quote; "Bekas menteri kewangan itu, dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, juga tidak kisah dengan peringatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya jangan menerima jemputan pembangkang untuk mengetuai satu kaukus parlimen berkenaan royalti minyak.
"Saya tidak peduli siapa yang beri amaran. Saya lakukan ini demi negara. Saya tidak terhutang budi dengan sesiapa.
"Saya tidak peduli. Saya mahu lihat hak daulat rakyat ini terjaga," katanya lagi." unquote. selanjutnya
Apa yang saya rasa peliknya kedua dua adalah bekas menteri kewangan yang satu ketika mempunyai kuasa, walaupun taklah sebanyak Perdana Menteri tapi ada kuasa dan ada pengaruh tetapi baru sekarang baru nak buka mulut bahawa macam tak kena dengan kerajaan. Mungkin jika mereka ini berkuasa baru semuanya kena dan betul.Jika di-imbas kembali keduanya personaliti ini memang ada pengaruh bukan sahaja dalam UMNO tetapi juga diluar.
Tengku Razaleigh pada pemilihan Presiden hampir hampir mengalahkan Tun Mahathir dengankalah tipis kalau tak silap dengan 43 undi sahaja. Berapa ramai pengikutnya keluar UMNO dan tubuh Parti Semangat 46 dan tak kurang juga yang bersimpati dengannya tetapi masih menjadi ahli UMNO baru dan menjadi duri dalam daging kepada Tun Mahathir.
Begitu juga dengan Anwar Ibrahim, cukup berjaya dalam UMNO dan peningkatannya dicemburui oleh veteran veteran lain. Tambahan pula menjadi anak emas Tun Mahathir. Jika ditinjau pengaruhnya boleh menandinggi pengaruh Tengku Razaleigh malah mungkin lagi baik sehingga isu pemecatannya itu telah mempengaruhi pilihanraya 1999 dan juga tumbangnya kerajaan Barisan diTerengganu. Ketika inilah PAS menumpang nasib Anwar dan memberi peluang kepada Haji Hadi merasa untuk menjadi Menteri Besar.
Persoalannya sekarang kenapa kedua dua personaliti ini tidak mempastikan keadilan berlaku semasa berkuasa.Kenapa baru sekarang baru nak bersuara, kenapa baru sekarang nak menjuarai rakyat. mungkin Anwar kita faham beliau sudah pun terkeluar dari UMNO dan kerajaan Barisan Nasional tetapi kenapa Tengku Razaleigh yang masih ahli UMNO yang sepatutnya membantu memperkuatkan kerajaan Barisan Nasional dilihat menjadi duri dalam daging.
Apakah beliau sudah hilang karismanya, apa beliau sudah hilang pengaruhnya atau sebenarnya masa kegemilangannya dah berlalu sehingga pemimpin UMNO dan kerajaan sudah tidak mahu dengar pandangannya. Adakah itu sebabnya beliau terpaksa bersekongkol dengan pihak Pakatan Rakyat kerana masih terasa hati yang beliau sudah makin tidak diterima oleh ahli ahli majoriti UMNO.
Saya cadangkan adalah lebih afdal Tengku Razaleigh usahakan hospital baru yang disuarakannya baru baru ini dari memikirkan hal yang lebih besar yang sudah ada pemerintah negeri itu untuk bertindak dan menangganinya. Penduduk penduduk Gua Musang yang sekian lama memberi sokongan dan kesetiaan patut didahulukan. Disebabkan penduduk Gua Musanglah Tengku Razaleigh boleh dikenali dan merasa jadi menteri.
Teringat kata kata Tun Mahathir, iaitu pesanan ibunya, apabila makan, berhenti ketika tengah sedap dan janganlah pula dikatakan menangguk diair yang keruh.
No comments:
Post a Comment