Wednesday, December 16, 2009

PM puas hati dengan NKRA dan KPI, tetapi Bajet 2010 menang 3 undi!

KPI Najib teruji lagi, Anwar tercicir peluang - The Malaysian Insider 15.12.09
Tapah MP saves the day for BN - Malaysiakini 15.12.09
Budget gets through with three votes - Malaysian Mirror 15.12.09
Bajet sulung Najib lulus dengan majoriti 3 undi sahaja - Harakah Daily 15.12.09

parliament.png

Media media arus perdana tidak ada cerita pun tentang pengundian bajet 2010 diParlimen malam tadi. Tetapi portal diatas menyiarkan berita tersebut. Bagaimana media saperti Utusan, NST, The Star serta Bernama tidak menyiarkan berita ini. Masakan tiada wakil mereka mengikuti persidangan tersebut. Keputusan sepenting begini adakah patut diketepikan atau terlepas pandang?

Walau apa pun alasan alasan pihak media, atau pun ini adalah arahan dari atas, atau pun dengan menyiarkan berita ini akan memberi gambaran negatif terhadap kewibawaan Kerajaan Barisan Nasional, jika salah satu diatas menjadi alasannya, saya kira itulah satu langkah yang akan menambahkan lagi kurang keyakinan rakyat terhadap pemerintah sekarang.

Adakah kita terlupa dengan media alternatif? Mulut tempayan boleh ditutup, tetapi ini mulut manusia. Belumkah lagi kita mengambil iktibar dan sedar isu isu seperti ini boleh lagi melemahkan kerajaan dan meningkatkan pengaruh kerajaan. Keputusan pengudian bajet ini ada kenyataan dan bukan boleh direka reka dan rakyat boleh menyemaknya melalui hansard. Kenapalah perkara seperti ini ini hendak disenyapkan?

Kerajaan harus berani menghadapi kenyataan dan perbaiki apa apa kesilapan dengan telus dan ikhlas dan jangan sentiasa dicop sebagai kerajaan yang penuh dengan penafian dan mempunyai agenda tersembunyi. Agak malang semasa pengundian melulus bajet 2010 hanya lebih kurang separuh sahaja penyokong kerajaan yang hadir tetapi dua per tiga dari pembangkang yang hadir (66 sokong dan 63 menentang). Apakah ahli ahli Parlimen BN tidak peduli akan impak jika bajet ini ditolak atau terlalu yakin akan disokong.

Dalam isu ini dua perkara boleh ditimbulkan oleh rakyat; pertama wakil rakyat BN dilihat tidak menunjukan komitmen atas apa yang telah dipertanggung jawabkan oleh rakyat, agar bajet yang dibentangkan akan memberi kesejahteraan kepada rakyat dan kedua mungkin ada yang tak kena dengan bajet dan was was untuk hadir kerana jika hadir terpaksa menyokong kalau tidak, terbaliklah periuk nasi.

Kebanyakan wakil wakil rakyat yang terpilih adalah yang berpengelaman, oleh yang demikian mereka sepatutnya sedar betapa mustahaknya pengundian ini demi kesejahteraan rakyat. Adakah sikap sebegini melambangkan Rakyat didahulukan dan percapaian diutamakan. Bukankah kehadiran wakil rakyat pada setiap sidang Parlimen menjadi tugas hakiki wakil rakyat supaya apa apa rugutan rakyat dapat dipanjangkan dalam forum ini? Sibuk sangatkah kesemua wakil rakyat sehingga hanya lebih kurang 50% sahaja yang hadir?

Saya pun tidak faham bagaimana Perdana Menteri boleh terlepas pandang untuk memasukan kehadiran dalam persidangan Parlimen dalam KPI semua wakil rakyat. Masa sudah semakin singkat, PRU 13 makin hampir, kerisauan yang amat sangat pada yang masih mahu Barisan Nasional memerintah jika trend dan sikap ini tidak mahu diubah. Apakah pendirian yang harus diambil oleh penyokong penyokong Barisan Nasional? Masih belum insaf dengan keputusan PRU 12 2008?

No comments: