Adalah menjadi kebiasaan didalam sesuatu pertandingan ada yang menangdan ada yang kalah.Siapa yang untung dan siapa yang rugi? Didalam perspektif untung rugi ini kita hendak tahu jenis organasasi apa yang bertanding.
Jika pertandingan sukan atau nyanyian yang di-pertandingkan sudah tentu yang menang akan untung apabila dianugerahkan hadiah atau ganjaran.
Apa pula halnya dengan pemilihan pemerintah (piliharaya)? Adakah pihak yang bertanding itu akan dianggap untung atau rugi atau sebenarnya rakyat yang sebenarnya dilihat untung atau rugi dalam pemilahan/pengundian itu?
Didalam pemilhan seumpama ini, rakyatlah yang menentukan untung atau ruginya mereka. Merekalah yang kena tepuk dada tanya selera,merekalah yang tentukan apa yang mereka mahu dan kemanakah hala tuju sekarang dan masa hadapan yang diinginkan. Janganlah nasi sudah menjadi bubur atau sudah terantuk baru tengadah.
Bilakah masa dan bagaimana dalam kontek memilih wakil rakyat itu akan mendatangkan keuntungan atau kerugian pada mereka? Apakah faktor faktor yang perlu diutamakan baik untuk keuntungan mahu pun merugikan.
Organasasi
a. Kumpulan manakah calon itu wakili?
b. Apakah kekuatan dan kelemahan kumpulan yang diwakilinya?
c. Apakah kriteria kriteria yang disandarkah untuk menyokong sesuatu kumpulan?
d. Kumpulan manakah yang berupaya memenuhi aspirasi mereka?
Calon
a. Siapakah calon yang bakal dipilih?
b. Dari kumpulan manakah calon?
c. Kenapa calon berkenaan dipilih oleh kumpulannya?
d. Apakah kekuatan dan kelemahannya dalam merealisasikan aspirasi pengundi?
Dengan serba sedikit cetusan diatas dapatlah pengundi pengundi diketiga-tiga kawasan pilihan raya kecil ini dapat membuat keputusan. keputusan itu juga akan dapat sedikit sebanyak memberi gambaran kearah manakah pengundi pengundi kawasan kawasan berkenaan mahu hala tuju mereka diarahkan.
Saperti diingatkan diatas jangan sampai nasi menjadi bubur,terlajak perahu boleh berpatah balik,TETAPI TERSILAP PANGKAH MENDERITA LIMA TAHUN,SILAP SILAP SELAMANYA.
Sunday, April 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment