Saya bukanlah authoriti yang ingin menafsirkan halal atau haram menggunakan ayat ayat suci Al-Quran oleh ahli DAP semasa ceramah politik diBukit Gantang.
DAP terkenal dengan ideoligi sekularnya dan baru baru ini pun pengerusinya masih mempertikaikan hasrat PAS memperkenalkan hukum hudud. Beberapa persoalan ingin saya utarakan disini untuk renungan semua dan pengundi pengundi Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai khasnya.
1.Bolehkah kita mempercayai kepada seorang yang tidak beriman dengan Al-Quran dan dengan jelas mengakui seorang penganut kristian menggunakan ayat ayat suci Al-Quran untuk kepentingkan politik? Orang PAS tiada yang tahu ke?
2. Adakah pendirian DAP sekarang sudah berubah?
3. Adakah pakatan rakyat terlalu terdesak?
4.Adakah pakatan rakyat memperkecilkan kecerdikan para pengundi?
5.Adakah penceramah DAP itu pengkaji Al-Quran mengetahui dimana untuk merujuk?
6.Adakah penceramah itu seorang pendakwah?
Inilah yang saya katakan kemaruk kuasa, sampai tak tahu sempadan lagi.
Satu nak belajar goreng "char koay teow" samak tak samak belakang kira, yang ini pula dan nak jadi pendakwah dan yang taksub pula terima bulat bulat "pangkah" lepas itu siapa yang rugi? Mulut mahu manis orang dengar, hati tak apa orang tak tahu boleh bertaubat kalau ada sikit tipu!!!!! RENUNG RENUNGLAH SENDIRI, JANGAN MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI.
Monday, April 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment