Anwar tahu dan sedar bahawa apa yang sedang berlaku pada Pakatan Rakyat dan terutama sekali kepada dirinya dan PKR telah banyak menimbulkan kepada banyak persoalan yang negatif. Adakah salah lakunya itu benar, mengapa PKR begitu huru hara dan banyak lagi mengapa, bagaimana telah pun timbul? Dengan banyak wakil rakyat dan ahli meninggalkan PKR bertambah goyahlah imej PKR dan PR.
Memang banyak kepincangan Pakatan Rakyat telah timbul, tetapi isu isu Anwar dan PKRlah yang lebih menyumbang kepada kesangsian rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Oleh yang demikian Anwar jika masih ingin mengepalai Pakatan Rakyat, terpaksalah memikirkan apa yang beliau harus lakukan untuk dilihat "Hero" dan mangsa penginayaan? Inilah risiko yang dia mesti lakukan.
Belum apa apa pun beliau telah mengeluarkan kenyataan tentang ketidak adilan Badan Kehakiman. Sebab apa Anwar berkata demikian, kerana beliau tidak memperolehi keputusan yang diharapkan. Itulah penghayatan pihak pembangkang. Bila tidak selari dengan cita cita mereka siapa pun tak adil, siapa pun tak betul, yang betul mereka sahaja. Ada akai ke orang orang macam ini nak jadi pemimpin. Malangnya masih ada yang mahu percaya dan masih boleh ditipu.
Anwar tahu bahawa kes liwat II ini akan mesensasikan senario politik Malaysia Sama saperti pemecatannya, kes liwat I dan rasuah pada 1998. Kes ini akan ditarik sehingga PRU 13 dan akan dijadikan sebagai modal menipu rakyat akan nasib Anwar yang kononnya menjadi mangsa kezaliman kerajaan Barisan Nasional. baca disini
Anwar dan Pakatan Rakyat juga sedar bahawa peratusan pengundi muda melebihi pengundi matang dan mereka dari Pakatan Rakyat juga sedar akan cara pemikiran orang muda, inilah peluang terbaik untuk mengambil kesempatan. Sebab itulah kita sering dihidangkan dengan luahan dan kritikan tentang kezaliman pihak penguat kuasaan, ketidak adilan badan kehakiman, ketidak telusan dan berbagai cemuhan negatif yang diada adakan. Bukan apa, semata mata cuba menjadi Pakatan Rakyat ini setara dengan pemikiran pengundi pengundi muda serta pengundi pengundi yang bersifat "anti-establishment."
Anwar memang licik dan cerdik orangnya, kalau tidak taklah orang orang yang berpengelaman saperti Karpal Singh, Kit Siang yang pada satu masa dulu tak sebulu pun bagai nak rak membela Anwar. Memang betul mereka mempunyai agenda mereka tetapi ketika ini bagi mereka Anwarlah the "best."
Tunggulah, nasib Anwar, orang melayu PKR dan PAS apabila sekutu mereka DAP ini mendapat apa yang dicita citakan (nau'zubillah min zalik) perubahan pertama adalah Perlembagaan Malaysia. Lihat saja apa yang berlaku diPulau Pinang, Selangor dan Perak untuk setahun (Alhamdulillah 3 adun cepat sedar) semuanya mengikut telunjuk parti cauvinis ini. Adakah kita mahu bersekongkol membiarkan pihak cauvinis ini bermaharaja lela. Ini bukan tentang kemajuan atau kebebasan tetapi hakikat muslim dan kafir. Tepuk dada tanya selera.
No comments:
Post a Comment