Saturday, November 7, 2009

Bolehlah dikira rakyat didahulukan!

Alhamdulillah, apabila mendengar pihak kerajaan telah menarik balik arahan memandatorikan pemeriksaan tahunan bagi kenderaan persendirian yang berusia 15 tahun keatas rasa lega juga walaupun banyak lagi bebanan rakyat yang harus diperhalusi dan mencari kaedah menang menang. Iaitu kerajaan tak dibebani dan rakyat pun harus memikul bersama dengan cara yang realistik.

Dengan tindakan sedemikian,kerajaan telah dapat membuktikan bahawa rakyat didahulukan dan tidak tertumpu pada satu satu kaum sahaja yang telah dilakukan semasa awal pemerintahan Perdana Menteri. Kalau pun nak menolong kaum yang dirasai ketinggalan, usahlah begitu ghairah dipublisitikan saperti berkempen, setiap penekanan disiarkan di kaca televisyen tumpuan berlebihan pada satu kaum sahaja biarlah semua kaum terasa adil dan tak terasa jelak menontonnya.

Orang tua tua sudah berpesan, buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali. Apa pun keserdahanaan itulah sebaik baik pilihan. Janganlah satu lubang ditutup, lubang lain pula terbuka.

Kita senantiasa mendegar nasihat, bijak berbelanja, jangan terpesona dengan menggunakan kad kredit dan jangan meminjam dengan "Ah Long" akhirnya ia akan menjerat diri. Kepada ibu bapa yang penyayang apa bentuk kebaikan dan nikmat yang tidak hendak diberi pada anak anak mereka? Tetapi keinginan itu tidak boleh diiring dengan nafsu, sebaliknya keinginan itu mesti diiring dengan akal yang realistik barulah kita tidak terjerat oleh hawa nafsu.

Memang difahami bahawa kerajaan BN sedang bertungkus lumus hendak membuktikan bahawa kerajaan BN sahaja yang lebih berwibawa dari PR dan persepsi ini tidak dapat dinafikan dengan pengelaman selama 52 tahun. Tapi dalam lanskap politik sekarang dan persepsi rakyat yang dah tidak tahu menilai antara keburukan dan kebaikan dengan membiarkan hawa nafsu meliar. Adakah segala pembetulan ini adalah pembetulan yang dikehendaki rakyat. Janganlah terlalu teruja dengan apa yang dilihat pada luaranya bagaimana pula didalam kalbu mereka?

Berpalinglah pada parti parti komponen BN, dalam mana kerajaan BN berusaha memulihkan keyakinan majoriti rakyat mereka asyik bertelagah dengan ideologi sendiri. Ini patut diperbetulkan dahulu. Dalam ruang linkup yang kecil pun tidak boleh mencari jalan penyelesaian bagai mana dan selesaikan masalah negara. Pedulikan apa yang berlaku dengan pihak pembangkang, lagi mereka bercakaran semakin lemah pengaruh mereka. Tetapi BN lebih banyak rugi jika hilang kuasa jika dibanding dengan pembangkang. Carilah cara dan jalan yang betul dan berhati hati dengan nasihat nasihat yang diterima. Jangan nanti diParlimen biasa duduk disebelah kanan speaker salepas PRU 13 duduk disebelah kiri pula.

Sekali saya menyeru putihkan-lah BN dan juga jentera kerajaan, ambil tindakan yang seadil adilnya yang dibenarkan oleh Allah SWT dan yang maha adil hanyalah Allah SWT. Pohon padanya dengan kehadiran yang ikhlas. Selari dengan ayat 60,surah Al-Mu'min yang bermaksud,Dan Tuhan kamu berfirman,"Berdoalah kamu kepadaku nescaya Aku perkenankan do'a permohonan kamu. Sesungguhnya orang orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdo'a kepadaku, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina."

Insaf insaflah. Dunia ini hanyalah jambatan kealam akhirat yang kekal abadi. Allahua'lam.

Friday, November 6, 2009

Harap ketegasan tidak dapat dibeli. Inilah istilah bermoral.

"Sorry? For what?" asks Johor MP - Malaysian Mirror 02.11.09

“Are Umno and Malay leaders only qualified to apologise?" he asked, when speaking tyo reporters at the Parliament lobby here Monday.

“No way, man! I won’t apologise because I have done nothing wrong,” he added

Itulah kata kata oleh Ahli Parlimen Sri Gading Datuk Mohammad Abdul Aziz yang dipersembahkan oleh Malaysian Mirror.

Bagaimana umum melihat dan manafsir kata kata itu? Adakah kata kata itu kata kata derhaka? Adakah itu teguran membina?

Apapun setiap pandangan itu terdapat dua persepsi, iaitu jika seseorang itu ingin melihatnya secara positif segala gala akan dihujahkan secara positif dan kalau dilihat secara negatif, negatiflah jadinya.

Walau apa hujah kita sama ada positif atau negatif hakikatnya kita semua adalah manusia dan sebagai manusia memang pasti kelemahan itu berada dimana. Hanya menggunakan akal sahaja yang akan akan menjadikan manusia itu waras, tetapi kalau nafsu digunakan kita akan jadi pengikut syaitan. Jadi apakah kaitan ini dengan topik yang sdang diperbincangkan?

Pada hemat saya apa yang YB Sri Gading ingin mengingatkan Perdana Menteri jangan terlalu "over" mengambil hati pada kaum yang tidak menyokong dan terlupa pada yang menyokong. Takut takut yang dikendong berciciran dan yang dikejar tak dapat.

Perdana Menteri berhak melaksanakan apa yang difikirkan terbaik dan munasabah dan menggunakan budi bicaranya dengan kuasa yang telah diperuntukan. Tetapi Perdana Menteri juga harus ingat pertama dia juga manusia yang tak sunyi dari kelemahan dan kedua adakah yang mengelilingi beliau itu yang kononnya bertindak sebagai penasihat, ikhlas. Takut takut jadi, "harapkan pagar, pagar makan padi" atau "harapkan sokong,sokong membawa rebah." Itulah terjadi kepada Pemimpin negara kita sebelum ini.

Mungkin juga YB Sri Gading, dalam jangka masa pemerintahan Perdana Menteri yang masih singkat, agar Perdana Menteri mengkaji semula dasarnya yang kadang kala dilihat cuba menyogok rakyat yang tidak menyokong Barisan Nasional dengan berbagai 'goodies", ini tidak akan bertahan lama dan tidak akan mengubah persepsi rakyat terhadap Barisan Nasional. Saya pernah mendengar MB Kelantan berkata,"kalau BN beri ambil saja, mereka beri bas nak balik Kelantan naik,TETAPI bila pangkah,pangkah "BULAN." Perkara perkara seumpama ini tidak mustahil boleh berlaku. Sepekara lagi, lasanakanlah dasar dasar yang adil untuk semua dan bukan dari sudut ugutan dan meraih sokongan melalui habuan. Pemberian seumpama inilah mendidik masyarakat Malaysia akan buat apa pun demi wang dan takut takut budaya "ugut dan dapat" boleh merebak kepada gejala yang tidak sihat dan yang lebih dahsyat lagi saperti "beri betis nak peha."

Budaya politik wang, dah macam tak akan dapat dihapuskan. Personaliti yang didapati mengamal pun masih memegang jawatan penting bagaimana nak kikis sikap ini. Sekarang pula wakil rakyat dah mula didakwa memanipulasikan dana peruntukan untuk kesejahteraan rakyat. Walau pun belum dibuktikan bersalah tetapi sudah boleh dilihat kejujuran wakil rakyat sekarang. Sampai bila pihak pihak penguat kuasa undang undang saperti PDRM,SPRM dan Peguam Negara akan dijadikan "PUNCHING BEGS" demi kepentingan politik? Adalah menjadi harapan agar semua pemimpin buanglah sindrom penafian dan defensif demi kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia.

Setiap nyawa yang mendiami bumi bertuah ini, harus bersyukur sebayak banyaknya bahawa negara Malaysia ini tidaklah seburuk saperti negara negara lain baik disegi geografinya dengan ancaman "natural disaster" mahu pun keganasan manusia. Janganlah terlalu ghairah menjadi juara. Semua perlu bertimbang rasa dan adil dan bersyukurlah seikhlas ikhlasnya kepada Allah SWT atas rahmat yang dikurniakan.

Thursday, November 5, 2009

Betulkah minta bonus tidak bermoral?

Salah dari segi moral untuk minta bonus: Najib 18:48 PM, BH 04.11.09
Najib: Morally wrong to ask for bonus NST 04.11.09.

Membaca komen dalam dua akhbar perdan dan juga mendengar berita TV3 jam 8.00pm, terasa kesopanan orang melayu mula terhakis. Kita mesti sedar kehidupan manusia ini diibaratkan umpama roda, adakalanya diatas dan adakalanya dibawah. Hari hari pun begitu, tidak sentiasa panas hingga kepetang,sebab adakalanya hujan ditengahari.

Tetapi apa yang hendak dikatakan, inilah politik dan yang berkuasa akan melaksanakan apa yang difikirkan perlu ketika itu untuk menggukuh kedudukannya tanpa terlalu berfikiran jauh akibat dan musibahnya. Kesilapan kesilapan ini bukan lah pertama kali tetapi itulah hakikatnya.

Dulu pun beginilah kata kata seorang pemimpin, "apa dia nak kata dia boleh kata, sekarang saya adalah Perdana Menteri" dan " tidak ada Perdana Menteri lain mencapai kejayaan yang begitu besar dalam pilihanraya melainkan semasa pemerintahan saya." Apa kita boleh tanggap dalam kata kata sedemikian rupa? Adakah kata kata itu dianggap satu keinsafan,kerendahan diri atau riak dan takbur? Sama samalah mencari kebenarannya.
Akhirnya Allah SWT telah menunjukan kepada kita saperti apa yang berlaku pada PRU 12 tahun 2008.

Apa yang memusykilkan kerajaan sekarang sangat pemurah kepada satu kaum, ambil contoh kematian 3 murid sekolah diKuala Dipang,Perak. Semasa lawatan itu juga DPM telah menyumbang sebanyak RM10,000.00 dan pelbagai peruntukan berjumlah berjuta juta ringgit untuk memenangkan hati kaum kaum yang telah mengubah sokongan. Adakah tuntutan ini bermoral atau adakan selama ini kerajaan memang mengabaikan kaum kaum ini?

Memang tidak dinafikan ekonomi negara juga terpalit dengan kemelesetan ekonomi global, tetapi tidakkah boleh menggunakan satu kaedah bersopan atau bahasa yang lebih memberasang tehadap kakitangan awam dan kesatuan mereka CUEPAC. Walau pun kita akui perkhidmatan awam tidaklah sesempurna mana tetapi kenapa tindakan positif tidak ambil untuk meningkat prestasi kakitangan awam dari dulu lagi. Sebagai contoh kepincangan dari Lapuran Tahunan Ketua Audit Negara, tindakan tahun lalu pun tidak kedengaran dan baru kali ini baru dengar satu tindakan positif akan diambil.Begitu juga dengan isu PKFZ ,PAC telah menimbulkan bahawa ada isu patut didalami yang mungkin boleh membuktikan amalan pecah amanah. Kenapa SPRM tidak menjumpai "incriminating evidence" semasa siasatan mereka?

Saya juga mendengar ucapan PM semasa AGM Parti Gerakan yang beliau adalah PM jangan mempertikaikan prerogative PM melantik siapa sahaja dan hari ini meminta bonus pula satu tidakan tidak bermoral. Nasihat saya "janganlah dengar guruh dilanggit air ditempayan dicurahkan" atau kera dihutan disusukan,anak dirumah mati kelaparan. Kerajaan mesti akur bahawa perlaksana polisi, dasar dan menguat kuasa undang undang terpikul pada bahu kakitangan kerajaan.Oleh yang demikian saya berharap PM dapat mencari satu bahasa dan cara yang lebih sopan, umpama " menarik rambut dalam tepung,rambut keluar tepung tak berselerak." Ambillah ingatan pada apa yang berlaku pada PRU 12 dan sikap pemimpin tertinggi ketika itu. Kalau nak jadi imam pun tak payahlah publisiti nanti dikatakan riak pula jika selalu sangat dipaparkan. Orang islam beribadat, berkerja dan bersedekah kerana Allah SWT dan bukan untuk ditunjuk tunjuk. Adakah melambat lambatkan sesuatu tindakan menyelesaikan sesuatu yang ada hubong kait dengan rasuah,menyalahguna kuasa dan kroni itu bermoral? Renung renunglah.

Wednesday, November 4, 2009

Kalau dah kena semuanya adalah penginayaan.

Apabila menjadi sasaran siasatan pihak berkuasa terdengarlah, "saya diperangkap,saya diinaya,inilah taktik kotor kerajaan, ini adalah konspirasi" dan banyak lagi cakap cakap negatif yang dilontarkan. Inilah resmi manusia yang sentiasa bersikap defensif dan adakalanya menegak benang yang basah. Perbuatan ini adalah semata mata untuk kepentingan dan cita cita peribadi.

Kata kata orang tua tua, "kalau tidak ada angin,masakan pokok boleh bergoyang." Memang ada kebenaran juga pokok kecil boleh juga bergoyang oleh goncangan manusia dan yang besar oleh goncangan jentolak. Jadi buktikanlah sama ada goyangan itu berlaku dari kekuasaan ilahi atau perbuatan manusia.

Walau pun yang tertuduh masih tidak bersalah sehingga terbukti melepasi keraguan akan kesalahannya, tetapi resmi manusia atau tanggapan manusia ini selalunya bersifat negatif dengan andaian yang bukan bukan. Oleh yang demikian sebagai wakil rakyat janganlah terlalu ghairah memperbaiki status dan kedudukan setelah dipilih sebagai wakil rakyat. Apabila nafsu memenangi atau mengatasi akal banyak yang tak baik dari yang baik akan berlaku.

Dalam hal ini seseorang wakil rakyat atau pembantunya sepatutnya tidak menggunakan justifikasi pemikiran sendiri. Setiap pemikiran sendiri itu sentiasa ada bisikan syaitan. Apa yang harus dilakukan adalah sentiasa insaf dan memuhasabah diri dan balik kepada tujuan asal sikap dan tanggung jawab seorang wakil rakyat. Jika tujuan lebih kepada kepentingan diri berundurlah secara terhormat.

Tuesday, November 3, 2009

The Government mean business, is it so?

I lauded the initiative of the government to straighten the tarnished image of the civil service by viewing it seriously on the latest Auditor General annual reports. It is better late than never. But the stigma embeded is on its transparency to inform the rakyat and the adoption of non selective actions.

It will be great if the Auditor General annual reports will not be viewed as just an obligation but more of facts finding and rectification process for the country to excel as a fully developed country with disciplined civil servants and a first class law abiding citizen.

Never deny the roles of the civil servants and their contributions but simultaneously never to overlook their incriminating acts and arrogant attitude. Time and again we heard the grouses of the citizen (especially the under-privilege) the civil servants had always placed themselves at a superior status. They have forgotten how they earn their living and why they are known as "civil servant."

Undeniable that only a small fraction of the civil servants belong to the unwarranted attitude and perceptions but if this group of people being given to much of considerations or leniency gradually it will affect the expediency and the integrity of the government on the whole. One must not forget that these civil servants who are responsible or act as the implementors to the government policies. They are the trustees of the government policies and the well being of the citizen and the country.

In taking what ever appropriate actions against these culprits all stone s must be unturned. No matter what the status, categories and linkage all must face the music. It will be ideal if all actions be made known to the citizen as to inform the citizen that the government will not condoned to such incriminating and immoral act. Just like the Port Klang issue what happened to the committee of inquiry which was also headed by the Chief Secretary. Why wait, the progress of the inquiry must be told, never hope that the citizen will forget. The idea of announcing after completion is also raised the non-confidence of the citizen. All these inquiries should also be included in the KPI especially the time frame of its completion. The longer the the time required the more avenues for the culprits to escape. Hope whatever already being announced is not an eye wash ,just to fool the citizen.

Monday, November 2, 2009

Apa lagi selepas ini - Inikah pengertian keatas kebebasan dan kemajuan?

Tersentak juga apabila terbaca dua anggota Jabatan Pengankutan Jalan dibaling ketulan bata oleh dua lelaki penunggang motosikal dan telah memecahkan cermin kenderaan tersebut dan mencederakan pemandunya sehingga kenderaan tersebut terlanggar pokok.Dua anggota JPJ Pulau Pinang diserang - Utusan Malaysia 31.0.09.

Adakah Malaysia yang dikatakan maju kehadapan dan bermatlamat menjadikan rakyat Malaysia sebagai rakyat klas pertama boleh direalisasikan dengan sikap sedemikian? Ini bukan satunya "isolated case" sudah banyak kejadian yang mana keselamatan pihak penguat kuasa diperlakukan tanpa ada perasaan,hormat pada kerjaya yang dilaksanakan mahupun pada undang undang negara.

Adakah penjenayah penjenayah ini harus diberi pembelaan dan dilayan mengikut hak hak asasi manusia? Apakah penguat kuasa bukan juga manusia? Apa hanya pihak penguat kuasa sahaja yang harus mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan rakyat Malaysia yang lain tidak perlu bersikap tolenransi dan memahami? Apa puncanya sikap tidak menghormati undang undang dan pelaksananya? Kenapa tidak ada lagi perasaan hormat menghormati antara tua dan muda, tidak ada menghormati antara jiran dan sesama insan?

Semua ini berpunca daripada terlalu banyak berpolitik. Semua telah maklum dalam politik ini kawan menjadi lawan dan lawan menjadi kawan. Boleh dikatakan semua pertubuhan parti politik ada saja masaalahnya dek merebut kuasa dan ketidak puasan hati. Untuk menjadi ahli politik yang disukai, seseorang ahli politik itu terpaksa menonjolkan dirinya mengikut selera majoriti dan majoriti manusia (tak kira diMalaysia atau dimana saja) ingin mengikut cita rasa mereka, tambahan lagi tentang mencari silap lawan ini yang disukai pihak majoriti dan menganggap satu sensasi.

Perkara sensasi inilah ujian pada kerajaan tentang bagaimana akan menanggani situasi ini. Salah bertindak ia akan dijadikan isu bagi mempertikaikan credibiliti untuk kepentinggan politik pihak lawan. Inilah perangkapnya dalam usaha menjatuhkan kekuasaan lawan.

Walau apa pun sebagai kerajaan, pembelaan perlu diutamakan kepada jenteranya untuk mencapai satu tahap prestasi yang boleh dibanggakan. Kerajaan janganlah dilihat terlalu takut kehilangan kuasa dan menjadi selektif dalam menentukan yang bathil dan yang hak. Jika kepentingan jentera jentera perlaksana diabaikan tanggapan negatif sudah pasti akan melonjak. Hanya keikhlasan sahaja yang akan membuahkan hasil yang baik. Ikhlaslah!

Sunday, November 1, 2009

Antara Kakitangan Awam dan Wakil Rakyat siapakah penentu kewibawaan sesebuah kerajaan?

Banyak sangat cerita dan komen diperkatakan terhadap kakitangan awam. Kritikan ini selalunya terlebih disensasikan sehingga gulongan ini menjadi kaku, bosan atau menjalankan tugas sambil lewa. Kenapa sikap sikap begini masih terus dilakukan oleh penjawat awam?

Pengelaman berinteraksi dengan penjawat penjawat awam dari pelbagai jabatan secara resmi boleh dikongsi bersama, termasuklah pergaulan tidak resmi bersama penjawat penjawat awam. Dalam mengharunggi kehidupan seharian secara sengaja atau tidak, kawan kawan kita ini meluahkan ketidak puasan hati dari pelbagai sudut dan pandangan.

Sebagai manusia dan untuk mengurangkan tekanan luahan luahan ini tidak dapat dielakan dan inilah kadang kalanya dimanipulasikan oleh yang ingin sangat mengambil kesempatan keatas kelemahan penjawat awam. Kalau ditanya tidak-kah kekusutan ini dikemukakan kepada pihak atasan. Antara jawapan yang sering didengari ialah,"boleh beritahulah semua nak jaga periuk nasi masing masing" atau "beritahu tetapi majoriti rakan rakan tidak memberi sokongan dan akhir yang memaklumkan akan dipersalahkan untong nak berkongsi rugi tidak mahu." Inilah antara "frustration" yang sering diluahkan.

Ada juga bos bos yang garang dan selalunya arahan diterima,"do it first, complain later" atau " i don't care how you do it, but make sure everything goes well." Jadi sampai bilakah budaya ini akan berterusan? Macam macam telah dislogankan, kepimpinanmelalui teladan, berbudi bahasa dan sabar semasa bertugas dikaunter, mesra rakyat, kami sedia membantu anda dan banyak lagi slogan slogan yang terpampang di-dinding pejabat kerajaan, termasuklah misi dan visi jabatan tersebut. Tetapi apa yang membantut cita cita murni kerajaan ini?

Jadi diantara kakitangan awam dan wakil rakyat siapakah penentu kewibawaan sesebuah kerajaan. Tugas wakil rakyat adalah lebih mencari populariti dengan menerima dan mendengar runggutan rakyat dan membawa kepengetahuan kerajaan dengan hujah hujah yang mereka fikir logik. Tetapi kakitangan awam adalah mereka yang melaksankan dasar dasar yang telah termaktup termasuk mematuhi kehendak kehendak undang undang dan prosedur yang ditetapkan.

Sebahagian penjawat awam inilah juga yang menggubalkan dasar dan mengolahkan tatabahasa undang undang serta memerluka penelitian serta kajian yang rapi agar mengurangkan cacat cela pada satu satu dasar atau undang yang akan dibentangkan. Walhal wakil rakyat hanya menerima, membaca dan membahaskannya dan akhir sekali meluluskannya. Malah wakil rakyat ini lebih "complain" dari "appreciation" dan penjawat awamlah yang selalunya menjadi "kambing hitam."

Oleh itu janganlah terlalu banyak menunding jari kepada penjawat awam serta berdendam kerana lancar dan makmurnya sesebuah negara itu adalah dedikasinya mereka. Tidak dinafikan ada segelintir yang menghitamkan perkhidmatan ini tetapi tanpa majoriti yang jujur Malaysia tidaklah apa yang kita lihat sekarang berbanding 52 tahun dahulu.

Dengan ini disarankan jadilah rakyat yang insaf dan janganlah kita mengalakan persepsi negatif atas dasar sifat peribadi,populariti dan dendam kita menghukum perkhidmatan ini. Bagi ketua ketua di perkhidmatan awam pula janganlah patuh membuta tuli kerana hendak menjaga periuk nasi sendiri sampai periuk nasi anak buah diisi pasir. Pada wakil rakyat janganlah demi kepentingan politik selalu mencari salah pada penjawat awam dengan kononnya memberi gambaran sebagai penegak keadilan dan juara rakyat.