Tuesday, November 17, 2009

Penerangan diminta, diam bererti benar.

Umno S'gor ragui dakwaan MB - 16.11.09 Malaysiakini
BN reps find it hard to swallow ex-MB's praise - 16.11.09 Malaysiakini

Mungkin fitnah, mungkin benar atau mungkin disalah ertikan. Apa pun kebenarannya hanya tuan tubuh yang perlu menjawab dan menyakinkan para penyokong Barisan Nasional Selangor khasnya dan penyokong Barisan Nasional seluruh negara amnya.

Menjawab dakwaan Menteri Besar Selangor adalah satu kemestian jika individu tersebut ingin terus dihormati atas bagaimana dakwaan ini boleh tercetus. Memang benar dalam politik ini macam macam boleh diperkatakan, yang benar, yang separuh benar dan tak kurangnya fitnah, itulah politik. Tetapi individu ini terpaksa membuat kenyataan tentang dakwaan ini memandangkan beliau sabelum ini adalah seorang yang sentiasa membela UMNO semasa kepimpinan yang dahulu dan apabila dah kalah pertandingan Timbalan Presiden hampir hampir tenggelam suaranya dan tambahan pula jawatan Pengerusi Barisan Nasional Selangor pun diterajui sendiri oleh Presiden UMNO.

Untuk membersihkan segala syak wasangka, beliau harus kehadapan dan menerangan perkara sebenar, terutama sekali kesetiaannya terhadap UMNO dan Barisan Nasioanl. Jadi kita sama sama tunggu akan keikhlasan dan kejujurannya termasuklah kesetiaannya terhadap UMNO dan Barisan Nasional. Keharusan ini juga harus dilakukan supaya kewajaannya sebagai seorang ahli politik tidak dipertikaikan apabila tidak ada apa apa peranan penting yang disandangnya lagi.Sebab kebelakangan ini banyak sangat ahli politik terlalu luntur semanggatnya apabila tak berjawatan. Entah sebab apa masuk politik pun tidak diketahui? Oleh itu jawablah dan jangan tak jawab.

No comments: