Inilah politik macam macam, tidak ada yang boleh ditetapkan sehingga ia termeterai. Ketika ini, berhubong dengan "kerajaan perpaduan" hanya Presiden PAS sahaja yang dapat menjelaskan apakah yang tersirat sehingga beliau mencetuskan cadangan ini. Kita sama sama tunggu.
Walau bagaimana pun, cetusan idea "perpaduan" masih boleh dibincangkan kerana itu adalah satu cetusan yang saya kira dapat menstabilkan ketidak tentuan perpaduan rakyat terutama bangsa melayu., Manalah tahu nasib, nasib, satu hari nanti boleh jadi realiti. Apa pun kedua dua pihak mesti ikhlas dan berobjektif. Terokailah bagaimana untuk mencari titik pertemuan itu.
Langkah pertama saya kira sudah boleh bermula dengan persetujuan Presiden UMNO untuk mendengar dan memahami apakah yang dimaksudkan "kerajaan perpaduan" cetusan Presiden PAS itu. Malang sekali belum sempat mengetahui maksudnya, tiba tiba Setiausaha Agung PAS sudah "tarik hanbrake" kenapa pula mempersia siakan satu cetusan yang baik ini.
Mula mula mengarah ahli berhenti dari bercakap tentang "kerajaan perpaduan" kemudian dia letak syarat pula. Ini bukan nak bagi jadi, lebih macam nak bagi TAK JADI saja.Takan manusia pun mempunyai dua lidah?
Sabenarnya PAS takut pada bayang bayangnya sendiri, tidak ada keyakinan diri serta jati diri. Yalah, nanti abang Anwar dan abang sepek marah, tak mahu kawan PAS rugi orang tak pangkah pula. Saya rasa PAS masih dalam phobia kehilangan pengaruh saperti PRU tahun 2004. Pada 1999 dengan berpaut pada isu Anwar PAS raih kemenangan yang agak mengalakan tapi, pada PRU 2004 tertungging. Inilah dilemma PAS, tambahan pula kaum kaum bukan melayu, kebanyakan dan mula mengugut apabila mendengar kerjasama dengan UMNO.

Sekarang PAS kena membuktikan, sama ada bertulang belakang untuk berdiri sendiri atau masih perlukan tongkat. Jika betul "kerajaan perpaduan" itu baik untuk rakyat beranikan diri, teruskan perbincangan dengan siapa yang sudi, "be yourself PAS," baru dapat respect. Saya kira cetusan Presiden PAS itu tentunya baik dan sudah dikaji, jika tidak masakan diumumkan secara terbuka, walau pun dalam muktamar. Cakap satu lidah tau!
No comments:
Post a Comment