Thursday, April 1, 2010

Antara tradisi dan realiti - PRK Hulu Selangor


Berita dilapurkan bahawa Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden MIC telah pun berjumpa dan persetujuan untuk kerusi tersebut dikekalkan kepada MIC telah pun dipersetujui kecuali calonnya sahaja belum ditentukan  lagi.

Baguslah tu, tradisi dan sefahaman masih dijalinkan sesama komponen komponen dalam Barisan Nasional dan sudah tentu pandangan bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo diambil kira dalam persetujuan ini.

Persoalannya, adakah tradisi yang didukongi oleh Barisan Nasional perlu diteruskan atau sesuatu kesedaran harus diambil kira dalam memperhitungkan calon mana yang akan membawa kemenangkan kepada Barisan Nasional?

Jika apa yang diperkatakan oleh Khir Toyo bahawa kawasan itu adalah hak MIC dan tradisi dan sefaham perlu didahulukan, bagaimana pula dengan kehendak pengundi majoriti? Tidakkah mereka ini rakyat dan rakyat perlu didahulukan dari kepentingan tradisi?

Tidakkah pucuk pimpinan harus melihat semula selera rakyat atau lebih tepat cita rasa pengundi sekarang? Adakah rakyat hanya pandang pada parti atau calon atau kedua duanya? Jika rakyat hanya pandang pada parti Barisan Nasional, tidaklah merudum dengan teruk sekali pada PRU 12 dan kalah 7 dari 9 PRK selepas PRU 12. 

Jika partilah di ambil kira kenapa  PRK Batang Pinang memilih semula Tan Sri Isa Samad dan MCA tidaklah payah memilih Dr. Chua Soi Lek? Letak sahaja siapa pun, janji mewakili Dacing pasti menang, siapa kata? Rakyat sekarang sudah tidak berfikiran macam itu lagi, mee mee segera yang dihidangkan oleh Barisan Nasional sudah tidak menjadi selera utama rakyat lagi.

Sekaranglah masanya menghayati saranan Perdana Menteri dan bermula dengan pemimpin Barisan Nasional untuk"walk the talk" yang hari hari tersiar dikaca televisyen. Kata Perdana Menteri "we must tranform from mere tolerance to acceptance." Skop saranan ini amat luas, dan saya pasti bukan sekadar perpaduan kaum diMalaysia sahaja.Masa inilah juga para pemimpin negara harus menjadi "Pemimpin melalui teladan" dan tidak memperlihatkan kerakusan dan ketamakan, tetapi sekata demi kejayaan Barisan Nasional.

Selain pandangan dan pertimbangan Perdana Menteri,beliau pun masih bergantung kepada lapuran lapuran orang orangnya dan inilah yang bahaya sekali jika lapuran yang diterima kurang tepat. Berilah  nasihat yang betul dan ikhlas, agar Perdana Menteri tidak tersilap dalam membuat percaturan PRK Hulu Selangor  ini.

Saya masih teringat gesaan Presiden Gerakan ketika itu Lim Kean Aik , yang mana beliau mengesa agar penasihat penasihat Perdana Menteru 'flip flop" diganti kepada yang lebih berwibawa. Oleh itu saya berharap Perdana Menteri sekarang, agar sentiasa menilai para penasihat penasihat dan orang orang disekelilingnya agar pisang tidak berbuah dua kali.

Perdana Menteri harus sentiasa peka tentang dua perkara, satu sebagai Ketua Perhubongan UMNO Selangor dan kedua yang lebih penting tentang transformasi yang telah dan sedang dijalankan. Kedua dua faktor ini sedikit sebanyak akan memberi impak pada PRK Hulu Selangor. PRK Hulu Selangor akan menjadi kayu pengukur kepada dasar dasar yang Perdana Menteri telah perkenalkan dalam masa satu tahun beliau menerajui Kerajaan Barisan Nasional. Begitulah juga saperti kata Tian Chua. PRK ini akan menjadi referendum kepada kepimpinan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

Sudah sampai masanya Barisan Nasional berubah tentang sikap bertradisi kepada realiti dalam konteks politik Malaysia semasa.