Tuesday, June 16, 2009

Nik Aziz dan Nizar - Kesabaran itulah Kemenangan

Rata rata semua mengakui masyarakat telah berubah dan tidak sebetul bendul dahulu lagi. Mereka telah tahu menilai dan memilih antara kaca dan permata. Adakah mereka semuanya Jauhari yang mengenal manikam atau mereka tidak pun tahu perbezaan antara musang dengan musang berbulu ayam?

Apa yang kita diperlihatkan adalah manusia zaman mutakhir kini sudah hilang "bearing" dan memalukan. Kerana kerakusan kepada kuasa, kedudukan, pengaruh dan material apa saja pun tak apa. Kejadian seumpama ini jika dilakukan oleh gulungan muda yang kurang matang atau kurang berpengetahuan atau pun yang bukan "public figure" walau pun masih tercela tidaklah begitu tercela.

Adakah perbuatan atau kelakuan ini boleh dibanggakan? Tindak tanduk sebegini boleh diibaratkan saperti bermain dengan api,"kecil kecil jadi kawan, bila besar jadi lawan." Sudahlah ketika zaman Bush Amerika Syarikat, Islam dichop sebagai terrorist, kita orang yang mengakui islam menunjuk kecenderungan kesitu pula. Kita sepatutnya menangkis gejala negatif ini serta meningkatkan maruah Islam ketahap menjadi agama pilihan, bukan menjatuhkannya.

Tinggi mana sekali pun pengetahuan kita, pengetahuan dan pembelajaran itu tidak akan tamat, sehinggalah kita dimasukan kedalam liang lahat. saya masih ingat lagi penulisan Imam Ghazali, " semakin banyak akau mempelajari semakin banyak yang aku tidak mengetahui." Oleh itu sesaorang insan sepatutnya insaf, tawaduk dan bertaubat. Apa betulkah kebanyakan ulama akan mendiami neraka? Nasihatkan saya jika tersilap.

Walau apa pun yang saya pasti, "Kesabaran itu adalah Kemenangkan dan Perpaduan itu adalah Kekuatan.

Allahua'llam

www.warongkopi56.blogspot.com


2 comments:

Pemuda Telok Datok said...

salam..terlebih dahulu saya bagi pihak pemuda umno telok datok ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi layari laman blog kami.Komen anda juga amat kami hargai.Semoga persahabatan ini akan bekekalan.
ikhlas dari saya:

Ketua Pemuda UMNO Cawangan Telok datok

warongkopi56 said...

Assalamua'laikum Wargo UMNO Telok Datuk,

Terima kasih diatas respon ini, insyaallah bersatu kita demi bangsa dan agama. Selamat Berkunjong.

Ikhlas

warongkopi56