Lihat jawapan S/U Agung UMNO,merangkap S/U Agung Barisan Nasional rasa malu pada diri sendiri sebagai orang melayu. Dulu betul UMNO pembela orang melayu, tetapi sekarang UMNO dilihat lebih membela yang tertentu sahaja dan allahua'lam pada masa depan.
Inilah akibat melantik seorang yang saya kira tidak merasai kesusahan orang melayu sebenar. Kata orang, "berat mata memandang berat lagi bahu memikul". Namun begitu, kalau kita tahu bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih pada tempat yang betul, insyaallah, darimana asal usul kita pun kita akan sentiasa insaf dan tawaduk, bukan sekadar kata kata tetapi menghayatinya secara jujur dan ikhlas.
Sepatutnya mana mana ahli UMNO menyokong gesaan S/U Agung parti keramat ini agar menjauhkan diri dengan PERKASA sepatutnya beristikharah memohon pertunjuk. Insaflah, kenapa UMNO tersangat lemah
pada pilihanraya 2008. Walau pun sumbangan kelemahan Barisan Nasional sangat ketara datangnya dari MIC,MCA dan Gerakan. Tetapi parti mana yang menjadi tunang Barisan Nasional? Bukankah UMNO.
Imbas kembali perasaan pengerusi parti Gerakan Pulau Pinang yang beliau tidak ada keyakinan menawan semula Pulau Pinang dari DAP pada PRU 13 ini. Apa UMNO boleh buat apabila orang melayu Pulau Pinang ditindas? Kuasa sudah tiada! Nampak gaya tersiksa ditambah lima tahun lagi untuk orang melayu Pulau Pinang.
UMNO harus sedar,pada mulanya orang melayu berpecah pada dua, kemudian berpecah tiga dan sekarang kalau dibiarkan mengikut telunjuk pemimpin pemimpin melayu liberal kononnya, orang melayu akan berpecah empat. Kesudahannya orang melayu hanya tinggal "menang sorak, kampung tergadai". Janganlah pandai macam tupai, biarlah cerdik macam pelanduk.
Siapa yang tidak mahu kehidupan yang aman dan harmonis,tetapi janganlah ditolak sampai kedinding sehingga tak bernafas. Sudah pasti yang sesak nafas itu akan cuba melepaskan dirinya untuk cuba terus bernafas selagi diizinkan Allah SWT.
Ingatlah tiga puluh peratus pun masih jauh untuk dicapai oleh orang melayu dan bumiputra, tetapi bermacam macam liberalisasi dan terbuka. Senarai kekayaan orang melayu pun kita boleh lihat hubongan personaliti yang tersenarai. Itu yang tersurat, bagaimana pula yang tersirat?
Pesanan saya, semakin rapat seseorang itu semakin dipercayai, sehingga kita terlupa mempersoalkan tidak tanduknya dan ketika inilah kita diperdayakan kerana terlalu mempercayai. Nasi sudah menjadi bubur. Sentiasa beringat, "jerat tidak pernah melupakan pelanduk, pelanduk yang selalu melupakan jerat."
No comments:
Post a Comment