Friday, December 4, 2009

Dimanakah titik noktahnya.

MACC to probe allegations against Najib's brother - 03.12.09 Malaysiakini
Siasat proksi Najib terlibat ubah akuan Bala - 03.12.09 Malaysiakini
SPRM digesa siasat adik PM - 03.12.09 Malaysiakini
Altantuya: PKR Pahang desak suruhanjaya siasat dakwaan Bala - 03.1209 The Malaysian Insider

Adakah berdiam diri dan membisu seribu bahasa adalah penyelesaian yang baik? Jika kenyataan diatas adalah fitnah buktikan fitnah. Jika ini adalah hanya satu bentuk serangan tangkisnya dengan berkesan. Berdiam diri adakalanya ditafsirkan sebagai pengakuan. Siapa yang harus dipercayai?

Dakwaan bukan sebarangan, dakwaan terhadap pemimpin kerajaan nombor satu. Bukan sahaja imej Perdana Menteri yang tercalar tetapi imej negara dan juga imej rakyat juga akan turut tercalar dan terguris. Jangan sampai pembangkang mencela dan mentertawakan penyokong penyokong kerajaan sebagai buta hati dan mata. Sesuatu harus dilakukan bagi memperbetulkan persepsi yang akan menimbulkan syak wasangka.

Siapa yang harus memperbetulkan fakta ini dan siapa pula yang harus menamatkan keraguan ini? Kenapa sumpah Perdana Menteri masih disangsi? Siapa yang boleh menjawab selain Allah sahaja yang mengetahui?

Sekadar membuat lapuran polis tanpa sokongan bukti yang kukuh,ia hanyalah saperti omongan kosong yang disaluti dosa dosa yang menjijikan. Walau pun siasatan dijalankan, tetapi hanya terdiri dari saksi saksi yang takut dan tidak mempunyai jati diri, saksi saksi itu akan terkulai, siasatan tidak akan kemana. Begitu juga jika siasatan yang dilakukan tercondong untuk menutup kes, siasatan juga akan terkubor. Oleh itu apa yang harus dilakukan dan apa yang harus ada bagi meleraikan dan menamatkan kekusutan ini? Sebenar benar takutkan Allah SWT dan pembalasannya sahaja yang dapat menyelesaikan. Kalau hanya berfikiran pintu taubat masih terbuka ,bohong dahulu kemudian bertaubat, pun tiada kemana dan harus diingat bahawa dosa antara manusia, tuhan tidak akan mengampunkan dan tersekatlah dihadapan pintu syurga dek dosa yang tak terampun itu.

Tetapi yang memusykilkan masih ada lagikah personaliti personaliti yang mendahulukan kehendak Allah SWT dari nafsu masing masing? Saya tidak dapat menjawab soalan ini. Tepuk dada tanya selera.

No comments: