Sunday, January 10, 2010

Kekusutan yang perlu disegerakan.


Dari tunjuk perasaan oleh umat Islam berhubung dengan penggunaan kalimah Allah dan juga pembelaan oleh pihak yang menjustifikasikan penggunaannya telah tercetus insiden yang akan lebih menyulitkan lagi penyelesaiannya.klik disini. Tambahan pula jika kesempatan ini diambil oleh pihak pihak yang suka melihat keadaan huru hara di Malaysia demi cita cita politik yang tersirat, saperti melempar batu sembunyi tangan. Dalam pada masa yang sama juga, kredibiliti kerajaan akan dipantau untuk dimanipulasikan.

Seketika ini jika dipandang secara zahirnya, insiden insiden menceroboh gereja gereja dikutuk oleh majoriti rakyat Malaysia. Jika senario ini dijadikan ukuran, bererti cahaya penyelesaian masih cerah. Tetapi jika kerajaan masih ingin menunggu mungkin acahan untuk menghidupkan sentimen akan dinyalakan lagi oleh pihak pihak yang berkepentingan dengan pendekatan yang lain pula klik disini.

Sekadar pendekatan menanti keputusan mahkamah keatas rayuan kerajaan atau pun dengan sumbangan RM500,000.00 pada hemat saya tidak akan membawa sebarang perubahan dan penyelesaian. Silap silap ada penasihat penasihat akan mempengaruhi pihak gereja menyaman kerajaan saperti apa yang berlaku diKuala Dipang, Perak.

Campur tangan Yang DiPertuan Agung juga tidak akan kemana, selagi tidak ada hitam dan putih didalam Perlembagaan Negara bagi menentukan kedudukan agama Islam sebagai Ugama Persekutuan secara khusus. Kalau sekadar persetujuan dicapai secara rundingan bersama atau secara konvensyen ia tidak akan kemana dan suatu hari akan ditimbul semula oleh "hero hero" baru . Oleh itu kerajaan perlu menambah baik Perlembagaan Negara yang bersangkutan dengan kebebasan beragama. Ini amat perlu supaya tidak ada percabulan oleh mana mana pihak.

Seperkara lagi dimasa masa mendatang, kerajaan perlu halusi sentimen rakyat sebelum sesuatu kelulusan permit diberi. Ambil contoh permit yang diberi kepada majalah Herald untuk menerbitkan majalah tersebut didalam Bahasa Melayu, apa salahnya dari mula lagi diletakan syarat syarat supaya perkataan saperti kalimah Allah tidak dibenarkan, dengan mengambil kira kepercayaan orang Islam dan pihak kristian jauh berbeza.

Jika kita percaya semuanya adalah ketentuan dan semuanya dari Allah, hayatilah dan takhtakan Allah ditakhta yang selayaknya.

1 comment:

siapalaubeelan? said...

Nampaknya orang Melayu telah alpa dengan kemenangan yang kita capai dengan kemerdekaan dari orang British 50 tahun lalu.

Badan2 Melayu tidak cekap dan tidak berwaspada dan mengharapkan baik budi Melayu di balas dengan kebaikan.

Cara dunia bukan begitu. Sama ada kita memerintah atau kita di jajah.

Dalam kes Lau Bee Lan ini UMNO cuai kerana membenarkan mubaligh Kristian menetapkan kes yang memalukan dan menghina orang Melayu.

Tauhid Allah itu dipermainkan. Hanya dengan mengooglekan nama Lau Bee Lan kita boleh baca perempuan Cina ini adalah penyebar ugama Katholik Kristian! Dia mengambil 15 hari cuti untuk mengajar Bible!

https://satdthinks.blogspot.com/2009/03/

Maka orang PAS Melayu pun memuji-muji keberanian perempuan Cina ini menentang Kerajaan UMNO dan Agung dan memutar belitkan Perlembagaan.

Walhal Lau Bee Lan adalah musuh Islam sebagai penyebar Kristian!

Tak ada sesiapa dalam Kerajaan yang sedar dan peduli? Kalau di US, dia sudah diprofil sebagai pengganas ugama.
Jika Lau Bee Lan ini kenal rapat Pakiam maka isu ini sudah dirancang.
Lau Bee Lan mempunyai kepentingan sebagai penyebar bible untuk meluluskan usul Pakiam menyaman kerajaan sedangkan ia diluar bidang kuasa hakim.

Begitu juga Pakiam dan Lawerence adalah penyokong kuat DAP!

Guna ISA lah dia orang ni subversive.