Monday, June 8, 2009

2 x 5 atau 5 x 2 sama saja!

Saya pun kurang faham, apa yang sebenarnya yang dikehendaki oleh pemimpin melayu islam kita ? Tambahan pula mereka mereka yang dikatakan a'lim atau berpengetahuan dan zahirnya kuat beramal. Bagaimanakah keimanan itu dapat kita nilaikan.

Dalam kontek negara Malaysia, Melayu itu majoritynya berugama Islam dan Islam itu majoritinya dianuti oleh bangsa Melayu, dimanakah titik pertemuan antara UMNO dan PAS dalam membela nasib bangsa Melayu dan agama Islam. UMNO sebuah parti yang membela nasib orang Melayu dan agama Islam dan PAS pula menegakan syiar Islam yang ahlinya juga bangsa Melayu. Disini dapat kita lihat kedua dua parti ini persamaannya adalah Islam dan Melayu. Tetapi kenapa masih tidak ada kesedaran, keinsafan, kesefahaman dan sentiasa sangsi dan curiga antara satu dengan lain? Bukankah didalam Islam setiap insan yang seagama itu bersaudara ?

Bilakah lagi umat Melayu yang beragama Islam akan bersatu dinegara tercinta ini ? Adakah kita hendak menanti sehingga saki baki yang dimiliki oleh orang melayu hilang dan hancur lebur baru nak bersatu dan baru nak berjuang ? Tidak terlalu lewatkah atau sepatutnya sudah bermula lebih awal dari sekarang ? Apakah yang penghalangnya yang nampak begitu kuat sehingga beberapa percubaan percubaan yang lalu masih menemui kegagalan?

Punca kegagalan perpaduan orang Melayu berugama Islam ini diibaratkan, saperti pelanduk (orang melayu) lupakan jerat(penghalang) tetapi jerat (penghalang) tidak lupakan pelanduk (orang melayu). Orang Melayu, memang terkenal dengan sentimentalnya dan keasyikan malah, mudah memaafkan dan melupakan sesuatu musibah yang diterima dan ini adalah kenyataan dan inilah juga kelemahan orang Melayu Islam. Kita boleh menjadi insan yang memahami dan bertimbang rasa tetapi biarlah serdahana dan berwaspada jangan sampai "kera dihutan disusukan tetapi anak dirumah kelaparan" atau "buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali." Memberi maaf biarlah ikhlas, dan perbuatan itu perlukan kesabaran dan kesabaran itu adalah cahaya keimanan. Manakala dendam dan kemarahan adalah pujukan syaitan. Renunglah sejenak apa kesudahannya jika orang Melayu masih degil, taksub dan berpecah ? Jika ada kesepaduan kita akan kuat dan bila kita kuat kita akan dihormati.

Sejarah telah banyak mengajar kita, tetapi tidak satu pun memberi pengajaran pada kita, contoh ketara adalah rakyat Palestin dan rakyat Iraq apa terjadi pada bumi mereka dalam tamadun serba moden dan canggih ini pun mereka masih dijajah, ADAKAH INI YANG KITA MAHU ? APA KITA BOLEH MENCAPAI KEMERDEKAAN SEMULA ? Apa yang pasti jika ini berlaku, perkara pertama pihak pihak tertentu akan laksanakan adalah mengubal Perlembagaan Negara yang baru. Ini sudah pasti, dan dituruti dengan ranting ranting yang lain. Ini bukan permasaalahan takut pada bayang bayang atau takut menghadapi pengaruh globalisasi tetapi ini adalah soal hidup dan matinya bangsa Melayu yang berugama Islam. Adakah mempertahankan
bangsa dan agama itu kolot dan rasis ? Pendapat saya kelompok yang ingin memecah belahkan kaum Melayu inilah yang takut pada bayang bayang dan kelompok inilah yang tamak lagi haloba dan mereka inilah the "extreme capitalist." Sedarlah kita semua dan jauhilah dari perbuatan munafik, fasik dan syirik kerana penerimaan TAUBAT itu adalah hak ALLAH S.W.T walaupun pintu taubat itu terbuka sehingga ketika sakaratul maut.


Allahua'lam


www.warongkopi56.blogspot.com

1 comment:

PUTRA MERDEKA said...

setuju...penulisan yg baik untuk dibaca dlm mencari kebenaran... syabas sdr
salam