Wednesday, September 2, 2009

Jasa mu bukan untuk dikenang, KENAPA ?

Tertarik bagi saya berkata sesuatu apabila membaca blog The Scribe klik sini dan rencana Utusan Malaysia 02.09.09. klik sini .

Dalam kedua dua tulisan berikut satu persamaan yang dapat dirumuskan bahawa sifat murni bertimbang rasa dan bertolak ansur sudah semakin terhapus. Jika kita mempersalahkan kepada budaya asing mempengaruhi pemikiran rakyat Malaysia, saya rasa ia kurang tepat,contohnya disebelah barat sikap "gentleman" masih dipraktikan, begitu juga di-Jepun masih tunduk memberi hormat.

Jadi dari mana sikap yang makin kurang menyenangkan dianuti oleh masyarakat di negara Malaysia ini? Malaysia satu ketika dulu terkenal dengan sikap penyayang dan murah hati dan sentiasa menghulur derma serta bantuan kepada yang memerlukan tapi akhir akhir ini sikap murni sudah agak tenggelam jika dibanding dengan sikap negatif yang makin bermaharaja lela dan diminati, kononnya bersikap sedemikian nampak "hero" dan berani dan tidak hipokrit

Semua ini berpunca dimana? Asuhan atau teladan dirumah, adakah disekolah atau dari sumber sumber dan teladan teladan yang begitu bebas yang dikatakan tanpa sempadan? Dalam hal ini semua lapisan masyarakat bertanggung jawab mengujudkan semula masyarakat yang penyayang dan bertanggung jawab dan semuanya mesti bermula dirumah.

Sumbangan diperingkat sekolah dan agensi agensi yang bertanggung jawab hanyalah sebangai badan penambah baik bagi menggukuhkan lagi budaya sihat ini. Lihat saja lebuhraya dari Slim River sehingga R&R Sungai Buluh setiap hala disediakan tiga lorong tetapi pemanduan sepanjang jalan ini umpama tiada undang undang peraturannya bukan sahaja oleh kenderaan motokar atau bas express malah treler empat puluh kaki juga memandu dalam kegilaan. Samalah diatas jambatan Pulau Pinang, kelebarannya diguna untuk pecutan melebihi had kelajuan apa inikah tujuannya?

Sabenarnya sikap ini wajip diasuh oleh ibu bapa dan ibu bapalah yang perlu menyediakan diri masing masing dengan pengetahuan ilmu agama mahu pun ilmu dunia berserta dengan segala pengelaman hidup pahit dan manis sebagai ikhtibar bagi menangkis segala gejala yang akan merosakan maruah keturunan masing masing khasnya dan negara amnya. Ubahlah sikap suka menyalahkan orang lain selain diri sendiri dan hayatilah bahawa Allah SWT tidak akan merubahkan nasib sesaorang itu, melainkan orang itu berusaha merubahkannya dan berserta dengan doa kehadrat Allah SWT.


Allahuallam

No comments: