Saturday, July 2, 2011

Tak Adilkah Polis mengharamkan perarakan "bersih 2.0"

Hari hari kita lihat dan dengar kumpulan kumpulan datang membuat lapuran polis menentang perarakan kumpulan "bersih" tetapi lain pula yang disuarakan oleh kumpulan ini  klik disini .

Adakah dengan mengharamkan perarakan ini hak hak yang ingin berkumpul dinafikan. Kenapa kumpulan ini hanya melihat dari sudut kumpulan itu sahaja. Bagaimana dengan yang majoriti bagaimana pula hak mereka yang tidak suka kepada kekacauan yang juga ingin bebas bergerak kesana kemari tanpa perlu risau akan terpalit oleh nafsu kumpulan bersih ini?

Atau adakah kumpulan diatas hanya ingin membalas kenyataan yang di keluarkan oleh bekas Imam Masjid Putrajaya klik disini dan Pengerusi Majlis fatwa Kebangsaan keatas penglibatan umat Islam? klik disini 
Fikir dan fahamilah sendiri yang tersirat dan tersurat.

Seperkara lagi kepada pengamal pengamal undang undang, macam YB Kulim/Bandar boleh tak kita yang ingin keamanan ini mengambil tindakan undang undang keatas kumpulan ini kerana metal stress and intimidation atau lain lain ekoran rencana pihak "bersih" ini. Ada merit tak?

Thursday, June 30, 2011

Bersih 2 : Adakah PDRM Bersedia?

Begitu hangat sekali dan sudah ratusan lapuran polis dibuat berhubung dengan penganjuran demostrasi oleh pihak yang bergelar diri mereka "bersih".

Pihak PDRM pun telah memainkan peranan dengan memberi amaran supaya niat kumpulan ini dibatalkan jika tidak mahu tindakan undang undang di ambil keatas yang menganjur dan yang terlibat.

Persoalannya sekarang adakah pihak PDRM sudah betul betul bersedia dalam semua aspek tindakan  yang diperlukan iaitu, dari segi mental pegawai dan anggotanya, kearifan pengetahuan undang untuk tindakan, logistiknya dan ketahanan pisikal petugasnya. Pihak PDRM saya rasa sudah peka, bahawa ada pihak yang menyokong akan melalakkeatas tindakan tindakan polis dan mencari kelemahan yang ada. Contoh sudah ada  Klik disini

Dalam banyak tindakan yang berhubong kait dengan demonstarsi haram adalah dilihat tindakan polis kurang memberi impak yang berkesan. Oleh yang demikian pihak pihak yang tidak bertangungjawab ini begitu berani kehadapan.

Apa yang dilihat tindakan pihak polis masih tidak berkesan, baik dari menangani isu kemalangan jalanraya oleh kenderaan kenderaan besar terutama mahu pun Mat Rempit. Sudah berapa banyak nyawa yang dah melayang? Adakah masih ada ruang dalam undang undang penguat kuasaan yang masih lemah? Kalau ada, kenapa tidak disemak semula atau pun ada kekurangan pada pelaksana? Cadangan cadangan proaktif harus di ambil, pihak kerajaan dan PDRM hendaklah sentiasa "one step ahead".

Dalam dunia tanpa sempadan ini apa sahaja boleh meresap dan berlaku dan "complacency is the worse enemy" Jangan tunggu bila dan berlaku baru nak bertindak. Sekadar mengambil percakapan penganjur penganjur dari pihak Bersih, UMNO dan Perkasa tidak akan memeberi apa kesan. Mereka juga ada pakar undang undang yang akan menasihati mereka oleh yang demikian jika undang undang penguat kuasaan sudah mencukupi dalam hal hal menjejaskan ketenteraman awam ini pihak PDRM dan Kerajaan tidak harus berkrompromi.

Jika kerajaan sekarang mendahulukan rakyat, saya percaya majoriti rakyat cintakan keamanan, jadi keutamaan harus diberi kepada majoriti.

Harus juga diingat, selain dari puak puak yang ingin menunjuk kekuatan mereka, yang turut terlibat  akan menganggap ini satu "pesta" dan tak kurang juga yang keluar untuk menjadi "lalat" dan apabila sudah letih,haus dan panas tersalah cuit akan melenting dan inilah yang ditakuti.

Dengan itu adalah diharapkan PDRM dapat bertindak mengikut UNDANG UNDANG dan bukan mengikut pandangan POLITIK. Biarlah jika ada pihak menyatakan Seksyen 27 Akta Polis , Akta Hasutan dan ISA itu mencabul hak kebebasan mereka demi kesejahteraan majoroti rakyat dan kestabilan negara laksakanlah sekali masih sah.

Wednesday, October 6, 2010

Jangan Nampak Berkuasa sebenarnya tiada sudahlah!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sokongan terhadap BN adalah penting kerana ia satu-satunya parti yang benar-benar berjuang atas landasan bangsa, agama dan tanah air. "Ingatlah bahawa senjata yang paling tajam sekali bukan keris, sebaliknya adalah kuasa politik di tangan kita."  Jangan terlepas kuasa politik 

Katanya, pemimpin Melayu dan bumiputera juga sedia maklum bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menegaskan bahawa kerajaan menjadikan perkara berkenaan satu komitmen. Hak Melayu dalam MBE terjamin - TPM

Hal sedemikian boleh saja terjadi mungkin kerana dijaja puak tertentu yang 'ada udang di sebalik batu' atau konsepnya tidak digarap secara mendalam. Selagi gagasan ini tidak diberikan penafsiran yang betul, maka semakin lama gagasan 1Malaysia itu akan jauh menyimpang daripada matlamat asalnya bagi kewujudan sebuah negara bangsa dan perpaduan negara berasaskan 'Kesatuan Dalam Kepelbagaian'. Semarakkan 1Malaysia yang benar

“Ke manakah hala kepimpinan Melayu sekarang?” Ustaz Fadzil memulakan ucapannya dengan satu pertanyaan dalam simposium tersebut. Pertanyaan itu dijawabnya sendiri dengan satu sindiran dan nada jenaka: “Hala kepimpinan Melayu sekarang ialah tak tentu hala.” Mendengar retorikanya itu ada khalayak yang bertepuk dan ada yang ketawa sambil mengetuk meja.

Tanpa kekuatan politik Melayu, maka sudah tentulah segala kekayaan yang dikorek dari tanah bernama Malaysia ini tidak dapat dikongsi secara adil dan bermaruah. Tanpa kuasa politik juga maka orang Melayu akan 'mati' dan berkubur di tanah air sendiri. Yang ada ketika itu hanyalah zombi (mayat hidup) yang terpaksa menagih simpati dari kaum-kaum lain demi mencari sesuap nasi bagi memastikan anak cucu dapat hidup walaupun dalam keadaan yang amat menyiksakan. Kuasa politik penentu masa depan Melayu

Memahami tulisan tulisan diatas, nampaknya orang orang melayu telah dilihat semakin hari semakin hilang kuasa politik dinegara ini. Apakah ibu kepada pemasaalahan sehingga acap kali orang melayu diseru merapatkan barisan.

Nak kata orang melayu kurang cerdik, sejak merdeka kerajaan diketuai oleh orang melayu, agensi agensi kerajaan juga dikepalai oleh orang melayu dan pada zahirnya kita boleh lihat sememangnya ada kemajuan dan perubahan pada negara ini? Jadi kenapa orang melayu masih perlu diingatkan mempertahankan kuasa politik sahaja?

Apa! selain dari mempertahankan kuasa politik dengan merapatkan barisan, orang melayu dah tidak ada apa apa kuasa lain? Hanya tinggal bidang politik sahaja? Bidang lain kemana hilangnya? Ambil contoh yang paling kecil. "pengedaran akhbar" yang secara kebetulan jatuh pada hari "Deepavali" berita berhubong dengan perhimpunan agung UMNO tidak disiarkan. Itu pun orang melayu tak dapat mengatasi.

Bukan tak tahu mengatasinya, tetapi disebabkan orang melayu memandang yang besar besar sahaja. Keuntungan kecil "tak mainlah". Begitu juga dengan perniagaan besi buruk dan barangan kitar semula, dilihat tak ada kelas, tapi lesen ada. Lesen ini digunakan untuk tender tender besar sahaja yang belian runcit tak mainlah untung kecil.

Walau pun lesen ada, nak mengenali besi dan membeza harganya pun tak tahu, macam mana nak buat pembelian runcit, kalau nak berniaga nak untuk besar tanpa susah payah. Akai adakah? Itulah kekalahan orang melayu kepada kaum kaum lain terutama kaum Cina dan India.

Orang orang melayu harus sedar, walau pun wang itu bukanlah segala galanya tetapi wang adalah penting dalam kebanyakannya. Kalau tidak masakan rasuah masih berleluasa sehingga kini. Pengedaran dadah bagai tak dapat dibendung, pendatang haram masih bebas keluar masuk dan ada yang melakukan jenayah, maksiat yang dilakukan oleh pendatang asing menjadi jadi bagaikan cendawantumbuh waktu pagi.

Kenapa semua ini berlaku? Sebab "WANG" masih menjadi nilai terpenting. Ingat kembali apa yang terjadi diPulau Pinang, wang dari dana lumba kuda pun "boleh", terima sedekah dalam To Kong pun "boleh" janji "WANG". Adakah hanya seratus lebih orang Islam Melayu yang menerima dan telah pulangkan atau angka yang menerima lebih dari itu? Bertambah perit lagi orang islam bertaraf exco boleh menyatakan pemulangan wang sedekah itu sebagai sandiwara. Macamana nak rapat barisan, nafsu sudah menjadi "raja"? Bagaimana pula dengan cogankata "Malaysian pertama, melayu nombor dua"?

Thursday, September 30, 2010

UMNO sedarkah apabila membela Melayu/Islam UMNO masih keseorangan.

Patutlah Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang tidak mempunyai keyakinan untuk merampas semula pada pilihanraya 13. Janji rakyat majoriti Pulau Pinang senang. Tak kira macamana, bagaimana kesenangan itu diperolehi, janji senang. Memang ada desas desus bahawa rakyat majoriti  diPulau Pinang akan sepakat memberi peluang memerintah untuk dua penggal. Rasionalnya agar pemimpin pemimpin yang dipilih tak mabuk kuasa bila berkuasa dan hati rakyat sentiasa dijaga untuk manaruh harapan agar dilantik sekali lagi.Satu pandangan yang baik. Tetapi dua penggal memerintah sekurang kurangnya lapan kesepuluh tahun berapa banyakkah kerosakan telah dibuat.

Kita boleh lihat sekarang, projek dibawah teraju Koh Tsu Koon masih dianggap baik dan tidak dibatalkan. Hanya menyambung projek itu ditangguh sedikit agar tidak kelihatan ada permuafakatan.yang ketara. Sekarang isu wang warga emas dan miskin tegar hangat diperkatakan. Ini satunya gula gula yang orang bukan Islam tidak mengambil kira dan tidak menghormati agama majoriti orang Melayu telah mengelabui penerima orang orang Islam.

Yang anihnya parti parti seperti MCA, Gerakan, MIC tidak berbunyi pun senyap seribu bahasa. Mungkin betul macam pandangan seorang Menteri bahawa judi itu satu budaya, jadi tak salahlah. Apabila memikirkan trajedi ini teringat kawan kawan saya berkata, "makanlah ayam itu, ayam kan halal." Tetapi pokoknya adakah ayam itu disembelih mengikut kehendak Islam dan pinggan yang digunakan untuk hidangan itu suci saperti yang dikehendaki oleh Islam. Bolehkah kita sentiasa berkata tak tahu tak apa, tak berdosa, sedangkan kita tahu siapa yang menjamu kita? Janganlah kita samakan wang yang terlalu banyak bertukar tangan yang bukan dalam kawalan kita dari sudut pengedarannya.

Berbalik kepada pendedahan UMNO mengenai isu wang ehsan warga emas dan miskin tegar mana semangat 1Malaysia yang terlalu banyak dilaungkan. Adakah "Malaysia First" mencerminkan semua halal, semua OK janji semangat perpaduan ada? Contoh kedua selai dari blog UMNO Cheras dan NGO mana juara juara "Malaysian First" menghilang, tak dengar apa apa pun?

Jika pemerintah nak adil mereka harus berani, sama dipilih semula adalaj ketentuan Allah, hidup, mati, jodoh dan rezeki hanya Allah yang menentukan, kita hanya berusaha mencapai apa yang maaruf dan hindar yang mungkar dan bukan saperti "lembu dicucok hidung". Janganlah kita berajakan kedudukan dan kemewahan kerana dikhuatiri kita dijajah semula kerana terlupa asal usul kita. Telitilah kaum kaum lain walaupun sudah menjadi rakyat Malaysia, mereka tidak lupa asal usul dan siapa mereka dan lihat juga networking mereka boleh dikatakan rangkain mereka sudah ada diseluruh pelusuk dunia. Lihat sahaja tanah tanah diMalaysia dipelawa pada orang asing (terutama Pulau Pinang) untuk membelinya, bukan sahaja menaikan harga tanah, tetapi ini adalah penjajahan secara senyap dan lihat kebanyak dari mana negeri asal pembeli pembeli itu? contohnya Tetapi kita masih syok sendiri seperti saranan agar kita jadi buta warna. Takut lama kelamaan jadi buta agama pula, kerana asyik mengejar kemajuan dan kononnya perpaduan dan merempat dinegeri sendiri. 

Orang tua tua dah berkata,"buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali." Lebih baik buka mata dan sedar dimana kedudukan orang Melayu sekarang dan cara untuk bersaing sesama rakyat Malaysia yang lain. UMNO masih tidak diyakini oleh banyak orang Melayu kenapa, carilah sebab sebabnya tanpa memberi alasan kenapa saya buat ini dan itu. Cari salah diri sendiri dahulu, baru salahkan orang lain, itupun jika ikhlas baru boleh menemuinya. 

Tuesday, September 28, 2010

Guan Eng DAP guna sedekah dari sumbangan Kelab Lumba Kuda,Salah kah?

Dalam Islam kefakiran sesoarng itu tanpa keimanan dan kesabaran boleh menjurus kepada kekufuran.

Dalam hal ini secara umumnya adakah dana dari sumbangan Kelab Lumba Kuda menjadi satu kesalahan? Kalau ya! salah dan berdosa kenapa lesen perjudian itu dikeluarkan dan kenapa kerajaan masih punggut cukai keatas jenis perniagaan perjudian seumpama itu? Bagaimana pula dengan Magnum, TOTO dan Ekor 3+1 termaksuk lesen arak? 

Pokoknya kenapa lesen dikeluarkan? Memberi peluang kepada kaum kaum yang bukan Islam untuk melepas tension dan merealisasikan impian untuk kaya? Adakah ini penting dari sudut pelancongan?

Dari sudut logiknya apabila sesuatu kegiatan itu diberi lesen ia pada lazimnya dianggap sah dan mungkin juga halal. Apa apa yang silap pemerintahlah tanggung siapa suruh mereka keluarkan lesen? Pada yang menerima sedekah ini pula mungkn dek desakan hidup berpendapat, "aku tak mahu persoalkan dari mana datangnya duit itu mereka beri aku terim, lain dari itu pemberilah tanggung." Dalam keadaan sekarang ini macam macam fatwa boleh dikeluarkan untuk menghalalkan yang haram. Demi kuasa apa sahaja boleh berlaku, janji dapat sokongan.

Teringat saya sewaktu Bola sepak Piala Dunia, kerajaan pimpinan Datuk Deri Najib begitu serious ingin mempertimbangkan permohonan menghalalkan pertaruhan judi yang berkaitan dengan pesta bola sepak tersebut. Seperti biasalah pengampu pengampu memberi berbagai alasan untuk mengeluarkan lesen tersebut yang kononnya kita mesti menghormati budaya kaum cina dan sebagainya.

Sekarang adakah umat Islam dihormati? Bertambah sedih umat Islam yang diperdyakan terdiri dar warga emas, lagi dhaif, yang rumah kata pergi, kubur kata mari telah dipersendakan. Dulu ada juga dengar sumbangan diberi diTo'Kong Cina. Apa sudah jadi. Perlembagaan termaktub agama resmi adalah Agama Islam, sepatutnya lebih mencerminkan corak Islam tapi corak apakah ini 1Malaysia kut?

Kalau Guan Eng berkata wang bantuan itu diasingkan kita kena lihat akaun mana untuk orang Islam dan yang mana untuk orang bukan Islam? Bolehkah termampu membuat pengasingan atau sekadar menegak benang yang basah sahaja.

Saya boleh lihat kenapa Tun Dr.Mahathir sangat bertegas bahawa orang melayu sepatutnya bersatu. Kalau tidak merempat dinegeri sendiri. Malah apa yang dikatakan oleh Tun dah mula berlaku. Contohnya diKawasan Perumahan Sri Tanjung Pinang. Kawasan kawasan perumahan mewah dengan pengawalnya tidak membenarkan penduduk setempat berriadah dipersisiran pantai yang terletaknya rumah rumah mewah yang kebanyakan dibeli oleh warga asing. Bukankah persisiran pantai itu hak awam dan tuannya adalah kerajaan. Disinipun ada strata macam mana nak 1Malaysia.

Alasan penduduk yang menghuni dipangsapuri kos rendah dan serdahana rendah tidak dibenarkan beriadah dilaluan tepi pantai atas sebab banyak berlaku kecurian. Apa buktinya hanya orang miskin sahaja yang mencuri yang berpelajaran dan yang mewah tidak terlibatkah? Berapa kondominium mewah digunakan sebagai makmal dadah, cetak rompak, pelacuran. Orang miskin mungkin jadi runner sahaja. Kepalanya siapa? 

Oleh itu UMNO walau pun berjaya membongkar tindak tanduk Guan Eng dan kunco kunconya, jika diizinkan Allah kembali menunjanggi kerajaan diPulau Pinang berhematlah dan jangan ditendang bagi kali kedua.

Saturday, September 25, 2010

Permudahkanlah kefahaman 1Malaysia

Masih ada yang nak menunjuk nunjuk ketaatan kepada ketua dan bercakap dengan alasan berkepentingan. Dulu Islam Hadhari lama kelamaan dah pun lari, sekarang 1Malaysia agak agaknya semua usaha akan berkesudahan dengan sia sia saja. Maklumlah sekali air bah sekali pasir berubah! Sebabnya pemimpin lain pula akan mencetuskan konsep lain pula. Macam Tun Dol, cuba mengubah apa yang Tun Dr. Mahathir lancarkan yang tak sempat disempurnakan.

Mari kita lihat kata kata Menteri pintu belakang Tan Sri Koh Soo Khoon,"We are Malaysian first" berita penuh We are Malaysian first, says Koh yang menyokong Menteri Parlimen, Datuk Nazri Aziz. Kalau difahami menurut fahaman mereka "Malaysian first" ini lebih kurang "Malaysian Malaysia" dan bangsa keturunan tidak penting lagi. Adakah ini selari dengan gagasan 1Malaysia yang kononnya berpandu kepada Perlembagaan Negara yang sedia ada?

Untuk kali ini mari kita tumpukan kepada maksud "Bangsa"."Bangsa" secara kefahaman umum adalah- "jenis manusia dari asal keturunan dan adat resam yang sama". Bolehkah "Bangsa Malaysia" diguna pakai? Boleh dengan syarat, untuk mengguna pakai istilah "bangsa malaysia" perlu ada penghayatan yang mendalam dan bukan sahaja dilihat tetapi dirasai saperti satu rumpun. Sama seperti dalam pertandingan sukan disekolah, tak kira siapa kita, janji pasukan yang diwakili cuba menang. Adakah kita dengan kata sebenar benar memiliki semangat demikian atau hanya cakap cakap politik.

Untuk menghayati sebagai "bangsa malaysia" setiap individu yang memiliki kewarganegaraan Malaysia harus menjadi satu kumpulan manusia didalam satu ikatan ketatanegaraan. Apa itu ketatanegaraan? Ketatanegaraan adalah yang berhubong kait dengan susunan dan bentuk pemerintahan yakni undang undang mengenai susunan dan peraturan negara. Ibu kepada segala undang undang dan peraturan adalah Perlembagaan Malaysia. Adakah semua yang mengaku rakyat Malaysia betul betul patuh? Tepuk dada tanya selera.

Walau pun semua rakyat diberi kebebasan menggunakan bahasa ibunda dan beragama atas pilihan sendiri tetapi kenapa Bahasa Melayu menjadi bahasa resmi negara. Disini tak perlulah disentuh tentang agama resmi negara ini memandangkan isu agama terlalu sensitif. Kita hanya sentuh tentang bahasa dan kecintaan kita kepada negara.

Malaysia telah pun merdeka mencecah 54 tahun. Tetapi sampai kini masih ada yang belum boleh bertutur dalam bahasa melayu walau pun sekadar "bahasa pasar". Disekolah sekolah, Bahasa Melayu dipelajari adalah sebab menjadi syarat lulus dalam peperiksaan lepas itu apa jadi? Dahlah itu, kaum kaum lain masih mempertahankan bahasa ibunda mereka. Bagaimana dapat kita serapkan "Bahasa Jiwa Bangsa". Adakah menguasai satu bahasa yang telah ditetapkan dalam perlembagaan membuat kaum kaum lain sebagai "second class" atau pun menggunakan bahasa melayu "tidak ada class". Tapi mengaku cintakan Malaysia?

Bertambah malang apabila dalam upacara resmi pemimpin pemimpin melayu sendiri berucap dan membuat liputan akhbar dalam bahasa Inggeris dan ada yang tak pernah didengari bertutur dalam bahasa resmi negara. Memang tidak dinafikan mempelbagaikan bahasa adalah menguntungkan, tetapi demi perpaduan negara rakyat Malaysia harus menjiwai satu bahasa dan kebolehan menguasai bahasa bahasa lain patut digunakan pada forum yang tertentu sahaja.

Lihat sendiri diperhimpunan PBB yang sedang berlansung sekarang,Presiden Iran, Presiden Cina, Presiden Palestine dan banyak lagi ketua ketua negara lain mengunakan bahasa resmi mereka. Kenapa para pemimpin kita menghadapi kesukaran berbuat demikian? Tak kah sikap begini yang sebenarnya menyumbang ancaman kepada perpaduan? Inikah 1Malaysia seperti fahaman Koh Soo Khoon dan Nazri Aziz? Penyerapan penggunaan satu bahasa pun tak terdaya, kemudian menyoal pula adakah salah jika tak menggunakan bahasa resmi.Secara teknikal memang salah sebab telah digariskan dalam perlembagaan bahawa selepas 10 tahun merdeka sepatutnya bahasa bahasa penjajah tidak boleh lagi diguna pakai dalam hal hal resmi. Keangkuhan dan keengganan menggunakan bahasa resmi dalam hal hal resmi inilah yang menimbulkan satu sentimen oleh setengah setengah pihak. Renung renunglah.

Betul ke kaum kaum lain bersama sama juga cintakan negara? Tetapi dilihat dalam pasukan pasukan keselamatan yang menjadi benteng mempertahankan negara lebih sembilan puluh peratus dari kaum melayu. Kalau kaum kaum lain mempertahankan, bahawa mereka menyumbangkan melalui ekonomi, soal saya selagi lagi bolehkah ekonomi berkembang kalau negara huru hara?

Sebenarnya usaha mencapai perpaduan antara kaum dan memajukan Malaysia telah lama diusahakan terutama sekali selepas peristiwa 13 Mei 1969. Itu sebab lagu lagu "Barisan Kita", "Malaysia Berjaya", "Bahasa Jiwa Bangsa", "Muhibah" dan banyak lagi cuba disemaikan. Malangnya dek mengejar kemajuan dan pembangunan dan percaturan politik merebut kuasa serta rasuah pelbagai aspek maka terlupa akan perpaduan rakyat yang sebenarnya menjadi kunci utama kepada kemajuan,kesejahteraan negara. Inilah dikatakan "sudah terantuk baru nak tengadah".

Setakat ini dulu, pandangan saya dan berharap Perdana Menteri permudahkan lagi maksud sebenar apa itu 1Malaysia dan sasarannya agar difahami oleh semua lapisan masyarakat Malaysia agar 1Malaysia tak dimanipulasikan oleh orang orang yang mengambil kesempatan dengan pengertian mereka dan akhirnya menjadi nasib gagasan yang terdahulu.

Wednesday, September 22, 2010

Kenapa UMNO LESU sekarang, tak serupa dulu dan selamanya belum pasti?

Lihat jawapan S/U Agung UMNO,merangkap S/U Agung Barisan Nasional rasa malu pada diri sendiri sebagai orang melayu. Dulu betul UMNO pembela orang melayu, tetapi sekarang UMNO dilihat lebih membela yang tertentu sahaja dan allahua'lam pada masa depan.

Inilah akibat melantik seorang yang saya kira tidak merasai kesusahan orang melayu sebenar. Kata orang, "berat mata memandang berat lagi bahu memikul". Namun begitu, kalau kita tahu bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih pada tempat yang betul, insyaallah, darimana asal usul kita pun kita akan sentiasa insaf dan tawaduk, bukan sekadar kata kata tetapi menghayatinya secara jujur dan ikhlas.

Sepatutnya mana mana ahli UMNO menyokong gesaan S/U Agung parti keramat ini agar menjauhkan diri dengan PERKASA sepatutnya beristikharah memohon pertunjuk. Insaflah, kenapa UMNO tersangat lemah
pada pilihanraya 2008. Walau pun sumbangan kelemahan Barisan Nasional sangat ketara datangnya dari MIC,MCA dan Gerakan. Tetapi parti mana yang menjadi tunang Barisan Nasional? Bukankah UMNO.

Imbas kembali perasaan pengerusi parti Gerakan Pulau Pinang yang beliau tidak ada keyakinan menawan semula Pulau Pinang dari DAP pada PRU 13 ini. Apa UMNO boleh buat apabila orang melayu Pulau Pinang ditindas? Kuasa sudah tiada! Nampak gaya tersiksa ditambah lima tahun lagi untuk orang  melayu Pulau Pinang.

UMNO harus sedar,pada mulanya orang melayu berpecah pada dua, kemudian berpecah tiga dan sekarang kalau dibiarkan mengikut telunjuk pemimpin pemimpin melayu liberal kononnya, orang melayu akan berpecah empat. Kesudahannya orang melayu hanya tinggal "menang sorak, kampung tergadai". Janganlah pandai macam tupai, biarlah cerdik macam pelanduk.

Siapa yang tidak mahu kehidupan yang aman dan harmonis,tetapi janganlah ditolak sampai kedinding sehingga tak bernafas. Sudah pasti yang sesak nafas itu akan cuba melepaskan dirinya untuk cuba terus bernafas selagi diizinkan Allah SWT.

Ingatlah tiga puluh peratus pun masih jauh untuk dicapai oleh orang melayu dan bumiputra, tetapi bermacam macam liberalisasi dan terbuka. Senarai kekayaan orang melayu pun kita boleh lihat hubongan personaliti yang tersenarai. Itu yang tersurat, bagaimana pula yang tersirat?

Pesanan saya, semakin rapat seseorang itu semakin dipercayai, sehingga kita terlupa mempersoalkan tidak tanduknya dan ketika inilah kita diperdayakan kerana terlalu mempercayai. Nasi sudah menjadi bubur. Sentiasa beringat, "jerat tidak pernah melupakan pelanduk, pelanduk yang selalu melupakan jerat."