"Katanya beliau lebih marah terhadap kecaman yang dilontarkan oleh anggota Umno dan bekas anggota kabinetnya daripada kecaman yang dibuat oleh anggota MIC."
"Saya duduk dalam Umno dari mula parti itu ditubuhkan. Yang tegur saya ini belum beranak pun lagi," katanya.
klik untuk lapuran penuh -Malaysiakini 17.09.09
Inilah satu senario yang dilihat,diperhatikan dan ditimbang oleh rakyat. Kalau seorang pemimpin yang telah berjasa saperti Tun Dr.Mahathir pun dicemuh,dihina dan difitnah oleh kepentingan yang tertentu apatah lagi rakyat biasa.
Adakah ini antara sebab musabab UMNO dijauhi dan dicurigai? Usahlah diperkatakan hal hal saperti politik wang, perebutan kuasa dan lain lain lagi. Oleh itu berfikir fikirlah dahulu sebelum bercakap. Ada perpatah melayu yang berbunyi begini, "kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa."
Jika cercaan itu dimulakan oleh kita sendiri yang datangnya dari satu bangsa,agama dan parti apa nak dihairankan kalau orang yang berlainan bangsa,agama dan parti berbuat perkara yang serupa. Kenapa hendak melenting sedang kita yang tunjukan jalan?
Inilah imej imej negatif yang perlu dicuci,bersih. Jika kita sendiri tidak mahu atau tidak tahu menghormati bangsa dan adat kita sendiri siapa lagi akan menghormati kita. Inilah kesilapan yang sering dilakukan oleh orang melayu iaitu mengadu domba dan tak sunyi dengan hasad dengki.
Kalau sentiasa bersikap "sudah terantuk baru tengadah" impaknya kadang kala amat merugikan dan adakalanya berbahaya,
Adalah diakui didalam politik tiada kawan atau lawan yang kekal tetapi janganlah terlalu berpolitik sehingga anak bangsa sendiri berpecah belah dan membolehkan pihak pihak tertentu menangguk diair yang keruh.Kesederhanaan adalah cahaya keimanan.

No comments:
Post a Comment