Didalam keadaan semasa ini, memang amat perik jika seseorang ingin bersikap terbuka dan adil. Umpama ditelan mati mak dan diluah mati bapa. Disurung terkerat, ditarik pun akan terkerat. hanya satu penyelesaian ialah dengan bertolak ansur tetapi yang menjadi persoalannya sampai bila dan sejauh mana? Berapa lama kekuatan mulut dan rahang dapat mengulumnya agar tidak tertelan dan tidak terluah. Adakah ia akan bertukar menjadi api dalam serkam. Bagaimanakah cara atau formulanya agar semuanya akan menang menang?
Dari pautan sejarah orang melayu adalah orang orang yang terdahulu dibumi ini, oleh yang demikianlah bangsa ini telah diterima juga oleh pihak penjajah dan telah memberi hak hak keistemewaan pada kaum melayu yang telah tertera dalam Perlembagaan Negara semasa Persekutuan Tanah Melau diisytiharkan sebagai Negara yang Merdeka. Hak hak ini secara konvesyen dikenali sebagai "Ketuanan Melayu" atau "Kontrak Sosial" Ketuanan Melayu.
Malangnya sejarah ini mendapat penafian oleh pihak pihak yang tidak dapat menerimanya dan akan kedengaranlah laungan sebagai buta sejarah dan sebagainya. Lihat disini. Seterunya hujah demi hujah diutara oleh pihak pihak yang kononnya menegak keadilan sama rata dan sama rasa contohnya . Kehanggatan hujah hujah seumpama ini dapat ditemui sesudah PRU 12, dan lebih parah lagi apabila luka disiram dengan air garam. Garamnya. Kenapa ini harus berlaku?
Adakah orang orang melayu perlu mengalah dan bertolak ansur lagi? Mestikah orang melayu mengakui apa yang tercatit dalam Perlembagaan Negara itu silap dan polisi DEB itu zalim? Sampai bila orang orang melayu mesti akhir mengiakan kepada desakan desakan dan tuntutan tuntutan kaum lain. Mestikah kita menjadi buta kaum baru ada kesefahaman. Apa halnya pula dengan agama? Adakah satu hari kita juga akan terpaksa menjadi buta agama? Nau'zubillah min zalik!
Kadang kadang perasaan kecewa dan marah menyelubungi akal kurniaan Allah. Dimana silapnya dan dimana puncanya? Bila saja nak lebih lebih takut juga pada "ISA" dan "Seditious Act" tapi, adakah buta kaum satu hari akan jadi buta agama pula? Hanya disebabkan keinginan kepada perpaduan dan sama rata sama rasa. Kenapa sudah 30 tahun rakyat Malaysia berupaya memupuk keharmonian dan bertolak ansur tetapi tidak sekarang?
Adakah telahan Tan Sri Sanusi Junid akan jadi kenyataan? KOKKORO
Sambil mencari punca, sebab musababnya marilah kesemua umat Islam UMNO dan PAS termasuklah yang tak berparti dan atas pagar sama sama beristikarah kepada Allah SWT dengan tawaduk dan ikhlas agar diberi hidayah jika kita benar benar sayangkan negara, bangsa dan agama kita. Jadikanlah sebagai azam tahun baru 1431 hijrah, insyaallah.
Wasalam.

No comments:
Post a Comment