTIARA itu ingin dikembalikan klik disini .