Sunday, January 17, 2010

DOSA disebab kelalaian kita.

Didunia kita juga dihukum oleh undang undang dunia, apabila sesuatu perbuatan itu menyalahi undang undang. Alasan bahawa kita tidak mengetahui peruntukan tersebut bukanlah alasan (ignorance of law is not an excuse). Begitu juga kita akan dipertanggung jawabkan oleh Allah SWT atas apa yang kita diamanahkan.

Ingin saya kemukakan soalan soalan diberikut:-

1.Kemanakah kita selama ini?
2.Dimanakah amanah itu ditempatkan?
3.Ketahuikah kita apa amanah yang dipertanggung jawabkan?
4.Apakah yang kita kejar selama ini sehingga amanah itu malap dan terabai?
5.Apakah pula tanggung jawab masyarakat saudara se-Islam?
6.Dimanakah kita?
7.Tidakkah kita juga mempunyai peranan?
8.Manakah Tok Tok Guru dan para paraAlim Ulama yang muktabar?

Soalan soalan ini bermain dikepala saya apabila saya terjumpa dan membaca coretan coretan dibawah. Sama ada itu satu rekaan atau kebenaran itu bukan yang membimbangkan saya. Tetapi yang nyata adalah usaha usaha mempengaruhi umat Islam telah dipergiatkan oleh pihak kristian. Apakah pula tindakan umat Islam untuk mengembangkan syiar Islam atau sekurang kurangnya menyekat umat Islam sedia ada dari dimurtadkan? 1. salah siapa 2.salah siapa 3.salah siapa 4.salah siapa 5.salah siapa 6.Insaflah . Layarilah web tersebut http://answering-islam.org/ untuk pengetahuan usaha mereka selanjutnya.

Sana sini kedengaran, "kamu tak masuk syurga", "kamu kafir", "kamu tak Islamic", "kamu tak progresif", "kamu jumud", "kamu munafik" dan banyak lagi tetapi kepada siapakah tuduhan tuduhan itu dilemparkan, siapakah sasaranya? Oleh kerana ingin sangat bergaduh sesama sendiri inilah musibahnya. Dalam diam diam pihak agama lain sudah menyerap masuk bukan sahaja didalam kehidupan orang Islam tetapi juga minda orang orang Islam dan paling menyedihkan lagi mereka juga telah berjaya mengawal cara pemikiran cerdik pandai orang orang Islam.

Teringat akan saya dalam sebuah hadis berkaitan tanda tanda hari kiamat dari Shahih Muslim yang diterjemahkan saperti berikut; Dari Abdullah bin Amru bin Ash, katanya dia mendengar Rasulullah saw bersabda: "Allah tidak menghapuskan ilmu(agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia, tetapi dengan jalan mewafatkan para ulama. Apabila ulama sudah habis, umat manusia mengangkat orang orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada pemimpin yang bodoh. Sipemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak, maka sesatlah mereka semuanya."

Adakah ini apa yang kita sedang mengalami, dimana umat Islam dilihat semakin hari semakin lemah, berpecah lagi terhimpit? Muhasabahlah akan segala tindak tanduk kita dan fikirlah semula tentang apa yang telah kita lakukan selama ini. Adakah agama Islam itu yang tidak sempurna atau kita yang sebenarnya yang tidak sempurna? Wallahua'lam.

No comments: