Wednesday, December 16, 2009

Apabila lallang ditiup angin (Anwar admits racist speech)

KUALA LUMPUR: Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim has admitted that he had made racist remarks as revealed by leaked videos of his involvement in the National Civics Bureau (BTN).

However, he defended his actions, pointing out that he was with Umno at the time.

"I will defend my position (because) that was the position then as Umno vice-president or deputy president.lagi


Begitulah permulaan berita. Memang sikap manusia apablia tersepit jari telunjuk umpama rada mencari sasaran untuk disalahkan.

Teringat saya kata kata dari orang orang yang bersimpati dengannya bahawa dia sudah insaf selepas dipenjarakan. Dia tak serupa dulu lagi. Apa betulkah dia sudah lurus?

Seseorang yang insaf dan bertaubat tu sepatutnya:

1. tidak memporak perandakan umat sesama ugama.
2. sepatutnya tidak memutuskan siratulrahim dengan saudara seagama.
3. tidak membuat tuduhan tanpa bukti.
4. sepatutnya memartabatkan dan mensucikan nama Allah.

Anwar pernah mendakwa bahawa UMNO penuh dengan rasuah dan rasis, kenapa dia tidak "lawan tetap lawan" semasa dalam UMNO.Tambahan pula dia cukup berpengaruh. Mula mula Ketua Pemuda, naik satu takuk lagi Naib Presiden, kemudian naik lagi Timbalan Presiden. Bukankah jawatan jawatan yang disandangnya itu cukup untuk mengubah dasar UMNO. Tetapi seingat ingat saya tak pula kedengaran laungan saperti sekarang. Apa ketika itu dia nak jaga periuk nasi sendiri?

Sabenarnya apa yang Anwar lakukan sekarang adalah sekadar menegak benang yang basah dan sampai sekarang pun benang itu masih basah???. Oleh kerana dia memiliki kelebihan berpidato yang kurang....... akan telan bulat bulatlah. Tambahan pula dengan pengelaman sebagai bekas pemimpin dan hubongan dengan orang orang luar negara, dia dilihat berkarismalah sikit. Pada orang orang melayu yang taksub tu, celiklah mata akan apa yang sedang dilalui oleh orang orang melayu. Anwar tidak peduli, yang dia mahu adalah untuk menjadi Perdana Menteri. Bolehkah dia, apa siKarpal tu akan diam diri, orang PAS tak teringin ka?

Selain dari DAP, PKR mahu pun PAS sebilangan ahli ahli mereka terdiri dari puak puak yang dah tersisih dari UMNO atau yang tiada kedudukan dalam arus perdana. Adakah terkeluarnya mereka ini disebabkan mereka ingin menegak kebenaran atau tidak berkemampuan untuk memanjat ke-takuk takuk yang "berhasilan" atau mempunyai rekod rekod yang kurang baik? Cari carilah sendiri.

Adalah dilihat penyokong penyokong puak puak ini sebagai kumpulan kumpulan yang mudah berputus asa dan sentiasa tak bersyukur. Mereka juga dilihat sebagai tidak bermaruah sehingga bangsa seagama pun sanggup dicaci dan kafir ditegakan.

Kalau ia pun UMNO bersalah oleh perbuatan segelintir pemimpin pemimpin dan ahli ahlinya, dan kita pula tidak dapat apa apa keuntungan atau habuan dengan menyokongnya, tetapi yang paling mahal kita akan dapat, jika kita bersabar dan tidak berputus asa untuk membaik pulih UMNO. Kita akan dapat maruah bangsa dan agama Islam. Itulah habuan yang paling berharga. Apa lagi yang kita mahu kecualilah kita tak bermaruah teruskanlah.

No comments: