Dimana kemampuan PAS dan bolehkah parti tersebut mengantikan UMNO? Adakah UMNO sememangnya sudah kehilangan kredibiliti untuk menunjangi pemerintahan Malaysia?
Secara realistiknya dalam politik ini semua serba kemungkinan. Kawan jadi lawan dan sebaliknya. Apa pun telahan telahan ini atau impian impian ini kesudahannya bergantung sepenuhnya kepada pengundi selain dari takdir illahi.
Persoalan yang bermain difikiran saya sebagai seorang islam, kenapa PAS dengan ulamanya,tok guru-tok gurunya yang sentiasa membenarkan yang mereka lebih islamic masih doa doa mereka tidak dimakbulkan? Apakah hikmah yang impian mereka ini belum menjadi realisti? Adakah pandangan dalam blog www.nobisha.blogspot.com berkaitan rebranding dan repositioning akan memakbulkan impian PAS?
Saya mengakui, jika ada kemahuan disitu ada kejayaan kerana saya berpegang kepada firman Allah SWT, bahawa nasib sesaorang itu hanya akan berubah dengan keinginan sesaorang itu. Adakah keinginan dan keyakinan PAS baru terbit selepas tsunami PRU12 dan secara kebetulan ilham pun menjelma? Kenapa begitu lambat, adakah lambat asalkan selamat? Mungkin juga PAS telah menerima satu suntikan yang berkesan sehingga terlonjak dengan cita cita yang besar ini.
Siapakah doktor yang memberi suntikan ini dan adakah ubat itu bertahan lama? Doktor inilah yang juga memberi suntikan pada PRU 10 1999, dimana PAS berjaya menawan Trengganu serta Presidennya dapat merasa menjadi Mentri Besar. Peluang ini dikecapi sekali lagi oleh PAS pada PRU 12,2008. Adakah dengan kekuatan sendiri? Tidak juga, sebab perencanaan doktor itu juga yang menyatukan PAS dan DAP yang tidak langsung sehaluan dan terciptalah barisan alternatif yang menamakan kabungan tiga parti PAS,DAP dan PKR sebagai Pakatan Rakyat.
Semasa, PAS dilihat telah banyak berkompromi dengan dasar dasarnya demi "perpaduan" Pakatan Rakyat dan sudah kurang mendendangkan Negara Islam dan hukum hududnya. Apakah perjuangan PAS buat masa kini, adakah PAS sudah liberal terhadap ideologi Islamnya sehingga pergabungannya dengan parti yang bukan Islam tidak menjadi kafir saperti UMNO lagi? Apa perbezaan pergabungan PAS dalam Pakatan Rakyat dengan UMNO dalam Barisan Nasional?
Atas dasar mana PAS akan memperjuangkan politiknya, bangsa atau ugama? Siapa akan menjadi kaum terdahulu (indigenous group) dan adakah perlembagaan terpaksa digubal semula, supaya semua rakyat dianggap sama rata, sama rasa dan tidak ada sesiapa yang dominan dari segi bangsa, bahasa dan juga ugama? Adakah ini yang dicita citakan oleh PAS dan sekutunya atau PAS sekadar ganti UMNO dari segi mewakili bangsa melayu sebab Islam adalah universal hak semua umat dunia?
Sejauh manakah kemampuan PAS atau hanya angan angan?
www.warongkopi56.blogspot.com
Thursday, June 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
PAS sememangnya tidak bijak berfikir kerana dipergunakan oleh DAP untuk mencabar kuasa raja dan menraik keistimewaan hak orang melayu.Kerana tamakkkan kuasa,Nizar bagai monyet yang dijanjikan pisang oleh DAP dan sanggup membuat apa saja sehingga tidak menunjukkan tatasusila orang melayu serta sebagai orang islam.Nik Aziz dengan kuat menentang kerjasama dengan UMNO tetapi dengan rela bekerjasama dengan DAP yang ternyata mempunyai agenda tersembunyi dan mereka tahu orang melayu PAS adalah bodoh,seperti yang ditunjukkan sekarang. Kalau Elizabeth Wong yang terlibat dengan skandal seks adalah dari BN,orang tua nyanyuk ini akan mengutuk dan menghina habis-habisan.Oleh kerana beliau dari PKR,orang tua gatal ini sanggup berjumpa dengan Elizabeth Wong dan membiarkan betina ini menghina budaya melayu dengan memakai baju kurung dan tudung dimana orang yang tidak bermoral speerti ini tidak layak memakai pakaian yang melambangkan kesucian dan kesusilaan. Kenapa tidak pakai saja cheongsam semasa jumpa orang tua PAS ini?Ternyata PAS akan menghancurkan masa depan orang Melayu dengan sifat hipokritnya.DAP sedang tertawakan gelagat orang Melayu PAS yang tidak ada akal.
Post a Comment