Thursday, September 17, 2009

Guan Eng nyanyi lagi

Najib more difficult to dislodge as PM, says Guan Eng - Malaysiakini 15.09.09
Err ... Pak Lah? Najib's more effective lah! - Malaysian Mirror 15.09.09
Guan eng akui bukan mudah ketepikan najib - Utusan 16.09.09

Walau pun lagu dan lirik nyanyian dendangan setiausaha agung DAP kali ini tidaklah sama tetapi membawa maksud dan tujuan yang sama. Kalau dulu sabelum PRU ke12 lagu bertemakan "give us a chance" serta mencerminkan bertapa kerdilnya pakatan rakyat ketika itu jika dibandingkan dengan Barisan Nasional namun peluang dirayu agar Pakatan Rakyat diberi peluang.

Apapun dendangan ini sekali lagi akan digunakan untuk mengasyikan Barisan Nasional dan penyokongnya. Lagu ini juga digunakan untuk menaikan semangat Pakatan Rakyat supaya bekerja lebih keras lagi dengan satu matlamat iaitu merampas tampok pemerintahan negara.

Oleh yang demikian adalah diharapkan harap Barisan Nasional tidak begitu khayal dengan senikata senikata yang didendangkan. Janganlah mengambil enteng saperti kesilapan yang telah lalu iaitu memperkecilkan kemampuan media internet. Sekali lagi dipesan "pelanduk selalu lupakan jerat, tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk."

Janganlah majoriti diManik Urai dan diPermatang Pasir menurun pada pihak pembangkang Barisan Nasional sudah merasai angin sudah berubah. Sentiasa berwaspada dan biarlah keyakinan itu ada batasnya. Betulkan sengketa didalam Barisan Nasional dahulu, bersihkan imej Barisan Nasional dan imej yang mengambarkan masih ada perebutan kuasa didalam parti parti komponen Barisan Nasional saperti UMNO diTrengganu, MCA, MIC dan PPP. Ubahlah persepsi ini baru rakyat ada keyakinan serta tidak menganggap bahawa para pemimpin Barisan Nasional hanya penting kuasa dan kedudukan.

Adakah Barisan Nasional ingin mengikuti LDP diJepun dan Golkar diIndonesia? Siapa yang patut bersara, bersaralah, siapa yang patut pergi, pergilah, siapa yang patut letak jawatan letaklah dan siapa yang patut dipecat,pecatlah. PRU ke13 tidaklah lama, tindakan membersih dan menstabilkan parti perlukan masa dan yang paling getir adalah meyakinkan rakyat. Oleh itu bersihlah dari dalam, daki daki yang tidak dapat dilihat dari luar takut takut tiada ubat yang boleh menyembuhnya lagi. Nau'zubillah min zalik.

No comments: