Saturday, July 2, 2011

Tak Adilkah Polis mengharamkan perarakan "bersih 2.0"

Hari hari kita lihat dan dengar kumpulan kumpulan datang membuat lapuran polis menentang perarakan kumpulan "bersih" tetapi lain pula yang disuarakan oleh kumpulan ini  klik disini .

Adakah dengan mengharamkan perarakan ini hak hak yang ingin berkumpul dinafikan. Kenapa kumpulan ini hanya melihat dari sudut kumpulan itu sahaja. Bagaimana dengan yang majoriti bagaimana pula hak mereka yang tidak suka kepada kekacauan yang juga ingin bebas bergerak kesana kemari tanpa perlu risau akan terpalit oleh nafsu kumpulan bersih ini?

Atau adakah kumpulan diatas hanya ingin membalas kenyataan yang di keluarkan oleh bekas Imam Masjid Putrajaya klik disini dan Pengerusi Majlis fatwa Kebangsaan keatas penglibatan umat Islam? klik disini 
Fikir dan fahamilah sendiri yang tersirat dan tersurat.

Seperkara lagi kepada pengamal pengamal undang undang, macam YB Kulim/Bandar boleh tak kita yang ingin keamanan ini mengambil tindakan undang undang keatas kumpulan ini kerana metal stress and intimidation atau lain lain ekoran rencana pihak "bersih" ini. Ada merit tak?

Thursday, June 30, 2011

Bersih 2 : Adakah PDRM Bersedia?

Begitu hangat sekali dan sudah ratusan lapuran polis dibuat berhubung dengan penganjuran demostrasi oleh pihak yang bergelar diri mereka "bersih".

Pihak PDRM pun telah memainkan peranan dengan memberi amaran supaya niat kumpulan ini dibatalkan jika tidak mahu tindakan undang undang di ambil keatas yang menganjur dan yang terlibat.

Persoalannya sekarang adakah pihak PDRM sudah betul betul bersedia dalam semua aspek tindakan  yang diperlukan iaitu, dari segi mental pegawai dan anggotanya, kearifan pengetahuan undang untuk tindakan, logistiknya dan ketahanan pisikal petugasnya. Pihak PDRM saya rasa sudah peka, bahawa ada pihak yang menyokong akan melalakkeatas tindakan tindakan polis dan mencari kelemahan yang ada. Contoh sudah ada  Klik disini

Dalam banyak tindakan yang berhubong kait dengan demonstarsi haram adalah dilihat tindakan polis kurang memberi impak yang berkesan. Oleh yang demikian pihak pihak yang tidak bertangungjawab ini begitu berani kehadapan.

Apa yang dilihat tindakan pihak polis masih tidak berkesan, baik dari menangani isu kemalangan jalanraya oleh kenderaan kenderaan besar terutama mahu pun Mat Rempit. Sudah berapa banyak nyawa yang dah melayang? Adakah masih ada ruang dalam undang undang penguat kuasaan yang masih lemah? Kalau ada, kenapa tidak disemak semula atau pun ada kekurangan pada pelaksana? Cadangan cadangan proaktif harus di ambil, pihak kerajaan dan PDRM hendaklah sentiasa "one step ahead".

Dalam dunia tanpa sempadan ini apa sahaja boleh meresap dan berlaku dan "complacency is the worse enemy" Jangan tunggu bila dan berlaku baru nak bertindak. Sekadar mengambil percakapan penganjur penganjur dari pihak Bersih, UMNO dan Perkasa tidak akan memeberi apa kesan. Mereka juga ada pakar undang undang yang akan menasihati mereka oleh yang demikian jika undang undang penguat kuasaan sudah mencukupi dalam hal hal menjejaskan ketenteraman awam ini pihak PDRM dan Kerajaan tidak harus berkrompromi.

Jika kerajaan sekarang mendahulukan rakyat, saya percaya majoriti rakyat cintakan keamanan, jadi keutamaan harus diberi kepada majoriti.

Harus juga diingat, selain dari puak puak yang ingin menunjuk kekuatan mereka, yang turut terlibat  akan menganggap ini satu "pesta" dan tak kurang juga yang keluar untuk menjadi "lalat" dan apabila sudah letih,haus dan panas tersalah cuit akan melenting dan inilah yang ditakuti.

Dengan itu adalah diharapkan PDRM dapat bertindak mengikut UNDANG UNDANG dan bukan mengikut pandangan POLITIK. Biarlah jika ada pihak menyatakan Seksyen 27 Akta Polis , Akta Hasutan dan ISA itu mencabul hak kebebasan mereka demi kesejahteraan majoroti rakyat dan kestabilan negara laksakanlah sekali masih sah.

Wednesday, October 6, 2010

Jangan Nampak Berkuasa sebenarnya tiada sudahlah!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sokongan terhadap BN adalah penting kerana ia satu-satunya parti yang benar-benar berjuang atas landasan bangsa, agama dan tanah air. "Ingatlah bahawa senjata yang paling tajam sekali bukan keris, sebaliknya adalah kuasa politik di tangan kita."  Jangan terlepas kuasa politik 

Katanya, pemimpin Melayu dan bumiputera juga sedia maklum bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menegaskan bahawa kerajaan menjadikan perkara berkenaan satu komitmen. Hak Melayu dalam MBE terjamin - TPM

Hal sedemikian boleh saja terjadi mungkin kerana dijaja puak tertentu yang 'ada udang di sebalik batu' atau konsepnya tidak digarap secara mendalam. Selagi gagasan ini tidak diberikan penafsiran yang betul, maka semakin lama gagasan 1Malaysia itu akan jauh menyimpang daripada matlamat asalnya bagi kewujudan sebuah negara bangsa dan perpaduan negara berasaskan 'Kesatuan Dalam Kepelbagaian'. Semarakkan 1Malaysia yang benar

“Ke manakah hala kepimpinan Melayu sekarang?” Ustaz Fadzil memulakan ucapannya dengan satu pertanyaan dalam simposium tersebut. Pertanyaan itu dijawabnya sendiri dengan satu sindiran dan nada jenaka: “Hala kepimpinan Melayu sekarang ialah tak tentu hala.” Mendengar retorikanya itu ada khalayak yang bertepuk dan ada yang ketawa sambil mengetuk meja.

Tanpa kekuatan politik Melayu, maka sudah tentulah segala kekayaan yang dikorek dari tanah bernama Malaysia ini tidak dapat dikongsi secara adil dan bermaruah. Tanpa kuasa politik juga maka orang Melayu akan 'mati' dan berkubur di tanah air sendiri. Yang ada ketika itu hanyalah zombi (mayat hidup) yang terpaksa menagih simpati dari kaum-kaum lain demi mencari sesuap nasi bagi memastikan anak cucu dapat hidup walaupun dalam keadaan yang amat menyiksakan. Kuasa politik penentu masa depan Melayu

Memahami tulisan tulisan diatas, nampaknya orang orang melayu telah dilihat semakin hari semakin hilang kuasa politik dinegara ini. Apakah ibu kepada pemasaalahan sehingga acap kali orang melayu diseru merapatkan barisan.

Nak kata orang melayu kurang cerdik, sejak merdeka kerajaan diketuai oleh orang melayu, agensi agensi kerajaan juga dikepalai oleh orang melayu dan pada zahirnya kita boleh lihat sememangnya ada kemajuan dan perubahan pada negara ini? Jadi kenapa orang melayu masih perlu diingatkan mempertahankan kuasa politik sahaja?

Apa! selain dari mempertahankan kuasa politik dengan merapatkan barisan, orang melayu dah tidak ada apa apa kuasa lain? Hanya tinggal bidang politik sahaja? Bidang lain kemana hilangnya? Ambil contoh yang paling kecil. "pengedaran akhbar" yang secara kebetulan jatuh pada hari "Deepavali" berita berhubong dengan perhimpunan agung UMNO tidak disiarkan. Itu pun orang melayu tak dapat mengatasi.

Bukan tak tahu mengatasinya, tetapi disebabkan orang melayu memandang yang besar besar sahaja. Keuntungan kecil "tak mainlah". Begitu juga dengan perniagaan besi buruk dan barangan kitar semula, dilihat tak ada kelas, tapi lesen ada. Lesen ini digunakan untuk tender tender besar sahaja yang belian runcit tak mainlah untung kecil.

Walau pun lesen ada, nak mengenali besi dan membeza harganya pun tak tahu, macam mana nak buat pembelian runcit, kalau nak berniaga nak untuk besar tanpa susah payah. Akai adakah? Itulah kekalahan orang melayu kepada kaum kaum lain terutama kaum Cina dan India.

Orang orang melayu harus sedar, walau pun wang itu bukanlah segala galanya tetapi wang adalah penting dalam kebanyakannya. Kalau tidak masakan rasuah masih berleluasa sehingga kini. Pengedaran dadah bagai tak dapat dibendung, pendatang haram masih bebas keluar masuk dan ada yang melakukan jenayah, maksiat yang dilakukan oleh pendatang asing menjadi jadi bagaikan cendawantumbuh waktu pagi.

Kenapa semua ini berlaku? Sebab "WANG" masih menjadi nilai terpenting. Ingat kembali apa yang terjadi diPulau Pinang, wang dari dana lumba kuda pun "boleh", terima sedekah dalam To Kong pun "boleh" janji "WANG". Adakah hanya seratus lebih orang Islam Melayu yang menerima dan telah pulangkan atau angka yang menerima lebih dari itu? Bertambah perit lagi orang islam bertaraf exco boleh menyatakan pemulangan wang sedekah itu sebagai sandiwara. Macamana nak rapat barisan, nafsu sudah menjadi "raja"? Bagaimana pula dengan cogankata "Malaysian pertama, melayu nombor dua"?

Thursday, September 30, 2010

UMNO sedarkah apabila membela Melayu/Islam UMNO masih keseorangan.

Patutlah Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang tidak mempunyai keyakinan untuk merampas semula pada pilihanraya 13. Janji rakyat majoriti Pulau Pinang senang. Tak kira macamana, bagaimana kesenangan itu diperolehi, janji senang. Memang ada desas desus bahawa rakyat majoriti  diPulau Pinang akan sepakat memberi peluang memerintah untuk dua penggal. Rasionalnya agar pemimpin pemimpin yang dipilih tak mabuk kuasa bila berkuasa dan hati rakyat sentiasa dijaga untuk manaruh harapan agar dilantik sekali lagi.Satu pandangan yang baik. Tetapi dua penggal memerintah sekurang kurangnya lapan kesepuluh tahun berapa banyakkah kerosakan telah dibuat.

Kita boleh lihat sekarang, projek dibawah teraju Koh Tsu Koon masih dianggap baik dan tidak dibatalkan. Hanya menyambung projek itu ditangguh sedikit agar tidak kelihatan ada permuafakatan.yang ketara. Sekarang isu wang warga emas dan miskin tegar hangat diperkatakan. Ini satunya gula gula yang orang bukan Islam tidak mengambil kira dan tidak menghormati agama majoriti orang Melayu telah mengelabui penerima orang orang Islam.

Yang anihnya parti parti seperti MCA, Gerakan, MIC tidak berbunyi pun senyap seribu bahasa. Mungkin betul macam pandangan seorang Menteri bahawa judi itu satu budaya, jadi tak salahlah. Apabila memikirkan trajedi ini teringat kawan kawan saya berkata, "makanlah ayam itu, ayam kan halal." Tetapi pokoknya adakah ayam itu disembelih mengikut kehendak Islam dan pinggan yang digunakan untuk hidangan itu suci saperti yang dikehendaki oleh Islam. Bolehkah kita sentiasa berkata tak tahu tak apa, tak berdosa, sedangkan kita tahu siapa yang menjamu kita? Janganlah kita samakan wang yang terlalu banyak bertukar tangan yang bukan dalam kawalan kita dari sudut pengedarannya.

Berbalik kepada pendedahan UMNO mengenai isu wang ehsan warga emas dan miskin tegar mana semangat 1Malaysia yang terlalu banyak dilaungkan. Adakah "Malaysia First" mencerminkan semua halal, semua OK janji semangat perpaduan ada? Contoh kedua selai dari blog UMNO Cheras dan NGO mana juara juara "Malaysian First" menghilang, tak dengar apa apa pun?

Jika pemerintah nak adil mereka harus berani, sama dipilih semula adalaj ketentuan Allah, hidup, mati, jodoh dan rezeki hanya Allah yang menentukan, kita hanya berusaha mencapai apa yang maaruf dan hindar yang mungkar dan bukan saperti "lembu dicucok hidung". Janganlah kita berajakan kedudukan dan kemewahan kerana dikhuatiri kita dijajah semula kerana terlupa asal usul kita. Telitilah kaum kaum lain walaupun sudah menjadi rakyat Malaysia, mereka tidak lupa asal usul dan siapa mereka dan lihat juga networking mereka boleh dikatakan rangkain mereka sudah ada diseluruh pelusuk dunia. Lihat sahaja tanah tanah diMalaysia dipelawa pada orang asing (terutama Pulau Pinang) untuk membelinya, bukan sahaja menaikan harga tanah, tetapi ini adalah penjajahan secara senyap dan lihat kebanyak dari mana negeri asal pembeli pembeli itu? contohnya Tetapi kita masih syok sendiri seperti saranan agar kita jadi buta warna. Takut lama kelamaan jadi buta agama pula, kerana asyik mengejar kemajuan dan kononnya perpaduan dan merempat dinegeri sendiri. 

Orang tua tua dah berkata,"buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali." Lebih baik buka mata dan sedar dimana kedudukan orang Melayu sekarang dan cara untuk bersaing sesama rakyat Malaysia yang lain. UMNO masih tidak diyakini oleh banyak orang Melayu kenapa, carilah sebab sebabnya tanpa memberi alasan kenapa saya buat ini dan itu. Cari salah diri sendiri dahulu, baru salahkan orang lain, itupun jika ikhlas baru boleh menemuinya. 

Tuesday, September 28, 2010

Guan Eng DAP guna sedekah dari sumbangan Kelab Lumba Kuda,Salah kah?

Dalam Islam kefakiran sesoarng itu tanpa keimanan dan kesabaran boleh menjurus kepada kekufuran.

Dalam hal ini secara umumnya adakah dana dari sumbangan Kelab Lumba Kuda menjadi satu kesalahan? Kalau ya! salah dan berdosa kenapa lesen perjudian itu dikeluarkan dan kenapa kerajaan masih punggut cukai keatas jenis perniagaan perjudian seumpama itu? Bagaimana pula dengan Magnum, TOTO dan Ekor 3+1 termaksuk lesen arak? 

Pokoknya kenapa lesen dikeluarkan? Memberi peluang kepada kaum kaum yang bukan Islam untuk melepas tension dan merealisasikan impian untuk kaya? Adakah ini penting dari sudut pelancongan?

Dari sudut logiknya apabila sesuatu kegiatan itu diberi lesen ia pada lazimnya dianggap sah dan mungkin juga halal. Apa apa yang silap pemerintahlah tanggung siapa suruh mereka keluarkan lesen? Pada yang menerima sedekah ini pula mungkn dek desakan hidup berpendapat, "aku tak mahu persoalkan dari mana datangnya duit itu mereka beri aku terim, lain dari itu pemberilah tanggung." Dalam keadaan sekarang ini macam macam fatwa boleh dikeluarkan untuk menghalalkan yang haram. Demi kuasa apa sahaja boleh berlaku, janji dapat sokongan.

Teringat saya sewaktu Bola sepak Piala Dunia, kerajaan pimpinan Datuk Deri Najib begitu serious ingin mempertimbangkan permohonan menghalalkan pertaruhan judi yang berkaitan dengan pesta bola sepak tersebut. Seperti biasalah pengampu pengampu memberi berbagai alasan untuk mengeluarkan lesen tersebut yang kononnya kita mesti menghormati budaya kaum cina dan sebagainya.

Sekarang adakah umat Islam dihormati? Bertambah sedih umat Islam yang diperdyakan terdiri dar warga emas, lagi dhaif, yang rumah kata pergi, kubur kata mari telah dipersendakan. Dulu ada juga dengar sumbangan diberi diTo'Kong Cina. Apa sudah jadi. Perlembagaan termaktub agama resmi adalah Agama Islam, sepatutnya lebih mencerminkan corak Islam tapi corak apakah ini 1Malaysia kut?

Kalau Guan Eng berkata wang bantuan itu diasingkan kita kena lihat akaun mana untuk orang Islam dan yang mana untuk orang bukan Islam? Bolehkah termampu membuat pengasingan atau sekadar menegak benang yang basah sahaja.

Saya boleh lihat kenapa Tun Dr.Mahathir sangat bertegas bahawa orang melayu sepatutnya bersatu. Kalau tidak merempat dinegeri sendiri. Malah apa yang dikatakan oleh Tun dah mula berlaku. Contohnya diKawasan Perumahan Sri Tanjung Pinang. Kawasan kawasan perumahan mewah dengan pengawalnya tidak membenarkan penduduk setempat berriadah dipersisiran pantai yang terletaknya rumah rumah mewah yang kebanyakan dibeli oleh warga asing. Bukankah persisiran pantai itu hak awam dan tuannya adalah kerajaan. Disinipun ada strata macam mana nak 1Malaysia.

Alasan penduduk yang menghuni dipangsapuri kos rendah dan serdahana rendah tidak dibenarkan beriadah dilaluan tepi pantai atas sebab banyak berlaku kecurian. Apa buktinya hanya orang miskin sahaja yang mencuri yang berpelajaran dan yang mewah tidak terlibatkah? Berapa kondominium mewah digunakan sebagai makmal dadah, cetak rompak, pelacuran. Orang miskin mungkin jadi runner sahaja. Kepalanya siapa? 

Oleh itu UMNO walau pun berjaya membongkar tindak tanduk Guan Eng dan kunco kunconya, jika diizinkan Allah kembali menunjanggi kerajaan diPulau Pinang berhematlah dan jangan ditendang bagi kali kedua.

Saturday, September 25, 2010

Permudahkanlah kefahaman 1Malaysia

Masih ada yang nak menunjuk nunjuk ketaatan kepada ketua dan bercakap dengan alasan berkepentingan. Dulu Islam Hadhari lama kelamaan dah pun lari, sekarang 1Malaysia agak agaknya semua usaha akan berkesudahan dengan sia sia saja. Maklumlah sekali air bah sekali pasir berubah! Sebabnya pemimpin lain pula akan mencetuskan konsep lain pula. Macam Tun Dol, cuba mengubah apa yang Tun Dr. Mahathir lancarkan yang tak sempat disempurnakan.

Mari kita lihat kata kata Menteri pintu belakang Tan Sri Koh Soo Khoon,"We are Malaysian first" berita penuh We are Malaysian first, says Koh yang menyokong Menteri Parlimen, Datuk Nazri Aziz. Kalau difahami menurut fahaman mereka "Malaysian first" ini lebih kurang "Malaysian Malaysia" dan bangsa keturunan tidak penting lagi. Adakah ini selari dengan gagasan 1Malaysia yang kononnya berpandu kepada Perlembagaan Negara yang sedia ada?

Untuk kali ini mari kita tumpukan kepada maksud "Bangsa"."Bangsa" secara kefahaman umum adalah- "jenis manusia dari asal keturunan dan adat resam yang sama". Bolehkah "Bangsa Malaysia" diguna pakai? Boleh dengan syarat, untuk mengguna pakai istilah "bangsa malaysia" perlu ada penghayatan yang mendalam dan bukan sahaja dilihat tetapi dirasai saperti satu rumpun. Sama seperti dalam pertandingan sukan disekolah, tak kira siapa kita, janji pasukan yang diwakili cuba menang. Adakah kita dengan kata sebenar benar memiliki semangat demikian atau hanya cakap cakap politik.

Untuk menghayati sebagai "bangsa malaysia" setiap individu yang memiliki kewarganegaraan Malaysia harus menjadi satu kumpulan manusia didalam satu ikatan ketatanegaraan. Apa itu ketatanegaraan? Ketatanegaraan adalah yang berhubong kait dengan susunan dan bentuk pemerintahan yakni undang undang mengenai susunan dan peraturan negara. Ibu kepada segala undang undang dan peraturan adalah Perlembagaan Malaysia. Adakah semua yang mengaku rakyat Malaysia betul betul patuh? Tepuk dada tanya selera.

Walau pun semua rakyat diberi kebebasan menggunakan bahasa ibunda dan beragama atas pilihan sendiri tetapi kenapa Bahasa Melayu menjadi bahasa resmi negara. Disini tak perlulah disentuh tentang agama resmi negara ini memandangkan isu agama terlalu sensitif. Kita hanya sentuh tentang bahasa dan kecintaan kita kepada negara.

Malaysia telah pun merdeka mencecah 54 tahun. Tetapi sampai kini masih ada yang belum boleh bertutur dalam bahasa melayu walau pun sekadar "bahasa pasar". Disekolah sekolah, Bahasa Melayu dipelajari adalah sebab menjadi syarat lulus dalam peperiksaan lepas itu apa jadi? Dahlah itu, kaum kaum lain masih mempertahankan bahasa ibunda mereka. Bagaimana dapat kita serapkan "Bahasa Jiwa Bangsa". Adakah menguasai satu bahasa yang telah ditetapkan dalam perlembagaan membuat kaum kaum lain sebagai "second class" atau pun menggunakan bahasa melayu "tidak ada class". Tapi mengaku cintakan Malaysia?

Bertambah malang apabila dalam upacara resmi pemimpin pemimpin melayu sendiri berucap dan membuat liputan akhbar dalam bahasa Inggeris dan ada yang tak pernah didengari bertutur dalam bahasa resmi negara. Memang tidak dinafikan mempelbagaikan bahasa adalah menguntungkan, tetapi demi perpaduan negara rakyat Malaysia harus menjiwai satu bahasa dan kebolehan menguasai bahasa bahasa lain patut digunakan pada forum yang tertentu sahaja.

Lihat sendiri diperhimpunan PBB yang sedang berlansung sekarang,Presiden Iran, Presiden Cina, Presiden Palestine dan banyak lagi ketua ketua negara lain mengunakan bahasa resmi mereka. Kenapa para pemimpin kita menghadapi kesukaran berbuat demikian? Tak kah sikap begini yang sebenarnya menyumbang ancaman kepada perpaduan? Inikah 1Malaysia seperti fahaman Koh Soo Khoon dan Nazri Aziz? Penyerapan penggunaan satu bahasa pun tak terdaya, kemudian menyoal pula adakah salah jika tak menggunakan bahasa resmi.Secara teknikal memang salah sebab telah digariskan dalam perlembagaan bahawa selepas 10 tahun merdeka sepatutnya bahasa bahasa penjajah tidak boleh lagi diguna pakai dalam hal hal resmi. Keangkuhan dan keengganan menggunakan bahasa resmi dalam hal hal resmi inilah yang menimbulkan satu sentimen oleh setengah setengah pihak. Renung renunglah.

Betul ke kaum kaum lain bersama sama juga cintakan negara? Tetapi dilihat dalam pasukan pasukan keselamatan yang menjadi benteng mempertahankan negara lebih sembilan puluh peratus dari kaum melayu. Kalau kaum kaum lain mempertahankan, bahawa mereka menyumbangkan melalui ekonomi, soal saya selagi lagi bolehkah ekonomi berkembang kalau negara huru hara?

Sebenarnya usaha mencapai perpaduan antara kaum dan memajukan Malaysia telah lama diusahakan terutama sekali selepas peristiwa 13 Mei 1969. Itu sebab lagu lagu "Barisan Kita", "Malaysia Berjaya", "Bahasa Jiwa Bangsa", "Muhibah" dan banyak lagi cuba disemaikan. Malangnya dek mengejar kemajuan dan pembangunan dan percaturan politik merebut kuasa serta rasuah pelbagai aspek maka terlupa akan perpaduan rakyat yang sebenarnya menjadi kunci utama kepada kemajuan,kesejahteraan negara. Inilah dikatakan "sudah terantuk baru nak tengadah".

Setakat ini dulu, pandangan saya dan berharap Perdana Menteri permudahkan lagi maksud sebenar apa itu 1Malaysia dan sasarannya agar difahami oleh semua lapisan masyarakat Malaysia agar 1Malaysia tak dimanipulasikan oleh orang orang yang mengambil kesempatan dengan pengertian mereka dan akhirnya menjadi nasib gagasan yang terdahulu.

Wednesday, September 22, 2010

Kenapa UMNO LESU sekarang, tak serupa dulu dan selamanya belum pasti?

Lihat jawapan S/U Agung UMNO,merangkap S/U Agung Barisan Nasional rasa malu pada diri sendiri sebagai orang melayu. Dulu betul UMNO pembela orang melayu, tetapi sekarang UMNO dilihat lebih membela yang tertentu sahaja dan allahua'lam pada masa depan.

Inilah akibat melantik seorang yang saya kira tidak merasai kesusahan orang melayu sebenar. Kata orang, "berat mata memandang berat lagi bahu memikul". Namun begitu, kalau kita tahu bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih pada tempat yang betul, insyaallah, darimana asal usul kita pun kita akan sentiasa insaf dan tawaduk, bukan sekadar kata kata tetapi menghayatinya secara jujur dan ikhlas.

Sepatutnya mana mana ahli UMNO menyokong gesaan S/U Agung parti keramat ini agar menjauhkan diri dengan PERKASA sepatutnya beristikharah memohon pertunjuk. Insaflah, kenapa UMNO tersangat lemah
pada pilihanraya 2008. Walau pun sumbangan kelemahan Barisan Nasional sangat ketara datangnya dari MIC,MCA dan Gerakan. Tetapi parti mana yang menjadi tunang Barisan Nasional? Bukankah UMNO.

Imbas kembali perasaan pengerusi parti Gerakan Pulau Pinang yang beliau tidak ada keyakinan menawan semula Pulau Pinang dari DAP pada PRU 13 ini. Apa UMNO boleh buat apabila orang melayu Pulau Pinang ditindas? Kuasa sudah tiada! Nampak gaya tersiksa ditambah lima tahun lagi untuk orang  melayu Pulau Pinang.

UMNO harus sedar,pada mulanya orang melayu berpecah pada dua, kemudian berpecah tiga dan sekarang kalau dibiarkan mengikut telunjuk pemimpin pemimpin melayu liberal kononnya, orang melayu akan berpecah empat. Kesudahannya orang melayu hanya tinggal "menang sorak, kampung tergadai". Janganlah pandai macam tupai, biarlah cerdik macam pelanduk.

Siapa yang tidak mahu kehidupan yang aman dan harmonis,tetapi janganlah ditolak sampai kedinding sehingga tak bernafas. Sudah pasti yang sesak nafas itu akan cuba melepaskan dirinya untuk cuba terus bernafas selagi diizinkan Allah SWT.

Ingatlah tiga puluh peratus pun masih jauh untuk dicapai oleh orang melayu dan bumiputra, tetapi bermacam macam liberalisasi dan terbuka. Senarai kekayaan orang melayu pun kita boleh lihat hubongan personaliti yang tersenarai. Itu yang tersurat, bagaimana pula yang tersirat?

Pesanan saya, semakin rapat seseorang itu semakin dipercayai, sehingga kita terlupa mempersoalkan tidak tanduknya dan ketika inilah kita diperdayakan kerana terlalu mempercayai. Nasi sudah menjadi bubur. Sentiasa beringat, "jerat tidak pernah melupakan pelanduk, pelanduk yang selalu melupakan jerat."

Monday, September 20, 2010

Dimana hilangnya semanggat "MUHIBAH" dan "BAHASA JIWA BANGSA"?

Secara jujur perpaduan kaum tidak ada apa apa berubah, semua kaum memahami batasan batasan mereka. Malah gagasan 1Malaysia tidaklah begitu diperlukan jika semanggat "MUHIBAH" dan "BAHASA JIWA BANGSA" diberi nafas baru dan ditambah baik mengikut eprluan semasa.

Tetapi biasalah setiap pemimpin akan memperkenalkan sesuatu slogan agar dikenang. "Harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama.Selepas pengenalan slogan baru ini, mulalah wang rakyat dicurahkan untuk mempromosikan slogan itu dan mengambil hati rakyat. Tetapi adakah berbaloi dan semua untuk rakyat benar benar sampai kepada rakyat atau sejumlah akan tertiris sebagai "upah" dan "komisen"

Berbalik kepada perpaduan rakyat, kenapa Sabah dan Sarawak lebih mendalam perpaduan dan sefahaman mereka walau pun kaum kaum etenik mereka melebihi kaum kaum diSemenanjung? Jawapannya perpaduan mereka berteraskan satu "Bahasa Jiwa Bangsa". Apabila satu satu bahasa itu tlah dijiwai semua kaum kaum dari pelbagai budaya dan kepercayaan boleh bersatu sebagai satu bangsa. Lihat sahaja kitab injil pun pengganut kristian menggubah kedalam Bahasa Melayu. Begitulah kuatnya jika satu satu bahasa itu dijiwai oleh rakyatnya.

Ancaman perpaduan kaum dilihat lebih terancam diSemenanjung, kenapa boleh jadi sampai begitu? Pertama orang orang Semenanjung ini dilihat agak taksub dengan percapaian mereka, Saperti kacang lupakan kulit katakan. Ada keluarga keluarga yang sudah berjaya dan berpelajaran mendidik anak anak mereka bertutur dalam bahasa penjajah dan gaya hidup juga boleh dilihat berbeza. Kalau tak buat macam itu, dikatakan katak bawah tempurong, tak moden serta tak seiring dengan perubahan semasa

Oleh sebab terlalu moden dan berfikiran terbuka, pergaulan jadi bebas dan sudah tak kenal tua dan muda,haram atau halal dan dosa dan pahala. Maka hilanglah ketenangan dan timbullah ketamakan dan nafsu menjadi "raja" dan "inspirasi"

Seperkara lagi yang menyumbangkan kepada kecurigaan antara kaum adalah orang orang politik sendiri yang hanya pentingkan kemenangan dan kuasa dan memanipulasikan isu perkauman melebihi batasannya. Perbuatan ini diambil kesempatan oleh kumpuan kumpulam oportunis yang menangguk di air yang keruh. Bertambah parahlah jadinya.

Tak kurang juga yang kumpulan kumpulan yang kukuh ekonominya serta berpengaruh. Apabila suah kukuh dan stabil memang menjadi lumrah untuk bertindak ketasa apa yang mereka rasa dan lihat sebagai ketidak adilan dan masa inilah yang cukup sesuai untuk menuntut dan menimbulkan keresahan rakyat kerana kerajaan sekarang sudah lemah dan tidak tegas serta dilihat lebih meminta sedekah untuk berkuasa dan bukan kerana kredibiliti dan integriti yang sebenar.

Rakyat juga melihat kerajaan hari ini masih ditakuk lama, masih dilihat berkroni dan ketelusan masih samar samar. Janganlah pisang berbuah dua kali dulu "kerja bersama saya dan jangan kerja untuk saya" sekarang pula "kerajaan tidak mengetahui semua" tapi dalam diam diam ada agenda tersembunyi.

Hidupkanlah semula perpaduan melalui "BAHASA JIWA BANGSA" dan "MUHIBAH" dan dukonglah bahasa resmi dalam perlembagaan iaitu "Bahasa Melayu" dan jika rakyat Malaysia ingin jadikan Malaysia sebagai negara mereka jiwailah bahasa yang telah ditentukan oleh perlembagaan negara. "Dimana bumi dipijak, disitulah langgit dijunjong."

Thursday, September 9, 2010

Persaraan IGP - siapa yang peduli.

Apabila sudah sampai masanya, walaupun 41 tahun berkhidmat serta menyumbang yang terdaya tidak ada apa apa pengertian pada mereka yang tidak mahu mengerti. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan mereka mereka ini tidak sensitif ketas emosi seseorang yang akan menjalani detik detik peralihan.

Peralihan dari seorang yang telah menghabiskan lebih dari dua pertiga usianya sebagai orang beruniform kepada seorang awam biasa. Apa salahnya dia diberi surat resmi memaklumkan bahawa kontraknya tidak akan dilanjutkan dengan sedikit kata kata penghargaan. Saya kira ini lebih professional dan tertib dari memberi bayangan bayangan lisan.

Tindakan yang telah berlaku sudah tentu telah menimbulkam perasaan kecil hati Tan Sri Musa, jika tidak masakan beliau membuat kenyataan yang belaiu hanya dimaklumkan sebelum sidang akhbar oleh Menteri KDN. 

Saya kira jika semua dilakukan secara resmi dan tertib maka rakyat tidak akan lihat drama sebegini dan tidak ada sesiapa yang akan terguris dan rakyat pula tidak akan membuat apa apa kesimpulan, baik kepada IGP atau pun kepimpinan KDN. 

Bagaimana rakyat nak ada keyakinan, sedangkan pusat atau nadi keselamatan negara pun bergigit antara satu dengan lain. Ikan busuk dari kepala, fikir fikirlah agar rakyat akan bertambah yakin.

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya

Menyambut Hari Raya diatas kemenangan mengawal nafsu dan berharap telah mendetik juga satu keinsafan. Marilah satukan dan majukan umah dan eratkan perpaduan kaum. Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Tuesday, September 7, 2010

Urusan Polis diganggu - patut undang undang tak dihormati!

Apa pun sebagai rakyat Malaysia saya terhutang budi kepada Pasukan Polis DiRaja Malaysia kerana, walau pun ada "hiccups" sana sini pada keseluruhannya Malaysia masih aman dan bebas untuk bergerak kesana kemari tanpa terlalu risau akan keselamatan

Walau pun bukan dek kerana Ketua Polis Negara seorang tetapi kepimpinan beliau yang membolehkan pasukan ini bergerak dengan berkesan.Benar sekali setandan pisang ada juga pisang yang busuk dan buruk, itu adalah hakikat sebagai dugaan kepada manusia.

Apa yang merisaukan adalah kenyataan KPN bahawa ada campur tangan pihak KDN dalam urusan tugas resmi polis dalam melaksanakan amanah yang dipertanggung jawabkan. Patutlah rata rata kita dapat melihat undang undang yang sedia ada tidak berkesan dan dilihat saperti negara ini "free for all"
Melalui pengelaman dan pengamatan jika terlalu banyak rahan diterima dari pelbagai pihak dengan bermacam macam alasan, pihak yang akan melaksanakan itu akan menghadapi satu tekanan kekeliruan dan akhirnya sipelaksana akan mengambil jalan mudah iaitu "lantaklah buat itu dia kata salah, buat ini orang sana  pula kata salah", akhirnya buat sekadar jangan dipersalahkan oleh mana mana pihak.

Implikasinya rakyat akan lihat "boleh buat apa saja". Undang undang macam getah, fleksibel. Anggota bawahan dan rakyat yang menjadi mangsa, bak kata perpatah gajah sama gajah bertebung pelanduk mati ditengah.

Walau pun hal hal campur tangan pihak ketiga dirasai sentiasa berlaku, tetapi saya mengucapkan syabas kepada Yang Berbahagia Tan Sri Musa kerana berani menyuarakan kebenaran, tetapi sedikit cacat kerana didedahkan pada saat saat penghujung dan diharapkan penganti atau KPN yang baru lebih tegas dalam mengemudikan PDRM kearah yang lebih dihormati tanpa mengikut telunjuk emosi pada pihak ketiga.

Undang undang Malaysia tidaklah begitu kejam saperti yang diperkatakan oleh setengah tengah pihak terutam terhadap Akta Polis, ISA atau pun Akta Hasutan. Dalam undang undang tersebut masih ada peruntukan peruntukan menggunakan budi bicara, tetapi biarlah bertempat dan tidak memilih bulu.

Bagi orang orang politik dan wakil rakyat. patut tahu bila dan dimana peranan mereka. Mereka dipilih dan bukan dilantik kerana menepati syarat kelayakan untuk sesuatu jawatan dan pada para penjawat awam, usahlah mengguna kuasa pada tempat yang salah, hormatilah jawatan yang disandang oleh orang lain. Jika kita tak suka diganggu orang lain pun begitu juga.

Saya rasa Malaysia ini sudah lebih celik huruf dari buta huruf dan sudah semesti dapat membezakan yang salah dan yang betul . Adalah lebih baik mengambil tindakan proaktif dari reaktif. "Prevention is better than cure."

Ingatlah kepentingan peribadi jatuh pada tahap kedua,kepentingan negara mesti diutamakan.

Friday, September 3, 2010

Adakah 1Malaysia seakan akan Malaysian Malaysia, Kit Siang mula sokong?

The Star, 2 September 2010, orang kuat DAP Lim Kit Siang  mendakwa Tun Dr. Mahathir penghalang kepada kejayaan gagasan 1Malaysia Kit Siang: Mahathir an obstacle to 1Malaysia , Slogan 1Malaysia perlu penjelasan terperinci - Dr. Mahathir (2 Ogos 2010)

Jika diamati berkemungkinan juga 1Malaysia mirip Malaysian Malaysia, nama sahaja lain. Lihat saja rata rata tuntutan demi tuntutan dibuat oleh kaum kaum yang merasa mereka dianak tirikan serta menuntut pelbagai liberalisasi. Begitu juga dengan Namawee juga berani mendakwa video klipnya juga menyokong 1Malaysia.Namewee dipanggil polis beri keterangan (1 September 2010 )

Kerajaan juga dilihat semakin pemurah menghulur bantuan kewangan kepada kepentingan pihak pihak ini. Dimana sahaja Perdana Menteri lawat ada sahaja bantuan kewangan yang diberi. Adakah kumpulan kumpulan ini benar benar tersisih oleh para pemimpin terdahulu atau ada "undang disebalik mee". Pesanan saya "jangan dengar guruh dilanggit air dalam tempayan dicurahkan" atau "yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran" sudahlah. 

Untuk tidak mengelirukan, saya menyokong saranan Tun Dr. Mahathir agar kerajaan memudahkan lagi kefahaman konsep 1Malaysia agar semua lapisan masyarakat dapat menghayatinya terutama sekali orang saperti saya yang kurang cerdik tetapi masih rakyat Malaysia dan masih mempunyai hak mengundi. Janganlah terlalu "over" nak raih sokongan, sehingga sasaran tidak menyeluruh. Yang cerdik pun boleh jadi kurang cerdik dan yang kurang cerdik pun boleh jadi cerdik.

Thursday, September 2, 2010

"We Have to start some where"

Unggapan diatas selalu di dengari apabila kita bertebung dengan situasi dimana," telan mati mak, luah mati bapa".

Kebelakangan ini pelbagai isu isu yang diketengahkan, tetapi nampaknya tidak ada titik noktah pada kejadian dan perlakuan saperti buang bayi, mat rempit, dadah, penyeludupan bunga api, hina menghina antara kaum, pelacuran oleh bangsa asing dan banyak lagi.

Dimana silapnya? Malaysia dikatakan bertambah maju, berinovatif dan kreatif dan terarah menjadi negara maju yang berpendapatan tinggi dengan rakyat kelas  pertama. Adakah senario yang berterusan berlaku mencerminkan kemajuan dan kelas pertama? Bertambah sedih dan gusar, perlakuan jahiliyah ini didukongi oleh genarasi muda yang bakal mewarisi tanah air.

Sesuatu harus dimula dan laksanakan dan bukan sekadar menjadi retorik sahaja. Perlaksanaan ini sebaik baiknya bermula dari rumah oleh setiap keluarga.

Pihak pemerintah pula mempastikan penguat kuasaan undang undang dilaksanakan tanpa terlalu lama membuat kenyataan demi kenyataan tetapi tindakan masa belum juga dimulakan. Janganlah api api kemarahan dan ketidak puasa hati dah tak terkawal baru nak bertindak.

Berkebajikan ada tempat dan masanya.Kadangkala populariti dan bertolak ansur membawa padah yang lebih buruk daripada ketegasan. 

Thursday, April 1, 2010

Antara tradisi dan realiti - PRK Hulu Selangor


Berita dilapurkan bahawa Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden MIC telah pun berjumpa dan persetujuan untuk kerusi tersebut dikekalkan kepada MIC telah pun dipersetujui kecuali calonnya sahaja belum ditentukan  lagi.

Baguslah tu, tradisi dan sefahaman masih dijalinkan sesama komponen komponen dalam Barisan Nasional dan sudah tentu pandangan bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo diambil kira dalam persetujuan ini.

Persoalannya, adakah tradisi yang didukongi oleh Barisan Nasional perlu diteruskan atau sesuatu kesedaran harus diambil kira dalam memperhitungkan calon mana yang akan membawa kemenangkan kepada Barisan Nasional?

Jika apa yang diperkatakan oleh Khir Toyo bahawa kawasan itu adalah hak MIC dan tradisi dan sefaham perlu didahulukan, bagaimana pula dengan kehendak pengundi majoriti? Tidakkah mereka ini rakyat dan rakyat perlu didahulukan dari kepentingan tradisi?

Tidakkah pucuk pimpinan harus melihat semula selera rakyat atau lebih tepat cita rasa pengundi sekarang? Adakah rakyat hanya pandang pada parti atau calon atau kedua duanya? Jika rakyat hanya pandang pada parti Barisan Nasional, tidaklah merudum dengan teruk sekali pada PRU 12 dan kalah 7 dari 9 PRK selepas PRU 12. 

Jika partilah di ambil kira kenapa  PRK Batang Pinang memilih semula Tan Sri Isa Samad dan MCA tidaklah payah memilih Dr. Chua Soi Lek? Letak sahaja siapa pun, janji mewakili Dacing pasti menang, siapa kata? Rakyat sekarang sudah tidak berfikiran macam itu lagi, mee mee segera yang dihidangkan oleh Barisan Nasional sudah tidak menjadi selera utama rakyat lagi.

Sekaranglah masanya menghayati saranan Perdana Menteri dan bermula dengan pemimpin Barisan Nasional untuk"walk the talk" yang hari hari tersiar dikaca televisyen. Kata Perdana Menteri "we must tranform from mere tolerance to acceptance." Skop saranan ini amat luas, dan saya pasti bukan sekadar perpaduan kaum diMalaysia sahaja.Masa inilah juga para pemimpin negara harus menjadi "Pemimpin melalui teladan" dan tidak memperlihatkan kerakusan dan ketamakan, tetapi sekata demi kejayaan Barisan Nasional.

Selain pandangan dan pertimbangan Perdana Menteri,beliau pun masih bergantung kepada lapuran lapuran orang orangnya dan inilah yang bahaya sekali jika lapuran yang diterima kurang tepat. Berilah  nasihat yang betul dan ikhlas, agar Perdana Menteri tidak tersilap dalam membuat percaturan PRK Hulu Selangor  ini.

Saya masih teringat gesaan Presiden Gerakan ketika itu Lim Kean Aik , yang mana beliau mengesa agar penasihat penasihat Perdana Menteru 'flip flop" diganti kepada yang lebih berwibawa. Oleh itu saya berharap Perdana Menteri sekarang, agar sentiasa menilai para penasihat penasihat dan orang orang disekelilingnya agar pisang tidak berbuah dua kali.

Perdana Menteri harus sentiasa peka tentang dua perkara, satu sebagai Ketua Perhubongan UMNO Selangor dan kedua yang lebih penting tentang transformasi yang telah dan sedang dijalankan. Kedua dua faktor ini sedikit sebanyak akan memberi impak pada PRK Hulu Selangor. PRK Hulu Selangor akan menjadi kayu pengukur kepada dasar dasar yang Perdana Menteri telah perkenalkan dalam masa satu tahun beliau menerajui Kerajaan Barisan Nasional. Begitulah juga saperti kata Tian Chua. PRK ini akan menjadi referendum kepada kepimpinan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

Sudah sampai masanya Barisan Nasional berubah tentang sikap bertradisi kepada realiti dalam konteks politik Malaysia semasa.

Sunday, March 21, 2010

Tok Ketam cuba bela Mat Jenin

"Menteri Besar Kelantan itu turut menyifatkan Zahrain, yang keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Februari lalu, adalah contoh tipikal ahli politik Melayu yang tidak ada akhlak kerana sanggup membuka rahsia parti yang pernah disertainya.

“Orang MCA , MIC berpecah pun tidak membuka rahsia parti mereka, tetapi orang Melayu bila berpolitik tidak ada integriti langsung.

“Kita suka dan berasa bangga dapat buka rahsia, namanya lagi rahsia, kenapa kita buka? Tak ingat dosa pahalakah?,” berita penuh dan baca juga disini

Berusaha sungguh Nik Aziz dalam membela Mat Jenin @ Anwar Ibrahim apabila pendedahan dibuat oleh Datuk Seri Zahrain ketas perancangan Mat Jenin @ Anwar Ibrahim untuk mengulingkan kerajaan Barisan Nasional dibawah pimpinan YAB Tun Lah ( Flip Flop ).

Dimana yang dikatakan tidak berakhlak? Apakah tindakan Mat Jenin @Anwar Ibrahim cabut ke-London dan mencemar orang Melayu dan Kerajaan yang memerintah itu berakhlak? Adalah norma hidup, nak tahu yang baik tanya kawan, nak tahu yang tak baik tanya lawan. dah adat. Macam Nik Aziz tak pernah mencemuh rakan separtinya. Janganlah jadi ketam. Eloklah tu, seorang "Mat Jenin" seorang lagi "Ketam"

Nik Aziz sebenarnya cuba menegakan benang yang basah. Beliau menggunakan landasan agama untuk membela Mat Jenin @ Anwar Ibrahim dengan harapan supaya muslim muslim yang takut kepada Allah akan rasa betul kerana status "Tok Guru" gelaran sendiri itu.

Seperkara lagi, campur tangan Nik Aziz diperlukan kerana imejnya dan juga kerana dalam Pakatan Rakyat selain dari Mat Jeni @ Anwar Ibrahim belum tentu tiga parti gabungan itu dapat menerima individu lain untuk mengepalai Pakatan Rakyat termasuklah hubongan diperingkat antara bangsa (Mat Jenin @ Anwar Ibrahim sepatutnya berterima kasih kepada Tun Mahathir kerana memberi peluang dedahkan dia keperingkat antara bangsa, tetapi digigt Tun sebagai balasan). 

Sekali lagi Nik Aziz memuji MCA dan kali ini beliau tambah satu kaum lagi iaitu MIC dan memperlekehkan orang melayu sekali lagi. Dalam komen ini kita dapat melihat dari dua sudut. Pertama Nik Aziz adalah alat memecah belahkan orang melayu dalam taktik "divide and rule" setelah mengagalkan kerajaan perpaduan.

Tindakan divide and rule ini adalah berterusan kerana pihak [pihak cauvinis ini akan lemah jika orang melayu bersatu. Mutakhir ini pihak cauvinis dah mula gusar dengan pengabungan NGO NGO melayu dan Nik Aziz sekali lagi diketengahkan yang kononnya berimej "tok guru". Apa Nik Aziz sudah sampai ketahap itukah atau sekadar berilmu sedikit sebanyak untuk jualan politiknya? Apakah kriteria pengiktirafan sebagai Tok Guru yang boleh diterima sebagai universal?

Sudut kedua. Pakatan Rakyat akur bahawa sokong orang Melayu sudah menurun dan dengan PRU 13 sudah semakin dekat Pakatan Rakyat terpaksa bergantung penuh kepada kaum cina dan india,kerana takut yang dikendung berciciran dan yang kejar tak dapat. Oleh yang demikian terpaksalah memuji kaum dua lagi ini, tetapi ikhlaskah dia?

Nik Aziz sebenarnya menangguk diair yang keruh, bukan dipedulikan apa yang sedang berlaku dalam MCA atau MIC, malah bertepuk tangan sekuat yang mungkin. MIC dan MCA kan sebahagian dari Barisan lantak pi-lah apa yang nak berlaku, hancur lagi bagus dan berharap ahli ahli kedua dua parti itu akan memasuki Pakatan Rakyat. Itulah strategi Pakatan Rakyat yang sentiasa menunjukan keterbukaan pemikiran mereka kepada semua. Taktik saja tu jangan tertipu. Selagi DAP ada semuanya sandiwara sahaja. Parti cauvinis ini mana boleh terima Islam dan Melayu dengan ikhlas. Jangalah tertipu dengan musang berbulu ayam.

Saturday, March 20, 2010

Anwar - Jeneral yang pengecut.

Menyedari taktik buruknya sedang didedahkan oleh Datuk Seri Zahrain dan telingganya semakin merah dan nipis tiada pilihan lain lagi bagi Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim melainkan cabut keluar dari dewan mesyuarat Bangunan Parlimen. Tut tut dapat tahu sudah ada di-London. Itulah Anwar Ibrahim.

Kalau mendengar ceramah yang dihadirinya, cara pidatonya bukan main lagi berapi api lagi. Para pendengar yang berfikiran sempit akan terus terlonjak semangat bagai hendak keMedan Perang. Itulah kelebihan Anwar Ibrahim yang dianugerahkan Allah. Tetapi adakah dia ikhlas bersyukur, sendiri nilailah!

Apabila di-London Anwar tidak berlenggah lagi dia terus menghentam Kerajaan Malaysia dengan cubaan mempamirkan sikap pluralism dengan membela penganut Kristian klik disini. Anwar juga tidak membuang masa mengatur satu kempen membela dirinya yang disokong oleh sebilangan Ahli Parlimen Britain klik disinijuga dikatakan melibatkan ketua Hindraf yang mana berkemungkinan untuk tujuan berdamai.klik disini Ini adalah ekoran ketetapan pihak hindraf untuk tidak menyokong Pakatan Rakyat lagi, klik disini dan klik disini

Persoalannya sekarang patutkah Anwar sebagai Ketua Pembangkang cabut begitu sahaja dengan meninggalkan sidang Parlimen yang baru bermula empat hari? Inikah orang yang mahu dirinya dikenali sebagai pemimpin? Inikah orang yang ingin menegakan Ketuanan Rakyat?

Anwar bukannya ketua kerajaan yang terpaksa hadir sidang antarabangsa, dia sepatutnya berada diParlimen dan sanggah apa yang didakwa oleh bekas orang kuatnya. Rakyat pun ingin mendengar dengan fakta dan bukti. Ini dia cabut, apabila seseorang itu cabut tanpa membela dirinya, pada kelazimannya dia pengecutlah. Anwar perlu berdebat dan menjawab dalam Parlimen ketas dakwaan dakwaan yang dikemukakan.klik disini dan klik disini dan klik disini dan klik disini dan klik disini

Lihat saja pada Presiden Amerika Syarikat, walau pun sudah menetapkan lawatannya keAustralia dan Indonesia beliau sanggup menundakan lawatannya sebab lebih mementingkan isu negaranya. Bukan beliau tidak sedar kedua dua buah negara telah pun bersedia menyambut lawatan beliau, tetapi rakyat dan negaranya lebih penting untuk diberikeutamaan.

Anwar ini bolehlah dilihat sebagai seorang Jeneral yang cabut lari dari medan perang yang hanya mementingkan dirinya terutama kes liwat akan bersambung pada 25 March ini. Sebenarnya Anwar kesana untuk mencari sokongan dari negara negara asing agar mendesak Kerajaan Malaysia mengugurkan kes liwatnya. Disini pun kita dapat melihat, rakyat ke tuan, atau dia yang nak jadi tuan? Tuan Anwar pula, faham faham sajalah.

Friday, March 19, 2010

Kuda pun Kudalah asalkan................

Pakatan Rakyat telah bersama memasuki tahun ketiga. Dalam tempoh dua tahun ini apa yang dilihat dan apa yang boleh dibuat tanggapan? Adakah DAP peduli dan hirau pada pendapat dan pandangan sekutunya atau PKR dan PAS yang melebih lebih menjaga hati DAP?

Kita lihat isu isu diSelangor dahulu, pegang pegang tampuk pemerintahan, DAP dah mula tunjuk belang dengan memulakan isu kandang babi, kemudian timbul isu pembesar suara masjid, diikuti isu pemindahan kuil, serta isu mempertikaikan larangan penjualan arak, siapa yang mempelupori isu isu ini?

DiPulau Pinang tak usah dikatalah, bermacam macam tindakan yang dilakukan untuk memperkecil dan memiskinkan orang orang melayu, saperti meroboh gerai gerai orang melayu, memperluaskan peluang peluang kumpulan kumpulan yang menyokong bagi menambahkan kekayaan dan penguasaan ekonomi.

DiKedah pun DAP ingin menjadi juara dengan isu pusat penyembelihan babi dengan mengugut kerajaan negeri yang diterajui PAS dan kerajaan negeri akhirnya berkompromi. DiPerak agak bernasib baik kerana tiga ADUN telah cepat sedar.Itu pun sempat juga DAP mempengaruhi Menteri Besar boneka untuk bersetju meluluskan tanah tol sehingga 999 tahun yang tak masuk akal.

Kesemua rentetan yang sempat dinyatakan diatas semuanya adalah atas cadangan atau desakan DAP termasuklah isu kalimah Allah. Apa dah berlaku pada PKR dan PAS? Tak lain tak bukan hanya mengganguk sahajalah. DAP dah mula berani mengeluarkan konsep Middle Malaysia, PKR dan PKS angguk lagi. Itu sahaja kepandaian mereka.

Kenapa jadi begini? Lihat sahaja sejarah pilihanraya, berapa banyak kerusi yang dimenangi oleh Barisan Nasional dikawasan bandar atau kawasan dimana kepadatan penduduk bukan terdiri dari orang melayu atau bumiputra? Jangan juga lupa selain dari dua faktor kawasan diatas, ada juga kawasan yang terdiri dari kumpulan kumpulan yang taksub dan sempit. Jika PAS dan PKR nak harap kawasan majoriti orang melayu, mungkin akan timbul perpecahan pengundi dengan UMNO dan silap silap gigit jari. Apa lagi yang tinggal selain dari jadi balaci ?


Mengambil kira faktor faktor inilah maka PKR dan PAS terpaksa akur dengan kehendak DAP. DAP dah cerdik sekarang dan sudah menjumpai formula "mulut mesti mahu manis ma, kasi nampak real punya"  untuk mendapat sokongan kedua dua tunganggan mereka ini. Tetapi yang tak keruan masih PKR dan PAS, nak bergabung dalam Barisan Nasional dah ludah takkan nak jilat balik (walau pun dalam politik apa pun tak mustahil) tetapi bukan sebelum PRU 13.Sebab Pakatan Rakyat masih cukup yakin akan tawan Putrjaya. Mahu tidak mahu terpaksa ikut, selagi inginkan kuasa dan kesenangan. Jadi kuda pun kudalah, dari tidak ada apa apa, dapat juga merasa. Itulah sikap PKR dan PAS sekarang.

Thursday, March 18, 2010

Taktik Anwar - Tepuk Dada Tanya Selera.

Agak agaknya apa yang menybabkan Anwar membuat keputusan untuk tidak meneruskan rayuannya untuk memaksa Hakim perbicaraan kes liwatnya mengundur diri.? 

Anwar tahu dan sedar bahawa apa yang sedang berlaku pada Pakatan Rakyat dan terutama sekali kepada dirinya dan PKR telah banyak menimbulkan kepada banyak persoalan yang negatif. Adakah salah lakunya itu benar, mengapa PKR begitu huru hara dan banyak lagi mengapa, bagaimana telah pun timbul? Dengan banyak wakil rakyat dan ahli meninggalkan PKR bertambah goyahlah imej PKR dan PR.

Memang banyak kepincangan Pakatan Rakyat telah timbul, tetapi isu isu Anwar dan PKRlah yang lebih menyumbang kepada kesangsian rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Oleh yang demikian Anwar jika masih ingin mengepalai Pakatan Rakyat, terpaksalah memikirkan apa yang beliau harus lakukan untuk dilihat "Hero" dan mangsa penginayaan? Inilah risiko yang dia mesti lakukan. 

Belum apa apa pun beliau telah mengeluarkan kenyataan tentang ketidak adilan Badan Kehakiman. Sebab apa Anwar berkata demikian, kerana beliau tidak memperolehi keputusan yang diharapkan. Itulah penghayatan pihak pembangkang. Bila tidak selari dengan cita cita mereka siapa pun tak adil, siapa pun tak betul, yang betul mereka sahaja. Ada akai ke orang orang macam ini nak jadi pemimpin. Malangnya masih ada yang mahu percaya dan masih boleh ditipu.

Anwar tahu bahawa kes liwat II ini akan mesensasikan senario politik Malaysia Sama saperti pemecatannya, kes liwat I dan rasuah pada 1998. Kes ini akan ditarik sehingga PRU 13 dan akan dijadikan sebagai modal menipu rakyat akan nasib Anwar yang kononnya menjadi mangsa kezaliman kerajaan Barisan Nasional. baca disini

Anwar dan Pakatan Rakyat juga sedar bahawa peratusan pengundi muda melebihi pengundi matang dan mereka dari Pakatan Rakyat juga sedar akan cara pemikiran orang muda, inilah peluang terbaik untuk mengambil kesempatan. Sebab itulah kita sering dihidangkan dengan luahan dan kritikan tentang kezaliman pihak penguat kuasaan, ketidak adilan badan kehakiman, ketidak telusan dan berbagai cemuhan negatif yang diada adakan. Bukan apa, semata mata cuba menjadi Pakatan Rakyat ini setara dengan pemikiran pengundi pengundi muda serta pengundi pengundi yang bersifat "anti-establishment."
Anwar memang licik dan cerdik orangnya, kalau tidak taklah orang orang yang berpengelaman saperti Karpal Singh, Kit Siang yang pada satu masa dulu tak sebulu pun bagai nak rak membela Anwar. Memang betul mereka mempunyai agenda mereka tetapi ketika ini bagi mereka Anwarlah the "best." 

Tunggulah, nasib Anwar, orang melayu PKR dan PAS apabila sekutu mereka DAP ini mendapat apa yang dicita citakan (nau'zubillah min zalik) perubahan pertama adalah Perlembagaan Malaysia. Lihat saja apa yang berlaku diPulau Pinang, Selangor dan Perak untuk setahun (Alhamdulillah 3 adun cepat sedar) semuanya mengikut telunjuk parti cauvinis ini. Adakah kita mahu bersekongkol membiarkan pihak cauvinis ini bermaharaja lela.  Ini bukan tentang kemajuan atau kebebasan tetapi hakikat muslim dan kafir. Tepuk dada tanya selera.

Wednesday, March 17, 2010

YB - Yang Beruntung atau Yang Berhormat?

Telah pun dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPerTuan Agong tentang sikap dan tutur kata semua ahli ahli Parlimen tetapi baru dua hari Parlimen bersidang lihat sahaja sikap sikap wakil rakyat yang dipilih terutama dari pihak pembangkang.baca disini

Pada hari pertama pun semasa setengah jam siaran langsung semasa sesi soal jawab, penonton penonton RTM1 sudah boleh melihat ahli ahli wakil rakyat cuba menunjukan muka kearah lensa kamera dan yang menyedihkan dapat dilihat tangan melambai lambai dan terlompat lompat macam kanak kanak hingusan. Inikah yang dikatakan Yang Berhormat? Apakah nasib rakyat Malaysia mendapat YB begini rupa yang cakap tak serupa bikin. baca disini

Hari kedua dah mula tunjuk biadap keatas keputusan Speaker Dewan, kalau iapun tak puas hati saya kira masih banyak lagi cara yang lebih berhemah untuk membantah. Kenapa memilih jalan yang hanya menjatuhkan maruah status YB? baca disini. Betullah kata kata wakil rakyat Bagan Serai bahawa ada sebilangan wakil rakyat yang dipilih adalah wakil rakyat "payung terjun." baca disini

Kita selalu mendengar banyak pihak menyarankan " earn your respect" kepada ketua ketua atau pemimpin pemimpin. Tapi kalau inilah cara sikap pemimpin pemimpin Malaysia yang ada, bolehkah ahli ahli yang terpilih ini sampai ketahap wakil rakyat klas pertama?
Apa yang dilihat sikap dan perangai waki wakill rakyat ini mencerminkan kerakusan ingin menjadi jaguh dan sikap anggkuh dan kasar. Adalah dikhuatiri tindakan tindakan ini akan satu hari menjadi ikutan rakyat jelata. Lihat sahaja perkembangan sekarang, sudah makin nipis sikap belas kasihan sehingga kanak kanak tergamak dibunuh, didera,diliwat, dirogol dan lain lain lagi.

Guru guru sudah takut menegur murid murid berlebihan, anggota penguat kuasa diserang, badan kehakiman dicabuli dan institusi Raja Raja dihina. Apa yang dilihat tingkah laku segelintir wakil wakil rakyat sekarang yang sengaja mensensasikan isu isu remeh ini sebagai sudah hilang hormat kepada apa yang dititahkan oleh Yang DiPertuan Agung.

Kehala tuju manakah orang orang yang dikatakan pemimpin ini, ingin membawa kita rakyat Malaysia. Adakah sikap tegang yang ditunjukan satu sikap telus dan menunjukan kemajuan atau pemimpin pemimpin tersebut sudah membuat U-T
urn kezaman jahiliah? Sendiri nilailah.

Friday, March 12, 2010

Fikir fikirlah sendiri!

Sebagai seorang pemimpin, memang hasratnya untuk bukan sahaja berlaku adil, tetapi dilihat adil. Memerintah dengan adil adalah amanah dan bagi orang orang Islam, amanah ini akan dipersoalkan dihadapan Allah SWT kelak.

Adakah adil itu hanya bermaksud kesamarataan atau adil lebih kepada keseimbangan. Terpulanglah pada setiap rakyat memilihnya. Jika kesamarataan dipilih, kelompok pemikiran macamana mereka itu dan jika keseimbangan apakah perbezaan pemikiran gulongan ini?

Dua pendapat inilah sentiasa bertembung, dan selagi tidak ada kesedaran, pemahaman dan tolak ansur, sampai bila bila pun kecurigaan antara satu sama lain diantara pemahaman ini akan berterusan. Kesamarataan adalah gulongan yang sudah memperolehi kestabilannya serta kejayaan dan keseimbangan adalah gulongan yang masih terkapai kapai untuk berpaut.

Lima puluh tahun gulongan kesamarataan ini memburu,mengejar dan berkorban untuk memperolehi kestabilan, sedangkan gulongan keseimbangan sudah lima puluh tahun masih juga terkapai kapai walau pun pelbagai keistemewaan dan bantuan telah dihulurkan. Walau pun gulongan kedua ini telah dilihat mengecapi sedikit kemajuan, namun tidak memiliki kekuatan jati diri untuk menempis pengaruh gulongan kesamarataan.

Harus difahami dan disedari bahawa berlakunya perubahan lanskap politik Malaysia adalah disebabkan gulongan kesamarataan yang sudah hilang kesabaran. Mereka telah mengungguli bidang ekonomi negara, malah jika dilihat banyak lagi bidang yang mereka pegang kecuali kaki tangan awam, PDRM dan ATM. Tiga sektor inilah sahaja yang belum berdaya mereka mengungguli.

Kejayaan mereka ini selain dari rajin, dedikasi serta menyedari keupayaan mereka, gulongan ini sentiasa bersatu. Perpaduan pada mereka amatlah penting. Sejarah juga memperakui penyatuan mereka dan hanya kadangkala penyatuan ini bertukar arah menjadi negatif. Tapi pokoknya perpaduanlah yang membuat mereka berjaya dan kuat.

Selain dari perpaduan, mereka juga dilihat lebih berjaya dalam taktik "pecah dan perintah." Mereka sentiasa mendukong "beralah bukan mengalah." Itulah pendekatan oleh DAP apabila beralah membiarkan Anwar Ibrahim terus menjadi Ketua Pembangkang sebab matlamat golongan yang minta kesamarataan adalah lebih besar dari sekadar Ketua Pembangkang.

Oleh kerana matlamat inilah Gerakan dan MCA kurang berperanan untuk memperkukuhkan Barisan Nasional dan mencetuskan senario dalaman agar tidak dilihat tidak membantu. Kesian sungguh pada UMNO dan paling kesian kepada Perdana Menteri mencanang 1Malaysia dan transformasinya. Dengarlah sama pandangan pandangan orang orang biasa ini dan janganlah jadi "tikus memperbaiki labu."
Time for MCA members to ask about party's future direction
Gerakan calls on Perkasa not to play race card
Teng urges Umno, BN not to accept Zulkifli
GERAKAN nak keluar daripada BN?
Kedah Gerakan asks Najib to allow local elections
Mansuh ISA: Gerakan sokong GMI