Monday, June 15, 2009

Inilah Qualiti Kalau Ikut Hati

KUALA LUMPUR 15 Jun – Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin diperintah keluar Dewan hanya selepas 10 minit mengangkat sumpah di Dewan Rakyat hari ini....

Inilah kalau tersalah pilih wakil rakyat. Adakah sikap begini yang wakil rakyat diharapkan? Kalau dah kena halau, apa lagi nak bela rakyat.

Parlimen adalah platform yang terbaik membela atau mengemukakan isu isu rakyat tapi kalau dah kena halau apa yang tinggal lagi.

Baru hari pertama dah buat hal. Tunjuklah sikap professional sikit, bahaslah isu semasa dan hujahlah dengan bernas dan pengaruhi ahli dewan supaya dapat difahami dan disokong, bukan tunjuk kurang hormat. Takkan hero buat begini?

Perangai kita saja betul, orang lain semua salah, bukan sikap professional, matanglah sikit. Samalah dengan wakil Ipoh Timur, belum apa apa dah nak tunjuk semua tahu. Listen, think then talk. Inilah akibat pilih ikut perasaan.


www,warongkopi56.blogspot.com

No comments: