Dalam Islam kefakiran sesoarng itu tanpa keimanan dan kesabaran boleh menjurus kepada kekufuran.
Dalam hal ini secara umumnya adakah dana dari sumbangan Kelab Lumba Kuda menjadi satu kesalahan? Kalau ya! salah dan berdosa kenapa lesen perjudian itu dikeluarkan dan kenapa kerajaan masih punggut cukai keatas jenis perniagaan perjudian seumpama itu? Bagaimana pula dengan Magnum, TOTO dan Ekor 3+1 termaksuk lesen arak?
Pokoknya kenapa lesen dikeluarkan? Memberi peluang kepada kaum kaum yang bukan Islam untuk melepas tension dan merealisasikan impian untuk kaya? Adakah ini penting dari sudut pelancongan?
Dari sudut logiknya apabila sesuatu kegiatan itu diberi lesen ia pada lazimnya dianggap sah dan mungkin juga halal. Apa apa yang silap pemerintahlah tanggung siapa suruh mereka keluarkan lesen? Pada yang menerima sedekah ini pula mungkn dek desakan hidup berpendapat, "aku tak mahu persoalkan dari mana datangnya duit itu mereka beri aku terim, lain dari itu pemberilah tanggung." Dalam keadaan sekarang ini macam macam fatwa boleh dikeluarkan untuk menghalalkan yang haram. Demi kuasa apa sahaja boleh berlaku, janji dapat sokongan.
Teringat saya sewaktu Bola sepak Piala Dunia, kerajaan pimpinan Datuk Deri Najib begitu serious ingin mempertimbangkan permohonan menghalalkan pertaruhan judi yang berkaitan dengan pesta bola sepak tersebut. Seperti biasalah pengampu pengampu memberi berbagai alasan untuk mengeluarkan lesen tersebut yang kononnya kita mesti menghormati budaya kaum cina dan sebagainya.
Sekarang adakah umat Islam dihormati? Bertambah sedih umat Islam yang diperdyakan terdiri dar warga emas, lagi dhaif, yang rumah kata pergi, kubur kata mari telah dipersendakan. Dulu ada juga dengar sumbangan diberi diTo'Kong Cina. Apa sudah jadi. Perlembagaan termaktub agama resmi adalah Agama Islam, sepatutnya lebih mencerminkan corak Islam tapi corak apakah ini 1Malaysia kut?
Kalau Guan Eng berkata wang bantuan itu diasingkan kita kena lihat akaun mana untuk orang Islam dan yang mana untuk orang bukan Islam? Bolehkah termampu membuat pengasingan atau sekadar menegak benang yang basah sahaja.
Saya boleh lihat kenapa Tun Dr.Mahathir sangat bertegas bahawa orang melayu sepatutnya bersatu. Kalau tidak merempat dinegeri sendiri. Malah apa yang dikatakan oleh Tun dah mula berlaku. Contohnya diKawasan Perumahan Sri Tanjung Pinang. Kawasan kawasan perumahan mewah dengan pengawalnya tidak membenarkan penduduk setempat berriadah dipersisiran pantai yang terletaknya rumah rumah mewah yang kebanyakan dibeli oleh warga asing. Bukankah persisiran pantai itu hak awam dan tuannya adalah kerajaan. Disinipun ada strata macam mana nak 1Malaysia.
Alasan penduduk yang menghuni dipangsapuri kos rendah dan serdahana rendah tidak dibenarkan beriadah dilaluan tepi pantai atas sebab banyak berlaku kecurian. Apa buktinya hanya orang miskin sahaja yang mencuri yang berpelajaran dan yang mewah tidak terlibatkah? Berapa kondominium mewah digunakan sebagai makmal dadah, cetak rompak, pelacuran. Orang miskin mungkin jadi runner sahaja. Kepalanya siapa?
Oleh itu UMNO walau pun berjaya membongkar tindak tanduk Guan Eng dan kunco kunconya, jika diizinkan Allah kembali menunjanggi kerajaan diPulau Pinang berhematlah dan jangan ditendang bagi kali kedua.
No comments:
Post a Comment