Tuesday, September 7, 2010

Urusan Polis diganggu - patut undang undang tak dihormati!

Apa pun sebagai rakyat Malaysia saya terhutang budi kepada Pasukan Polis DiRaja Malaysia kerana, walau pun ada "hiccups" sana sini pada keseluruhannya Malaysia masih aman dan bebas untuk bergerak kesana kemari tanpa terlalu risau akan keselamatan

Walau pun bukan dek kerana Ketua Polis Negara seorang tetapi kepimpinan beliau yang membolehkan pasukan ini bergerak dengan berkesan.Benar sekali setandan pisang ada juga pisang yang busuk dan buruk, itu adalah hakikat sebagai dugaan kepada manusia.

Apa yang merisaukan adalah kenyataan KPN bahawa ada campur tangan pihak KDN dalam urusan tugas resmi polis dalam melaksanakan amanah yang dipertanggung jawabkan. Patutlah rata rata kita dapat melihat undang undang yang sedia ada tidak berkesan dan dilihat saperti negara ini "free for all"
Melalui pengelaman dan pengamatan jika terlalu banyak rahan diterima dari pelbagai pihak dengan bermacam macam alasan, pihak yang akan melaksanakan itu akan menghadapi satu tekanan kekeliruan dan akhirnya sipelaksana akan mengambil jalan mudah iaitu "lantaklah buat itu dia kata salah, buat ini orang sana  pula kata salah", akhirnya buat sekadar jangan dipersalahkan oleh mana mana pihak.

Implikasinya rakyat akan lihat "boleh buat apa saja". Undang undang macam getah, fleksibel. Anggota bawahan dan rakyat yang menjadi mangsa, bak kata perpatah gajah sama gajah bertebung pelanduk mati ditengah.

Walau pun hal hal campur tangan pihak ketiga dirasai sentiasa berlaku, tetapi saya mengucapkan syabas kepada Yang Berbahagia Tan Sri Musa kerana berani menyuarakan kebenaran, tetapi sedikit cacat kerana didedahkan pada saat saat penghujung dan diharapkan penganti atau KPN yang baru lebih tegas dalam mengemudikan PDRM kearah yang lebih dihormati tanpa mengikut telunjuk emosi pada pihak ketiga.

Undang undang Malaysia tidaklah begitu kejam saperti yang diperkatakan oleh setengah tengah pihak terutam terhadap Akta Polis, ISA atau pun Akta Hasutan. Dalam undang undang tersebut masih ada peruntukan peruntukan menggunakan budi bicara, tetapi biarlah bertempat dan tidak memilih bulu.

Bagi orang orang politik dan wakil rakyat. patut tahu bila dan dimana peranan mereka. Mereka dipilih dan bukan dilantik kerana menepati syarat kelayakan untuk sesuatu jawatan dan pada para penjawat awam, usahlah mengguna kuasa pada tempat yang salah, hormatilah jawatan yang disandang oleh orang lain. Jika kita tak suka diganggu orang lain pun begitu juga.

Saya rasa Malaysia ini sudah lebih celik huruf dari buta huruf dan sudah semesti dapat membezakan yang salah dan yang betul . Adalah lebih baik mengambil tindakan proaktif dari reaktif. "Prevention is better than cure."

Ingatlah kepentingan peribadi jatuh pada tahap kedua,kepentingan negara mesti diutamakan.

No comments: