Wednesday, May 27, 2009

Itu Tak Kena,Ini tak Kena,Apa Yang Kena?

Kebelakangan ini rakyat Malaysia dapat membaca, melihat serta mendengar pelbagai perlakuan, komentar yang dilontarkan oleh sebilangan rakyat dan kebanyakan insiden adalah cetusan yang saya sifatkan datang dari pihak pihak yang tidak berpuas hati dengan pemerintah sekarang. Tak kurang juga yang hanya semata mata melepaskan geram dan tak ketinggalan yang hanya seronok menjolok sarang tebuan kononnya atas nama keterbukaan, kebebasan dan demokrasi.

Soalan soalan saya dibawah mungkin dapat menjurus kepada jawapan soalan, APA YANG KENA?

  1. Adakah selama ini dasar dasar kerajaan tidak betul, tidak kena dengan aspirasi rakyat?
  2. Tidak adakah yang baik dengan dasar dasar yang dilaksanakan?
  3. Dimana silapnya sehingga tsunami telah melanda BN pada PRU 12?
  4. Adakah tuduhan pihak pembangkang tepat dan rasional?
  5. Kenapa penentang penentang terdiri dari golongan intellectual dari bandar?
  6. Kenapa penentangan semasa begitu agresif dan membelakangkan tatasusila serta undang undang?
  7. Adakah tindakan aggresif ini tamadun dan sihat dan tidak akan menjadi pencetus serta ikutan pihak pihak lain?
  8. Tidak adakah cara yang lebih berhemah untuk membetulkan keadaan?
  9. Kenapa pihak penentang tidak dapat terima hakikat demokarasi yang rakyat sendiri telah putuskan?
  10. Tidak terfikirkah imej negara dimata antarabangsa dari sudut pembangunan dan kemajuan Malaysia?
  11. Apakah pihak penentang mahukan selain dari memerintah negara ini?
Saya berharap para pembaca dapat memberi pandangan dengan cetusan soalan soalan diatas demi mencari jalan penyelesaian yang lebih positif.

warongkopi56

No comments: