Telah pun dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPerTuan Agong tentang sikap dan tutur kata semua ahli ahli Parlimen tetapi baru dua hari Parlimen bersidang lihat sahaja sikap sikap wakil rakyat yang dipilih terutama dari pihak pembangkang.baca disini
Pada hari pertama pun semasa setengah jam siaran langsung semasa sesi soal jawab, penonton penonton RTM1 sudah boleh melihat ahli ahli wakil rakyat cuba menunjukan muka kearah lensa kamera dan yang menyedihkan dapat dilihat tangan melambai lambai dan terlompat lompat macam kanak kanak hingusan. Inikah yang dikatakan Yang Berhormat? Apakah nasib rakyat Malaysia mendapat YB begini rupa yang cakap tak serupa bikin. baca disini
Hari kedua dah mula tunjuk biadap keatas keputusan Speaker Dewan, kalau iapun tak puas hati saya kira masih banyak lagi cara yang lebih berhemah untuk membantah. Kenapa memilih jalan yang hanya menjatuhkan maruah status YB? baca disini. Betullah kata kata wakil rakyat Bagan Serai bahawa ada sebilangan wakil rakyat yang dipilih adalah wakil rakyat "payung terjun." baca disini
Kita selalu mendengar banyak pihak menyarankan " earn your respect" kepada ketua ketua atau pemimpin pemimpin. Tapi kalau inilah cara sikap pemimpin pemimpin Malaysia yang ada, bolehkah ahli ahli yang terpilih ini sampai ketahap wakil rakyat klas pertama?
Apa yang dilihat sikap dan perangai waki wakill rakyat ini mencerminkan kerakusan ingin menjadi jaguh dan sikap anggkuh dan kasar. Adalah dikhuatiri tindakan tindakan ini akan satu hari menjadi ikutan rakyat jelata. Lihat sahaja perkembangan sekarang, sudah makin nipis sikap belas kasihan sehingga kanak kanak tergamak dibunuh, didera,diliwat, dirogol dan lain lain lagi.
Guru guru sudah takut menegur murid murid berlebihan, anggota penguat kuasa diserang, badan kehakiman dicabuli dan institusi Raja Raja dihina. Apa yang dilihat tingkah laku segelintir wakil wakil rakyat sekarang yang sengaja mensensasikan isu isu remeh ini sebagai sudah hilang hormat kepada apa yang dititahkan oleh Yang DiPertuan Agung.
Kehala tuju manakah orang orang yang dikatakan pemimpin ini, ingin membawa kita rakyat Malaysia. Adakah sikap tegang yang ditunjukan satu sikap telus dan menunjukan kemajuan atau pemimpin pemimpin tersebut sudah membuat U-Turn kezaman jahiliah? Sendiri nilailah.
No comments:
Post a Comment