Jika tidak ada rayuan atas keputusan Makamah Tinggi, kita akan lihat sekali lagi satu Pilihan Raya Kecil di Kedah. Pilahanraya ini sebenar benarnya tidak perlu diadakan jika kecuaian ini tak dilakukan oleh wakil Rakyat sekarang.Sakali lagi dinyatakan atas merit apakah wakil wakil BN dipilih, ada sahaja yang menimbulkan masalah.
Apakah mencukupi dengan meminta maaf atas tindakan cuainya itu. Untuk menjadi seorang wakil rakyat, sekurang kurangnya pilihlah yang tahu membaca segala peraturan mesyuarat Dewan Undangan Negeri. Jika wakil tersebut menyatakan dia tidaklah buta huruf maka beliau sengaja tidak mahu hadir. Itu wakil rakyat pemalas, masih ada ruangkah untuk wakil rakyat malas?
Saya pasti jika wakil rakyat tersebut mempunyai alasan yang munasabah dan jujur kenapa tidak memaklumkan kepada speaker dewan? Kalau kata makan elaun buta marah. Entah atas kriteria apa ketua perhubongan BN Kedah mencadangkan beliau.
Kalau rayuan ditolak, lagi sekali duit rakyat akan dibazirkan dan sekali lagi pihak bertanding akan guna perasaan lebih dari akal. Sampai bila rakyat Malaysia akan hidup tenteram dan aman dan memupuk integrasi kaum yang harmoni dan tumpuan kepada kesejahtaraan rakyat dan kurangkan berpolitik.
Jika berlaku PRK Kota Siputeh siapakah akan lebih berdebar, Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Jika kita perhatikan dari sudut prestasi wakil rakyat yang ada sekarang BN kenalah melawan arus oleh kerana pengundi akan sedikit sebanyak hilang keyakinan keatas calun BN dan tambahan pula negeri Kedah sekarang ini diterajui oleh Pakatan Rakyat.
Walau bagaimana pun pengundi juga bukanlah buta dan bodoh, mereka juga harus menilaikan kerajaan Pakatan Rakyat sekarang sama ada berkemampuan mensejahterakan rakyat kedah yang sudah memerintah negeri Jelapang Padi sejak Mac 2008.
Kepada pemimpin BN, kalau nak benar benarberubah,Rakyat didahulukan dan percapaian diutamakan pilihlah calun yang ikhlas dan amanah dan jangan sia siakan harapan rakyat dan berhati hatilah akan calun yang terlalu amat sangat dicadangkan. Pucuk pimpinan harus bertemu empat mata dengan bakal bakal calun dan barulah membuat penilaian dengan pandangan Majlis Tertinggi. Banyak sangat dah tersilap pilih calun.

No comments:
Post a Comment