Mencari silap dan membuat andaian keatas sesaorang atau organasasi yang sudah kecundang memang lebih senang dari mencari kesalahan atau kelemahan yang berjaya atau berkuasa. Apa tidaknya itulah sikap manusia bila berjaya terlupa segalanya. Walau pun dah lama tetapi kadang kadang yang lama itu penawar saperti perpatah ini,"Jerat tidak pernah lupakah pelanduk, pelanduk selalu melupakan jerak". Inilah akibatnya dan salah satu kesilapan UMNO.
2. Perpecahan orang melayu dengan sikap terkenal "PHD" santaunyalah, bomohnyalah, kroninyalah dan banyak lagi jika dicari. Tetapi jika kita menjenguk pada kaum kaum lagi sebagai contoh punggutan derma untuk pembesaran sekolah, berduyun duyun berkunjung ke "foodfair". Foodfair itu bukanlah apa sangat tetapi kesatuan mereka untuk membantu anak bangsa mereka tersangat tinggi. Kalau orang melayu, menumpang tadika didewan atau surau pun JKKK halau sebab tak sokong mereka.
3. Kepada UMNO perlu sedar dengan slogan "power sharing" apakah interpretasi dalam kontek Barisan Nasional. Adakah difahami oleh semua parti komponen. Apa yang saya terbaca dimasa piliharaya kecil kali ini, ditengah tengah rancak berkempen seorang ahli MCA mencetuskan idea dua TPM dan mesti datang dari MCA , inikah dikatakan setia kawan? Bagaimana pengundi bukan melayu nak sokong BN sedangkan mereka berpersepsi BN pun sedang goyah.
4. Keputusan pemilihan dalam UMNO walau pun telah selalu sangat pendedahan keatas politik dihebahkan oleh para pemimpin UMNO sendiri sehingga kain rintang pun berani ditulis "UMNO=RASUAH" itu pun masih tidak diinsafi oleh ahli ahli UMNO, masih memilih orang yang telah didapati terlibat. Apakah keputusan ini tidak mempengaruhi piliharaya kecil ini? Apakah ini mencerminkan integriti?
5. Ketelusan biarlah bertempat. Jangan meludah kelangit jatuh kemuka sendiri. Amati dengan ikhlas pihak pakatan rakyat segala kesalahan atau kekurangan tidak didedahkan begitu ketara kecuali sudah tidak dapat dielakan lagi. Mereka juga mempunyai sifat "denial syndrome" contoh ketika dua exco mereka ditangkap oleh SPRM mereka menunding jari mengatakan konspirasi tetapi pada keseluruhannya mereka ini "PANDAI MAKAN PANDAI SIMPAN" itulah kelebihan kaum minoriti cina.Ketelusan yang diminta rakyat adalah yang berhubong kait dengan wang rakyat, tender dan sebagainya itu perlu telus tetapi bukan dalam kelambu sendiri.
6. Parti parti dalam pakatan rakyat juga dianggotai oleh manusia saperti juga BN serba kekurangan tetapi telah mengoptimumkan anugerah Allah yang paling berharga "AKAL" untuk meraih sokongan contohnya, memetik potongan ayat suci Al-Quran walau pun dia tidak beriman pada kitab tersebut begitu juga dengan KM Pulau Pinang yang dijaja oleh Anwar Ibrahim tentang pembesar Islam.
7. Apakah kelemahan orang melayu, manja, suka pada hiburan dan keuntungan melalui jalan mudah. Inilah realiti yang telah, sedang dan akan dieksploitasikan oleh kaum lain. Kita orang melayu masih hidup saperti "Mat Jenin".
8. Peringkat muda yang telah dikatakan peratusan pengundi terbanyak. Pegangan hidup mereka belum mantap.Ada juga yang datang dari keluarga yang susah atau rumah yang sempit dan hanya balik untuk tidur cari pendekatan untuk mendekati mereka, "speak their lingo".Buat apa ada puteri dan putera.Bagi para intelek melayu dampingilah golongan muda ini supaya bagi memperkuatkan jati diri mereka kepada maruah bangsa, agama dan negara.
9.UMNO juga dilihat tak bermaya untuk menangkis segala tuduhan dan persendaan yang dilemparkan pada mereka, khasnya orang melayu didalam media alternatif.Katanya dari Oxford University pun ada!
10. Sentiasa rendah diri dan mengingati yang kita tidak sempurna dan masih belajar dan berpesanlah antara sesama kita dan jangan asyik mencari kestabilan duniawi sahaja dan demi generasi yang akan datang.
Selamat membaca dan berfikir.
Wednesday, April 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment