Isu penggunaan nama Allah masih mendapat tempat dalam pembincangan masyarakat Malaysia walau pun pihak kerajaan telah mendapat perintah menghalang "Herald" dari mula menggunakan kalimah Allah dalam majallah mingguan gereja itu.
Tak kurang juga pandangan pandangan yang pro dan menentang kegunaan kalimah ini.Pandangan Dr.Asri juga Pendirian PAS dan Dato Harun Din . Dimana kesudahannya? Setakat ini tidak nampak satu penyelesaian yang tegas. Walau pun penangguhan telah diperolehi, ini hanyalah sementara, mahkamah akan mendengar rayuan pihak kerajaan. Apa akan terjadi selepas ini? Adakah pihak yang menentang akan terima keputusan mahkamah rayuan jika masih mengekalkan keputusan mahkamah tinggi atau bolehkan pihak gereja dan penyokong penyokongnya terima keputusan mahkamah rayuan mengenepikan keputusan mahkamah tinggi?
Salah siapa? Adakah gulongan orang orang Islam yang menentang bersalah? Adakah orang orang Islam yang menentang itu jumud dan tak maju kehadapan, tak progresif , tak liberal atu defensiflah? Tidak dinafikan saperti yang dinyatakan dalam ayat 213 surah Al-Baqarah menyatakan bahawa manusia ini berasal dari satu umat kerana perselisihan mereka berpecah. Memang hakikat Allah SWT ,Tuhan Yang Maha Esa, pencipta alam semesta dan apa yang ada didalamnya.
Tetapi kesucian kalimah Allah itu patutkah dibiar digunakan oleh gulongan yang Allah telah mengkafirkan mereka? Sila rujuk pada ayat ayat 17,72 dan 73 Surah Al-Maa'idah.
Lihatlah sekarang, oleh kerana isu kalimah Allah bukan sahaja perselisihan ini antara Islam dan Kristian tetapi juga sesama umat Islam. Akhirnya umat mana yang akan berpecah dan lemah? Jawapan semua pun tahu, ya! umat Islam Malaysia. Apakah bangsa majoriti umat Islam Malaysia? Bangsa Melayu. Jadi suka tak suka orang melayu yang sedang dilemahkan. Adakah semua orang melayu Islam sedar akan hakikat ini. Janganlah kita orang melayu yang sudah banyak ketinggalan jika dibanding dengan bangsa bangsa lain masih mahu bersifat sombong dan bongkak dengan persepsi masing masing.
Hayatilah ayat 120 dari surah Al-Baqarah yang bermaksud; Orang orang yahudi dan nasrani tidak sekali kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): " Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar." Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah ( sesuatu pun ) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
Oleh yang demikian sentiasa beringatlah kepada ingatan Allah SWT dalam firmannya ayat 7, Surah A-li 'Imraan tentang ayat ayat "Muhkamaat (tegas dan nyata ma'ananya) dan ayat ayat "Mutasyaabihaat" ( yang samar samar) yang sangat disukai oleh orang orang yang ada dalam hatinya kecenderungan kearah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar samar dari Al-Quran bagi mempengaruhi kepada yang masih mencari cari. Awaslah!
1 comment:
Encik Khairul
I was glancing through CheDet when number 56 caught my eyes. I wonder whether that refers to class of 56 of sort.
Salaam to you.
Post a Comment