Tuesday, December 8, 2009

Kenapa baru sekarang nak bercakap - Mahathir Rasis.

Nazri slams Dr M over BTN course revamp - Thestar
Mahathir a 'racist', says Nazri - Malaysiakini
Kekalkan sukatan kursus BTN: Mahathir - Malaysiakini
Dr M sees nothing wrong with BTN courses - Malaysiakini
Tun M: Kekalkan modul BTN sedia ada - Utusan Malaysia
Dr M: Keep the BTN course - New Staraits Times

Mungkin untuk melayari arus kemajuan banyak polisi polisi terdahulu perlu diperhalusi dan diubah suai oleh kerajaan yang memerintah. Malangnya perubahan perubahan yang diperlukan selalunya tidak selalunya disyorkan oleh pihak pemerintah dan boleh dikatakan kebanyakan perubahan berlaku atau perhatian diambil setelah pihak pembangkang atau pihak pihak lain dari kerajaan menghebohkannya. Kenapa harus rakyat mempunyai tanggapan sedemikian?

Seperti dinyatakan oleh YAB Tun Dr.Mahathir BTN ini telah diperkenalkan 20 tahun yang lalu dan masih relevan. Tetapi jika modul modul itu berbau perkauman saperti dikritik sekarang, kenapa tidak disyorkan dikaji semula. Mungkin ketika era Tun mereka yang ada dalam kabinet kurang berani, jadi kenapa tidak pada zaman Tun Abdullah atau pun selepas 1Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri sekarang?

Mungkin ada yang akan berkata selepas 1Malaysia diperkenalkan, kajian pun bermula tetapi memakan masa, tetapi yang menghairankan secara kebetulan selepas riuh rendah yang BTN ini rasis dan diharamkan oleh Kerajaan Selangor, terus tindakan mengkaji semula modul modul diambil dan sesiapa yang mengaggap bahawa BTN masih relevan dianggap rasis. Inikah cara kerajaan sekarang menilai sesuatu pendapat oleh rakyatnya yang satu ketika apa dikatanya semua baik dan bagus.

Apa yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan hari ini adalah menjaga hal ehwal rakyatnya dengan seadil adilnya. Keadilan bukanlah setakad yang rajin dan cerdik sahaja berhak menikmati segala kebaikan dan kemajuan, pada yang malas dan kurang bernasib baik nikmatilah apa yang setimpal dengan usaha yang dibuat oleh gulongan ini. Adakah itu keadilan.

Keadilan juga merangkumi usaha untuk mengejutkan dan menyedarkan yang masih tidur dan BTN adalah salah satu usaha ketika itu yang difikir terbaik. Jika BTN itu tidak baik mustahil ia terus dibiarkan sehinggalah riuh rendah baru baru ini. Adakah pihak kerajaan juga tidur saperti gulongan yang malas dan kurang bernasib baik tadi? Atau kerajaan sememangnya tidak kisah untuk mengkaji segala polisi polisi lama yang masih dikuat kuasa agar sesuai dengan perubahan semasa?

Janganlah kelemahan kita dipindah kepada orang lain. Sesiapa sahaja yang telah berikrar menerima tanggung jawab sebagai pemimpin haruslah amanah dan berani menegur dan memberi pandangan yang bernas kepada ketua atau forum yang dianggotainya dengan cara yang BERHEMAH, bukan tunggu dikritik, dimalukan baru nak bertindak. Janganlah kerajaan dilihat sebagai kerajaan "REACTIVE" dan bukan "PROACTIVE." Apalagi nak tunggu PRU 13 sudah makin hampir.

Sunday, December 6, 2009

Demonstrasi - Tiba tiba ketenteraman awam dipentingkan oleh PAS.

Demonstrasi: Lapor polis untuk ketenteraman, bukan menghalang - 05.12.09 Harakah Daily

Perlembagaan Persekutuan

Artikel 10(1) tertakluk kepada Fasa(2),(3) dan (4)
(b) semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak
bersenjata
.

Artikel 10(2) Parlimen boleh dengan undang undang mengenakan -
(b) keatas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa apa sekatan yang
didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan
atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;


Ekorang dari peruntukan Artikel 10 Perlembagaan Persektuan kuasa telah diberi dalam Seksyen 27 Akta Polis yang berhubong kait dengan perhimpuan serta keperluan memohon permit untuk tujuan tersebut. Alhamdulillah jika semua warga Malaysia patuh kehendak undang undang negara, semuanya akan aman damai lagi sentosa. Tapi adakah ini berlaku?

Apa yang sering berlaku undang undang hanya dihormati dan diperlukan oleh pihak pihak yang berkepentingan dan undang undang tidak dipatuhi oleh semua warga dengan cara holistik. Itulah realitinya, dan oleh kerana fahaman inilah sering kedengaran bunyi bunyi sumbang mencaci herdik jabatan kehakiman jika keputusan itu tidak menyebelahi kehendak nafsu mereka.

Persoalannya kenapa pihak PAS sekarang bercakap tentang ketenteraman awam, kenapa mereka tidak mahu berfikir apabila ahli ahli mereka terlibat sama dalam perhimpunan haram. Dimana keprihatinan mereka pada ketenteraman awam ketika itu? Adakah ketika itu mereka dalam kerasukan dan sekarang baru dipulihkan. Kalau betul alhamdulillah, pihak polis bolehlah memberi tumpuan kepada pengurangan jenayah yang makin meninggkat.

Mungkinkah lapuran polis dibuat dengan sengaja dan akan digunakan sebagai alasan untuk terus menganjurkan perhimpunan haram jika polis tidak bertindak keatas kumpulan yang didakwa atau sebab Kelantan diperintah oleh PAS, penyokong dah naik tocang nak menunjuk nunjuk kuasa. Pilihlah yang mana yang tepat.

Walau apa pun memang benarlah puak puak pembangkang ini memang terlalu "double standard" orang lain buat salah, dia buat apa pun betul. Inikah sikap yang diingini oleh rakyat Kelantan khasnya dan rakyat Malaysia umumnya. Marilah kita membuka mata dan minda seluas yang mungkin dan nilailah semula keikhlasan puak puak ini. Keimanan seseorang bukannya terletak kepada pengetahuan, percakapan, pakaian dan tingkah laku sahaja, tetapi keimanan itu terletak kepada hati yang ikhlas dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Saturday, December 5, 2009

DOA - Pilihlah yang mana lebih mulia.

Kadang kala pemikiran selalu dicelarukan oleh ahli ahli politik yang masing masing ingin menjadi jaguh dan menegak kebenaran masing masing dengan hujah hujah dan dalil dalil untuk memperkukuhkan lagi tindak tanduk mereka. Ada yang berteriak diatas nama keadilan, ketelusan dan sebagainya.

Jika dihalusi dan diselidiki dan akhirnya apa yang ditemui adalah demi kepentingan puak masing masing. Bukti bukti dan dalil dalil yang dibentangkan adalah sebahagian dan tidak sepenuhnya untuk difahami. Inilah bahaya yang sentiasa ditelan bulat bulat oleh penyokong penyokong yang taksub. Akhirnya kacau bilau lah suasana yang dulunya aman.

Soal seruan Nik Aziz mengajak semua orang berdoa supaya Allah SWT menurunkan bala kepada Perdana Menteri serta Kerajaan Barisan Nasional kerana isu royalti minyak untuk negeri Kelantan. Adakah semua penjuru rundingan dan segala ruang undang undang telah habis diterokai? Sedangkan perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim pun masih mempunyai ruang pembahasan, mustahil ruang tuntutan royalti telah muktamat.

Seruan doa kehadrat Allah SWT pada saya adalah lebih mirip kepada ugutan dari penginayaan. Ini adalah disebabkan Kerajaan Kelantan masih belum habis ikhtiarnya jadi, kenapa memohon musibah keatas orang lain?

Yang mana lebih mulia,berunding dengan berhemah dan dalam masa yang sama memohon kehadrat Allah SWT agar memberi hidayah serta melembutkan hati Perdana Menteri dengan keimanan bagi menyelesaikan pertelingkahan ini ATAU terus meminta musibah menimpa keatas Perdana Menteri? Kesabaran itu adalah separuh kepada keimanan dan Allah SWT amat menyukai kepada orang orang yang bersabar.

Adakah seruan Nik Aziz itu melambangkan keimanan? Adakah setakat itu sahaja keimanan seorang yang diberi jolokan Tok Guru? Berdoa dan memohon kepada Allah SWT menunjukan kerendahan kita kepada pencipta, tetapi adalah tidak digalakkan memohon musibah keatas saudara seagama selagi mana ia tidak menyekutukan Allah SWT. Kalau dah berusaha sehabis habisnya dan berdoa dengan kehadiran yang ikhlas tetapi belum dimakbul tentu ada hikmahnya. Manalah tahu apabila dapat royalti jadi lupa diri ke atau tak sampai kepada sasaran ke, ini lagi berdosa sudah jatuh tak amanah, oleh itu kita kena pasrah samalah dalam hidup ini. Ini lebih islamik.

Wallahua'lam.

Friday, December 4, 2009

Dimanakah titik noktahnya.

MACC to probe allegations against Najib's brother - 03.12.09 Malaysiakini
Siasat proksi Najib terlibat ubah akuan Bala - 03.12.09 Malaysiakini
SPRM digesa siasat adik PM - 03.12.09 Malaysiakini
Altantuya: PKR Pahang desak suruhanjaya siasat dakwaan Bala - 03.1209 The Malaysian Insider

Adakah berdiam diri dan membisu seribu bahasa adalah penyelesaian yang baik? Jika kenyataan diatas adalah fitnah buktikan fitnah. Jika ini adalah hanya satu bentuk serangan tangkisnya dengan berkesan. Berdiam diri adakalanya ditafsirkan sebagai pengakuan. Siapa yang harus dipercayai?

Dakwaan bukan sebarangan, dakwaan terhadap pemimpin kerajaan nombor satu. Bukan sahaja imej Perdana Menteri yang tercalar tetapi imej negara dan juga imej rakyat juga akan turut tercalar dan terguris. Jangan sampai pembangkang mencela dan mentertawakan penyokong penyokong kerajaan sebagai buta hati dan mata. Sesuatu harus dilakukan bagi memperbetulkan persepsi yang akan menimbulkan syak wasangka.

Siapa yang harus memperbetulkan fakta ini dan siapa pula yang harus menamatkan keraguan ini? Kenapa sumpah Perdana Menteri masih disangsi? Siapa yang boleh menjawab selain Allah sahaja yang mengetahui?

Sekadar membuat lapuran polis tanpa sokongan bukti yang kukuh,ia hanyalah saperti omongan kosong yang disaluti dosa dosa yang menjijikan. Walau pun siasatan dijalankan, tetapi hanya terdiri dari saksi saksi yang takut dan tidak mempunyai jati diri, saksi saksi itu akan terkulai, siasatan tidak akan kemana. Begitu juga jika siasatan yang dilakukan tercondong untuk menutup kes, siasatan juga akan terkubor. Oleh itu apa yang harus dilakukan dan apa yang harus ada bagi meleraikan dan menamatkan kekusutan ini? Sebenar benar takutkan Allah SWT dan pembalasannya sahaja yang dapat menyelesaikan. Kalau hanya berfikiran pintu taubat masih terbuka ,bohong dahulu kemudian bertaubat, pun tiada kemana dan harus diingat bahawa dosa antara manusia, tuhan tidak akan mengampunkan dan tersekatlah dihadapan pintu syurga dek dosa yang tak terampun itu.

Tetapi yang memusykilkan masih ada lagikah personaliti personaliti yang mendahulukan kehendak Allah SWT dari nafsu masing masing? Saya tidak dapat menjawab soalan ini. Tepuk dada tanya selera.

Thursday, December 3, 2009

Sorrylah saya "over" sikit = DAP

Hari ini 03 Dec 2009 terpampang permohonan maaf DAp keatas isu memijak gambar gambar Adun yang meninggalkan Pakatan Rakyat Perak sehingga tumbang dan tergoleknya kerajaan pakatan. Namun kelemahan mereka tidak diakui malah menunding jari menyalahi orang lain. Itulah Pakatan Rakyat.

Kerajaan Pakatan Rakyat dengan impian impian yang telah lama kepingin untuk memerintah akan melakukan apa saja demi memuaskan nafsu ingin berkuasa. Mereka tidak mahu menggukur kemampuan mereka terlebih dahulu dan sebarang kesilapan jari telunjuk mereka akan sentiasa menunding kepada orang lain.

Apabila dah berkuasa dah jadi sikudong dapat cincin atau kera dapat bunga pula, lingkup habis. Kenapa tidak lihat pada diri sendiri dahulu, sejauh mana kemampuan kita, saperti kata orang tua tua berdikit dikit dan jangan terus melonjak. Ambil contoh meluluskan tanah tol dengan pajakan 999 tahun, mungkin dah kiamat pun, berpada padalah sedikit jangan gelojoh. Inilah kalau dah dapat kuasa begitulah juga bila hilang kuasa, dah jadi gila talak.

Jika kita seorang yang berkebajikan, bermoral, dan berkarisma biar apa pun tindakan kita biarlah ada klas baru orang respect. Apa yang DAP lakukan sudah mencederakan kemudian baru nak sapu ubat, kalau baik pun parut masih ada, dah tak originallah. Tindakan seumpama inilah yang selalu mengundang perasaan "tic for tac" dan bila akan aman? Adakah orang orang sebegini yang ingin dijadikan pemimpin?

Baca sepotong ayat Al-Quran siapa pun boleh baca tetapi adakah semua membaca dengan betul serta menghayatinya? Inilah persendaan DAP dan yang malang sekali ramai juga yang sentiasa tertipu oleh penyamaran mereka. Dimanakah akal mereka atau terpaksa menyokong disebabkan sesuatu keinginan peribadi?

Janganlah disebabkan marah seekor nyamuk habis satu kelambu dibakar, halusilah tindakan mereka dimana mereka dipinjamkan kuasa sebentar. Ikut hati mati, ikut rasa binasa.

Wednesday, December 2, 2009

BN atau Pakatan - memang serangan telah bermula,siapa yang terdesak?

Beef over BTN is just hogwash 02.12.09 NST online

Membaca pandangan penulis diatas dapatlah saya rumuskan siapa yang lebih terdesak diantara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.Teringatlah saya akan ketetapan yang dinyatakan oleh Ketua Pembagkang Pakatan Rakyat bahawa pengistiharan perang keatas Perdana Menteri.

Umum agaknya sudah membaca lapuran dakwaan yang ditimbulkan semula oleh P.I Bala dan dikeluarkan berulang ulang kali agar yang "missed" tidak akan "missed."Sekarang kedengaran pula tentang Biro Tatanegara (BTN) yang didakwaan tidak menepati gagasan satu Malaysia.

Kenapa serangan serangan seumpama ini ditimbulkan? Pilaharaya ke13 hanya tinggal lebih kurang 2 atau 3 tahun sahaja lagi. Dengan momentum Barisan Nasional bergerak, besar kemungkinan keyakinan terhadap Barisan Nasional dapat diperbaiki jika tidak dapat dipulihkan sepenuhnya. Jika ini berlaku, kaki kaki dari Pakatan Rakyat untuk melangkah ke Puterajaya terpaksa berpatah balik.

Keduanya dengan pergolakan hilang keyakinan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan ada yang keluar parti dan ada juga yang melompat masuk parti komponen Barisan Nasional juga membimbangkan Pimpinan Pakatan Rakyat. Senario inilah yang membuat Pakatan rakyat menjadi terdesak dan terpaksa menggorek isu isu yang dapat menggangu gugat pemikiran rakyat terutama "melayu universal" dan kaum kaum bukan melayu.

Isu kes liwat penasihat PKR dimahkamah juga merunsingkan pihak Pakatan Rakyat satelah berbagai usaha melenggahkan prosiding itu ditolak oleh mahkamah walau pun pihak mahkamah amat bertoleransi dengan memberi segala peluang pada yang dituduh. Keputusan ini juga amat ditunggu tunggu oleh rakyat jelata akan kesudahannya.

Lebih tenat bak sudah jatuh ditimpa tangga, perkembangan politik diKelantan. Pada mulanya isu dakwaan salah guna kuasa menantu Nik Aziz, belum pun selesai isu RM 65,000.00 tajaan keMekah dan sekarang dah pula isu duri dalam daging dalam PAS yang ingin menjatuhkan Nik Aziz. Dengan perkembangkan inilah pihak Pakatan Rakyat sudah nampak terdesak dan terpaksa mencari isu isu sensasi bagi mengalih perhatian rakyat terutama untuk mengawal penyokong penyokongnya yang dah mula goyah.

Lihatlah pada yang tersirat dan halusilah seikhlas ikhlasnya.

Tuesday, December 1, 2009

Semuanya adalah kerana mu 1 Malaysia???

Kesempitan pemikiran telah banyak menjadikan konsep satu Malaysia sebagai "punching bag" pada setiap kecacatan atau musibah yang berlaku. Dimana silapnya dengan konsep 1 Malaysia ini?

1. Adakah orang yang mengilhamkannya itu yang salah?
2. Adakah kefahaman dan penerangan masih kurang jelas?
3. Adakah 1 Malaysia ingin dibandingkan dengan Malaysian Malaysia?
4. Adakah disebabkan pengilhamnya tidak diterima?
5. Adakah 1 Malaysia itu sememangnya satu konsep yang tidak dapat diterima?
6. Adakah 1 Malaysia ini "over emphasized" membuat rakyat jelak?
7. Adakah 1 Malaysia ini cakap tak serupa bikin?
8. Adakah 1 Malaysia ini digunakan sebagai alasan menentang keistemewaan orang melayu saperti yang digariskan didalam Perlembagaan?

Semua pembaca ada cara membahas dan merumuskannya. Apa yang saya lihat konsep 1 Malaysia ini, tidak memburukan mana mana kaum. Hanya konsep 1 Malaysia ini disalah ertikan oleh puak puak yang ingin mencari salah dan puak puak yang ingin mendabit dada sebagai "people's champions" dan tak kurang juga berfahaman 1 Malaysia ini mirip "Malaysian Malaysia."

Sabenarnya konsep 1 Malaysia ini hanyalah satu gagasan mengajak semua rakyat hidup dalam keharmonian, hormat menghormati antara kaum dan bergerak menuju satu misi iaitu mensejahtera dan memakmurkan negara Malaysia yang tercinta ini, sebagai Satu Warga Malaysia berbilang bangsa dengan satu rujukan iaitu Perlembagaan Malaysia dan satu perasaan cintakan Malaysia.

Tentu ada tertanya bagaimana konsep 1 Malaysia boleh direalisasikan sedangkan Perlembagaan Malaysia masih memperuntukan hak hak keistemewaan orang Melayu? Bagi menjawab ketidak puasan ini, setiap warga Malaysia hendaklah menerima realiti atau hakikat hidup yang telah ditentukan.

Apa itu realiti hidup sebagai rakyat Malaysia? Dalam kontek "realiti atau hakikat" diMalaysia , pengertian ini adalah bermaksud,sesiapa sahaja yang ingin menjadi dirinya sebagai Rakyat Malaysia hendaklah dalam masa yang sama patuh dan menerima Perlembagaan Malaysia yang telah mengariskan hak hak rakyatnya. Tidak ada satu undang undang diMalaysia yang memaksa mana mana orang menjadi rakyatnya dan tidak ada satu undang undang juga yang melarang rakyat Malaysia melepaskan kerakyatannya.Inilah realiti atau hakikat.

Apa yang terjadi sekarang ini dan menghuru harakan Malaysia adalah penyerapan persepsi persepsi luar dan budaya budaya luar yang mahu dicontohi atau dipaksa diterima pakai diMalaysia. Inilah pencetusnya. Penyerapan doktrin ini tidak dapat disekat dari meresapi pada pemikiran rakyat Malaysia dan sesuatu harus dilaksanakan sebagai benteng dan terbitlah Biro Tata Negara dan kemudian diikuti pula oleh PLKN.

Secara umumnya kedua dua benteng ini adalah, demi mempertahankan kedaulatan dan keharmonian negara. Walaupun secara kasarnya dilihat ada ciri ciri "double standard" tetapi jika diperhalusi ia adalah demi perpaduan kaum yang masih tidak seimbang oleh kesilapan mentaliti kaum yang ketinggalan itu sendiri.

Manusia ini berbagai, ada yang melakukan sesuatu itu tanpa merancang, ada yang sedia merancang dan ada juga yang "over" merancang. Ada juag yang masih tidur nyenyak, ada yang tidur tidur ayam dan sesekali terlelap dan ada yang sudah bangun awal. Jadi BTN dan PLKN ini adalah pengerak bagi yang masih tidur, yang tidur tidur ayam dan pengukuh pada yang sudah terbangun awal. Itulah perspektif yang harus dilihat oleh semua warga Malaysia dan bukan memanipulasikan tujuan BTN dan PLKN.

Disebabkan peserta yang hadir itu terdiri dari berbagai kelompok, modules yang dikongsi pun mestilah pelbagai tetapi dengan satu matlamat bagi mencapai keharmonian, kemakmuran dan kemajuan Malaysia.

Kita harus ingat kemiskinan itu menjurus kepada kekufuran dan dalam konteks ini kemiskinan juga menjurus kepada kekacau bilauan. Walaupun Malaysia pada dasarnya adalah sebuah negara yang aman, tetapi kedudukan Malaysia juga adalah strategik. Oleh demikian sudah tentu ada negara negara yang ingin menjadi "godfather" pada Malaysia dan bagaimana cara untuk membuat Malaysia mengikut telunjuk "godfather" ini?

Ada banyak cara, yang berkesan adalah serangan melalui ekonomi, mencetuskan huru hara dan membelenggukan pemikiran rakyat dengan keasyikan. Percubaan melalui ekonomi Malaysia masih dapat patahkan, mengasyikan rakyat telah lama dilakukan dan kesannya tidak begitu memberansangkan dengan adanya BTN dan apa yang tinggal hanyalah menggugatkan keharmonian kaum. Ini telah berjaya dilakukan pada 13 Mei 1969 sehingga tenggelamnya kapal layar walau pun tidak sepenuhnya tetapi ada kesannya dan lahirlah Dacing atau Barisan Nasional.

Sekarang sudah tiba giliran Barisan Nasional menghadapi ujian ini yang bertitik tolak dari gerakan reformasi dan sekarang ketuanan rakyat. Sentimen rakyat diusik semula, kewibawaaan kerajaan dipersoalkan dari segi ketelusan hingga kepada kebajikan. Integriti pemimpin diburukan, penjenayah menjadi hero, kemewahan menjadi dewa, yang batil dianggap benar dan yang benar dikuburkan, polisi kebaikan bersama dipolitikan. Inilah gerakan gerakan tersembunyi yang ditakutkan dan inilah peranan BTN dan PLKN bagi membetul dan membentengkan pemikiran rakyat agar Malaysia tidak dijajah sekali lagi.

Ingatlah dimana bumi dipijak disitulah langgit dijunjong. Masuk kandang kambing mengebek,masuk kandang kerbau menguak.