Sokong perhimpunan haram: Pewaris selar MB Selangor
MB Selangor mahu kajian dibuat berhubung undang-undang perhimpunan awam
Selangor sokong budaya perhimpunan haram
Kena sokong ka, tak sokong nanti orang kata tak "global", tak matang, kolot, kampong mali. Betui ka?
Nak berhimpun tu boleh, tapi perhimpunan itu biarlah bertempat dan bermatlamat yang akan
menafaatkan "nation building" bukan untuk tujuan politik. Untuk tujuan politik lebih baik ada debat terbuka antara parti parti politik.Polis pun tak kena maki, perhubongan pun boleh jadi baik.
Siapa yang mahu kena maki atau dihina?
Manusia ni selalunya bila bagi betis nak peha. Ada akal tapi simpan kat lutut,tu yang jadi liar dan tak peduli perasaan orang lain. Pantang terjeling sikit, dah nak tunjuk kuat ini yang tak mahu. Macam cerita Labu Labi dan Do Re Mi, hang pijak kepala bapa dia, dia pijak kepala bapa hang. Tukang cucuk memang dah banyak.
Saranan kepada MB Selangor, jangan duk merapu nak cari sokongan membabi buta. Macam ni punya mentality pun adakah? MB konon. Ikut undang undang sedia ada belajar patuh dulu, baru rakyat boleh patuh, jangan jadi ketam!
warongkopi56
Thursday, May 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Malang sekali Pakatan Rakyat sendiri pun haram. Sampai hari ini, DAP, PAS dan PKR tak berani daftar diri sebagai satu parti.
BN lain. UMNO, MCA, MIC dan sebagainya bertanding atas nama Barisan Nasional dan logo dacing.
Pakatan ada apa ? Gabungan bendera 3 parti. Dalam pilihan raya, mereka guna lambang parti masing masing.
Peliknya PKR ni.
Ni ada lagi yang istimewa.
http://manifestogwl.blogspot.com/2009/05/cronyism-in-selangor-state-govt-where.html
Terima Kasih GWL,
Bukan apa,satu MB boleh galak budaya liar ini dan kemudian salah orang lain.
Kalau dah tak ada cara dan pengaruh kerajaan BN,kena letak jawatan kerana kurang cerdik. Bukan buat cara filem TBO Astro.
warongkopi56
salam!
Orang Melayu kini hanya ada sedikit kuasa, itupun masih nak bercakaran sesama sendiri.
Bagaimana jika kuasa yang sedikit itu hilang dalam sekelip mata kepada bukan Melayu?
menangis kah kita ?
Post a Comment