Friday, April 24, 2009

Meliberalisasikan 27 subsektor Perkhidmatan

Tindakan ini akan menerbitkan pelbagai pandangan. Saya kira yang utama jawapan dan alasan adalah dari perspektif Ekonomi dan dituruti dengan 1 Malaysia.Ini adalah jika sesaorang itu bersifat positif.

Bagaiman pula jika sesaorang itu juga positif tetapi dalam masa yang sama merasai liberalisasi ini mempunyai tujuan tujuan yang tersirat dan memungkinkan kaum bumiputra terus ketinggalan dan jurang membesar semula dari apa yang telah diperolehi melalui DEB.

1.Apakah kaum bumiputra memang sudah bersedia,atau persepsi/teori
sahaja?

2.Sudahkah "networking" mencukupi dan kebal untuk berhadapan dengan
persaingan?

3.Beranikah kaum bumiputra melepaskan zon keselesaan yang dibantu oleh
kerajaan dan melawan arus dan badai?

Persoalan diatas harus dijawab dengan ikhlas kerana, tongkat sudah mula melembut dan kemampuan untuk menanggung berat badan yang kian bertambah mungkin tidak berupaya menanggung bebanannya?

Adakah sekarang, ketika dan masa tongkat yang melembut itu dibuang terus atau digantikan dengan yang mempunyai ketahan,inilah persoalannya?

Adakah hakikat kaum bumiputra memang sudah bersedia atau hanya sekadar persepsi sahaja atau lebih mengaibkan lagi adakah kaum bumiputra bersetuju disebabkan terpaksa kerana kelekaan selama ini?

Badai sudah mula mencecah pantai,mahu tidak mahu walau pun dalam sampan yang kecil terpaksa mengharungi lautan yang bergelora itulah pengamatan ikhlas saya.

No comments: