Secara jujur perpaduan kaum tidak ada apa apa berubah, semua kaum memahami batasan batasan mereka. Malah gagasan 1Malaysia tidaklah begitu diperlukan jika semanggat "MUHIBAH" dan "BAHASA JIWA BANGSA" diberi nafas baru dan ditambah baik mengikut eprluan semasa.
Tetapi biasalah setiap pemimpin akan memperkenalkan sesuatu slogan agar dikenang. "Harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama.Selepas pengenalan slogan baru ini, mulalah wang rakyat dicurahkan untuk mempromosikan slogan itu dan mengambil hati rakyat. Tetapi adakah berbaloi dan semua untuk rakyat benar benar sampai kepada rakyat atau sejumlah akan tertiris sebagai "upah" dan "komisen"
Berbalik kepada perpaduan rakyat, kenapa Sabah dan Sarawak lebih mendalam perpaduan dan sefahaman mereka walau pun kaum kaum etenik mereka melebihi kaum kaum diSemenanjung? Jawapannya perpaduan mereka berteraskan satu "Bahasa Jiwa Bangsa". Apabila satu satu bahasa itu tlah dijiwai semua kaum kaum dari pelbagai budaya dan kepercayaan boleh bersatu sebagai satu bangsa. Lihat sahaja kitab injil pun pengganut kristian menggubah kedalam Bahasa Melayu. Begitulah kuatnya jika satu satu bahasa itu dijiwai oleh rakyatnya.
Ancaman perpaduan kaum dilihat lebih terancam diSemenanjung, kenapa boleh jadi sampai begitu? Pertama orang orang Semenanjung ini dilihat agak taksub dengan percapaian mereka, Saperti kacang lupakan kulit katakan. Ada keluarga keluarga yang sudah berjaya dan berpelajaran mendidik anak anak mereka bertutur dalam bahasa penjajah dan gaya hidup juga boleh dilihat berbeza. Kalau tak buat macam itu, dikatakan katak bawah tempurong, tak moden serta tak seiring dengan perubahan semasa
Oleh sebab terlalu moden dan berfikiran terbuka, pergaulan jadi bebas dan sudah tak kenal tua dan muda,haram atau halal dan dosa dan pahala. Maka hilanglah ketenangan dan timbullah ketamakan dan nafsu menjadi "raja" dan "inspirasi"
Seperkara lagi yang menyumbangkan kepada kecurigaan antara kaum adalah orang orang politik sendiri yang hanya pentingkan kemenangan dan kuasa dan memanipulasikan isu perkauman melebihi batasannya. Perbuatan ini diambil kesempatan oleh kumpuan kumpulam oportunis yang menangguk di air yang keruh. Bertambah parahlah jadinya.
Tak kurang juga yang kumpulan kumpulan yang kukuh ekonominya serta berpengaruh. Apabila suah kukuh dan stabil memang menjadi lumrah untuk bertindak ketasa apa yang mereka rasa dan lihat sebagai ketidak adilan dan masa inilah yang cukup sesuai untuk menuntut dan menimbulkan keresahan rakyat kerana kerajaan sekarang sudah lemah dan tidak tegas serta dilihat lebih meminta sedekah untuk berkuasa dan bukan kerana kredibiliti dan integriti yang sebenar.
Rakyat juga melihat kerajaan hari ini masih ditakuk lama, masih dilihat berkroni dan ketelusan masih samar samar. Janganlah pisang berbuah dua kali dulu "kerja bersama saya dan jangan kerja untuk saya" sekarang pula "kerajaan tidak mengetahui semua" tapi dalam diam diam ada agenda tersembunyi.
Hidupkanlah semula perpaduan melalui "BAHASA JIWA BANGSA" dan "MUHIBAH" dan dukonglah bahasa resmi dalam perlembagaan iaitu "Bahasa Melayu" dan jika rakyat Malaysia ingin jadikan Malaysia sebagai negara mereka jiwailah bahasa yang telah ditentukan oleh perlembagaan negara. "Dimana bumi dipijak, disitulah langgit dijunjong."
No comments:
Post a Comment