Wednesday, December 16, 2009

PM puas hati dengan NKRA dan KPI, tetapi Bajet 2010 menang 3 undi!

KPI Najib teruji lagi, Anwar tercicir peluang - The Malaysian Insider 15.12.09
Tapah MP saves the day for BN - Malaysiakini 15.12.09
Budget gets through with three votes - Malaysian Mirror 15.12.09
Bajet sulung Najib lulus dengan majoriti 3 undi sahaja - Harakah Daily 15.12.09

parliament.png

Media media arus perdana tidak ada cerita pun tentang pengundian bajet 2010 diParlimen malam tadi. Tetapi portal diatas menyiarkan berita tersebut. Bagaimana media saperti Utusan, NST, The Star serta Bernama tidak menyiarkan berita ini. Masakan tiada wakil mereka mengikuti persidangan tersebut. Keputusan sepenting begini adakah patut diketepikan atau terlepas pandang?

Walau apa pun alasan alasan pihak media, atau pun ini adalah arahan dari atas, atau pun dengan menyiarkan berita ini akan memberi gambaran negatif terhadap kewibawaan Kerajaan Barisan Nasional, jika salah satu diatas menjadi alasannya, saya kira itulah satu langkah yang akan menambahkan lagi kurang keyakinan rakyat terhadap pemerintah sekarang.

Adakah kita terlupa dengan media alternatif? Mulut tempayan boleh ditutup, tetapi ini mulut manusia. Belumkah lagi kita mengambil iktibar dan sedar isu isu seperti ini boleh lagi melemahkan kerajaan dan meningkatkan pengaruh kerajaan. Keputusan pengudian bajet ini ada kenyataan dan bukan boleh direka reka dan rakyat boleh menyemaknya melalui hansard. Kenapalah perkara seperti ini ini hendak disenyapkan?

Kerajaan harus berani menghadapi kenyataan dan perbaiki apa apa kesilapan dengan telus dan ikhlas dan jangan sentiasa dicop sebagai kerajaan yang penuh dengan penafian dan mempunyai agenda tersembunyi. Agak malang semasa pengundian melulus bajet 2010 hanya lebih kurang separuh sahaja penyokong kerajaan yang hadir tetapi dua per tiga dari pembangkang yang hadir (66 sokong dan 63 menentang). Apakah ahli ahli Parlimen BN tidak peduli akan impak jika bajet ini ditolak atau terlalu yakin akan disokong.

Dalam isu ini dua perkara boleh ditimbulkan oleh rakyat; pertama wakil rakyat BN dilihat tidak menunjukan komitmen atas apa yang telah dipertanggung jawabkan oleh rakyat, agar bajet yang dibentangkan akan memberi kesejahteraan kepada rakyat dan kedua mungkin ada yang tak kena dengan bajet dan was was untuk hadir kerana jika hadir terpaksa menyokong kalau tidak, terbaliklah periuk nasi.

Kebanyakan wakil wakil rakyat yang terpilih adalah yang berpengelaman, oleh yang demikian mereka sepatutnya sedar betapa mustahaknya pengundian ini demi kesejahteraan rakyat. Adakah sikap sebegini melambangkan Rakyat didahulukan dan percapaian diutamakan. Bukankah kehadiran wakil rakyat pada setiap sidang Parlimen menjadi tugas hakiki wakil rakyat supaya apa apa rugutan rakyat dapat dipanjangkan dalam forum ini? Sibuk sangatkah kesemua wakil rakyat sehingga hanya lebih kurang 50% sahaja yang hadir?

Saya pun tidak faham bagaimana Perdana Menteri boleh terlepas pandang untuk memasukan kehadiran dalam persidangan Parlimen dalam KPI semua wakil rakyat. Masa sudah semakin singkat, PRU 13 makin hampir, kerisauan yang amat sangat pada yang masih mahu Barisan Nasional memerintah jika trend dan sikap ini tidak mahu diubah. Apakah pendirian yang harus diambil oleh penyokong penyokong Barisan Nasional? Masih belum insaf dengan keputusan PRU 12 2008?

Monday, December 14, 2009

Apa yang sudah berlaku pada orang melayu, diam kerana setuju atau ketandusan?

Penalis: Ketuanan Melayu 'projek politik' kekal kuasa - Malaysiakini 13.12.09
Nazri bidas pihak main isu ketuanan Melayu - Malaysiakini 13.12.09
The new Umno dilemma - Malaysian Mirror 14.12.09
Dr M: Don't pick on bumi issue - Malaysian Mirror 13.12.09
Ketuanan Melayu bukan rasis - Utusan Melayu 14.12.09
Dr. Mahathir sedih tuduhan rasis - Utusan Malaysia 14.12.09
Bimbang perpaduan Melayu - Utusan Malaysia 14.12.09


Bukan semua orang orang melayu akan terasa apabila orang orang melayu dan pemimpin pemimpin melayu diketuk, disiat dan diperlekehkan sebagai berfikiran sempit dan pemimpin melayu tamakan kuasa. Malah sebilangan orang orang melayu akan datang sebagai juara dengan ideologi saperti liberalis, kesamarataan dan ada juga yang berpendapat keistemewaan kepada orang orang melayu ini tidak demokratik dan sudah berlalu dan "tongkat" tidak harus diberikan lagi. Ada juga yang berpendapat pembelaan dan keistemewaan yang diberi pada orang melayu adalah sabenarnya memalukan orang orang melayu.

Inilah kesedihan yang perlu dilalui oleh orang orang melayu yang masih percaya kepada hakikat. Hakikat bahawa dimana saja orang orang melayu ini berada atau merantau mereka tetap bangga sebagai orang melayu. Begitulah juga dengan bangsa cina dan india, kalau tidak masakan mereka mahu mempertahankan bahasa ibunda masing masing dan adat resam masing masing. Bukankah bahasa itu melambangkan bangsa? Kecualilah yang lupa daratan yang mengelarkan diri mereka sebagai universalis. Sama ada memang mereka menganut kepada kefahaman itu atau sekadar lakonan sebelum mencapai matlamat mereka haruslah diperhatikan, agar tidak dipedaya. Kalau sudah teratuk baru nak tegadah, saya kira sudah terlambat. Kerana kuasa telah dimiliki mereka. Janganlah kita orang orang melayu tertipu lagi dengan lakonan ini dan mulut manis mereka.

Dimana perginya pembela dan cerdik pandai bangsa melayu, dah rasa tak melayu lagi atau malu untuk mengaku melayu? Dimanakah orang orang yang yang dikatakan ingin mendaulatkan Bahasa Melayu telah menghilangkan diri. Sekali lagi saya bertanya, bukankah bahasa itu melambangkan bangsa? Sampai ketahap manakah baru orang melayu hendak bangun dan bersatu. Apa kita hendak tunggu kemunculan "Imam Mahadi"atau turunnya Nabi Isa A'laihisalam?

Hayatilah pada perkembangan sekarang, kaum kaum lain bersungguh sungguh mempertikaikan hak hak keistemewaan orang orang melayu tanpa segan silu atau bertabik bersalam, walaupun telah termaktub dalam Perlembagaan, berbagai interpretasi diperkatakan oleh mereka bagi kesesuaian matlamat mereka., Dana masjid pun dipertikaikan, hak biasiswa, wang zakat, institusi raja raja melayu dan bermacam macam lagi.

Kepercayaan saya, jika kita rakyat Malaysia tanpa mengira kaum memilih untuk terus menjadi rakyat yang setia dan sayangkan negara, sepatutnya kita bersikap dimana bumi dipijak disitulah langgit dijunjong. Walau pun Perlembagaan itu bukan Al-Quran yang tidak boleh dipinda, tetapi itulah hakikatnya sehingga berlakunya pindaan. Adakah majoriti rakyat mahu Perlembagaan sekarang dipinda?

Tidak ada sesiapakah lagi dari kalangan orang orang melayu yang mempercayai kepada pembelaan keatas bangsanya dan lebih cenderung untuk mengujudkan satu bangsa yang dilaungkan oleh DAP? Bagaimana pula dengan kepercayai kepada agama. Bolehkah Malaysia juga ada hanya satu agama?

Lihat dan hayati apa yang berlaku dinegeri Arab, walau pun majoriti negara Arab ini adalah satu bangsa dan satu agama, pun mereka masih berperang dan bercakaran oleh kerana berlainan mazhab atau pegangan. Kita harus ingat majoriti orang Melayu diMalaysia adalah beragama Islam, adakah agama juga hendak dikompromikan?

Adakah kita rela azan tidak boleh berkumandang lagi, masjid mesti menjadi tempat terbuka dan sesiapa sahaja boleh masuk dan keluar asalkan mereka itu dilihat bersih secara lahiriah. Orang Islam terima wang ehsan atau derma di tokong tokong. Apakah ini yang orang melayu islam kehendaki atau inikah yang dinamakan Islam progresif? Kalau ini berlaku bersedialah kita untuk di adili oleh Allah azza wajalla. Wallahua'llam.

Saturday, December 12, 2009

Perlukah kod etika untuk kesedaran bloggers sahaja?

PM sarankan ‘Kod Etika Blogger’ -Utusan Malaysia 12.12.09

Kod etika adalah sekadar panduan tetapi yang peri mustahaknya adalah sikap individu atau kumpulan itu sendiri. Berbagai etika telah kita ketahui, terutama yang ada hubong kait dengan servis kaunter, tetapi masih juga tidak diikuti dengan sepenuhnya.

Apa perlunya ada apa apa etika jika masih ada cuit mencuit antara satu sama lain. Manusia hanya mempunyai satu tahap tolenransi sahaja dan jika kesabaran ini sentiasa diperah dan diasah akan terhakis juga ia. Umpama bukit yang sentiasa dicangkul lama kelamaan pamahlah ia.

Bagi saya jika kod etika dilihat perlu, hanyalah sekadar membimbing untuk kepatuhan, undang undang masih diperlukan itu adalah lumrah manusia. Semua pun sedia maklum, dengan penguat kuasaan undang undang pun manusia masih ingkar, apa kesan yang boleh diperolehi dengan kod ethika ini.

Kita harus ingat penulis penulis blog, adalah dari gulongan yang mempunyai satu tahap keupayaan untuk mencetuskan sesuatu pandangan atau kritikan. Dengan erti kata yang lain mereka mereka ini boleh berfikir dan menulis yang sedikit sebanyak mempunyai kebolehan membuat pembacanya berfikir. Oleh yang demikian mereka ini adalah kumpulan manusia yang cerdik akalnya serta mempunyai nilai diri dan pertimbangan. Kalau tidak masakan mereka berkebolehan memberi pandangan, menganalisa serta berhujah.Tetapi kenapa kadang kala mereka kurang pertimbangan walau pun dianugerah akal?

Apa yang sebenar diperlukan adalah keinsafan cintakan negara dan kebertanggung jawaban kepada negara. Siapa dahulu yang patut beretika? Bermula dengan pemimpin dan semua yang merasa mereka adalah pemimpin. Sudah terlupakah kita "Kepimpinan melalui teladan?" Perhatikanlah sendiri setiap hari tingkah laku dan tutor bahasa para pemimpin sekarang. Adakah mereka kesemuanya beretika? Adakah mereka umpama ketam atau saperti kata kata inggeris," Do what I preached but do not do what I did?"

Selalunya yang buruk dan sensasi itulah yang disukai. Sebagai contoh ceramah politik, antara ceramah kerajaan dan pembangkang, pada kebiasaan ceramah anjuran siapa menarik pendengar yang ramai? Begitu juga dengan hal hal sosial yang membawa kepada keseronokan pengunjongnya berlipat ganda berbanding dengan hal hal kebajikan.

Oleh yang demikian, jika kita bercakapa soal etika ini, ia sepatutnya bermula dari pemimpin itu sendiri, saperti ibu bapa yang sepatutnya memberi contoh yang baik. Bukan saperti memijak mijak gambar dan memaki hamun ikut sedap mulut. Rakyat biasa akan berkata, kalau pemimpin boleh buat, pasal apa saya tak boleh. Kalau pemimpin tak hormat undang undang dan agensi penguat kuasa, pasal apa saya hendak patuh. Adakah etika dan undang undang untuk orang orang yang bukan pemimpin. Janganlah pemimpin pemimpin sama ada kerajaan atau pembangkang bercakap ikut sedap mulut dan untuk sesuatu kepentingan sahaja, rakyat pun mempunyai perasaan dan maruah dan salah satu cara rakyat ingin meluahkan tekanan perasaan adalah melalui blog blog mereka. Takan nak asyik kena ketuk sahaja! Ingatlah ikan busuk dari kepala.

Saya memang berharap benar KPI yang Perdana Menteri ingin melaksanakan akan memasukan hal hal etika dan sikap dan tingkah laku para pemimpin. Hidupkan kembali "Kepimpinan melalui teladan."

Friday, December 11, 2009

Kesempatan yang dilihat DAP, orang Melayu Islam masih tidak sedar.

Kebelakangan ini selain pertentangan ideologi politik,berlaku juga pertentang kaum dan juga agama. Saya memetik pandangan YB Zulkifli Noordin dalam blognya klik disini

"Sebenarnya penghinaan terhadap agama Islam dan institusi Islam dalam negara ini banyak berlaku ditangan orang melayu sendiri. Kalau kafir yang buat kita sedia maklum memang itu kerja dia. Tapi kalau melayu yang buat, apa label yang kita nak bagi..pengkhianat?munafik?

Sebab itu saya menyeru kaum saya bangsa melayu supaya sedar dan insaflah kita, bahawa nasib masadepan bangsa kita terletak kepada Islam. Kembali lah kita kepada ajaran Islam yang sebenar menurut Al Quran dan Sunnah Rasul, bersama kita menggembeling tenaga menyeru manusia kepada yang ma'ruf, dan mencegah kemungkaran, dan beriman kita dengan sebenar iman kepada ALLAH, nescaya kita akan dipelihara oleh ALLAH dan dimuliakan manusia insyallah."

Memahami perenggan diatas memang adalah hakikat, kecundangnya kekauatan orang melayu sebilangannya adalah perbuatan orang melayu sendiri. Adalah hakikat juga bukan tidak ada pembelaan dan usaha menyedarkan dan memperbetulkan kelemahan ini tetapi kecenderungan duniawi dan universalis sudah agak menebal begitu lama.

Teringat saya apabila saya menimbulkan hal hal perpaduan dan kerukunan orang orang melayu yang sudah terasa lemah dan terunkai kepada seorang kawan, beliau hanya menyambut dengan kata kata yang dingin, "biarlah, nanti akhir zaman orang islam akan bersatu juga dengan datangnya Imam Mahadi, sekarang kita jaga diri kita sendiri dan cari rezeki seboleh bolehnya." Persepsi dan jiwa saperti inilah yang ditakuti yang mana saya melihat akan meruntuhkan kekautan orang melayu. Akhirnya bermula dari Tanah Melayu diubah menjadi Malaysia dan kemudian akan menjadi apa wallahhua'lam. Ketika itu orang melayu dimana?

Jika hendak membahas pelbagai tafsiran dan kefahaman akan diketengahkan. Malah ada cerdik pandai yang berani memberi pendapat bahawa tafsiran Al-Quran itu tergantung kepada setiap individu bagaimana seseorang itu ingin menafsirnya, jadi apa nak dikata semua dah pandai dan muktabar belaka. Contohnya klik disini dan klik disini.


Adalagi yang berani berkata "Allah pun mencarut" dan bertelanjang dalam rumah tidak salah dan orang Islam dalam UMNO itu kafir. Adakah pendapat pendapat seumpama ini Islamik? Disini saya memperkatakan taraf pembejaran orang orang melayu sudah tinggi tetapi malangnya kurang memahami hakikat.


Untuk renungan bersama:-
1. Ayat 7 Surah A-li "Imraan bermaksud; Dialah yang menurunkan kepadamu(wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat ayat "Muhkamaat"(yang tetap,tegas dan nyata ma'nanya serta jelas maksudnya); ayay ayat Muhkamaat itu ialah ibu(atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu timbullah faha yang berlainan menurut kandungan hati masing masing) - adapun orang orang yang ada dalam hatinya kecendurungan kearah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa apa yang samar samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari cari Ta'wilnya(memutarkan maksudnya menurut yang disukai). Padahal tidak ada yang mengetahui Ta'wilnya(tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah.Dan orang orang yang tetap teguh serta mendalam ilmu ilmu agama berkata :"Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami". Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dn peringatan melainkan orang orang yang berfikiran.

2. 1 Dipetik dar Shahih Muslim, dari Aisyah r.a. katanya, maka bersabda Rasulullah SAW, Apabila tuan tuan melihat orang orang yang mengikut ayat ayat mutasyaabihat, itulah orang orang yang dimaksud Allah dalam ayat itu. Maka jauhilah mereka."


2.2. dari Abdullah bin "Amr r.a. katanya," Pada suatu hari aku bangun pagi pagi pergi ketempat Rasulullah SAW. Maka terdengar suara dua lelaki berdebat mengenai sebuah ayat. Kerana itu Rasulullah SAW keluar mendatangi kami. Diwajah beliau terlihat tanda kemarahan. Lalu beliau bersabda: "Sesungguhnya umat yang sebelum kamu mendapat celaka kerana mereka berselisih mengenai Kitab Allah."


2.3. dari 'Amir bin Sa'ad dari bapaknya r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya dosa terbesar diantara kaum muslimin ialah dosa orang yang menanyakan sesuatu yang tidak diharamkan Allah, lalu Allah mengharamkannya kerana pertanyaan orang itu."


3. Hadis hadis diatas adalah berkaitan dengan dua ayat 101 hingga 105 dari surah Al- Maaidah.


Moral disini janganlah kita terlalu taksub kepada sesaorang itu hanya dengan kepetahan atau kelulusannya dan akhir kita tergulong dalam gulongan gulongan yang rugi. Wallahu'alam.

Thursday, December 10, 2009

Nazri, sokongan DAP beri nafas baru untuk terus tercuit.

'C'mon ministers, support Nazri'- Malaysian Mirror 10.12.09
Pembangkang cuit, UMNO bantu panjangkan isu - Oleh DR. NOVANDRI HASAN BASRI Utusan Malaysia 10.12.09

Saya kira Menteri atas pagar lebih rasa bersemanggat apabila orang kuat DAP memberi sokongan berhubong kait dengan isu BTN.

Tetapi Nazri harus juga semak pandangan rencana yang disiarkan oleh Utusan Malaysia diatas. Saya kira inilah punca kesepaduan dalam UMNO sentiasa tak seiring. Kalau seorang pemimpin itu jika hanya diberi sesuatu tanggung jawab penerangan, jawablah yang sepatutnya. Segala pandangan peribadi yang tidak mewakili kerajaan simpan saja didalam poket, dan jangan dilihat sebagai alat kepada pembangkang atau membodek Perdana Menteri.

Label Dr. M rasis agak terlampau - Utusan Malaysia 09.12.09

Buat apa tunjuk jaguh kepada orang yang tidak berkuasa. Pemimpin sepatutnya lebih berhemah dalam tutur bahasa dan budi pekerti. Seorang pemimpin janganlah pula dilihat terlalu sensitif dan kelam kabut bila dikritik.

Kenapa penonjolan ini diperbesarkan, berkemungkinan jika berita angin rombakan kabinet akan berlaku Nazri ingin menentukan yang beliau masih ada tempat sebagai pembela Perdana Menteri. Jika itu niatnya memanglah bagus tetapi janganlah hendak kekal sampai tergamak mengaibkan seseorang yang pernah menjadi ketuanya. Kalau tak setuju kenapa ketika itu tak letak jawatan saja. Inilah cakap tak serupa bikin.

Nazri sekarang patut mempertimbangkan secara serious untuk keluar dari UMNO yang majoriti ahlinya adalah orang Melayu beragama Islam. Ini adalah hakikat, "charity begins at home."

Apa yang tidak perkauman? - Utusan Malaysia 10.12.09

Wednesday, December 9, 2009

Is the Prime Minister that arrogant?

Nazri maintains stand against Dr M over BTN course - NST 09.12.09

quote; "Now, under Datuk Seri Najib, we have 1Malaysia. So, surely we must have a curriculum which reflects 1Malaysia. We must make a change, that's important. We must make adjustments according to what Najib wants; he is the prime minister," he said at the lobby of Parliament House, here. unquote.

I recalled the predecessor of the current Prime Minister, who also brushed aside the views and critism of Tun Mahathir as asying," he can say anything he wants but I am the Prime Minister", but what had happened during GE12?

I do hope the Prime Minister do not see and feel what had been expressed by his Minister. The concept of one Malaysia, the most the government can achieved is just the surface and will not flow into the blood and that is reality.

You can pushed the concept into our throat but not in the mind and as the saying goes,"blood is thicker than water." Due to interest and threats the concept perceived accepted but does the acceptance genuine? Do revisit again. This saying used to be said, "earned your respect, do not force to be respected."

What seems fair, please comprehend what I have quoted from the post by blogger the unspinners MYSTERY: Apa pasal Nazri macam begini dalam isu BTN?

One of the comment that seems prudent and fair that I have quoted;
Anonymous said...

I am a Chinese. This is how I see Dr M's remaark.

He is consistent. As PM he knows the policy of BTN is not for racial purpose.

I don't think Dr M is racist. He help develop both Malay and Chinese. In fact, he was the one who got a lot of flak for liberalising University intake base on meritocrasy.

He is genuinely not racist but a concern statesman for his nation. When asked abt MCA, Dr M said in Langkawi that MCA leaders should think about their party and RACE and not themselves.

He knows that the survival of a race is dependent on each race and not others. But we as a nation must also think of the nation and be sensitive to other races problem. Understanding and respect to each other value and culture should be the key.

Nothing racial about talking about ones race.

Thus I do not agree with Nazri. Dr M is not racial. What he said of Malays is for his love of his own race and not meant to be antagonistoc towards other races.

Lim Siew Seng

If only this understanding can be incalculated in all Malaysian heads, Malaysia can be better than what it is now. This is not impossible, as one Malaysian has proven it.

Apa pendapat anda,betulkah kakitangan awam Pulau Pinang penghalang kemajuan?

I did not sabotage Penang Govt': Nik Ali - NST 08.12.09

Pernahkah kita dengar perumpamaan,"tidak tahu menari sebab lantai jongkang jongkit," tidak pandai bermain bola sepak sebab padang tinggi rendah." Inilah dapat digambarkan apabila sesuatu perancangan kerajaan Pakatan Rakyat itu gagal.

Dakwaan bahawa tiada kerjasama dari kakitangan awam diPulau Pinang dan menyokong UMNO telah tersebar kuat dikalangan penyokong penyokong Pakatan Rakyat. Oleh kerana sikap kaki tangan awam yang sedemikian banyak usaha usaha kerajaan Pakatan Rakyat untuk kebaikan rakyat Pulau Pinang terbantut.

Boleh percaya ka? Inilah yang saya dengar dari mulut rakan rakan lama saya yang telah condong kepada Pakatan Rakyat. Puak puak ini terus memberitahu bahawa PRU 13 yang akan datang adalah milik Pakatan Rakyat kerana prestasi kerajaan Pakatan Rakyat itu "strict" dan tidak ada "habuan" untuk sesiapa. Tak serupa dulu.

Bukan saja sokongan datang dari majoriti kaum Cina dan India tetapi sudah banyak orang orang melayu pun sudah beralih keyakinan kepada Pakatan Rakyat. Begitulah tingginya keyakinan puak Pakatan Rakyat ini. Memanglah betul seperti yang dikatakan, Nak tahu kebaikan bertanyalah pada kawanya,tetapi nak tahu keburukan tanyalah kepada musuhnya musuhnya.

Yang malangnya apakah ilham baru dan pendekatan baru yang Barisan Nasional pulau Pinang selama ini lakukan selain dari bertengkar dalam dewan yang tak kemana dan demonstrasi yang tak membawa apa apa faedah selain dari menambah kerja pihak penguat kuasa.

Tidak ada cara lainkah untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional? Kenapa mesti mengikut tindak tanduk pihak pembangkang dalam meluahkan ketidak puasan hati terhadap kerajaan yang memerintah? Meniru untuk kebaikan dan kemajuan adalah baik, tetapi sekadar bertengkar, dihalau keluar dari dewan, boikot persidangan dan berdemonstrasi bukanlah satu tindakan yang boleh dibanggakan.

Boleh tak Barisan Nasional mencari atau mengilhamkan satu pendekatan yang boleh dilihat rakyat sebagai tamadun lagi terhormat dan akan menerbitkan perasaankeyakinan bahawa Barisan adalah lebih baik dan berkemampuan dalam mentadbirkan negara.

Sayugia diingatkan, dalam melaksankan usaha usaha mengembalikan keyakinan rakyat kepada Barisan Nasioanal, semua duri duri dalam daging baik dalam Barisan Nasional mahu pun diperingkat pelaksana haruslah dikenal pasti. Jika tindakan ini diambil sambil, lewa bukan sahaja Pakatan Rakyat akan terus berkuasa diPulau Pinang malah saki baki yang kerusi DUN ayang ada pun akan lesap dek orang yang talam dua muka ini. Malah ada diantara pelaksana pelaksana yang "hands on" telah melelongkan diri mereka to the "highest bidder" inilah salah satu faktor yang telah menjatuhkan Barisan Nasional.

Menyedari faktor ini dapat mengagalkan penguasaan Pakatan Rakyat, puak puak ini telah mempropagandakan bahawa kerajaan mereka tidak mendapat sokongan kakitangan awam dan itulah sebabnya segala usaha demi kebaikan rakyat Pulau Pinang tidak memberi kesan yang diharapkan. Dengan itu segala kepincangan dan kelemahan mereka dapat disembunyikan dan rakyat akan menyalahkan kakitangan awam yang majoritinya terdiri dari orang melayu.

Bukalah mata dan sedarlah pemimpin pemimpin Barisan Nasional, kempiskan perut dan tawan semula Pulau Pinang. Mana mana pemimpin yang patut berundur tu undurlah, yang sedar mereka sudah tidak diterima rakyat selain dari kuncu kuncu mereka pun patut tarik diri. Berilah nafas baru, barisan baru dan keyakinan baru pada Barisan Nasional. Pada yang lama tu kalau boleh menyumbang sumbanglah secara "indirect" lakukan seperti apa Tun Dr. Mahathir lakukan sekarang. Undur semasa masih ada yang suka dan jangan kita disingkirkan.