Monday, June 15, 2009

Apa Salahnya Mengaku dan Berubah?

Dua perkara yang menjadi lumrah hidup pada kebanyakan manusia. Pertama, berhutang susah membayar dan kedua, bersalah susah mengaku.

Sudah kurang lebih 52 tahun UMNO secara terus menjadi tunjang peperintahan negara. Sudah pasti dalam masa lebih dari setengah abad pelbagai kesalahan, kelemahan dan kecacatan dapat dikesan dan dipertikaikan. Kenapa dalam mana mana kesilapan atau kelemahan semasa negara ini ditadbir hanya UMNO lebih ditonjol sebagai pesalah berbanding dengan lain lain parti komponen?

UMNO yang menunjangi pemerintahan negara dan Presidennya secara konvesyen menjadi Perdana Menteri adalah dianggap ketua dan sebagai seorang ketua, UMNO telah mengambil risiko menjadi liabiliti serta akautibiliti dalam setiap kelemahan dalam pentadbiran negara. Imej dan integiti UMNO bertambah parah, apabila mempunyai musuh dalam selimut dan musuh luar selimut (yang telah meninggalkan UMNO). Umum tentunya memahami, apa yang boleh berlaku pada UMNO dengan orang orang saperti ini.

UMNO juga dilihat secara negatif adalah disebabkan, masih mempertahankan institusi Raja Raja Melayu dan hak hak orang melayu sebagai bangsa yang terdahulu dinegara ini walaupun, disubsektor perkhidmatan dan juga perbankan ada sedikit liberalasasi telah diberikan. Namun, saperti posting saya yang terdahulu, orang melayu tidak mempunyai "kekuatan" selain dari kuasa politik yang sudah agak goyah dan Perlembagaan Negara yang tidak mustahil boleh dipinda jika tidak berwaspada( "A Constitution is a living document." ) apakah kekuatan lain yang orang melayu ada ?

Bangsa melayu perlu dan menerima hakikat yang kita telah terkebelakang bertahun tahun jika dibanding dengan kaum kaum lain dinegara ini. Terutama dari bidang ekonomi, pemikiran, pembelajaran, kerajinan, networking, marketing termasuklah research and development. Bangsa melayu takut untuk venture tanpa jaminan, dan sebab itulah banyak dari bangsa melayu menjadi kakitangan kerajaan kerana berpencen. Tapi selepas NEP diperkenalkan adalah segelintir yang betul betul berjaya, tanpa menjadi proxy atau perolehan melalui tender tender khas atau saham khas yang telah diperuntukan bagi bumiputra.

Permasaalahan orang melayu adalah terlalu "contented", tidak apa attitude, tidak ada "sense of survival" serta perpaduan yang jitu, termasuklah yang dah belajar tinggi didalam atau diluar negara dah pula terikut ikut dengan budaya universal dan globalisation yang mementingkan lojik dan meritokrasi semata mata. Sekali lagi saya ingin menyingkap sejarah sejarah Long Jaafar dan Yap Ah Loy. Long Jaafar adalah Tuan Tanah dan Yap Ah Loy mencuba nasib diTanah Melayu. Sebagai Tuan Tanah, Long Jaafar berasa begitu "secure" dan Yap Ah Loy demi "survival" dan maruahnya, malu untuk kembali ke Negeri China beliau telah berjaya sehingga bergelar "Kapitan China." Bila kita bercakap demi "survival" ini memang sangat subjektif, mengandungi pelbagai. Salahkah bangsa melayu juga mendukong perpaduan orang melayu demi "survival"?

Jadi apa salahnya kita mengaku kita telah lalai, malas, bodoh, complacent, mencari jalan yang mudah untuk senang dan bertekad akan berubah demi maruah dan masa depan Bangsa Melayu dan genarasi melayu seterusnya insyaallah. Pastikan dengan tekad yang tebal ini, bukan hanya sekadar polemik atau retorik tetapi, satu kesungguhan yang realistik dan perlu drastik perlaksanaannya. Bagi orang melayu yang sudah hanyut dengan kejayaan peribadi yang kononya "open minded" lagi universal, insaflah, bahawa orang melayu dan islam jugalah yang akan menkafan dan mentalkinkan kamu, apabila Allah SWT menjemput kamu kelak. Usaha sebelum ditakdirkan

Allahua'lam

www.warongkopi56.blogspot.com


No comments: