Lantang dan berani sungguh Manoharan mencabar dan saya kira ini adalah kali kedua kenyataan seumpama itu dikeluarkan oleh adun berkenaan. Keberanian yang ditunjukan oleh beliau adalah semata mata keberanian sebagai ahli politik dan tidak lebih daripada itu.
Pada hemat saya, tindakan adun itu bersandarkan ideologi parti DAP yang diwakilinya yang memperjuangkan 'Malaysian Malaysia." Semasa beliau mengutarakan pendapatnya untuk membumiputerakan semua rakyat Malaysia yang tersirat tak lain tak bukan adalah menuju kepada wawasan Malaysian Malaysia dan secara langsung atau pun tidak berkehendakan pindaan kepada Perlembagaan Malaysia dalam artikel hah hak keistemewaan orang melayu dan bumiputra. Itulah matlamat DAP sebenarnya. Kalau ini dibiarkan berlaku apa akan jadi pada orang melayu, kaum bumiputra dan institusi raja raja melayu? Kemungkinan besar Malaysia akan direpublikan.
Perjuangan parti DAP berhubong dengan Malaysian Malaysia tidak pernah luntur dan sentiasa diibaratkan sebagai "api alam serkam" menanti kekuatan tiupan angin sahaja. Kuatnya hembusan angin, se makin maraklah serkam yang terbakar dan semakin medidihlah semangat membebaskan kebelenguan. Itulah sebenarnya mimpi yang mungkin jadi kenyataan dalam suasana lanskap baru politik Malaysia.
Kenapa dan apakah asas yang telah menyebabkan tercetusnya ancaman kepada hak hak keistemewaan orang melayu dan bumiputra dipandang sangat negatif kebelakangan ini? Dimana punca dan sebab musabab orang orang melayu amnya dan UMNO khasnya diperlekehkan sedemikian rupa? Lagi menyedihkan apabila bangsa sendiri turut memperkecilkan bangsanya sendiri. Memperkecilkan dalam bentuk kritik membina boleh diterima, tetapi kritikan memperlekehkan hak hak orang melayu sebagai kaum terdahulu, sebagai kaum yang diberi keistemewaan termasuk institusi raja raja tidak dapat ditelan begitu saja oleh saya. Hakikat tetap hakikat, dan janganlah sesekali dibiarkan dipersendakan oleh kaum lain dengan mempergunakan kaum melayu yang tak sedar diri.
Dimana pincangnya yang membuat kerajaan hari ini, para penyokongnya serta orang melayu yang mempertahankan hak hak keistemewaan orang melayu dipandang hina, pemeras dan kolot?

- Kekukuhan kekuatan ekonomi kaum minoriti.
- Kesepaduan kaum kaum minoriti.
- Keupayaan mempengaruhi sebilangan kumpulan intelek orang melayu.
- Kegagalan dalam banyak dasar kerajaan mencapai matlamat membantu orang melayu.
- Perpecahan orang melayu disebabkan kecewa, kerakusan pada kuasa dan material.
- Kerajaan pada hari ini nampak desperate selepas PRU12.
- Segala kekeliruan dan persoalan terhadap akhlak dan tanggapan negatif tidak diperjelaskan.
- Pemimpin pemimpin yang dianggap tidak jujur masih dikekalkan.
- Kronisme, nepotisme dilihat masih diamalkan.
- Rasuah dan Jenayah tidak ditangani dengan sepatutnya.
- Hak Hak asasi manusia dikatakan ditindas tiada penjelasan yang kukuh.
- Badan Kehakiman dirasakan ternoda pun tiada penjelasan.
- Rasuah politik.
- Kemelut kerajaan negeri Perak.
- Networking dengan badan badan berpengaruh antarabangsa.
No comments:
Post a Comment