Dua hari berturut turut Berita TV3 menyiarkan berita ini "Cari suspek, jumpa anak koma"
Adakah ini melambangkan objektif 1Malaysia, Rakyat didahulukan dan percapaian diutamakan serta UMNO yang mempelopori "juara rakyat"? Sebenarnya siapakah didahulukan dan siapa yang dijuarai?Apakah pula peranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat? Tidakkah ada sesuatu mekanisme untuk menjejak nasib nasib malang saperti ini dari terbiar? Apakah peranan JKKK, persatuan penduduk dan semanggat kejiranan termasuklah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Nak tunggu dah berlaku baru nak tunjuk muka?
Meneliti insiden insiden seumpama ini, mungkin pihak berkuasa saperti AADK dan pihak pihak agensi yang bersangkutan boleh mengambil kira adakah ini "isolated case" atau desakan hidup seumpama ini yang menjerumuskan mereka kepada kegiatan urusan dadah yang membuat kehadiran dadah semakin menjadi jadi dinegara ini.
Saya masih ingat kata kata Perdana Menteri bahawa 1Malaysia akan memastikan tiada rakyat yang terpinggir. Tidakkah anak kecil yang dalam keadaan koma itu tidak terpinggir sehingga bapanya disyaki terlibat dalam kegiatan dadah? Kegiatan sibapa bukanlah isunya, tetapi nasib malang sianak itu.
Banyak telah diperkatakan tentang peningkatan jenayah dinegara ini dan telah dimanipulasikan dengan agak teruk oleh pihak pembangkang. Tetapi jika kes kes seumpama ini sentiasa timbul, tak kah ia akan sedikit sebanyak memperakui yang rakyat masih terpinggir? Yang tak terpinggir tu tau tau sajalah.
Objektif 1Malaysia dan juara rakyat jika dilaksanakan dengan ikhlas dan berdedikasi adalah baik tetapi tujuan ini bukanlah dilihat untuk kebajikan semua rakyat tetapi lebih terarah kepada cita cita politik yang cuba mengambil hati kaum kaum yang mendesak bahawa mereka terpinggir.
Apakah kaum kaum yang menuntut kesamarataan itu mereka benar benar bersikap adil. Pada siaran TV3 juga pada rancangan "Aduan Rakyat" jam 9.00 malam saya boleh lihat betapa penting dirinya kaum kaum yang berkata mereka terpinggir ini. Tempat letak kereta khas untuk OKU diambilnya. Bila kena saman dengan senang hati dia berkata walau pun salah dia bayar saman. Apabila ditanya kenapa sanggup bayar saman dan melakukan kesalahan orang tersebut menyatakan dia punya duit suka dialah. Itulah kesombongan orang orang yang berduit dan penting diri dan yang sentiasa berkata mereka terpinggir.
Siapa yang terpinggir sebenarnya dan kesilapan siapa mereka ini terpinggir.

No comments:
Post a Comment