Apabila terbaca posting "Salahkah PAS Cadangkan Kerajaan Perpaduan?" dari www.nobisha.blogspot.com, datang ilham Yang Mana Satu Idaman Kalbu - Kerajaan Campuran atau Kerajaan Perpaduan? Kefahaman saya yang tak ada scroll.
Kerajaan Campuran, terdiri dari parti parti politik untuk menubuhkan sebuah kerajaan dengan satu persefahaman yang telah dipersetujui termasuklah perkongsian kuasa, jawatan dalam kerajaan dan juga dasar dasar yang hendak dilaksanakan. Pada kebiasaan, parti yang mempunyai kerusi terbanyak yang akan menerajui kepimpinan kerajaan tersebut termasuklah jawatan jawatan yang penting. Kadangkala pemilihan jawatan dan perlaksanaan dasarlah yang paling rumit dan berlaku kegagalan dalam penggabungan ini.
Dalam istilah yang tepat, Kerajaan Barisan Nasioanl walaupun mirip kerajaan campuran tetapi, kerajaan ini bukanlah kerajaan campuran kerana barisan nasional adalah satu parti yang berdaftar dan keahliannya sahaja yang berbeza. Pada kebiasaan, ahli parti dikira melalui individu, berbeza dengan Barisan Nasional, ahlinya terdiri dari parti parti yang menyertai gagasan ini yang dikenali sebagai komponen. Sebab itu Barisan Nasional tidak akan bertindak keatas ahli individu dan menyerahkan kepada parti parti berkaitan untuk bertindak. Badan tertinggi Barisan Nasional hanya akan bertindak keatas parti itu sahaja jika ada apa apa yang bercanggah dengan dasar parti Barisan Nasional. Barisan Nasional bolehlah dianggap satu entiti berkonsepkan multiracial.
Bagi Pakatan Rakyat, penyatuan parti parti dalam pakatan lebih mirip kepada apa yang saya istilahkan kerajaan campuran. Pertama Pakatan Rakyat adalah gabungan yang tidak berdaftar walau pun mekanismenya memang ala Barisan Nasional dimana, kerusi yang dipertandingkan oleh mana parti dalam pakatan ini tidak akan dipertandingkan oleh parti dalam Pakatan Rakyat. Kedua, segala dasar dan persefahaman dalam Pakatan Rakyat tidak dijadikan sebagai perlembagaan parti kerana tidak berdaftar. Oleh itu dasar dan persefahaman itu adalah sekadar konvensyen sahaja.
Seperkara lagi didalam kerajaan campuran, semasa sesuatu piliharaya, tidak ada kata sepakat berhubong kerusi yang dipertandingkan dan kerjasama hanya akan terjalin jika tidak ada "clear majority" atau majoriti yang lemah untuk sesuatu parti itu memerintah. Ketika inilah parti parti yang ada kemenangan yang agak selesa akan bertemu untuk perbincangan bagi menubuhkan kerajaan campuran.
Kerajaan Perpaduan, bagi tujuan kefahaman kita hendaklah lihat dari sudut yang selalu kita dengar dan baca, iaitu, kerjasama(maufakat) antara dua kerajaan yang diistilahkan sebagai "bilateral understanding". Dalam kontek kerajaan perpaduan ini, yang saya fahami lebih menjurus kepada permaufakatan antara dua entiti iaitu kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dan Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Barisan Nasional demi, kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.
Kerajaan Perpaduan ini tidaklah saperti Kerajaan Campuran, kerana dari perspektif saya, kerajaan perpaduan tidak akan berkongsi kuasa atau berada bersama dalam satu kerajaan. Kedua dua entiti ini akan meneruskan dasar masing dan hanya akan bertemu dalam satu titik pertemuan demi kesejahteraan rakyat seluruhnya. Dalam erti kata yang lain mempunyai objektif yang satu iaitu "kesejahteraan rakyat" dengan dasar dan pendekatan yang berlainan. Sebagai contoh, ahli ahli parlimen yang hendak menghadiri sidang parlimen di Kuala Lumpur yang tinggal dimerata tempat diMalaysia ini, apakah objektif mereka? Menghadiri sidang parlimen di Kuala Lumpur, cara atau pendekatan untuk sampai keKuala Lumpur adalah pelbagai ,"opsyen" inilah yang dimaksudkan sebagai dasar dan pendekatan yang berlainan untuk mencapai objektif yang sama.
Semua telah maklum tentang sistem demokrasi diMalaysia, satu undi pun dikira majoriti. Bagaimanakah nasib kumpulan atau kumpulan kumpulan minoriti, siapakah pembela mereka?
Dari sikap normanya, adalah tanggung jawab kerajaan yang memerintah tetapi adakah sikap dan sifat itu selari dan berlaku? Kalaulah sikap dan sifat itu selari, tidaklah kita dengar sekolah tadika ditutup, JKKK dipecat, tak diiktiraf, jalan kampong tak diturap tar, klinik kesihatan tidak ada, tiada pembelaan rakyat yang miskin dan melarat dan yang paling jelek kegunaan asas saperti air dan letrik masih tidak ada, walau pun negara Malaysia ini sudah maju dan merdeka lebih dari setengah abad.
Dengan terjalinnya Kerajaan Perpaduan ini, adalah didoakan dan diharapkan dapat mencetuskan satu kefahaman dimana semua rakyat dibela melalui mana mana kerajaan yang memerintah baik dari pusat atau pun negeri tanpa perlu menubuhkan satu agensi lain mewakili kerajaan persekutuan. Jika Kerajaan Perpaduan ini menjadi kenyataan, dan peruntukan kewangan diberi dengan ratio yang adil, kewibawaan pemerintah disesebuah negeri itu akan dapat dinilaikan oleh rakyat. serta mengurangkan "accountabilities" Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Pusat.
Pesanan saya, walau sebaik mana sesuatu formula itu, jika tidak ada keikhlasan dan kejujuran dan kepentingan rakyat didahulukan dan hanya penting perut sendiri apa pun tidak akan baik dan mangsanya adalah RAKYAT.
Pendapat ikhlas saya.
www.warongkopi56.blogspot.com
Wednesday, June 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment