Banyak sangat cerita dan komen diperkatakan terhadap kakitangan awam. Kritikan ini selalunya terlebih disensasikan sehingga gulongan ini menjadi kaku, bosan atau menjalankan tugas sambil lewa. Kenapa sikap sikap begini masih terus dilakukan oleh penjawat awam?
Pengelaman berinteraksi dengan penjawat penjawat awam dari pelbagai jabatan secara resmi boleh dikongsi bersama, termasuklah pergaulan tidak resmi bersama penjawat penjawat awam. Dalam mengharunggi kehidupan seharian secara sengaja atau tidak, kawan kawan kita ini meluahkan ketidak puasan hati dari pelbagai sudut dan pandangan.
Sebagai manusia dan untuk mengurangkan tekanan luahan luahan ini tidak dapat dielakan dan inilah kadang kalanya dimanipulasikan oleh yang ingin sangat mengambil kesempatan keatas kelemahan penjawat awam. Kalau ditanya tidak-kah kekusutan ini dikemukakan kepada pihak atasan. Antara jawapan yang sering didengari ialah,"boleh beritahulah semua nak jaga periuk nasi masing masing" atau "beritahu tetapi majoriti rakan rakan tidak memberi sokongan dan akhir yang memaklumkan akan dipersalahkan untong nak berkongsi rugi tidak mahu." Inilah antara "frustration" yang sering diluahkan.
Ada juga bos bos yang garang dan selalunya arahan diterima,"do it first, complain later" atau " i don't care how you do it, but make sure everything goes well." Jadi sampai bilakah budaya ini akan berterusan? Macam macam telah dislogankan, kepimpinanmelalui teladan, berbudi bahasa dan sabar semasa bertugas dikaunter, mesra rakyat, kami sedia membantu anda dan banyak lagi slogan slogan yang terpampang di-dinding pejabat kerajaan, termasuklah misi dan visi jabatan tersebut. Tetapi apa yang membantut cita cita murni kerajaan ini?
Jadi diantara kakitangan awam dan wakil rakyat siapakah penentu kewibawaan sesebuah kerajaan. Tugas wakil rakyat adalah lebih mencari populariti dengan menerima dan mendengar runggutan rakyat dan membawa kepengetahuan kerajaan dengan hujah hujah yang mereka fikir logik. Tetapi kakitangan awam adalah mereka yang melaksankan dasar dasar yang telah termaktup termasuk mematuhi kehendak kehendak undang undang dan prosedur yang ditetapkan.
Sebahagian penjawat awam inilah juga yang menggubalkan dasar dan mengolahkan tatabahasa undang undang serta memerluka penelitian serta kajian yang rapi agar mengurangkan cacat cela pada satu satu dasar atau undang yang akan dibentangkan. Walhal wakil rakyat hanya menerima, membaca dan membahaskannya dan akhir sekali meluluskannya. Malah wakil rakyat ini lebih "complain" dari "appreciation" dan penjawat awamlah yang selalunya menjadi "kambing hitam."
Oleh itu janganlah terlalu banyak menunding jari kepada penjawat awam serta berdendam kerana lancar dan makmurnya sesebuah negara itu adalah dedikasinya mereka. Tidak dinafikan ada segelintir yang menghitamkan perkhidmatan ini tetapi tanpa majoriti yang jujur Malaysia tidaklah apa yang kita lihat sekarang berbanding 52 tahun dahulu.
Dengan ini disarankan jadilah rakyat yang insaf dan janganlah kita mengalakan persepsi negatif atas dasar sifat peribadi,populariti dan dendam kita menghukum perkhidmatan ini. Bagi ketua ketua di perkhidmatan awam pula janganlah patuh membuta tuli kerana hendak menjaga periuk nasi sendiri sampai periuk nasi anak buah diisi pasir. Pada wakil rakyat janganlah demi kepentingan politik selalu mencari salah pada penjawat awam dengan kononnya memberi gambaran sebagai penegak keadilan dan juara rakyat.
No comments:
Post a Comment