Perlantikan semula YB Nasharudin sebagai Timbalan Presiden akan menguatkan lagi saranan Presiden PAS berkaitan kerajaan perpaduan. Dewan Pemuda pula telah nampak akan mempertahankan hak hak bumiputra berserta dengan Dewan Ulama yang mementingkan perpaduan ummah saya sangat positif kita sudah dapat melihat cahaya dihujung terowong bagi umat melayu.
Saya juga berharap harapan ini direalisasikan dengan seikhlas ikhlasnya dan tidak akan jadi polemik lagi. Saya juga berharap UMNO membuka ruang yang luas dan ikhlas dan berusaha bagi menjayakan matlamat ini. Pandangan saya usaha ini tidaklah bermaksud kita akan meminggirkan kaum lain kerana, ia adalah hakikat, Malaysia adalah sebuah negara majmuk. Tetapi tidak salah untuk mana kaum untuk memperbetulkan dan memperkukuhkan kaum masing demi kesejahteraan kaum masing masing.
Walau apa pun marilah ke bersama sama memanjatkan perkenan Allah SWT supaya niat kita tidak tersasar dan dimakbul niat ini.
Wassalam
www.warongkopi56.blogspot.com
Saturday, June 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment