Monday, June 1, 2009

Bolehkah Kita Kecapi Semula?

Sejarah telah pun tercatat tentang keagungan empayar Islam dan juga kemusnahannya. Begitu juga dengan empayar empayar besar yang lain yang telah memahat dalam sejarah dunia. Di negara ini juga kita mempunyai sejarah teersendiri iaitu kegemilangan Kesultanan Melaka dan berakhir dengan penjajahan pihak Belanda dan British. Persoalannya masih bolehkah kegemilangan saperti itu dikecapi oleh bangsa melayu sekali lagi atau, takdir telah pun menentukan anak bangsa melayu yang dikata pendahulu dinegara ini akan berkesudahan dengan mengemis gemis dan meminta minta belas ehsan dari kaum kaum yang terkemudian?

Singapura adalah satu contoh yang hampir dengan Malaysia, dimana Perdana Menterinya sendiri telah menyatakan kaum kaum lain belum bersedia menerajui Negara Bandaraya itu. Bukankah satu ketika dahulu Singapura yang juga sebahagian dari jajahan Tanah Melayu dan diterajui oleh bangsa melayu? Apakah sejarah yang memerdekakan Singapura? Kelicikan dan kepandaian pihak pihak tertentu mengalpakan orang melayu, mengakibatkan Singapura terlepas dari menjadi sebahagian Malaysia dan tak keterlaluan untuk selama lamanya. Tidak mustahil jika sindrome alpa dan hasad dengki ini terus diamalkan, Malaysia juga hanya akan tinggal nama dan hanya dikenali melalui buku buku sejarah sahaja.

Adakah ini yang dikehendaki oleh bangsa melayu islam? Adakah ini qada dan qadar bagi umat melayu islam? Saya berasa tidak mustahil dan saya juga inilah balasan yang diturunkan oleh Allah swt kepada umat Islam yang terlalu rakus melakukan perkara perkara yang mungkar tetapi diiktikadkan betul.

Memang diakui dan nasi sudah menjadi bubur, Malaysia adalah sebuah negara majmuk dan demi perpaduan tolenransi patut ada diantara berbilang kaum. Tetapi tolenransi yang sebagaimana? Tolenransi itu biarlah yang berprinsip dan bertempat, janganlah disebabkan gila kuasa atau kekayaan atau dendam kesumat tanggal habis, kerana se-ekor nyamuk habis kelambu dibakar hangus silap silap rumah pun hancur. Saya masih ingat pesanan Ustaz saya, jangan jadi bapa kencing berdiri, anak nanti kencing berlari.

Usahalah dengan ikhlas dan hindar membuat kenyataan atau tafsiran yang boleh memecah belahkan kaum sendiri. Melayu tetap melayu
. Janganlah terlalu ghairah bertentangan sesama bangsa takut takut kaum lain memberi pengertian sebegini: MALAY erti melayu dan SIA erti tidak berguna atau tidak bermanfaat. Jadi sedarlah bangsaku, yang baik jadi teladan, yang tidak jadikan sempadan. Janganlah yang dikendung berciciran, yang dikejar tak dapat. Bersatu dan bermaufakatlah kita. Insaflah dan bertaubatlah kita.


Ikhlas
warongkopi56

2 comments:

Amran Mamat said...

Salam perjuangan!
Perkongsian idea itu penting supaya kita semakin matang dalam mengharungi liku perjuangan.

Jika kalapangan masa masih masih ada, silalah kunjungi : www.amranmamat.blogspot.com

Terima kasih.

warongkopi56 said...

Assalamua'laikum

Terima Kasih, insyaallah kita akan sembang demi bangsa, agama dan negara,

warongkopi56