Pegertian antara "Kesetian dan ketaatan" jika direnung empat atau lima puluh tahun dahulu memang berbeza jika dibandingkan dengan sekarang. Bukan sahaja ejaannya sahaja berbeza tetapi pengertian dan penghayatannya juga berbeza.
Sebagai contoh yang saya rasa sentiasa terkenang kenang dalam fikiran kita adalah parti UMNO. Presiden pertamanya adalah Allahyarham Dato' Onn Jaafar. Jasa dan pengorbanan beliau untuk menyatukan umat melayu ketika itu dengan wawasan memerdekakan Tanah Melayu tidak dapat dinafikan. Tetapi oleh kesilapan beliau, beliau telah ditolak dan digantikan dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Al-Fatihah kepada kedua dua pejuang bangsa itu).
Disini dapat kita lihat perbezaan antara kesetiaan dan ketaatan. Kesetiaan kepada ibu pertiwi dimana rakyat sanggup berkorban apa saja demi mencapai cita cita memerdekaan Tanah Melayu ketika itu dan terpaksa mengenepikan ketaatan kepada ketua yang juga banyak berjasa oleh disebabkan satu perselisihan pendapat.
Tetapi adakah perasaan, semanggat, pengorbanan seumpama itu masih dapat dilihat dan dirasai sekarang? Tindak tanduk dan tutor bahasa yang sentiasa dilihat dan didengari sudah tidak banyak mencerminkan kesetiaan tetapi lebih mencerminkan ketaatan.
Kesetiaan yang saya difahami adalah sesuatu perasaan atau tindakan yang diambil secara sukarela yang menunjukan kasih dan cintanya kepada sesuatu entiti saperti, keluarga, pasukan, organisasi atau pun negara, tanpa mempunyai kepentingan persendirian dan lebih menjuruskan kepada kepentingan menyeluruh. Ketaatan pula lebih kepada kepatuhan kepada sesuatu arahan atau suruhan oleh seseorang walau pun unsur unsur kasih sayang, suka, hormat mahu pun cinta itu ada tetapi, perasaan ini boleh berubah ubah kepada kebencian jika sesuatu yang dikehendaki atau diimpikan tidak diperolehi. Lihat sahaja contoh yang terbaik, apabila mantan Perdana Menteri kita Tun Dr. Mahathir Mohammad mengundur diri, berbagai cemuhan dan kritikan dilemparkan, kenapa tidak semasa beliau berkuasa. Inilah bezanya antara kesetiaan dan ketaatan. Kesetiaan tidak mengharap pada balasan tetapi ketaatan mengharap pada ganjaran dunia. Ketaatan boleh juga disamakan saperti "habis madu sepah dibuang".
Perubahan minda manusia sekarang, perut dahulu. Biar hancurnya negara, janji aku sentiasa kenyang. Ketua ketua sekarang, berwaspadalah pada manusia manusia saperti ini.

No comments:
Post a Comment