Friday, June 5, 2009

Yang Sayangkan Agama, Bangsa dan Negara.

Ilmu yang benar penyelamat manusia

Apabila terbaca rencana diatas melalui Utusan Online tersentak jiwa saya dengan persoalan, ADAKAH MANUSIA PADA ZAMAN MUTAKHIR INI BEGITU RAKUS MENGEJAR DUNIA SEHINGGA TERLUPA PADA KEHIDUPAN ABADI YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH SWT?

Secara peribadi saya sendiri mengakui akan kebenaran itu, malah tidak keterlaluan saya kira itulah yang sedang berlaku diMalaysia dan juga diseluruh dunia. Manusia telah terlalu amat taksub dengan kejayaan kejayaan dan logik mereka.

Apa tidaknya, masing masing ingin dan bernafsu berlumba lumba menjadi jaguhan dunia, menjadi polis dunia dan berbagai lagi sehingga tidak menghiraukan impak keatas dunia dan manusia sejagat. Sebagai seorang islam, pentas dunia adalah pentas ujian untuk hambanya, yang kekal abadi adalah kehidupan selepas ini. Tetapi percaturan manusia apa yang dapat kita sama sama saksikan adalah saperti dunia ini akan kekal selama lamanya.

Sesama manusia sudah tidak ada keikhlasan dan sentiasa mencurigai antara satu dengan lain. Apa yang mereka perlukan hanyalah keuntungan, kemewahan, kebebasan tanpa noktah, puji pujian dan akhir sekali kuasa. Masing masing ingin melepaskan pucuk masing hingga terbelit belit,itulah pendirian yang dapat digambarkan. Menghormati antara insan sudah menjadi budaya lapok, perkataan cerdik pandai "sudah tak relevan," mengenang budi sudah tidak timbul, itu tanggung jawab.

Bagaimana pula dalam kontek Malaysia? Masih boleh dibendung? Marilah kita sama sama menilainya adakah akal dan kepandaian yang telah dikurniakan diguna untuk kebajikan atau kemusnahan. Apakah yang dipertanggung jawabkan keatas setiap insan didunia ini? Adakah semata mata menggunakan logik atau ada peraturan dan perintah yang lebih agung dari logik yang dipinjamkan. Siapakah jelmaan syaitan itu, adakah nelayan atau petani yang mungkin buta huruf atau persekolahan ala kadar atau insan yang intelektual yang berupaya mengupas apa apa ilmu untuk kepentingannya dan yang tak pernah disanggah?

Muhasabahlah kita.



www.warongkopi56.blogspot.com

No comments: